Friday, March 20, 2009

Anak teruna Suzie & Anis

8 am tadi, Anis (Cdgen) antar sms, katanya dah selamat bersalin kul 3.30 pagi tadi. Alhamdulillah...
ensem gak baby boy si Anis nieh. hehe...

petang kang, if kesempatan, nak gi jenguk kat Hosp. Serdang.

Kiranya, dlm bulan nieh, 2 org kawan aku dah selamat bersalin. Suzie bersalin minggu lepas. Baby boy gak. huhuhu... tahniah la weh semua..!!

Smalam Tasneem dah masuk 3 bulan. Huhu... anak ibu dah makin besar. Dah makin cerdik.kuat minum susu & dah pandai ajak borak. Tasneem dah mula nak balik-balik badan dia. Ibu biarkan aje stiap kali Tasneem cuba nak belikkan badan. Ibu taknak tolong, Ibu nak Tasneem belajar sendiri. Ada skali tuh, Ibu tolong Tasneem, dah berjaya meniarap. tapi muka lak tak alih ke tepi. Nampak Tasneem mcm nak ala-ala lemas ler plak. Ishk... takleh ler gitu. Kalu bleh, once Tasneem dah pandai balik badan sendiri, sure Tasneem akan pandai alihkan muka sendiri plak kan....

Friday, March 13, 2009

Tasneem Demam

Last 2 weeks, Tasneem demam.

Ibu sampai kat umah, bukak aje pintu, nampak Tasneem duduk atas riba babah. Babah cakap Tasneem tak active mcm biase & badan cam suam-suam kuku. Huhu.. cian Tasneem... badan dah cam terlentok jer atas riba babah.

Ibu suh Babah gi siap cepat-cepat pasal nak bawak Tasneem gi klinik. Nak gi klinik gomen, time ni dah tutup. So, Ibu Babah decided nak ke kinik prebet ajo...

Sampai kat presint 8, ada satu kinik tu, bukak, tapi doktor plak takder. Hallamakkk... !
Pastu, Babah gigih drive ke flet ijau plak. Situ ada 2 kinik. So Ibu pilih kinik yg nama cam comel. Kinik An-Nisa.

Lepas Babah daftarkan Tasneem, kami tunggu nak jumpa doc ada lar dlm 15min. Masa tu badan Tasneem dah makin panas. & Tasneem plak dah mula buat bunyi pelan-pelan. Cian Tasneem... Ibu tau, Tasneem bunyi cenggitu sebab Tasneem rasa tak selesa & tak larat. Tasneem macam cuba ngadu kat Ibu je, kan ?

Bila masuk bilik doc. Alhamdulillah... doc pompuan. Muka doc ni iras2 kawan ibu masa matric dulu. Masa cek Tasneem, doc cakap Tasneem memang demam panas. Suhu badan Tasneem dah naik 38 oc. Alaaa.... lagi buat ibu nak nanges...
Doc suh baringkan Tasneem kat katil. Doc cek perut Tasneem, mata Tasneem, mulut Tasneem. Doc cakap Tasneem kene jangkitan virus. Pastu doc suh bukak pampers Tasneem sebab dia nak masukkan ubat kat bontot Tasneem. Masa ni Tasneem dah ala2 ngamuk dah. Badan Tasneem dah merah2.
Lepas masuk ubat, doc cakap Tasneem tak apa2. Just mintak Ibu Babah monitor ajer malam ni, takut melarat. Kalau badan still panas, kul 11 mlm ni bagi Tasneem makan ubat & antibiotik.

Balik umah, ibu lapkan badan Tasneem & letak cooling pad kat dahi Tasneem. Panas badan dah menurun. Malam tu, sblm tido, Babah suap ubat kat Tasneem. Tasneem eat ubat sikit jer pasal banyak yang Tasneem sembur keluar. Ishk.. anak ibu....


Malam tu, Ibu Babah tak lena tido. Stiap 1 jam ibu sentuh kepala Tasneem. Suhu badan Tasneem naik balik. Time tu Ibu rasa nak bawak Tasneem gi ER aje.. tapi bila tengok Babah ngantuk, ibu sabarkan aje. Malam tu Ibu lap kepala Tasneem ngan air setiap selang stengah jam. Alhamdulillah... suhu badan turun balik ker suam-suam kuku.

Esoknyer, Ibu amek EL sebab nak jaga Tasneem. Lepas Babah balik dari solat Jumaat, Ibu ajak babah gi Klinik Putrajaya. Ni kes tak puas hati & risau. So kalau bleh nak jumpa doc gomen lak & mintak ubat selsema/batuk. Dah jumpa doc kat sana, dia cakap Tasneem mmg demam, tapi skang dah beransur ok. Doc tanak bagi Tasneem ubat batuk/selsema sebab doc cakap baby bawah 6 bulan tak digalakkan ubat2 cenggitu.

Balik umah, Tasneem makin baik. Dah mula senyum2 & panggil2 Babah & Ibu dia. Dah mula ajak Babah 'go' (suh dukung & jalan2 dlm umah). huhu.. lega rasanya bila Tasneem dah baik. Len kali jangan buat Ibu risau lagi yer Sayang.....

Wednesday, March 11, 2009

Wednesday, February 18, 2009

TASNEEM DAH MASUK 2 BULAN !!

Hari ni, 19 Feb 2009, genap umur Tasneem 2 bulan!! HoowwwYeayyyyhh.....!!



Bangun la Tasneem... dah kul 11 dah ni. Hari ni nak gi klinik lak.

Tuesday, February 17, 2009

Tasneem gi skolah

Hari ni first day Tasneem gi skolah. Tasneem masuk skolah lewat sebab babah dia bangun lambat (ehem.. ibu dia bangun awal sikit jerr...) . Tasneem masuk kelas kul 11 pagi. Hari ni planning Tasneem nak gi skolah stengah hari jer. nak test camana perangai Tasneem ngan cikgu2 dia nanti. Alhamdulillah... nampaknyer Tasneem tak beronar (meragam).

Masa amek tadi, cikgu dia tanya nak panggil aper. Alaa... panggil Tasneem jer lar.. kan dah tulis nama kat beg skolah tu. Aper arr cikgu2 Tasneem nieh. hehehe...

Ramai tanyer aper maksud Tasneem. Kalau google, bleh dapat mcm ni...

" TASNEEM
The Meaning of name Tasneem

Gender: The name is a baby Female name
Origin: The name comes from the Arabic origin.
Meaning: The meaning of the name is Variant of Tasnim: Fountain of paradise.
"

Kalau dlm bahasa melayu lak, TASNEEM = Aliran sungai-sungai di syurga

Dah, pasni jangan tanya lagi dah. Korang google lah sendiri :D

Sunday, February 15, 2009

Minggu akhir cuti

To those yang beriya-iya konon2 tak sabar nak tengok my doter. Aku dah extend cuti one more week (meaning this week laaa). So pas cuti nieh, kalau ade sesape nak datang jalan umah, nak tengok Tasneem, nanti akan diconsider later sebab nak kena set with my weekend planning. no more add hock "ehem... we just dropping by". hahaha...

patut pagi nieh, Tasneem dah nak kene gi nursery. tapi ku tak sampai hati nak hantar Tasneem gi sana. And later, bila aku dah masuk kijer balik, aku akan missed her smile bila Tasneem baru bangun tido stiap pagi. Yup, Tasneem memang suka senyum bila baru bangun tido. Macam time subuh tadi pun, aku kacau dia tido utk salin pampers pun sempat lagi dia senyum & main2 ngan aku & sempat gak tonyoh2 muka babah dia kat sebelah yg tgh nyenyak tido (ngantuk la tu sebab bersengkang mata tgk bola tadi.. hehe )

Tasneem tonyoh muka babah


Tasneem lagik !!

huahuahua... Yesss.. i'm obsessed with my doter. Jgn muntah k... :-D

Friday, February 6, 2009

Ku teringin nak makan kari kepala ikan kat Lucky Garden !! Anyone yg keje area Bangsar or PJ, bleh tak mintak tolong antarkan ke umah aku kat tempat jin bertendang nieh. huahuahua...

ni gambar Tasneem yg latest. Asyik senyum ajo anak ibu yang sorang nieh.

Saturday, January 31, 2009

Setelah Tasneem lena (12.30am)

ngantuk.....

i'm back. skang tinggal kami bertiga aje kat umah. pandai-pandailah nak ngurus anak sendiri. malam2 bangun, bancuh susu. pagi berjaga, salin diapers. nguahhh... ngantuk. rindu zaman bujang. tapi my Tasneem is still and always be the best'test' thing in my life (at the momoent laaa..)

skang kul 1.04. permisi nak ke tandas yer....
(see.. nak ke tandas pun tak sempat-sempat bila dah ada anak sendiri nieh. hehehe.... )

Wednesday, January 14, 2009

1st outing since pantang

slambe badak aje aku masuk showroom Aman Razak dgn t-shirt sukan ngan kain sarong. wahaha...
pastu, siap booking kete lagi. haiyyaa...
adakah ini trend shopping gaya baru? atau adakah ianya xpernah dibuat org ?
arini tasneem dah mungkin naik 4kg. huhu.. anak ibu dah makin berat n montel, serta makin menyukarkan ibu nk susukan dia, lenguh lengan babe....
Tasneem dpt hadiah best dari TokCek dearest yerrr... tu lar org ckp rezeki anak ;-)

Monday, January 5, 2009

Blogging from kampung

Skang dah tghari. borink giler nieh. tasneem lak baru lepar minum susu. skang tgh baring atas katil. mama xbagi gerak banyak sgt, takut peranakan lambat kecut.
Ni aku tgh taip guna hp, pakai gprs masuk blog. huhu..ntah brape la nanti bill tepon aku nanti. tapi nak wat camana? aku mmg sukar nak renggang ngan internet. huahuahua...
Ahad lepas, syg dah balik putrajaya. rase nak nangis je time cium tangan kat depan pintu sblm syg gi. flight syg departed kul 11.50 , sampai sana dah kul 1pagi.
smalam, aku mula jaga tasneem sorang2 kat umah, sbb mama keje. abah lak, tak reti nak pegang baby. so semua aku buat sendiri.
Luka operate kat perut ni jadi pedih2. maybe sbb banyak sgt gerak.
huhu..penat taip kat tepon nieh. stop dulu la. nak tido jap sambil layan klasik.fm. hehe...

Wednesday, December 31, 2008

Aku memang pantang !!!

Aku skarang dalam pantang. Tapi apsal dlm kepala ni asyik terpikir keenakkan ketupat sotong ? Waaaa.... bestnye kalau dapat makan. huhu... agaknye ni sebab permintaan nak makan ketupat sotong masa raya ari tuh tak tertunai kot. hehe...

As today, my Tasneem dah umur 1minggu, 5 hari. Tasneem was born thru C-sec procedure on 19th Dec 2008 at 10.25pm.

Buat masa skarang, aku malas nak cerita pengalaman bersalin. Sure panjang & akan memenatkan jari jemari ku ini. hehe... dipendek citer, memang 12hours yg memenatkan. So, nanti2 dah agak boring, aku citer ah kat blog ni nanti. muehehehe....

Ni gambar Tasneem...
(maaf.. buat masa skarang, website blogger wat prangai cam *******. nanti2 aku upload balik!)

Wharghhh...!! Laparnyer....!! Sebab pantang, dari pagi aku just makan biskot kering/roti ngan milo suam jerk !! Kasihanilah diri ini..... huhuhuhu....

Thursday, December 11, 2008

bilik kecik

ark... cian baby babah. bilik dia dah kecik sebab body baby babah makin besar. perut ibu dia tak ngembang arrr...

sabar la sayang ehk... dah kuar karang, bleh lar nak stretching2 puas. hehehe...

Wednesday, November 26, 2008

Aku tak suker org macam ni !


Recent History

November 27 2008, 11:52 stranger said on
boleh i kenal xx

November 27 2008, 11:52 i said on
ni dah kenal dlm ym

November 27 2008, 11:52 stranger said on
oic ...

stranger says: kalau boleh x kan kenal kat sni jer
I say: no thnx
stranger says: ermm boleh bagi no phoen x
I say: kenape nak ?
stranger says: boleh ler i cll nik
I say: kenapa nak call?
stranger says: yea ler kita kwn2 ... boleh ler kita sms ke
I say: dah ade husband, dah ada anak. tak perlu lagi tambah kawan lelaki. terutama strangers
I say: sori, saya tak give out personal info kat ppl over the internet
stranger says: ok ler


Menyampah dgn org yg suka cari skandal nih. Last time mamat nih dah berYM ngan haku. ingatkan stakat biasa2 jer... alih2 mcm nak cari skandal plak. Sampai dah tahap nak citer benda 18sx. Ape nyer bodoh nak cari skandal ngan bini orang ??!! Wei... kalau gersang sangat2, kawen aje lah!!

Ada jugak dlm 3 bulan lepas. Mamat ni jumpa akunyer FS page. Pastu tinggalkan no tel opis dia. suh aku call. Hehe.. dia ingat aku ni bodoh sangat ke? So aku check no fon tuh. kuar result no opis gomen. Jabatan yg ade kaitan ngan law. Siap ade dia nyer jawatan & umor lagik. Then aku tgk kat FS dia... sial nyer makhluk. dia tipu age dia kat FS. Pastu after a few FS message, haku basuh dia cukop2. Terus senyap dah tak contact2 aku dah. GERAM nak tepek aje no fon opis dia kat sini biar sluruh Malaya tahu. Muwahahaha....

Ni lah jenis manusia yang bleh menjahanam kan manusia lain. Aku sangat2 tak suka.

Kalau sesape yg prangai gini terbaca ape yg aku tulis ni, harap2 korang rentikanla aktiviti korang tuh. Dah la bleh rosakkan rumah tangga org lain, dosa lagi bleh dapat.

Ishk... mau aje aku carut2 maki depan2 muka org nih !!

Tuesday, November 25, 2008

Aku dan Frepochinozzzzzz

Ari ni melepaskan geram nak minum choc rich blended. Mwahahaha.... tghari2 buta, jalan2 gi SetarBak, order Choc Frepuchino (lantaklah salah aje ker) with choc chips & rich whip cream. Huah!! puas hati den sedot bende tuh. Pas sroot..srot... 2 kali, telan.. 3 saat kemudian, terus lidah rasa pahit. Huh..pastu.. sroot...sroot..srootttt.. lagik. Dlm 20 min dah nak abes separuh dah.

I need something chilled & sweet. Dah boring minom milo panas mamak pagi2. Nak lalu depan mamak pun dah takder selera. Sejak2 ngandung nih, dah tak brape selera nak makan hidangan mamak, kecuali mmg tgh lapar sangat2 or just temankan sayang makan mee goreng (fyi: my asben ni memang antu mee goreng mamak).

Skang baru 3 stengah. Huarghhh... lambat lagik nak balik. Borink nyer kat opis nieh... nak surf tenet pun dah malas. kan best kalau ade bantal tilam, bleh baring2 regang badan yg sakit nieh.

Esok bermulelah acara pindah umah secara besar-besaran. Host acara adalah Sayang sorang2. Wife dia takleh ikut serta kerana perlu berada di opis. Takleh nak amek cuti sbb senior gi kursus sminggu & nak save untuk cuti balik kg untuk bersalin pas raya nanti.

Cedihnyer nak tinggalkan umah sendiri... huhu... rumah dah lawa, tapi kene bagi sewa lak. (rasa nak nanges...) hmm... esok nak mintak sayang snap a few picts of Bayu untuk dijadikan kenangan. Kot-kot rasa rindu ker haper.. (aiseh.. over plak). Hmm... kat umah baru nanti, dah takleh merasa swimming pool besar, pegi gym (walopun aku jarang gi), bersesi soal siasat ngan pak guards, lepak2 kat playground sambil lepak ngan sayang atas bench (mcm time bercinta dolu2). Whohoho.. how i'm gonna missed my place. (air mata nak nitik nieh !! )

Monday, November 24, 2008

Nape gini.... ?

Esok dah masuk 35 weeks. makin hari..badan makin tak larat. semalam aje muntah 3 kali. pas sarapan, pas lunch, pas dinner... semua muntah. abes tu ape lagi zat yg tinggal ? sian nye kat baby..

Berdiri lama sket..penat. potong bawang/sayur kat dapur pun bleh mengah. Risau..risau...

pagi tadi (x ingat kul bape), tibe2 perut lapar sangat2. baby dlm perut lak tak duduk diam. asyik gerak2 jer. terasa sampai ke tulang rusuk. perut jadi pedih. sayang selongkar dapur & bagi makan biskut oreo. tapi larat makan 2 keping jer. sblm tido nangis jap sebab rasa bersalah sbb susahkn sayang. dah la dia penat baiki keta (savy buat hal, sib baik ade kenari), pastu kemas bilik & leraikan katil untuk pindah lagik.

Petang ni terpaksa missed dinner ngan kawan2. Sebab nanti takut tgh lepak ramai2 tuh, ade plak pitam or muntah2 lagi.

Pelik... org lain pegnen final trimester, muka berseri-seri. tapi aku lak pucat je..(org yg tengok tu la kata)

Wednesday, November 19, 2008

Pre-Pindah-Post

Dlm bulan nie haku takder keje sangat kat opis. Hmm.. ntah laa.. maybe bos tak bagi banyak keje sbb nampak perut ni dah makin besar. Mwahahaha....

Next week haku akan mula menetap di Putarajaya. Skang ni kami tgh packing barang sikit2 masuk kotak. So that nanti lori datang, senang je angkut semua naik lori. Tapi sian kat Sayang sebab hari pindah nanti dia sorang2 akan handle semua benda. Huuwwwwaaaa.... cian nyer.... sob..sob..sobb...

Kami dah dapat tanent utk Bayu Putri. Rupanya2 org kg sayang gak. Ok lah tu. senang sket kalau ade ape2. boleh kecek kiro.

Earlier, umah tu just basic unit jer. Pastu bila di kira-kira balik, kami dah tambah wet kitchen table top kat ruang utilities, pastu letak kitchen cabinet, tambah kipas kat bilik study & tambah aircond kat living hall (atas permintaan our new tanent). huhuhu... baik gilos tuan tanah kedaun nieh. hakhakhak...

New tanents akan mula pindah masuk 1st December 08. So we will vacant the unit as early as 27th Dec. So nanti, the next day, Sayang dah bleh serah kunci & wat briefing session ngan tanent kami tuh berkenaan umah tersebot. Mcm do's & dont's, how to contact management office, rent payment method, visitors entries, carparks, how to handle pakgad (yg konon mcm best. hehe..) & kalau berkesempatan..bawak kenal jiran2 yang kebetulan jumpe kat koridor (which is sgt jarang berlaku).

heran gak aku, apsal up till now, ade lagi org duk calling2 hp aku tanyakan umah sewa. walhal aku dah delete semua advertisements kat tenet tuh. adoiyai... nampaknya area umah aku ni memang banyak permintaan umah sewa. lagipun memang kat strategic location (dekat ngan B.U, Dataran Prima, LRT Kelana Jaya, Opis Anwar Ibrahim, Resort org2 kaya (tropicana), Luxor, XYBase, Lien Hoe Tower, NKVE Damansara exit, airport subang, One Utama, The Curve, TV3), tambah2 lak, its like very the secure area.

ps: pernah selisih kreta ngan Awang Adek & Zaid Ibrahim kat situ. Hmm.. nampaknye tak sempatlar nak tunggu slisih kreta ngan Anwar Ibrahim memandangkan aku dah tak duk situ. Aiseh... frust...

Monday, November 10, 2008

Its taken !!

Latest news!!

My Bayu Puteri Apartment unit in Tropicana has been taken. Thank you for those who have show interest.

It will only be available for rent again starting December 2009, but only if the current tenant has no interest in renewing the Tenancy contract for another year.

Regards,
-Tuan Tanah Kedaun (TTD)-

Friday, October 31, 2008

Kenduri+baby+abah+kuarters+penat gilos

Last week ber'weekend' panjang kat Kuantan. Kebetulan MIL nak wat majlis doa selamat untuk bakal cucu dia nie... :D . Atas sebab2 kekurang kakitangan (kak ipar gi holiday ke malaysia timur), kene lar potpone ker hari Selasa & aku terpaksa amek cuti 2 hari tambahan.

Abah (sorang jer) sampai dari KB subuh ari Selasa dgn bas. Turun betul2 depan umah MIL. Sayang gi jemput abah, walaupun dia sendiri tgh mamai ngantuk. Akekeke....

Lepas zohor, jemaah surau berdekatan pun sampai & terus wat smayang sunat + doa selamat. Sayang, selaku bakal babah (yang ensem) pun join sama gak. comel jer time Sayang pakai kain pelikat+baju melayu+songkok. Susah btul nak tengok dia pakai mcm tu. hehehe....

Pas dah selesai semua, tetamu dihidangkan makanan tengahari. Habis semua lauk yang MIL masak pagi tadi. Pergh... shedaaapppp......

Malam tu, pas maghrib, bawak abah gi round2 bandar Kuantan. At first abah nak gi beli tiket balik KB, tapi tiba2 tak jadi lak, sbb nanti abah akan trus follow aku balik KL dulu. Sambil2 tu boleh gi jenguk cucu-cucu dia kat Sg Buloh.

Esok pagi, kami gerak balik KL kul 8.30 pagi. Spanjang sebelum masuk highway Pantai Timur, perut aku raser pedih2 & sakit blakang. Perasaan dah cuak giler.. takut jadi ape2 lak nanti. Lepas dah sepauh jalan highway, Sayang brenti kat RnR & aku gi toilet. Alhamdulillah, pas gi toilet, skait dah bernsur kurang & semua kembali ok. Time sakit tu malas nak bagitau Sayang sebab takut Sayang risau & kalut la plak nak cari klinik/hospital. :D

Sampai KL, terus gi ker Opis. Sebab aku nak amek dokumen kuarters. Kalu boleh Ari ni jugak nak selesaikan hal2 kuarters tuh.

Mula2 nak kene ker Syabas Salak Tinggi dulu untuk setel kan deposit air. Pastu bergegas plak ker LHDN Kajang utk chop stamp hasil perjanjian kuarters. Dua tempat tu selesai dalam kul 3 petang. Pastu sampai putrajaya dah kul 3.30. Ada 2 lagi benda tak setel, deposit TnB & deposit umah. Huwaaa.... rasa mcm nak nangis jer. takut tak sempat. So kami bagi tugas. Sayang ker TnB Anjung utk bayar deposit letrik, aku lak gi bayar deposit umah. Dalam kalut2 tuh, aku jalan cepat-cepat ker kaunter BPH, tapi situ di ckp nak kene bayar kat kaunter hasil BPH kat bangunan depan gate. Giler jauh...!! Time tu aku dah nak start nangis.... pastu ala2 berlari ker sana lak nak kejar time sebab kaunter tu tutup kul 4 petang. Pastu sayang call plak, kata TnB taknak wakil pi daftar deposit air, nak kene owner gak sain segala surat2. huhuhu.... Sayang lak berkejar drive dari Anjung ker BPH kat JPM. Time tu dua2 dah muka mcm nak pengsan. Selesai bayar deposit umah & sain segala dokumen TnB, aku naik ker kaunter kunci BPH plak utk serah dokumen2 perlu. Sayang lak berlari ker TnB Anjung utk setelkan hal letrik. So kat BPH tu, aku mintak tolong pegawai kat situ tunggu jap sampai kul 5 lebih (kaunter tutup 4.45pm) sebab nak kene tunggu resit TnB dulu baru bleh amek kunci. Pegawai tu cakap ok, & sementara dia nunggu, dia gi cari kunci kuarters aku dulu. Hmm... baik nyer pegawai nieh... Kul 5 suku, Sayang sampai ngan salinan resit TnB. Dan akhirnya segala urusan kuarters selesai kul 5.30 & aku dah bleh amek kunci kuarters.

Pastu kami & abah gerak ker kuarters Presint 9 untuk solat kat surau berdekatan. Pas solat, kami naik atas utk jenguk-jenguk umah baru kami. Alhamdulillah... walaupun kat luar mcm crowded, tapi kat dalamnye sangat luas. Even lagi luas dari rumah aku kat Bayu tuh. Ada 3 bilik & 2 bilik air, 1 stor barang, ruang dapur yang dah lengkap ada kitchen cabinet & ventilation fan, & ruang sidai baju. Tapi pelik gak, ruang sidai baju tuh tertutup plak. camana baju nak cepat kering ? huhuhu... takpe arr... lagipun mama dah janji nak hadiahkan mechine pengering baju lepas aku pantang nanti. ngehehehe...... Tapi kan.... umah baru nieh ngadap bukit la pulok... ni yg buat aku seram sket. hmm.. .. ingat masuk umah nanti, nak letak langsir tebal, so that aku tak nampak bukit2 tuh. Aku nieh penakot sket. akekeke....

Dah puas tengok umah baru, kami bergegas plak balik ker PJ. Sayang nak singgah Bayu jap nak amek baju melayu utk majlis sambutan raya kelas dia malam ni. Pastu kami terus ker umah AbeJu kat Sg Buloh. Sampai sana dah lewat maghrib. Sampai pun tak dapek nak masuk umah sebab abeju keluar gi kedai & angkut ngan kunci2 skali gi kedai. Sanggup dia kurung anak bini dia dlm umah tu... huhuhuh....aper daaa...

Tasha sampai membebel ntah haper2 marah kat abah dia sebab kunci pintu. & sebab tu TokChek takleh nak masuk umah. hehehe....

Pas dah dpt masuk umah, aku & Sayang cepat bersiap mandi segala kat bilik atas. Majlis spatut start kul 8, tapi kami sampai sana kul 9. huhu.. nasib baik lewat pun takper, lagipun makanan still banyak lagi. Aku dah tak larat nak berkata apa2 time makan2 tuh. Biar lah org nak kata bini Sayang ni sombong pun... aku memang dah penat giler2 dah time tu. huhuhu...

Dah abes majlis raya, kami terus balik PJ. Sampai umah dah kul 11.30 malam. huhu.. penat tu takleh nak bayang. tapi walaupun badan penat, mata takleh nak tido plak. So kene lah gi bertempek ngan Sayang kat ruang tamu. pastu tetibe aje mata ni bleh nak lelap. hehe... Dah agak2 nak hanyut, Sayang suh masuk bilik tido sama-sama.

Dah dua2 baring, Sayang lak yang takleh tido..... hallamakkk..... so Sayang kuar balik & bukak Tv segala & tunggu bola kat Astro plak. Tapi alih2, dia pun tertido kat sofabed kat ruang tamu tuh. hehehehe...bola pun entah kemana...

Monday, October 20, 2008

After raya update

Skarang ni takder mood nak blog. Yup, entry lepas dah janji nak update raya picts, tapi entah laa.. gambar2 raya yg dalam camera pun tak copy masuk pc lagik.
Badan dah terasa lenguh sana sini. once dah duduk tak larat nak bangun. once dah bangun takleh berdiri lama2 sangat dah. tido lama pun bleh wat sakit pinggang. segala benda duk buat asyik 'tebolah' jer...
Skarang dah berhari raya 2 negeri nieh, tambah2 plak pegnen, memang terasa penatnya. Sian Sayang, raya pertama si wifey nie dah kene selsema plak. terpaksa tido spanjang petang dek penangan panadol. Dah sedara2 datang berkunjung, takleh nak kenalkan bini dia nieh kat sedara-sedara dia. huhu.. sorry sayang... sunggoh terkilan

On Raya ke-2 plak, perjalanan balik ker KB. Spatutnya Kuantan-KB hanya makan masa 3-4 jam jer. tapi sebab heavy traffic start dari Jerteh sampai ker Jalan Pasir Puteh, perjalanan dah jadi 6 jam plak. hmm....

Raya ke-3, sedara2 datang berkunjung. Malamnya plak, kami jalan2 ker rumah sedara. Jalan jem takyah citer ah. Memang bleh sampai tahap tercabut kepalo lutut kaki sayang tekan pedal clutch kete manual.


Kami balik semula ker KL hari Selasa. Nasib baik jalan dah clear. Gerak dari KB lepas subuh, sampai umah dlm kul 3 petang gitu. Petang nyer plak, sayang terus ker kelas. Huhu.. sangat memenatkan.

OK.. DAH LA CITER PASAL RAYA

Skarang ni dah masuk 29 minggu aku pegnent. Tup..tap..tup..tap.. dah masuk 7 bulan. huargh.... ada lagi 2 bulan . aku takot... aku ngeri... !!! But at same time, hepi sebab tak sabar nak tengok Baby Babah. Harap2 dia secomel babah dia. akekeke....

Last weekend family sayang datang umah coz ade kenduri cousin sayang kat Serdang. Aiseh... lupa plak nak top-up bekalan beras. huhuhu.. malunya kat ibu mertua ku... kesudahannya, kami makan gulai kenduri & order dari mamak bawah aje kalau lapar. aiyyooo.... aku menantu yang sangat tak tau malu. ishk...ishk...ishk....

& sekali lagi, time mak mertua ada ni, badan wat hal plak. tetiba jadi tak bermaya & macam kene virus selsema jer. Badan tak panas & tak demam, tapi memang dah jadi macam betul2 tak larat. Pagi sebelumnya memang dah terasa headache teruk dah, sampaikan kene mintak kat sayang mintak bagi makan panadol. kalau sebab tak tahan sakit, memang takkan makan panadol tuh atas alasan nanti efek kat baby.
Skarang ni pun, duk menaip ni, still rasa ada lenguh2 & kepala rasa berat. Kalau di ikutkan, mau aje berig kat bawah meja nieh. Makan pun takleh banyak, kalau tak, akan muntah balik. huhuhu... ingatkan dah trimester akhir pegnen ni, badan dah ok. hmm... nampaknya dah nak jadi macam masa mula2 pegnen balik dah.... :-(

Thursday, September 25, 2008

Bebel si isteri

Ari ni Jumaat. Malam nanti dah nak balik Kuantan. Dah taker mood nak kerja dah. Walaupun kat ofis ni tak nampak suasana raya, takder sorang pun staff yang pasang lagu raya or gantung ketupat plastik, aku still bersemangat nak raya.

Pagi ni jari2 ni gatal meng'google' berkenaan politik. Terjumpa satu blog anak seorang pejuang politik yang amat dihormati, baik pembangkang atau di pihak pemerintah. Aku tertarik dengan beberapa baris ayat di blog beliau yang mana mampu menyindir sambil menasihati isterinya.

".....Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya...." - blog link-

Kadang2 terfikir juga, bila si isteri membebel tu, terselit juga perasaan marah, tapi dalam marah tuh terdapat perasaan sayang, harap2 si suami fahamilah isi hati isteri yang mmg kuat bebel ini...

Sayang, mohon maaf Zahir & Batin dari Ayang... (takyah tunggu pagi 1 Syawal baru nak mintak maaf...)

Wednesday, September 24, 2008

Kenangan Raya 2007

SLAMAT HARI RAYA MAMA & ABAH.....
Tahun ni kali pertama aku beraya dengan suami tersayang. Sebagai tanda kasih & hormat, aku turuti kehendak suami untuk beraya di Kuantan terlebih dahulu.

Nampaknya gambar raya tahun 2008 ni akan banyak warga Beserah :-) . akan ku upload nanti ke fotopage lepas raya nanti.

Hanya untuk mengingatkan kembali suasana raya warga Padang Bongor tahun 2007. Enjoy....!!