Thursday, April 2, 2009

Macam-macam alasan

Dah kul 12.15tgh malam. Huargh...ngantuknyer... tapi nak kene taip minit mesyuarat pagi tadi. haru kalau dah angin malas datang bertandang. Saje jer cari alasan tanak buat.

Alasan petang tadi....
  • "....alah... baru kul 2... banyak masa lagi. bleh wat ptg kang. "
  • "aish... dah kul 3!... huhuhu.. takpe, layan lar forum jap."
  • "laaaa.... dah kul 4 ker... ok.. start nulis..." (taip senarai kehadiran jer)
  • "4.15 dah... haish... nak ujan ker? hmm.. kene cepat siap barang nak balik, takut ujan lebat, takleh gi kat kete"

Alasan malam lak...
  • Layan Tasneem main. Tapi sbenarnya babah dia yg duk layan main. Ibu dia duk tengok aje.
  • Tengok berita terkini, hiburan sensasi kat TB3suku
  • Tasneem nak minum susu.
  • Dodoikan Tasneem tido
  • "Tasneem tido dah... alah...rasa malas la plak. Kacau2 Babah Tasneem ler..."
  • "Nguahhh... Jom babah, angkat Tasneem masuk bilik. Mint tu bleh wat esok pagi kul 7.30"

Pastu... asalnya nak tido trus, tapi esok takut tak sempat siap, then skang ni tgh ngadap komputer taip minit. Errrrkkk.... ker aku taip blog ? Nampak gaya sambung taip minit nih pagi esok la agaknye.... ihik !!

Wednesday, April 1, 2009

BTN & Induksi

Huhu.. adeh... malasnye nak nulis. Pagi-pagi subuh gini, kan best kalau dapat tido... tapi nggak boleh... tetiap hari kene bangun as early as 5am utk bersiap gi opis nun kat Damansara. Nyampah...!! Bila la opis ni nak pindah saiber... sengal tol! Asyik tunda-tunda aje tarikh pindah. Walhal bangunan dah siap. Tapi smalam baru wat majlis serah kunci.

Smalam dpt surat dr JPA soh pegi BTN & Induksi Umum. Yang tang Induksi tu aku bleh aje gi, pasal dia wat kat INTAN KL. So, dari pencarian aku & pertanyaan tak formal kat org di sana, induksi ni bleh balik hari. Start kul 8 pagi, abes kul 5ptg. Kira aku takyah wat ape2 lah, just mcm biasa gi opis je.

Tapi yg BTN ni susah sket. Dha la tarikh hantar borang confirm hadir BTN 31 Mac. Aku terima surat tu dah 1 April. Tambah2 lak, surat tu bertarikh 23 Mac. Kiranya dah hampir 2 minggu surat tu tersadai kat HQ. So kira aku termissed BTN pun bukan sebab salah aku. Huahuahua..... Lagi satu, dah last minit nih, mana aku sempat nak setel hal jagaan Tasneem masa ketiadaan aku seminggu kat BTN nanti ? Tu menguatkan lagi reasons aku utk tak menyertai BTN kali ini. Aku dah hantar email kat urusetia kursus dah, jap agi nak cek kat opis ader tak reply dari derang. (fyi: aku dah banyak kali call derang, tapi takder org angkat tepon. dah tghari call, baru ada org angkat & bagitau yg derang outstesen. hampeh!!)

Tuesday, March 31, 2009

Cubaan meniarap

Skang bar masuk maghrib. Tasneem tido atas riba ibu. Ibu tanak biar Tasneem tido sorang2 time ni. Takut Tasneem ngigau mcm smalam.

Ni bukan sebab gangguan ker haper, saje jer.. dah lama tak pangku Tasneem to sleep. Lagipun, smalam Tasneem ngigau mungkin sebab penat perjalanan juah dari umah Aki di Kuantan :-D

Hari ni Tasneem dah 3 bulan, 1 minggu, 5 hari. Tasneem dah pandai balikkan badan nak maniarap. Tapi takleh niarap lama-lama. Sebab Tasneem tak mampu lagi nak tegakkan leher lama-lama. Bila bgatau pasal ni kat Wawan Tasneem, maka terkejutlah bonda itew... mana taknya... baby selalunya start meniarap bila mauk 4 atau 5 bulan jer... tapi anak ibu sorang ni, 3bulan dah nak nerap. Advan betul mokcik kecik sorang nieh. haish... !!

Then, skang ni, Tasneem dah takleh dibiarkan baring sorang2. Kang, tinggal aje lebih 30saat, mula la sibuk tunjal2 kaki nak pusing badan. Dah tu, dah pusing, tak reti nak telentang balik plak. hehe....

Masa tido umah aki ari tu, boleh nyer makcik kecik ni ngigau. Dan-dan dlm tido pun bleh pusing meniarap. Hadoiyai.. !! Sib baik masa tu Babah tersedar, terus baringkan balik Tasneem. Paginya, posisi peniduran Tasneem dah beralih 90darjah. Dah jadi mcm huruf H plak bila diapit oleh Ibu & Babah. huhuhu... takpe lar... asal jgn jatuh katil dag ler sayang....

Monday, March 30, 2009

Babah & Tasneem kat taman

Susah sangat nak ajah Babah Tasneem kuar jalan-jalan gi taman petang-petang.

Haa.. ni, dah dapat gi, Ibu tepek gambar Tasneem & Babah jalan2 kat Hotel Pulman Putrajaya

:-)