Wednesday, May 5, 2010

Ini baru food review

Smalam beriya ajak Babah gi trymakan kat Y_at_i ay_am Per_ciks kat Bangi yang baru bukak tu. Cuma try sedap ker tidak ayam percik dia.

Kami order 2 set nasik kerabu + ayam panggang (yer.. dia tak tulis ayam percik). Harga each RM8.00, pesan telur rebus utk Tasneem mamam as side dish & appetizernya adalah 1 set sata ikan.

Sambil2 nunggu makanan kami sampai, sempat gak snap2 gambar Tasneem ngan logo kedai kat blakang. Nak posing depan kedai takut nampak beriya sangat plak.

[caption id="attachment_648" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem & Babah tgh tunggu hidangan sampai"][/caption]

Beberapa minit nunggu (tak lama mana pun...) hidangan nasik kerabu pun sampai. Nasiknya dalam bentuk semangkuk kecik (mcm mangkuk untk nasik ayam), perencahnya ok lar... cuma takde lada hitam je & ayam panggang (bhg dada) kuah percik sket. ps: tambahan kuah percik dikira side orders yer puan-puan.


Kendian tibalah pesanan yang lain ngan air (air agak lambat jika dibandingkan dengan kedai mamak).


Kami sgt terkesima bila sata ikan yang dipesan sampai ke meja. Dalam pinggan putih panjang cuma ada 2 ketul satar jer yg disusuk buluh. Owh...! How come like that ? Ingat2 balik harga kat menu tadi tertulis RM2.50. Ishk.. kalau kat kg dah bleh dapat paling tak 4 bijik. (pernah dpt beli satar singgit satu cucuk, 3 ketul). Urgh.. lagi satu satanye tak rasa ikan. Lebih rasa santan aje. kelapa je lebih. Rasa manis.




[caption id="attachment_649" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem tak puas hati sata tak sedap"][/caption]

Aku makan aje lah ngan tak berapa ceria. Tapi Babah saje nak menyejukkan bininya, katanya nasik kerabu dia boleh lah tahan. Eatable lah bagi kami.



Note: ishk.. takleh konsentrate tulis dah. Aku riki-riki, dia duk mengata lak ngan bdk lain pasal tadi. Aishk.. depan2 nampak baik, blakang takleh kira sangat! Office politics!

Facebook oh facebook

Hari ni aktiviti mengomen facebook akan dikurangkan seketika (boleh kah?). Rasa nak delete jer certain ppl from my facebook. Sebabnya..:

  1. Ada a few yang saya tak kenal atau tak ingat langsung.

  2. Selalu sangat kena tag produk2 jualan mereka.

  3. Rakan sekerja yg mana tak pernah bertegur sapa pun ada. So bila kita kuarkan ayat yang for me & me frens rasa biasa je, tapi bila org lain baca derang perperasaan plak (kecik ati laa.. ingat kita ni menunjuk2 la.. & banyak lagi tanggapan -ve lain). heee... ni hari ni punya kes.

  4. Orang yang tak dikenali jadi spy nak intip info kita utk 3rd party.


Hari ni aku nak layan Omegle je lah. Chat ngan sex maniac kat sana (untuk menghibur hati yg laraaa.......) :D

Ini bukan review makanan

Semalam kami pi diner kat Hassan's Bistro Bangi Seksyen 3.

Kami pilih meja yang ada seat kusyen melekat ker dinding tepi corner. Bertujuan supaya senang nak kepung Tasneem dari melasakkan dengan berlari-lari di sekitar restoran. Kami order 2 nasi beriani ayam & 1 banana wafer.

Makanan Ibu sampai dulu, then diikuti ngan nasik babah. Bila sampai aje nasik Ibu, Tasneem biasanya akan lebih tertarik kepada kelengkapan (cutleries..betulkah eja ni?) hidangan tersebut. Sudu, garfu, pisau, napkin tu lah. So kami bagilah Tasneem main ngan sudu & Tasneem pun konon2 makan la nasik beriani Ibu ngan sudu tu (takde butir nasik pun masuk mulut). Bila sampai aje wafer pisang, memang langsung tak masuk mulut wafer tuh. Tapi tangan sibuk duk tenyeh sudu kat wafer plak. Habis dah melekit2 tangan & tudung ibu jadik mangsa jugak.

Sementara Ibu berperang ngan Tasneem, menjadi kewajipan Babah untuk makan secepat mungkin (ala-ala flashman) so that Ibu akan dapat makan pulak (secepat mungkin juga) nanti.

Bila dah rasa surrender berperang ngan Tasneem  nak suh makan & stop playing with the food, Ibu dah tak larat. Saje bagi Tasneem turun kerusi & jalan2 sekitar restoran.

Tengah2 folow Tasneem menjelajah kedai, tiba2 terpandang satu kesukaan Tasneem. Huhuhu.. bleh wat umpan kasi senang control. :D

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Hoho... TISSSHHHH...!!!!!

Tasneem ni, kalau nampak ikan ker penyu ker.. gerenti duk diam konsentret tengok. Memang excited punya la.

Kat restoran tu ada mcm poster hidupan laun lengkap ngan segala ikan2, penyu, tapak sleman segala.

Bila dah nampak segala hidupan laut tu, melekat la Tasneem kat poster tu. Duk tunjuk Tish.. Tetes. Seronok sangat dah. Ala2 jumpa kawan lama dah lagaknye.

Bila Babah dah abes makan, Babah plak ganti temankan Tasneem tengok Tisshh. Ibu kendian bleh la makan lak.

Tu jer nak citer. Sekian