Monday, October 26, 2009

Ampun

Skali lagi penulisan saya diblog ni dah buat orang lain makan hati.

Haiyyooo.. ammaa....appaaa..... ape ni ? Jangan lah gitu. Itu cuma pendapat saya je. Saya tak aim sesape pun. Saya suka blog hopping. Baca kisah hidup, pengalaman, ilmu dll dari org lain (blogger). Banyak cara org nulis blog ni. So tak perlu la beremosi.

Kalau kerana ini membuat seseorang terasa, saya mintak maaf la. Saya takde niat nak kutuk sesiapa.

Ishk... susah la nak layan angin semua orang ni. Kalau gitu, baik saya duduk diam2 & takyah bersuara.

Ampun dan maaf dipinta......

Ni kali yang ke-berapantahtaktahu dah seseorang terasa dgn penulisan saya. Kalau la saya ni blogger yg ala2 RPK tu, mampos dah kena ISA. Hahaha...

Sunday, October 25, 2009

Apartment for Rent at Tropicana, Petaling Jaya

BAYU PUTERI APARTMENT, TROPICANA

Availability: Can move in starting 1st Dec 2009
Property Type: Apartment
Built-Up: 850 Square Feet
Rental Price: RM900
Bedrooms: 3
Bathrooms: 2
Situated: Intermediate Unit
Furnishing: Wet Kitchen & Aircond in main hall

Facilities: Barbecue Area, Cafeteria, Covered Parking, Gymnasium, Mini Market, Nursery, Playground, Salon, Sauna, Swimming Pool, Wading Pool, Tennis Court, 24hr Security, Laundry Service, Mamak Restaurant, Hair Salon
- Clean and quiet environment.

Location: Near to Menara Luxor, Aman Suria, SunwayMas, Dataran Prima, Kota Damansara, One Utama, The Curve, Ikea, Ikano Power Centre, Tesco, Kelana Jaya LRT, SS2, Uptown, etc. Easy access to LDP & NKVE.
- Easy transportation, bus & taxis available in front of guard house at all times

Please email to : foxnike@gmail.com

Saturday, October 24, 2009

29 Sept 2003. Tarikh tak berapa keramat

Duk belek2 blog lama, tetiba nampak tarikh kali pertama aku post blog aku. 29 Sept 2003. Pergh... dah nak masuk 6 tahun (lagi 5 hari) aku bergelar blogger. Kalau budak skolah, dah nak grad tadika/taski/pasti.

Hanya gambar hiasan. Gambar konvo Taski diri sendiri kat kampung

Kiranya dlm 6 tahun blog aku wujud, dah banyak cerita kisah hidup aku yang terkumpul. Bila dibaca balik, kadang2 aku pun tak berapa nak faham. Hahaha....

Kenapa saya tak upade blog setiap hari


Perlu ke saya post blog setiap hari. Perluker saya post blog semata-mata nak cerita pasal saya baru beli itu, saya baru shopping kat sinun ? Jawapannye... TIDAK.

Saya post blog ikut mood. Kalau ada mood tapi takde crite, saya tepeklah gambar2. A simple picture boleh cerita banyak story.
Setakat ni saya dah rasa macam malas nak post blog. Lagi pun kalau ada sesiapa (ada ke?) yang nak sgt baca blog saya, boleh belek2 cerita-cerita lama saya kat belakang-belakang tu. Atau kalau rajin lagi, boleh try tengok kat 2 lagi blog lama saya. Saya dah berblog sejak 2003 kalau tak silap, so kira agak banyak jugaklah cerita2 karut yg boleh dibaca. So jangan bising la kalau saya dah lama tak update blog.

Tujuan daya create blog hanyalah sebagai tempat untuk saya luahkan ape2 aje yg ada dlm kepala otak atau ape yang terbuku di hati aje(ni kes makan hati laa..). Saya tak suka post blog setiap hari. Sebabnya setiap hari, rutin saya sama je, pegi keje balik keje, jaga anak. So tak perlu lah saya nak cerita benda yang sama setiap hari. Saya hanya akan post blog bila ada sesuatu kisah atau issue yang saya rasa saya nak share dgn other ppl aje. Tapi bukan nak share ape yang saya beli masa shopping pagi tadi (haa.. dah start mengarut dah...).

Dulu2 ada gak niat nak buat aktiviti tulis blog ni macam tulis diari tetiap hari. Tapi pada pendapat saya diari hanyalah untuk tatapan personal sahaja. So saya rasa baik tak payah. Takkan nak cerita semua benda kat orang kan ?