Friday, June 29, 2012

Update Kepam

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog ni. Since....

Well, biasalah, pantang bersalin. Orang tua cakap takleh stress. So takleh stress sangat mata nengok skrin komputer (as if kamu tak layan fb kat tab. haha...).
Alhamdulillah, telah bertambah lagi sorang ahli keluarga kami. Our precious littel FanBoy, diberi nama Muhammad Irfan Hayder (Sebut Haider), bermaksud  Yang Terpuji+Berpengetahuan/Bijak+Berani . Semoga anak ini mampu menggalas separuh dari makna namanya yang diberikan kepadanya. Nama tersebut juga bagi mengingati arwah Tok Cek Allahyarham Khaidir Othman yang mana irfan tak sempat jumpa selang 4 bulan.

Ok.. takmau sedih sedih (kenkadang sedih gak, rindu...)

Update selepas pantang:
Kakak dah pandai membaca simple words.
Babah dah masuk final semester.
Wawan dia pegi holiday Bandung membawa bersama anak bongsu dan bakal menantu bongsu merangkap bodigad.
Wawan dia pegi umrah, minggu depan balik.
MakSu dia dah convo & lepas raya mau kawen (sampai laaa tak tau bila tarikhnya. Adoiyai...)
Dapat tau my dearest cousin pregnant masuk 2 bulan (skang 3 kot?)
dan yang paling penting......

I am starting a part-Time business as Shaklee Independent Distributor .

Sila lawat http://apalagibest.blogspot.com kehkehkeh....

sekian untuk pagi sabtu ini. till then.. majulah diri untuk keluarga !

Saturday, June 9, 2012

Pantang 40 Hari dengan Shaklee

Saya diperkenalkan kepada Shaklee oleh mertua saya yang merupakan pengguna Shaklee sejak lebih 10 tahun. Saya sering diingatkan supaya menajag kesihatan badan dan disamping itu mengamalkan pemakan yang sihat. Memandangkan saya sendiri sedang pragnent masa tu, saya telah dipaksa untuk minum walau sedikit ESP Shaklee. Urghh... masa tu saya tak sanggup telan walau secawan kecil bancuhan ESP.

TAPI..... tu cerita 4 tahun dulu masa mengandung anak pertama.

Kini anak kedua, saya telah diperkenalkan sengan package untuk ibu berpantang Shaklee oleh seorang rakan. Antara kandungan package tersebut ialah, Zinc, Vita-C, B-Complex dan Vita-Lea.

3 hari pertama selepas bersalin C-zer, saya telah memulakan package Shaklee ini. Alhamdulillah, badan terasa segar selepas 3 hari mengamalkannya mengikut jadual. Kesan pengambilan vitamin yang berterusan ini, badan saya terasa ringan, sering sendawa, marasa cergas dan tidak mengantuk jika bangun menyusukan baby pada waktu malam, dan yang penting sekali...parut C-zer terasa cepat sembuh.

Minggu kedua saya pulang ke kampung mertua dan telah dipaksa sekali lagi untuk minum ESP setiap pagi. Pada mulanya memang saya tidak berapa suka, tapi lama kelamaan saya sudah pandai untuk adapt ESp ke dalam minuman kegemaran saya iaitu milo. Bermula dari situ saya akan pastikan saya minum ESP setiap pagi dan malam sebelum tidur bagi memberikan tenaga dan membanyakkan susu badan untuk baby.

Alhamdulillah, saya berjaya habiskan pantang 40 hari bersama Shaklee dan hasilnya lebih baik berbanding pengalaman berpantang kali pertama dulu.

Terima kasih banyak banyak diucapkan kepada rakan yang mengenalkan package berpantang Shaklee dan mertua yang merupakan pengguna tegar produk Shaklee. :D

Assalamualaikum mengenal bicara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya menyatakan di sini bahawa blog ini telah diwujudkan  bagi tujuan memperkenalkan produk keluaran Shaklee dan berkongsi testimoni pengalaman pengguna Shaklee.

Kedua... blog ini wujud setelah saya sendiri merasai perubahan setelah menggunakan produk Shaklee dan merasai perubahan dalam badan.

Ketiga... tahap keyakinan saya terhadap produk Shaklee kukuh kerana ada dikalangan ahli keluarga sendiri yang menggunakan produk Shaklee lebih 10 tahun dan mengakui kebaikannya.

Dan keempat.... mewujudkan blog ini bagi memberi peluang kepada pembaca di luar sana unruk merasai kelebihan produk Shaklee dan sama-sama berkongsi kebaikannya.

Bagi mengakhiri catitan pertama saya ini, izinkan saya sudahi dengan BismillahirRahmannirRahim. Semoga segala perkongsian ini nanti dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

-Sekian....