Tuesday, August 18, 2015

Manfaat Shaklee OmegaGuard

24 Manfaat Minyak Omega-3 dari Shaklee OmegaGuard

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Masalah Blackhead ?




APA ITU BLACKHEAD
  • Blackhead - nama dalam keperubatan adalah Open Comedo.
  • Ia adalah kandungan yang  menjadikan liang pri pada kulit muka tersumbat.
  • Selalunya berlaku ada dinsekitar hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu.
  • Berwarna kekuningan atau hitam. 


Apa yang menyebakan blackhead ?
  • Blackhead tidak berpunca dari kotoran dari persekitaran.
  • Blackhead terjadi apabila terdapat lebihan minyak dan sek kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous' di permukaan kulit.
  • Apabila lebihan minyak ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan lebihan minyak yang terperangkap pada liang kulit menjadi hitam. 
  • Kerana itulah jika kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja.

Sekiranya liang pori-pori kita kecil, maka ianya akan kurang terdedah kepada udara dan sukar untuk membentuk blackheads, tetapi kemunhkinan masih ada juga iaitu dikenali sebagai whiteheads. 
Blackhead akan menjadi teruk jika terdapat kotoran dan serangan bakteria tersumbat berasama dalam liang pori-pori yang mana akan menghasilkan jerawat.




Cara cara mengatasi masalah blackhead.

Hormon
Hormon badan yang tidak stabil adalah salah satu punca terhasilnya lebihan minyak pada permukaan kulit. Kecelaryan hormon biasanya berlaku di kalangan remaja terutama semasa fasa perubahan umur akil baligh. Masalah ketidakseimbangan hormon juga sering berlaku kepada wanita sekitar waktu menstruasi (period). Pada masa inilah akan berlaku masalah jerawat dan kulit berminyak yang berlebihan.

 
Rajin-rajinlah mencuci muka
Perlu rajin sikit membersihkan muka. Ini bagi membersihkan kotoran yang terperangkap di celah celah liang kulit. Namun perlu dipastikan produk pencuci yang digunakan adalah sesuai dengan jenis kulit. Contohnya jika kulit anda lembab dan berminyak, gunakan pencuci muka yang berbuih. Manakala jika kulit muka anda kering dan menggelupas, elakkan penggunaan pencuci muka yang berbuih kerana ia akan menghilangkan lapisan minyak pada kulit dan menjadikan kulit muka lebih kering dan menggelupas. 


Makan makanan yang membantu dalam mencantikkan kulit
Amalkan memakan buah buahan dan sayur sayuran segar, bijirin organik dan ikan. Ini membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan juga membantu menstabilkan hormon yang mana merupakan punca terjadinya blackhead.
Jura, kurangkan makan beminyak, bergoreng, manis bergula dan mengandungi kafein.
Jaga pemakanan anda. Seperti yang selalu disebut, perut adalah punca segala penyakit. 


Berhenti merokok
Jika anda merokok, sangat digalakkan anda supaya berhenti merokok.
Bahan kimia dari asap rokok sangat menganggu fungsi hormon dalam badan.
Gantikan ketagihan merokok itu dengan mengamalkan minum air putih.


Tidur secukupnya 
Dapatkan sesi tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini bagi memastikan tubuh badan betul-betul rehat dan rileksbagu memberi peluang kulit untuk proses pemulihan. Tidur juga sebagai anti stress. Stress yang berlebihan akan membuatkan kulit lebih berminyak dan kusam.


Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ini membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. Jika tidak dapat melakukan senaman penuh, amalkan senaman berjalan kaki.


Daripada info diatas, saya kini ingin cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakan harian anda kearah mengatasi masalah blackhead dan seterusnya ke kecantikan kulit.


GLA Complex - GLA adalah satu supplement yang membantu menstabilkan hormon baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang best dengan GLA Complex Shaklee adalah ia di padukan dengan vitamin E..

Vitamin E complex - Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah femes untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Namun jika anda mengamalkan Vitamin GLA, tidak perlulah memakan Vitamin E complex. Kalau nak juga makan kedua-duanya, hubungi saya untuk konsultasi ya...

Vitamin B complex - Membantu dalam sintesis dan tisu baru, membantu dalam pengagihan oksigen pada tisu, mengatur hormon, terlibat dengan pertumbuhan sel, membantu dalam keadaan stress, memelihara kulit dari dalam dan menghilangkan garis-garis halus pada muka..

Vitamin C - Membentuk Kalogen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.


Itulah supplement yang minimum ya.. kalau nak tambah ESP lagi bagus.. Protein dari ESP membantu penggantian sel mati dengn lebih cepat, hasilnya sudah tentu kulit yang lebih lembut dan mencerah.


Jika nak tambah skincare yang berasaskan bahan semulajdi, ada Skincare dari Shaklee iaitu Set NutriWhite atau Set Enfuselle. Saya sangat syorkan set Enfuselle bagi mereka yang berkulit sensitif atau mengalami kerosakan akibat tersilap memakai produk kecantikan.




Monday, August 17, 2015

Masalah Handphone kena bar

Kisahnya harini... err.. actually.. since Jumaat kot, kalau kira harini dah masuk 4 hari Celcom dah bar line handphone.

Haih.. dulu masa pakai Maxis, rilek je tak bayo sampai rm300, takde kalut dia nak bar ker hapa. Just dia suruh Along dia je calling calling kacau hidup kami untuk bayar bill telefon. Haha.. kami bayar je, takde niat nak lari hutang. Tapi biasalah, bila tukang pembayornye sibuk spanjang hari. Walaupun duk lalu maxis centre tu 2-3 kali sehari, tetap jugak tak singgah bayar. Sudahnya bila bini call guna telefon ofis baru la berkejar nak pegi bayar. Dia tau businss bini dia sangat bergantung pada handphone dan internet.

Bila bertukar ke Celcom ni pulak. Macam2 masalah timbul.
1. Bill tak pernag dapat. Walaupun dah mintak di email kan, masuk bulan ke 3, masih tak terima bil.

2. Coverage ok je, tapi ada certain hari, internet amat menyukarkan. Selalu sangat kena buat tarian tunjuk langit.

3. Bil blom bayar pasal tak dpt bil kat email, oklah hutang rm200++ tu kira ue la korang nak bar. Tapi harini.. hutang rm56.00 je pun, beriya celcom pegi bar. Adoi laa... sikit punya hal mau kecoh.

So harini, sangat bernasib baik sbb boleh pinjam wifi ofis skejap. Tapi sangat limited sbb ramai berebut nak pakai. Hahaha....
Dari pagi memang usaha nak bayar bil kat website Celcom. Tapi payment tak lepas. Suspek line internet ofis tidak membenarkan aktiviti online shopping agaknya. So derang sekat semua online payment melalui website.

Masuk petabg sket, tadi try bayar pakai maybank2u. 2 kali jugak lah try, kali pertama tak lepas. Tak tau kenapa.
Try kali kedua dengan selawat banyak banyak, akhirnya berjaya juga buat payment.

Fuh, harini mmg agak mencabar. Dengan internet handphone kena bar, dengan nak melayan whatsAppp customer lagi. Nasib baik customer memahami. Sbb replay pun lambat. Ye lah kan.. terpaksa berebut internet ofis spanjang hari. Haih....

Thursday, August 13, 2015

Akibat kekurangan Iron (Zat Besi)

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
~ Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
~ Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
~ Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
~ Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia