Thursday, July 30, 2009

Masked, makser, mascara


Beberapa orang di IT dah kena kuarantin. Ada staff sini duk ulang alik pi sana. Dah keluar arahan kat sana suh pakai topeng sewaktu dlm premis opis sana.
Sini blom ada arahan lagi. Tapi untuk elak risiko, kami diberi topeng jugak. Tapi tak wajib pakai.


Cuba teka mulut derang tgh wat ape?


Testing pakai utk 2 minit

Wednesday, July 29, 2009

Apa itu ?

Cuba tengok bawah pipi comel Tasneem ni. Ape yang anda nampak ?

Huhu.. hehe... love bite kah ?

Tanda merah ni dijumpai selepas menidurkan Tasneem atas pangku. Mungkin kena butang baju ibu kot ? Hasilnya terbentuk ada kesan merah benrbentuk hati. :-D

Tuesday, July 28, 2009

Tasneem 7 bulan

Chumil dah 7 bulan. Dah pandai buat pondok-pondok (pinjam ayat ninie). Activenye bukan main! Dah berani nak panjat-panjat tilam/bantal. Mulut pun dah makin bising. Sebelum ni hanya pandai sebut "te.te..tee..". Smalam dah pandai sebut "to..to..too..". Pagi tadi sambil borak ngan Ibu dah pandai sebut "bpe..pe..bphe..." (konsonan "P" kot). Tasneem dah pandai buat muka lawak macam cebikkan mulut & buat kepala ketar-ketar bila rasa seronok atau dengar paip air mengalir time ibu basuh pinggan. Tasneem dan pandai datang kat Ibu mintak dukong. Tasneem pun sekarang dah kenal orang. Hari tu kawan Babah datang, Tasneem nangis sebab kena dukong dgn orang yang Tasneem tak kenal. Bila nampak ibu, terus angkat tangan nak minta dukong. Huhu.... anak ibu dah pandai ! Sronot!

Daifuku

Aku suka sangat makan kuih ni. Kalau ada keinginan, aku singga la mana-mana 7E pi beli. Ada macam-macam perisa. Teksturenya liat macam kuih koci, ada macam-macam jenis inti, pastu bersalut tepung macam kuih tepung gomak (woh gomok).

Korang cuba la beli & rasa. Sedap tau. (tapi Syg tak suka sebab katanya kuih tu pelik)


Kuih ni nama dia Daifuku. Asal dari Jepun kot. Mungkin adik beradik kuih doremon. Huhu.. bestnye kalau dapat gi jepun & rasa kuih ni yang macam-macam perisa.