Monday, April 6, 2009

After pegnen syndrome 1: Rambut gugur

Mak !! Segenggam rambut kat salur air kat bilik mandi. waaaa............nak nanges..... sob sob..

Kemana saja aku lepak, sure ade rambut sepah2 kat situ. Even bantal tido sayang pun ada rambut lekat. kat baju anak pun kene. Lantai dlm bilek toksah citer ah. penuh bergenggam-genggam. TENSI !!

Dari baca kat tenet (forum ibu2), memang rambut akan gugur lepas bersalin. Kata org2 tua lak, rambut mak-mak akan gugur bila baby dah pandai buat buih2 kat mulut.

Huhu... memang betul la petua mak-mak tuh. Tasneem dah mula pandai borak2 & suka buat buih2 & sembur2 time cakap. Risau lak sebanyak mana Tasneem buat buih, sebanyak tu la rambut akan gugur. Oh tidak......

Ni semua sebab perubahan hormon. Badan mula nak sesuaikan diri balik dengan keadaan asal lepas pegnen. Sabo aje lah.

Tapi memang tak tahan laa..... tetiap hari, kalau peluh-peluh extra sket, mula la badan gatal2 sebab rambut melekat2 kat leher, belakang, bahu.... ishk... mengenyam je rasa. 2minggu lepas, potong rambut pendek terus. konon nak elak gugur banyak. aiyyooo... sama jer. rambut tetap gugur jugak.

Memalam, sebelum tido, kalau tak tahan, kene basuh badan dulu utk ilang segala rambut2 gugur tuh. Nak aje kasi trim ala Demi Moore. Kasi licin terus. huhuhu....

Friday, April 3, 2009

Bonda-bonda berblog

Good morning. Pagi2 sabtu yang ceria ni (sgt suker SABTU!!), nak share citer pasal MomBloggersPlanet . Jumpa community ni pun setelah jalan2 ker blog Jiji.

Kat sini bleh listkan blog sendiri dlm dianyer directory, bleh lompat2 ker blog Bonda-bonda cyber, bleh join aktiviti derang. FYI.. bukan aktiviti2 mak-mak kat kampung yerr... tapi aktiviti mcm blajar amek gambo anak, donlod template blog yg cumil-cumil dan macam-macam lagi coming soon.

So, kepada kawan-kawan berstatus bonda tu, meh ler join MomBloggersPlanet . Kasi gegar ramai-ramai !!




Thursday, April 2, 2009

Macam-macam alasan

Dah kul 12.15tgh malam. Huargh...ngantuknyer... tapi nak kene taip minit mesyuarat pagi tadi. haru kalau dah angin malas datang bertandang. Saje jer cari alasan tanak buat.

Alasan petang tadi....
  • "....alah... baru kul 2... banyak masa lagi. bleh wat ptg kang. "
  • "aish... dah kul 3!... huhuhu.. takpe, layan lar forum jap."
  • "laaaa.... dah kul 4 ker... ok.. start nulis..." (taip senarai kehadiran jer)
  • "4.15 dah... haish... nak ujan ker? hmm.. kene cepat siap barang nak balik, takut ujan lebat, takleh gi kat kete"

Alasan malam lak...
  • Layan Tasneem main. Tapi sbenarnya babah dia yg duk layan main. Ibu dia duk tengok aje.
  • Tengok berita terkini, hiburan sensasi kat TB3suku
  • Tasneem nak minum susu.
  • Dodoikan Tasneem tido
  • "Tasneem tido dah... alah...rasa malas la plak. Kacau2 Babah Tasneem ler..."
  • "Nguahhh... Jom babah, angkat Tasneem masuk bilik. Mint tu bleh wat esok pagi kul 7.30"

Pastu... asalnya nak tido trus, tapi esok takut tak sempat siap, then skang ni tgh ngadap komputer taip minit. Errrrkkk.... ker aku taip blog ? Nampak gaya sambung taip minit nih pagi esok la agaknye.... ihik !!

Wednesday, April 1, 2009

BTN & Induksi

Huhu.. adeh... malasnye nak nulis. Pagi-pagi subuh gini, kan best kalau dapat tido... tapi nggak boleh... tetiap hari kene bangun as early as 5am utk bersiap gi opis nun kat Damansara. Nyampah...!! Bila la opis ni nak pindah saiber... sengal tol! Asyik tunda-tunda aje tarikh pindah. Walhal bangunan dah siap. Tapi smalam baru wat majlis serah kunci.

Smalam dpt surat dr JPA soh pegi BTN & Induksi Umum. Yang tang Induksi tu aku bleh aje gi, pasal dia wat kat INTAN KL. So, dari pencarian aku & pertanyaan tak formal kat org di sana, induksi ni bleh balik hari. Start kul 8 pagi, abes kul 5ptg. Kira aku takyah wat ape2 lah, just mcm biasa gi opis je.

Tapi yg BTN ni susah sket. Dha la tarikh hantar borang confirm hadir BTN 31 Mac. Aku terima surat tu dah 1 April. Tambah2 lak, surat tu bertarikh 23 Mac. Kiranya dah hampir 2 minggu surat tu tersadai kat HQ. So kira aku termissed BTN pun bukan sebab salah aku. Huahuahua..... Lagi satu, dah last minit nih, mana aku sempat nak setel hal jagaan Tasneem masa ketiadaan aku seminggu kat BTN nanti ? Tu menguatkan lagi reasons aku utk tak menyertai BTN kali ini. Aku dah hantar email kat urusetia kursus dah, jap agi nak cek kat opis ader tak reply dari derang. (fyi: aku dah banyak kali call derang, tapi takder org angkat tepon. dah tghari call, baru ada org angkat & bagitau yg derang outstesen. hampeh!!)