Monday, October 20, 2008

After raya update

Skarang ni takder mood nak blog. Yup, entry lepas dah janji nak update raya picts, tapi entah laa.. gambar2 raya yg dalam camera pun tak copy masuk pc lagik.
Badan dah terasa lenguh sana sini. once dah duduk tak larat nak bangun. once dah bangun takleh berdiri lama2 sangat dah. tido lama pun bleh wat sakit pinggang. segala benda duk buat asyik 'tebolah' jer...
Skarang dah berhari raya 2 negeri nieh, tambah2 plak pegnen, memang terasa penatnya. Sian Sayang, raya pertama si wifey nie dah kene selsema plak. terpaksa tido spanjang petang dek penangan panadol. Dah sedara2 datang berkunjung, takleh nak kenalkan bini dia nieh kat sedara-sedara dia. huhu.. sorry sayang... sunggoh terkilan

On Raya ke-2 plak, perjalanan balik ker KB. Spatutnya Kuantan-KB hanya makan masa 3-4 jam jer. tapi sebab heavy traffic start dari Jerteh sampai ker Jalan Pasir Puteh, perjalanan dah jadi 6 jam plak. hmm....

Raya ke-3, sedara2 datang berkunjung. Malamnya plak, kami jalan2 ker rumah sedara. Jalan jem takyah citer ah. Memang bleh sampai tahap tercabut kepalo lutut kaki sayang tekan pedal clutch kete manual.


Kami balik semula ker KL hari Selasa. Nasib baik jalan dah clear. Gerak dari KB lepas subuh, sampai umah dlm kul 3 petang gitu. Petang nyer plak, sayang terus ker kelas. Huhu.. sangat memenatkan.

OK.. DAH LA CITER PASAL RAYA

Skarang ni dah masuk 29 minggu aku pegnent. Tup..tap..tup..tap.. dah masuk 7 bulan. huargh.... ada lagi 2 bulan . aku takot... aku ngeri... !!! But at same time, hepi sebab tak sabar nak tengok Baby Babah. Harap2 dia secomel babah dia. akekeke....

Last weekend family sayang datang umah coz ade kenduri cousin sayang kat Serdang. Aiseh... lupa plak nak top-up bekalan beras. huhuhu.. malunya kat ibu mertua ku... kesudahannya, kami makan gulai kenduri & order dari mamak bawah aje kalau lapar. aiyyooo.... aku menantu yang sangat tak tau malu. ishk...ishk...ishk....

& sekali lagi, time mak mertua ada ni, badan wat hal plak. tetiba jadi tak bermaya & macam kene virus selsema jer. Badan tak panas & tak demam, tapi memang dah jadi macam betul2 tak larat. Pagi sebelumnya memang dah terasa headache teruk dah, sampaikan kene mintak kat sayang mintak bagi makan panadol. kalau sebab tak tahan sakit, memang takkan makan panadol tuh atas alasan nanti efek kat baby.
Skarang ni pun, duk menaip ni, still rasa ada lenguh2 & kepala rasa berat. Kalau di ikutkan, mau aje berig kat bawah meja nieh. Makan pun takleh banyak, kalau tak, akan muntah balik. huhuhu... ingatkan dah trimester akhir pegnen ni, badan dah ok. hmm... nampaknya dah nak jadi macam masa mula2 pegnen balik dah.... :-(

Thursday, September 25, 2008

Bebel si isteri

Ari ni Jumaat. Malam nanti dah nak balik Kuantan. Dah taker mood nak kerja dah. Walaupun kat ofis ni tak nampak suasana raya, takder sorang pun staff yang pasang lagu raya or gantung ketupat plastik, aku still bersemangat nak raya.

Pagi ni jari2 ni gatal meng'google' berkenaan politik. Terjumpa satu blog anak seorang pejuang politik yang amat dihormati, baik pembangkang atau di pihak pemerintah. Aku tertarik dengan beberapa baris ayat di blog beliau yang mana mampu menyindir sambil menasihati isterinya.

".....Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya...." - blog link-

Kadang2 terfikir juga, bila si isteri membebel tu, terselit juga perasaan marah, tapi dalam marah tuh terdapat perasaan sayang, harap2 si suami fahamilah isi hati isteri yang mmg kuat bebel ini...

Sayang, mohon maaf Zahir & Batin dari Ayang... (takyah tunggu pagi 1 Syawal baru nak mintak maaf...)

Wednesday, September 24, 2008

Kenangan Raya 2007

SLAMAT HARI RAYA MAMA & ABAH.....
Tahun ni kali pertama aku beraya dengan suami tersayang. Sebagai tanda kasih & hormat, aku turuti kehendak suami untuk beraya di Kuantan terlebih dahulu.

Nampaknya gambar raya tahun 2008 ni akan banyak warga Beserah :-) . akan ku upload nanti ke fotopage lepas raya nanti.

Hanya untuk mengingatkan kembali suasana raya warga Padang Bongor tahun 2007. Enjoy....!!

Kenduri Anak Abah


Hj. Khaidir Bin Othman (Abah)