Thursday, October 15, 2009

My Pink Eye + 2 weeks MC

Conjunctivitis is an inflammation or infection of the conjunctiva, the thin transparent layer of tissue that lines the inner surface of the eyelid and covers the white part of the eye. Conjunctivitis, often called “pink eye,” is a common eye disease, especially in children. It may affect one or both eyes. Some forms of conjunctivitis can be highly contagious and easily spread in schools and at home. While conjunctivitis is usually a minor eye infection, sometimes it can develop into a more serious problem.

Conjunctivitis may be caused by a viral or bacterial infection. It can also occur due to an allergic reaction to irritants in the air like pollen and smoke, chlorine in swimming pools, and ingredients in cosmetics or other products that come in contact with the eyes. Sexually transmitted diseases like Chlamydia and gonorrhea are less common causes of conjunctivitis.

People with conjunctivitis may experience the following symptoms:

  • A gritty feeling in one or both eyes
  • Itching or burning sensation in one or both eyes
  • Excessive tearing
  • Discharge coming from one or both eyes
  • Swollen eyelids
  • Pink discoloration to the whites of one or both eyes
  • Increased sensitivity to light
What causes conjunctivitis?

Allergic Conjunctivitis

  • Allergic Conjunctivitis occurs more commonly among people who already have seasonal allergies. At some point they come into contact with a substance that triggers an allergic reaction in their eyes.

  • Giant Papillary Conjunctivitis is a type of allergic conjunctivitis caused by the chronic presence of a foreign body in the eye. This condition occurs predominantly with people who wear hard or rigid contact lenses, wear soft contact lenses that are not replaced frequently, have an exposed suture on the surface or the eye, or have a glass eye.

Infectious Conjunctivitis

  • Bacterial Conjunctivitis is an infection most often caused by staphylococcal or streptococcal bacteria from your own skin or respiratory system. Infection can also occur by transmittal from insects, physical contact with other people, poor hygiene (touching the eye with unclean hands), or by use of contaminated eye makeup and facial lotions.

  • Viral Conjunctivitis is most commonly caused by contagious viruses associated with the common cold. The primary means of contracting this is through exposure to coughing or sneezing by persons with upper respiratory tract infections. It can also occur as the virus spreads along the body’s own mucous membranes connecting lungs, throat, nose, tear ducts, and conjunctiva.

  • Ophthalmia Neonatorum is a severe form of bacterial conjunctivitis that occurs in newborn babies. This is a serious condition that could lead to permanent eye damage unless it is treated immediately. Ophthalmia neonatorum occurs when an infant is exposed to Chlamydia or gonorrhea while passing through the birth canal.

Chemical Conjunctivitis

Chemical Conjunctivitis can be caused by irritants like air pollution, chlorine in swimming pools, and exposure to noxious chemicals.

How is it treated?

The appropriate treatment for conjunctivitis depends on its cause:

  • Allergic conjunctivitis – The first step should be to remove or avoid the irritant, if possible. Cool compresses and artificial tears sometimes relieve discomfort in mild cases. In more severe cases, non-steroidal anti-inflammatory medications and antihistamines may be prescribed. Cases of persistent allergic conjunctivitis may also require topical steroid eye drops.

  • Bacterial conjunctivitis – This type of conjunctivitis is usually treated with antibiotic eye drops or ointments. Improvement can occur after three or four days of treatment, but the entire course of antibiotics needs to be used to prevent recurrence.

  • Viral Conjunctivitis – There are no available drops or ointments to eradicate the virus for this type of conjunctivitis. Antibiotics will not cure a viral infection. Like a common cold, the virus just has to run its course, which may take up to two or three weeks in some cases. The symptoms can often be relieved with cool compresses and artificial tear solutions. For the worst cases, topical steroid drops may be prescribed to reduce the discomfort from inflammation, but do not shorten the course of the infection. Some doctors may perform an ophthalmic iodine eye wash in the office in hopes of shortening the course of the infection. This newer treatment has not been well studied yet, therefore no conclusive evidence of the success exists.

  • Chemical Conjunctivitis – Treatment for chemical conjunctivitis requires careful flushing of the eyes with saline and may require topical steroids. The more acute chemical injuries are medical emergencies, particularly alkali burns, which can lead to severe scarring, intraocular damage or even loss of the eye.
Ni lah dipanggil rezeki anak. Dapat rezeki penyakit ni with 2 weeks continouse Medical Leave by Putrajaya Hospital .
Mula-mula rasa seronok dapat bercuti untuk 2 hari pertama, then mata tak hilang jugak merahnya, pegi balik klinik. Then the doctor there refer me to Putrajaya Hospital sbb dah nampak ada selaput on my left eyelid. Kat hospital, doc buat ophtalmic iodine eye wash yang sememangnya sangat memedihkan. stengah jam afte the procedure, mata jadi bengkak & seterusnya tidak membernarkan aku drive or even memandang persekitaran. Mata bengkak plus silau yang amat. Have to mintak favor pak abu (kawan sayang) jemput ku dari hospital then terus jemput Tasneem kat taska (waited for him from 3.30 till 6pm).
Nasib baik bila di rumah, Tasneem tak meragam. Lepas minum susu, terus si kecik tu mengantuk dan tidur tanpa banyak soal. Alhamdulillah.... 8.30 PM that night, mata makin bengkak & semakin berdenyut selepas letak artificial eyedrop & a drop of mild acid (untuk gugurkan lebihan selaput). Sakit tu, rasa biji mata mcm digigt semut2 kecil. Dah tak daya nak nangis. Hanya mampu tunggu sayang pulang jam 11 malam nanti. Sambil menunggu, tv sentiasa terpasang, tapi mata terlalu sakit untuk memandang cahaya apa lagi nak pusing biji mata untuk tinjau keadaan sekitar. Semua lampu utama ditutup & hanya buka lampu dapur sahaja sebagai peneman malam.
Tidur malam pun tak selesa. Tak mampu nak tengok Tasneem bila sikecik tu merengek tengah2 malam. Terpaksalah tugas tu Sayang ambik alih. Kelopak mata tak boleh dibuka sebab dua-dua belah melekat dek penangan eye discharge yang melekit.

------tak mampu nak terus menulis. Mata rasa perit memandang skrin komputer lama-lama. ---

Monday, October 5, 2009

IBU ! I'M HAPPY !!


Walaupun gambar ni blur & takde pakai editor mahupun dslr camera. Tetap suka pada gambar ni. Bukan senang nak capture sweet moment macam ni. Dah besar nanti, tak tau la bleh dapat lagi ker tak gelak tawa ikhlas macam ni.

Tasneem hari ni dah 9 bulan, 17 hari. Dah besar dah anak Ibu & Babah. We love you so much !

Thursday, October 1, 2009

False alarm

Huhu.. nasib baik...

Nampaknye Tasneem Chummil blom mau ada adek lagi. huhu...

Jangan sangka lain yer... cuma saya belum bersedia utk sorang lagi. Tapi kalau tuhan murahkan rezeki, saya terima dengan hati terbuka.

Tapi cuak jugak piyed lambat ni. Pastu ditambah pulak rasa loya-loya ngan angin kuskus. Pastu perut plak selalu je lapar. Seakan nak dapat sorang lagi jerk.

Bila ingatkan balik, rasa kelakar plak sbb dua2 rasa cuak tak tentu pasal. Akekeke....

Monday, September 28, 2009

Raya pertama Tasneem

Hidangan raya pertama Tasneem: Nasi tomato


Duit raya pertama Tasneem: RM50 dari Tok Chek


Gambar Raya pertama Tasneem: Tasneem ngan Tok Chek


Kami sungguh bersemangat patriotik di pagi 1 Syawal (ayat macam tak kena jer..)



Tasneem tengah tunggu untuk beratur collect duit raya. Tapi yang paling kacik ler yang paling last in queue.

En. Turtle & Tasneem

Sejak balik dari kampung, skarang ni Tasneem dah mula tunjuk perangai. Kalau tak kena sikit aje, terus menjerit2. Tak sabar-sabar. Huhu..dah nampak pe'el dah anak Ibu nih.ishk....ishk..ishk..

Skarang ni kalau Tasneem nak tido, wajib nak kena pelok En. Turtle. Kalu tak, alamatnye meraung-raung lah dia spanjang malam. Kalau tersedar En. Turtle terlepas dari pelukan pun, sure ngamuk2 dalam tido. Kira dah jadik macam bestfren lah skarang ni. Tapi En. Turtle ni diperlukan time tido je. Time main, terus lupa.

Time ni Tasneem tak sedar En. Turtle cuba melarikan diri

Ksrang ni tgh plan nak dapatkan sparepart En. Turtle dari Wawan dia kat kampung. Mintak poskan cepat-cepat. Takut la nanti En. Turtle hilang ke haper kat taska. Mau haru stiap malam!

Sampaikan Salam Raya 2009

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin dari KAMI Sekeluarga !!


Thursday, September 17, 2009

Rindu kapong...

Post ni takder kaitan dgn Hari Raya. Cuma aku rindu kampung halaman jer....


Sunday, September 13, 2009

Pitih ghayour

Anak-anak...
Raya tahun ni, budget agak ketat. So nanti, kalau pagi raya dapat singgit sorang tu, korang jgn kutuk plak. Bersyukurlah dengan rezeki kurniaan tuhan.
Ni lah saje acik mampu untuk tahun ni memandangkan acik tak dapek bonos.

Salam ikhlas,
Acik umah alik jatuh.
....ni baru dapat duit tukar utk duit raya anak2 buah.
Huhu... tak sabar nak raya

Tuesday, September 8, 2009

Ni lah jadinye bila Tasneem isap buh sendiri puting kat mulot. Setiap kali memang senget.

09.09.09

09.09.09
haha.. saje save space tarikh ni

Sunday, September 6, 2009

Teringat zaman dulu-dulu

Duk layan blog-hopping, banyak gak bloggers yang tulis kenangan masa skolah dulu-dulu. Tetiba teringat plak zaman sekolah dulu-dulu. Memori aku masa skolah dulu-dulu takde la best sangat. Tapi aku selalu teringat masa zaman-zaman aku skolah rendah dulu.

Darjah 1 – Darjah 3 (awal tahun je) : Gi skolah kat SRKTIP. Gi skolah sana walaupun agak jauh dari rumah. Sebabnya senang nak gi skolah, sbb atok aku Cikgu Besar kat skolah tu. Kami dua beradik (ngan abeJue) memang dikenali ramai sbb jadi cucu cikgu besar. Setiap pagi akan tumpang kete mini Aboh Tok untuk ke sekolah. Ingat lagi stiap pagi, bila bukak je pintu kete mini tu, maka keluar lah beberapa ekor nyamuk dari seat belakang. Best jugak skolah kat sana. Sana aku berkawan ngan budak-budak area kampong wakaf mek zainab. Derang memang friendly. Stiap petang lepas time skolah, aku tunggu atok aku abes miting ( ker haper tah). Aku tahap 1, so kelas aku abes dulu, bila kuar je kelas, terus aku gi tunggu kat kelas abeJue. Duk bertempek kat muka pintu. Hehe.. sampai skarang aku glemer sbb semua kawan skolah AbeJue kenal aku. Dah abes kelas, sementara tunggu our ride home, aku suka gi beli gulalaey stail nikam (tak tau bahasa standet). Kita masuk duit 20sen kat kotak, nanti ada jarum pusing. Nanti kita dpt la brape gulung gulaleay yang kita dapat nanti. Gulaleay ni makan ngan lempeng je. Sedap you! Lagi satu aku suka beli keropok getey, panjang sejengkal (bukan mcm sekarang) 10sen satu & diiringi dgn air soda dari pakcik jual air pepsi campur. 10sen je segelas kecik. Aku pun selalu gak gi beli nikam kat kedai runcit kat celah perumahan depan skolah tu.Ishk.. tetiba teringat meehun goreng dalam plastik 20sen. Sedap…
Lagi satu aku ingat pasal skolah ni, skolah ni sesi petang dia adalah sekolah pendidikan khas kanak-kanak pekak (bisu). Budak2 pekak ni kebanyakkannya cun-cun belaka. Huahuahua… (PS: aku pernah kena kejar budak bisu..tapi tak ingat kenape).
Kat sekolah ni ada satu pokok yang akar dia ala-ala berjuntai2 ke bawah (tak tau nak explain camana). Aku suka-suka je main ‘nondeng’ (gayut) ala tarzan ngan akar pokok tu. Ada jugak satu pokok yang ada kelopak bunga merah2. Aku suka amek kelopak bunga tu, kikis bahagian dalam dia & lepas tu sambung kat kuku. Jadi la mcm kuku hantu. Ngehehe…
Kawan aku masa skolah ni ramai tapi aku lupa plak nama derang.. meh sini aku try listkan:
Suzailifah (ngat sbb orgnye cut), zainab, Hazwani, nur mas era (ingat sbb nama cam glamer) , fadil (ni ada kat fesbuk aku, kebetulan matrik sama skejap), tuying (ni jiran duk dekat rumah), wan wira ubaidillah (ingat sbb dia anak cikgu jugak kot)… err.. yg lain2 aku lupa. Sorry aaa.. tapi ramai gak la kawan aku kat sana.

Darjah 3-6 : Aku tukar skolah gi SRK Islah. Singkatan time tu SERKIS (bunyik cam sarkas). Sini hari pertama tak bape seronok sbb cikgu kelas yang aku dimasukkan tu mcm query kenapa aku tukar sekolah. Awat ?? Tak suka ker aku masuk skolah ni ? Sukati aku lah. Cikgu ni jugak lar yang mengamalkan pilih kasih antara murid-muridnya. Aku tanak sebot nama kot2 la dah arwah, tak pasal wat dosa jer.
Kat skolah ni aku kenal ramai kawan best yang mana sampai sekarang pun still contact2 lagik. Hanya beberapa je takleh dihubungi. Wallahualam apa dah jadi kat derang. Meh naklist bebudak yang aku kenal: Nurul Hidayah, Rosam faltizulti, Wahayu, Naz Yuliati, Aidawati anis, Norliza, Sufian, Norhayati, Suzie, Nik Mazrina, rahayu, khairuddin, shahrul faiz, norhasnita, nik sayyidah (yup, mek salam pantai timur tu ler..), kimi, fairuz, pigi, err.. ramai lagi. Tapi aku tak hengat nama. Sori eh.
Kat skolah ni aku aktif berkurikulum. Aku join tarian, gendering, sukan (selalu je jadi reserve, hampeh!). Kat sini la aku belajar bersosial sekitar kampong dengan menunggang basikal. Hikhikhik…

Huhu.. penat otak nak ingat balik citer masa skolah dulu-dulu. So utk citer skolah menengah plak, lain kali lah aku citer. Otak dah berasap dah ni.

Friday, September 4, 2009

Berumahtangga depan tv

Sejak awal minggu ni, kami 3 beranak dah mula tido depan tivi secara berjemaah. Senang sket nak bangun sahur & nanti tak perlu kejar2 gi jenguk tasneem kat bilik takut jatuh katil.

Gambar ni diambil masa time Ibu tengah masak sahur. Gaya Tasneem tido ala-ala nak terbang je. hehehe.. saje amek gambar ni kot2 besar nanti Tasneem nak tengok.
Tak pun, kot ada main "mentadak mentadu, macam mana Tasneem tido ?". Hehehe.. senang le Tasneem jawab Tasneem tido mcm kapal terbang

Thursday, September 3, 2009

Milestone chart: 7 to 12 months


Tasneem dah 8 bulan. Skarang Tasneem dah pandai....
Sits without support - kadang-kadang tumbang jugak
Drags objects toward herself - ni selalu je. Tepon atas meja tu asyik jatuh aje.. pastu berebut nak minum air dari cawan
starts crawling - ni dah lama dah
Jabbers or combines syllables - tetete... lalalalala.....phe..phe..phe... blarghhh....
• Starts to experience stranger anxiety - yup. pernah
Stands while holding onto something - ni selalu aje, lebih2 llagi kat kabinet tv
• Bangs objects together - yang ni baru pandai. pastu selamba je baling barang tu.
• Says "mama" and "dada" to both parents (isn't specific) - err.. blom lagi kot. mungkin susah nak sebut IBU & BABAH
• Passes objects from hand to hand - yg ni selalu aje
Stands while holding onto something - selalu eksyen berdiri pegang kepala katil ngan sebelah tangan, sbelah tangan lagi pegang puting. hek eleh..
Crawls - dah. dengan lajunyer
• Searches for hidden objects - yang ni kalau dia cari puting laa.. atau pun kalau dgr bunyi henpon
• Pulls self to standing, cruises - sokmo doh
• Picks things up with thumb-finger pincer grasp - selalu main ngan kunci
Stands while holding onto something - yup. seperti yang telah dinyatakan di atas
Cruises while holding onto furniture - sama seperti di atas
• Drinks from a sippy cup - ni baru nak belajar
Eats with fingers - yup. makan biskut ngan tangan kiri
• Bangs objects together - yes

Wednesday, September 2, 2009

Argghhhh.....!!!
Payoh baso kalu bos koya tarer, tapi kenyataannya totally ZERO.

I hate my bos !

It really is sad and most unfortunate, but millions of people simple hate the job they have and even hate their boss. Each and everyday these millions of people wake up just to go to a job they hate and work for a boss that they cannot stand.. are you one of them?
How to tell you hate your job:
Do you have to convince yourself to go to work each day? NO
Do you look for reasons not to go to work? NO
Does your energy level drop simply by entering the work place? NO
How to tell if you hate your boss:
Do you avoid your boss at all costs? YES
Do you tell your boss off in your head? YES
When you make eye contact with your boss from across the room, do you think to yourself “Ah crap!” YES
How to tell it’s time to look for a new job:
Do you come home in a bad mood from work 2 or more times a week? NO
Do you find you are lacking energy and the desire to socialize? NO
Do you feel physically ill when thinking about going to work? NO


pbruthhff....


Tasneem buat latihan bibir. Main sembur-sembur buih.

Huarghh... lagi 5 minit nak balik. Lambatnyerrr.....



Tuesday, September 1, 2009

Kelibat

Sejak akhir-akhir ni, selalu je nampak kelibat budak kecik duk panjat kabinet tv...
eeeee.....takut laaaa budak kecit ni jatuh kang. Sure meraung-raung...

Kelibat Tasneem di tepi tv

Monday, August 31, 2009

Teman sekolah ku kembali ke Rahmatullah

Walaupun kami tak berkawan rapat, tapi pernah juga menyapa sesama sendiri tike berselisih bahu.
________________________________________________________


Ucapan terakhir
Laporan dan foto KAMAL RASHID
am@hmetro.com.my






JELI: “Selamat hari jadi ayah!” Itulah ucapan terakhir diterima Mohd Noor Mohamed, 50, daripada anak sulungnya sebelum penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu maut dalam kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kereta Myvi dinaiki Norazlina Mohd Noor, 27, bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.Kejadian itu mengakibatkan Norazlina yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan dan paha kiri.Kemalangan itu turut menyebabkan Hafeez yang memandu kereta cedera ringan di tangan kiri manakala Noraina cedera di muka. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jeli.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Amirul Suzilawati Mohd Arifin, 22, yang cedera parah akibat terjerut tali pinggang keledar dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kelmarin untuk rawatan lanjut.

Menceritakan detik terakhir berbual dengan Norazlina, Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka ucapan hari jadi yang disebut anaknya membawa petanda buruk sebelum terbabit dalam kemalangan maut.

“Sebelum bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 11 malam, arwah menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari jadi.

“Hari itu (hari kejadian), kami berbual seperti biasa dan tidak ada apa yang pelik dalam perbualannya, selain ucap selamat sempena hari jadi saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Katanya, dia sedih kerana hasrat anak sulungnya untuk pulang bercuti selama tiga hari dan menyambut Ramadan bersama keluarga di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok tidak kesampaian akibat kemalangan itu.

“Saya memang sedih kerana ini kali pertama arwah pulang ke kampung sejak melanjutkan pengajian di UPSI Julai lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, Hafeez yang memandu kereta mendakwa ternampak objek melintasi jalan, menyebabkan dia panik dan cuba mengelak melanggar objek misteri itu.

Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hilang kawalan dan kereta dipandunya terbabas ke kanan dan melanggar pokok.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan saya panik. Arwah yang duduk di sebelah saya cedera teruk dan gagal diselamatkan. Saya terkilan kerana arwah kakak sangat mengambil berat mengenai adiknya,” katanya.

Thursday, August 27, 2009

Kiasan dari Tuan Guru untuk renungan

While bloghopping, rasa tertarik dengan rangkap-rangkap pantun T.G Nik Aziz (blogTGNA). Untuk renungan kita bersama....

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HJ. NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al A’Raaf : Ayat 31).

Mari kita mengucapkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah S.W.T. diatas setiap nikmat yang telah Dia sediakan kepada kita selama ini. Di antara banyak-banyak nikmat, satu daripada nikmat ialah nikmat menghargai pelbagai keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap benda yang dicipta oleh Allah penuh dengan keindahan.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.

Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumahS
aya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Dengan sehimpun pantun berkias yang enak dikunyah sebentar tadi, saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian untuk terus berfikir mengenai diri kita, keluarga dan negara kita; bagaimana untuk bahagia di dunia dan selamat terus menerus dari azab Allah di akhirat kelak.

Mari kita sama-sama rasmikan Konsert Nasyid Antara Dunia pada malam ini dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Kota Bharu.Tanggal : 7 Syaaban 1430 / 29 Julai 2009

SuperPower

Aku boleh tau memana driver keta yang pedajal keta aku atas highway, block keta aku kat parking, drive cam sial depan aku atau ape2 aje yang yang attract aku utk amek tau sape pemilik kenderaan berkenaan.

Dengan satu panggilan je, aku bleh tau siapa mereka. haha..segala rekod & rekod jenayah (lalulintas) boleh aku korek.

Wohoho.. korang jangan main-main ngan aku...

------"Hek eleh... mcm la aku bleh buat apa2 kat derang nih". hahaha...-----

ps: korang takyah mintak aku cover saman korang time nak renew roadtax. Memang aku takkan buat & takleh buat. Apa bodo punya permintaan.

Thursday, August 20, 2009

Permata Hati Hamba

Nur Tasneem Zulaikha Mohd Yusof

Sayang melebihi segalanya...

Tasneem sedang busy kemas beg....

"Rajin betul la anak Ibu nieh. Tasneem kemas beg nak gi mana ? Balik umah TokChek kah ?"
"Tak laa...ape la Ibu ni... takkan Tasneem nak bawak beg kecit balik umah TokChek. "
"Abeh tu Tasneem nape Tasneem kemas beg ni ?"





"Tasneen kemas bes skolah la Ibu. Kan pagi esok nak gi Taska."
"Owh... yer ker.. hehe.. ingat kan esok ari Ahad, taska cuti. Ngehehe... "


Beg dah siap kemas. Jom gi skolah !


Wednesday, August 19, 2009

Sireh Pulang ke Gagang .. or izzit ganggang ?

Tahniah kepada Mak Ude Tasneem kerana telah berjaya menjadi pendidik. Lebih bangga lagi bila dapat tahu Cek Mek Molek tu dapat ngajar anak negeri kelate. Keno pulok bulih posting ke skolah lama. Umpama sireh pulang ke gagang. Kelik ngajar smula ke skoloh Maher. Semoga anda menjadi cikgu fizik yang sporting dan berdedikasi. Hmm... tetiba teringat kat Cikgu Eyu, cikgu fizik ambo dulu. Chaiyyok lah Cikgu Marjan!

Tapi bagi pendapat aku, adalah lebih baik guru2 yang lepasan oberTheSae nih dihantar ngajar ker sekolah di pedalaman. Supaya anak2 sekolah di sana menjadi lebih bersemangat sebab dapat cikgu yang bagus-bagus. Budak2 skolah kat bandar takpe lah, walau pun dapat cikgu2 biase2 je, tapi mereka ada lebih banyak peluang utk gi ke pusat-pusat tusyen yang bagus2.

Tapi apa2 pun, diharapkan Cikgu Marjan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Nanti dapat gaji bleh la blanje yer.. memandangkan awak dapat elaun full & tak perlu bayar sewa umah. hehe...

Tuesday, August 18, 2009

Lucky Number Eight

HAPPY 8 MONTHS OLD CHUMMIL !!

Setiap 19hb, akan genap bertambah 1 bulan umur Tasneem. As the date today, Tasneem dah officially masuk 8 bulan. Hmm.. lagi 4 bulan nak menapak ke umur 1 tahun. Terasa cepat masa berlalu...
Tasneem skarang dah tak kurus dah. Badan dah berisi hasil dari pembajaan Ibu, Babah dan cikgu taska. Setiap hari Tasneem kena makan bubur nasi & kentang lecek. So next check up nanti, takde la nurse tu nak bising2 kat ibu lagi pasal berat badan Tasneem.

Tasneem yang dah chubby. Bibir pun dah tambah cekci. hehe..

Makan ati makan nasi lemak

Smalam beli nasi lemak bungkus kat dapurMas, presint 9. Hampeh tak sedap, dah tu telur goreng empat segi saiz pemadam pensil jerk. sambal plak macam buh pakai hujung sudu je. Ikan bilis 3 ekor, timun skeping. Putus selera aku!!

Ni bukan fitnah, tengok la gambo ni kalau tak caya. Aku tak suka fitnah, tapi kalau hati dah marah, kena la jawabnya...!


Wednesday, August 5, 2009

Tasneem demam lagi

Weekend lepas, petang Ahad, lepas jalan2 Care4 & selepas Tasneem wat stunt nerap dlm stroller (rujuk entry sebelum), Tasneem tiba-tiba je demam. Badan tiba-tiba panas. Malam tu Ibu bagi Tasneem paracetemol (utk baby) & tempek koyok (kulfiver) atas dahi Tasneem.

Demam pun active

Hari isnin, Ibu hantar gak Tasneem gi Taska. Petang tu ibu 'cabut' lari dari opis secepat mungkin untuk jemput Tasneem. Tapi petang tu Tasneem masih lagi demam. Pas maghrib, ibu bagi lagi ubat demam. Astaga..susah nye nak suap ubat kat Tasneem tanpa bantuan Babah. Tasneem asyik kemam mulut je bila nampak shringe. Sabo je lah. Tapi ibu berjaya jugak injek ubat ke mulut Tasneem walau pun Tasneem dah sembur 1/4 dari ubat tu. Abih melekit2 & kaler2 merah t-shirt ibu. Pas makan ubat, Tasneem tido.
Selang 1 jam kemudian, Tasneem bangun sbb bunyik Babah bukak pintu (Babah ni tak reti masuk pelan2 ke ? .. hehe.. gurau je Sayang). Dah bukak je mata, terus nak merangkak. Pastu tetiba excited melompat-lompat nampak Babah. 1 jam kemudian, lepas lompat2 & golek2 dengan cargasnye, secara mendadak suhu badan Tasneem dah kembali normal. Whahaha.. bagusnya anak Ibu nieh!


Tasneem yang telah kembali sihat. Alhamdulillah...

As of today, Tasneem dah 7 months, 18 days.

Sunday, August 2, 2009

Stunt

Tasneem ada skill baru yang boleh dimasukkan sebagai salah satu X-treme Sport.




Stunt Meniarap dalam stroller.

Hehe.. nampak tak kaki terjulur keluar stroller tu ? Haha.... Babah cakap, biarkan aje. Asal jangan tertonggeng terkeluar/jatuh stroller atau mengakibatkan kecederaan diri sudah...

Hohoho.. macam-macam la Tasneem skarang nieh.

Thursday, July 30, 2009

Masked, makser, mascara


Beberapa orang di IT dah kena kuarantin. Ada staff sini duk ulang alik pi sana. Dah keluar arahan kat sana suh pakai topeng sewaktu dlm premis opis sana.
Sini blom ada arahan lagi. Tapi untuk elak risiko, kami diberi topeng jugak. Tapi tak wajib pakai.


Cuba teka mulut derang tgh wat ape?


Testing pakai utk 2 minit

Wednesday, July 29, 2009

Apa itu ?

Cuba tengok bawah pipi comel Tasneem ni. Ape yang anda nampak ?

Huhu.. hehe... love bite kah ?

Tanda merah ni dijumpai selepas menidurkan Tasneem atas pangku. Mungkin kena butang baju ibu kot ? Hasilnya terbentuk ada kesan merah benrbentuk hati. :-D

Tuesday, July 28, 2009

Tasneem 7 bulan

Chumil dah 7 bulan. Dah pandai buat pondok-pondok (pinjam ayat ninie). Activenye bukan main! Dah berani nak panjat-panjat tilam/bantal. Mulut pun dah makin bising. Sebelum ni hanya pandai sebut "te.te..tee..". Smalam dah pandai sebut "to..to..too..". Pagi tadi sambil borak ngan Ibu dah pandai sebut "bpe..pe..bphe..." (konsonan "P" kot). Tasneem dah pandai buat muka lawak macam cebikkan mulut & buat kepala ketar-ketar bila rasa seronok atau dengar paip air mengalir time ibu basuh pinggan. Tasneem dan pandai datang kat Ibu mintak dukong. Tasneem pun sekarang dah kenal orang. Hari tu kawan Babah datang, Tasneem nangis sebab kena dukong dgn orang yang Tasneem tak kenal. Bila nampak ibu, terus angkat tangan nak minta dukong. Huhu.... anak ibu dah pandai ! Sronot!

Daifuku

Aku suka sangat makan kuih ni. Kalau ada keinginan, aku singga la mana-mana 7E pi beli. Ada macam-macam perisa. Teksturenya liat macam kuih koci, ada macam-macam jenis inti, pastu bersalut tepung macam kuih tepung gomak (woh gomok).

Korang cuba la beli & rasa. Sedap tau. (tapi Syg tak suka sebab katanya kuih tu pelik)


Kuih ni nama dia Daifuku. Asal dari Jepun kot. Mungkin adik beradik kuih doremon. Huhu.. bestnye kalau dapat gi jepun & rasa kuih ni yang macam-macam perisa.

Friday, July 24, 2009

Tido la nak ooii.....

Smalam punye lah susah nak tidokan Tasneem. Dah bagi susu, pastu tepuk2, peluk2, mata dah lelap. Pastu tiba2 menggeliat plak nak bangun, tanak baring. Huhu.. sabar je lah. Ade la dekat 4 kali jadi mcm tu, pas geliat-geliat takmo tido, terus meniarap/merangkak sambil senyum-senyum kat ibu. Huuu... terus tak jadi marah kat anak yang sorang ni.
Masa cubaan nak tidokan Tasneem tu, aku sendiri dah 2 kali hampir terlelap. Tapi Tasneem still jugak takmo tido. Masih nak main-main walau pun jam dah nak masuk tgh malam.
Tasneem yang tanak tido

Tido la nak ooiii.... ibu dah ngantuk gaban dah ni.....



Tengok tu.. mata dah merah dah tu... dah ngantuk dah tu.. tido laa sayang.....

Setelah berhempas pulas tepuk2, bagi susu, bagi puting & nyanyi berdodoi segala, akhirnya Tasneem dapat tido juga pada jam 1.15 pagi. Tu pun masih lagi menggeliat-geliat sambil pejam mata tanda protes takmo tido. Sabar aje laa....


Akibat dari tido lewat semalam, pagi ni Tasneem tanak bangun bila Ibu nak kejut untuk pegi Taska. So, kenalah Ibu dukung Tasneem tido atas bahu ibu sampai ke kereta. Dah sampai Taska pun Tasneem tanak bangun. Just tunjuk muka mamai je masa ibu bagi Tasneem kat cikgu. Dah tu Tasneem sambung tido atas bahu cikgu plak on da way nak masuk taska. Hahaha....

Kalau tido gini, motor rempit lalu pun tak sure sedar ke tak.

Wednesday, July 22, 2009

Nak beli beras.. nak beli beras....nak beli beras...

Sabtu hari tu, kami berhajat keluar dari rumah pada petang hari minggu itu hanya semata-mata membeli sebungkus beras.

Sebelum beli beras, kami jalan2 round buang angin sekitar Amalanda dulu. Pastu tetiba aje kaki ni sampai ke kedai gadget.













.






.






.






.






.






.






.






.






.






.






..






.






.






. 2 jam kemudia, ada 2 plastik beg dgn kotak besar mengambil tempat Tasneem di dalam stroller. Tasneem da tanak naik stroller la plaaakk......

huhu.... penat dukung Tasneem (walaupun misi cakap Tasneem kurus. Hampeh la misi tu). Sambil jalan2, Tasneem sibuk giget2 henpon ibu dia. Tapi Ibu tak marah. Sebab .....


Ini !!



Kami masing2 telah menghadiahkan diri kami dgn henpon baru. Wahahaha... time nak beli tu, tiba2 je kluar 1001 sebab kenapa nak kena tukar henpon baru. keh..keh..keh...

Pas beli henpon, kami masih lagi tidak lupa untuk membeli beras kerana 2 biji henpon tidak dapat mengisi perut kami yang kelaparan nanti. hehe.. :D

Sama tapi tak serupa



Ni nak bagi bukti bahawa Tasneem ni amek rupa Ibu. Babah jangan nak bangkang. Hahahah...




Nampak tak persamaan tang dagu tu ? Ngehehe... Babah sama tang bulu mata jer.. wahahahaha.....

Tuesday, June 30, 2009

Berkorban apa saja

Sejak seminggu ni Tasneem chumil dah semakin sihat (walaupun ada hingus siket2 kadang2). Kini Tasneem dah kembali ceria. Dah pandai dah buat lawak & tunjuk muka jakun dia bila nampak something new. hehe....

Babah Tasneem skarang ni dah makin bz. Dah kurang masa berharga bersama Tasneem. Skarang ni time Babah gi kerja, Tasneem still tido lagi. Time balik keje je bleh main2 ngan Tasneem. Then next week, kelas Babah dah start dah. So Babah hanya dapat main ngan Tasneem weekend je. Sbb pagi2 buta Babah dah gerak gi keje, malam plak Babah sambung gi kelas. Babah balik dlm kul 11 or 12 mlm, Tasneem dah tido ngan Ibu.

Smalam Babah mengeluh, katanya sehari tak main ngan Tasneem, rasa rindu kat anak yang sorang tu. Sian Babah. Takpe lah Babah, keadaan gini harap akan berlalu dengan cepat. Nak buat macam mana, bersabar aje lah. Terpaksalah berkorban buat sementara.

Love You Sayang, always...