Thursday, October 25, 2012

Rahsia Mertua

Salam Aidiladha kepada semua.
Kali ini saya nak berkongsi rahsia kesihatan kedua dua mertua saya di Beserah, Pahang. Nah ini dia!
Sebakul supplements Shaklee atas counter dapur dan berderet deret botol kosong sebagai bukti mertua saya ni dah lama amalkan Shaklee. Mungkin hampir 10 tahun.

Setakat dari pemerhatian saya, kesihatan kedua dua mak dan ayah sangat bagus. Jarang juga nampak lesu dan tidak bermaya. Pada umur 60 an, mereka masih lagi mampu menguruskan kebun sayuran, berniaga nasi dagang dan kuih muih di pasar minggu, menyediakan tempahan juadah jamuan pelanggan (terutama di pagi raya. Sblm subuh dah kecoh di dapur) dan lain lain tugas tugas harian di rumah. Ahamdulillah, syukur atas nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada mak dan ayah.

Even masa saya mula mula kawen dulu pun n mengandung, ayah lah telah memaksa saya minum ESP. Hehehe. . . Time tu blom rasa lagi penangan Shaklee, asyik nak ngelat je. :-D

Saya amat mengesyorkan kepada sesiapa sahaja untuk menghadiahkan produk Shaklee kepada ibu bapa mereka. Ye lah, kita anak anak duduk jauh di perantauan, at least 2, 3 bulan skali hantar supplements untuk ibu ayah di kampung tidak salah kan?

Mama saya di Kelantan pun saya supply Shaklee. ALHAMDULILLAH, lepas amalkan Omega Guard dan Joint Health Tablet, masalah sakit sendi dan lenguh lenguh badan dapat diselesaikan. Mama nak buat apa pun selesa, rasa ringan badan (ni mama saya cakap sendiri) dan beribadat pun dah tak sengal2 sendi (terutama rukuk n sujud).

So apa lagi tunggu, kalau berminat boleh contact saya foxnike@gmail.com segera untuk mendapatkan produk Shaklee yang berseauaian dengan keperluan ibu ayah anda.

Rahsia mertua

Sunday, October 21, 2012

Harga Rokok Naik RM 0.20

Haaa... baru je balik dari kerja luar kawasan di Labuan. Best gak gi sana. Bandar kecik n seafood sangat fresh. Oh..did lots of shopping there. Mostly chocolates and some souvenirs (keychains, seashells, fridgemagnet, t-shirts).

Masa di Labuan, terfikir jugak nak belikan Babahnya rokok. Sebab sana rokok n liquor sangat murah (kata orang la, saya tak tau harga biasa rokok, arak lagi lah tak tau. hahaa...). Bila sampai kat rak rokok berkarton-karton tu, ambik jugak la tengok. Niat nak beli kot boleh jimat duit kan. Tapi tetiba rasa ngeri nengokkan gambar kat kotak tu. Letak balik le jawabnye. Terus tak jadi beli memandangkan memang saya niat nak suami berenti rokok (tapi tak tau bila boleh brenti T__T ).

Dari kubelikan rokok, baik beli coklat bebanyak. Haa.. borong satu beg besau. Tapi bukan semuanya untuk makan sendiri. Most of it niat nak bagi hadiah kat pengasuh Irfan kat Saujana Utama.

Semalam P.Em announce harga rokok naik RM 0.20 . My  cents , spatutnya harga rokok patut naik RM2. Nanti budak skolah dah kurang mampu nak beli rokok, yang muda pun akan berkira-kira nak beli rokok. Bapak-bapak budak pun akan fikir panjang sblm beli rokok sebab harga rokok yang mahal akan menggugat kestabilan ekonomi keluarga untuk membeli pampers dan susu anak.

hehe.. Peace v\(^.^)/v babah!!!