Thursday, March 18, 2010

Milestone 15 months

Esok 19 Mac 2010, genap usia Tasneem 15 bulan (1 thn 3 bln).

Apa pencapaian terkini Tasneem?. Jom kita list:

  1. Sudah pandai berjalan (walaupun terkedek-kedek) tanpa perlu Ibu/Babah risau jatuh telentang.

  2. Dah pandai panjat cabinet TV

  3. Tarer turun katil kaki dahulu. Tapi tak larat angkat badan untuk naik katil sendiri.

  4. Sudah kenal lagu Lady Gaga. sambil turut menyanyi pelan2

  5. Pandai tekan/pulas segala butang/suis/dial yang dijumpai. Slalu switch off radio kereta bilamana lagu feveret Babah dia berkumandang.

  6. Pandai guna smartphone touchscreen

  7. Vocab setakat ini: Thanthik (cantik), Cat (kucing), Tish (fish), thudhuk (duduk), chuz (shoes), eat (makan), nak?nak? (offer makan kat Babah dia), bing (tido), sit (duduk), Tetoink (Ben10),  ajii (nak gi),

  8. Pantang sebut perkataan mandi. Terus wat aksi nak bukak butang baju & tolak2 pampers sambil menuju ke pintu bilik mandi.

  9. Pandai tunjuk reaksi bila menonton Pocoyo atau HiglyTown Heroes (tepuk tangan/wat muka suspen)

  10. Gigih berlatih melompat setempat

  11. Suka makan sendiri. Dengan pinggan sudu cawan sendiri punya. Takmau share

  12. Pandai korek hidung (dapat hasil plak tu)

  13. Dah training gosok gigi (tanpa ubat gigi)

  14. Pandai sebut "Dah" bila nak keluar dari tub mandi.

  15. Gigih prektis pakai seluar sendiri.

  16. Tak suka pakai kasut/selipar bila berjalan di luar rumah. Tapi kalau berjalan dlm umah, sebok plak nak pakai "chuzz" dia.

  17. Dah pandai tiru gaya babah sapu gell rambut.

  18. Suka makan tomato & buah plum atau epal masam


uh... banyak lagi. tapi tak ingat. nanti ingat daya sambung lagi.

Sunday, February 21, 2010

Cuti CNY

Kami bercuti seminggu. Macam2 terjadi sepanjang percutian seminggu kami yang memang tak dapat dilupakan..

Berikut adalah route perjalanan kami dari encil gugel:
perjalanan kami

Putrajaya - Beserah : 295 km

Beserah - Kota Bharu : 368 km

Kota Bharu - Seberang Jaya : 329 km

Seberang Jaya - Pantai Merdeka : 31.3 km

Pantai Merdeka - Seberang Jaya : 31.3 km

Seberang Jaya - Putrajaya : 371 km

Total Mileage: 1,425.6 km

Thursday, February 11, 2010

Aku rase cam nak bersukan balik. Ni mungkin sebab join aktiviti senam-senam budak2 opis. Bila dah kuar peluh, rasa cam semangat nak teruskan lagi. Tapi rasa cam segan lak sbb rasa badan cam dah tua. (hahaha...).

ishk... tringin nak amek balik TKD. sambung 1st Dan. Boleh kah ? Hmm... takleh bayang mak budak terkinje-kinje sparing ngan budak skolah.

Owh.. nak war-war kan, kami sekeluarga akan kelik kapong seminggu sempena cuti CNY. Dah lama tak kelik kapong. Tapi apsal dah rasa tak teruja seperti dulu yer?

Tadi dlm bilik miting, aku duduk sbelah bos. Tgh2 bosan2 pandang siling & meja, ternampak henpon bos. Wallauweh.. dah nak tercabut keypadnya tapi masih boleh berbakti kepada ownernya. Hmm... bayangkanlah kalau aku 9atau org lain) camana rasa. Sure dah mula meroyan-royan ngan laki/mak/tukang cop duit mintak beli enset baru.

bos punya