Monday, December 28, 2009

Semangat kejiranan ?

dah lebih 2 minggu kami duk kuarters baru. Tapi sorang jiran pun takde yang sempat kami tegur lagi. yang sebok menegur kami hanyalah bibik-bibik yang sebok melepak dikala petang atau awal pagi selepas majikan keluar bekerja.

Hairan yer... hmm.. tapi entah lah. Mungkin kami masih baru dan tak sempat nak tunggu jiran-jiran di depan porch umah semata-mata untuk berkenalan dengan jiran-jiran sekitar. Even sehingga kini kami masih lagi tak tahu nama jiran umah sebelah kami. Yang kami tau mereka punya anak 3 orang & salah sorangnnya perempuan yang on the very first day nampak saya berbual dengan maid dia... tiba-tibe disebutnya perkataan "ROGOL" di depan saya. Astaga... (tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak).

Mungkin budaya sekarang yang mana komunikasi antara jiran tetangga semakin berkurangan dan takut pula dikatakan menjaga tepi kain orang pulak. Tak kuasa saya nak jaga tepi kain sesiapa, tapi at least kita kena tau jugak nama jiran2 sekeliling. Mungkin ada kecemasan yang memerlukan bantuan jiran suatu hari nanti.

Masa duduk apartment tu macam tu jugak, Jiran sebelah menyebelah tak kenal pun nama. Kami hanya senyum bila dalam keadaan terpaksa seperti bila bertembung di dalam lift atau kebetulan sama-sama di depan pintu rumah. tapi at least kami masih senyum sesama jiran. Tapi bila stay teres ni, batang hidung tuan rumah pun susah nak nampak.

Sunday, December 27, 2009

Trilogy sengkuang kuning

Sendiri buat, sendiri tanggung, sendiri mau ingat !

Dah tau takleh makan jeruk kuning, pi makan jugak pasai pa ?! Kan dah semput !

Tapi sebab benda tu sedap la takleh tahan. Nak jugak merasa walau sekeping. Masa mula-mula giget tu memang kecur air liur. Bila dah masuk 3rd bite, kerongkong mula rasa nak berdehem. Esofagus rasa seakan menyempit.

Rasa panik seketika. Risau takut kena pi klinik. Tak nak tragedi kurma kotak berulang.

Air diminum hampir stengah tupperware. Tekak rasa sedikit lega & sejurusnya rasa tekak mula berkahak.

Lega....... no need for immediate medication. Lagipun stok ubat dah lama takder.

TAPI .... sengkuang tu memang sedap ! hehehe...

Monday, December 21, 2009

Pupus

Sejak dua menjak ni, level ke-stress-an aku boleh dikira zero. Takde stress langsung. (kecuali time malam tu sayang lambat bukak pintu umah tgh malam buta). Tau nape?.................. Sebab spanjang 2 minggu, makhluk yang suka stress-kan saya takder.

Walaupun banyak kerja/tugasan yang diterima sepanjang peralihanSystem, ia langsung takde buat saya stress.

Sib baik macam tu. Kalau dia ada, maunya tunggang tebalik dibuatnya dek orang tu semua staff unit ni.

Saya malas nak sebut or ngungkit siapakah gerangan orang tu dalam blog ni. nanti kang dia google nama, terus jumpa. Habes mampos. Mwahahahaha.... tapi kalau dia tau pun... ADA AKU KESAH ???

Sepposedly orang tu masuk kerja minggu ni. Tapi tak masuk-masuk gak. Dah pupus kah ?