Tuesday, July 13, 2010

Pemanduan Berhemah Gaya Tasneem (Siri 2)

weekend lepas. Buat julung kalinya, Tasneem TEGUR kesalahan Babah dia.

Masa tgh nak mula drive keluar dr Giant, kereta kuarkan bunyi warning teettt...teett...teettt..........
Tasneem terus sebut "Babbaaaahhhh.....!! nlsheleilialu...shia..." " Babbaaahhh.......!"

Nak tau nape? Sebab babah dia tak pasang seat belt & kete akan keluarkan bunyi warning after 3 seconds seatbelt tak dipasang pemandu.

Mungkin Tasneem tiru gaya ibu menegur/mengingatkan babah pakai seatbelt stiap kali warning signal tu berbunyik.

Comel aje bunyi Tasneem tegur Babah dia. Kami try experimen seat belt 3 kali. & 3 kali tu jugak lah Tasneem TEGUR Babah. Hehehe..

Haish.. dah pandai dah anak dara sorang ni.

JahaNey....

Lagu ni ada pengajaran. Kalau tak paham, sori lah yer




Monday, June 28, 2010

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2

Opis ni dah jadik cam bar karaoke jepun dah. lagu Wali Band dah 3 kali duk ulang suara. Ramai gak backup singer yang join nyanyi. Harus pasni family day bebudak unit ni nak kena buat kat pusat karaoke. Tapi yang kecoh2 nyanyi ni pun budak2 unit ni je... budak2 unit sebelah senyap ajo layan muvi kat pc masing2.

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2:

Sabtu nya, pagi2 aku dah pening pikirkan apa aku nak masak pagi ni memandangkan mertua ada kat umah ni. Haish.. tak gunanya kejut Babah selagi tak jam 9. Memang kalau makin di cuit suruh bangun, makin rapat dipeluknya si Tasneem. Sabar je lah.

Hah.. turun aje bawah, ternampak sebungkus kueyteow kat atas oven. Apo lagi, gigih lah makcik ni kletang..kletung menggoreng kueyteow tersebut. Sib baik ada perencah segera mi goreng yang jadi penyelamat. 10 min siap!

Dalm kul 11, kami semua keluar jalan menuju ke Pasar Borong Selangor. Apekah ??!! Ape kelas menantu Putrajaya bawak mertua jalan2 ker pasar lak ?? hahaha.. dah tu permintaan nya. Kami bawak je lah. Lagi pulak MIL tu wat business makanan (Nasik Dagang Pok Mang-NDPM), so derang nak survey2 harga barangan mentah kat sini plak berbanding kat kuantan. memang harga kat sini murah sikit berbanding sana. So konklusinya, kalau bukak branch Nasik Dagang Pok Mang kat sini, pada firasat tok dukun, sure akan memulangkan ROI (return of investment) yang tinggi. Faktor makanan gerai2 kat sini yang bagaikan "masak ngan kaki" juga turut akan menjadi penyumbang pada ramalan kejayaan pembukaan NDPM di putrajaya nanti. Janji kerat carrot punya.  Sambil2 survey tu, sempat lagi MIL beli sikit sayur2 yang nampaknya harga lebih rendah untuk dibawa pulang.

Dah abes jalan2 ke pasar, kami teruskan perjalanan ke My dear Warehouse sale. Dah memang tau apa yg nak dibeli, terus je kami serbu barangan tersebut. Takde pikir2 dah. Kami berjaya merembat baby safety gate & jugak tricycle untuk Tasneem pada jumlah harga yang lebih dari separuh harga asal di atas rak kedai ber'aircond'.

[caption id="attachment_703" align="aligncenter" width="300" caption="Ada gaya cam Super Bike tak ?"][/caption]

Balik umah, semua tidur penat kecuali si Tasneem, Ibu & Babah. Ibu kena layan Tasneem naik beskal baru dia. And Babah plak berpeluh2 mengerjakan safety gate nak dipasang kat tangga. Pastu Babah plak tido. & Tinggal la Ibu melayan Tasneem yang tak jadi ngantuk sbb dapat beskal baru.


Petang tu, Aki Tasneem dah nak balik. Lepas kami say babai. Masuk umah, lagi  layan Tasneem main beskal (haih..! tak letih ker Naak ooii....). Layan sampai ke petang. Sib baik ada citer 3 idiots (ya.. layan hindustan lagik), tapi still tak dapat nak tengok sampai habis (part yg camana derang crash wedding si KareenaCooper) sebab kena masuk dapur masak plak.

Sambil2 Ibu masak, Babah plak amek alih layan Tasneem naik beskal. Dah sampai tersengguk2 Tasneem naik beskal. Last2, bila letak aje atas tilam bantal, bagi Cat sbijik, terus lelap. hahaha...

Tapi Ibu frust sebab Tasneem tak sempat nak makan malam. tapi tadi petang sambil main2 beskal, ibu dah suap dalam stengah mangkuk nasik sup. Kira oklah kot. tapi Ibu buat jugak susu campur nestum takut Tasneem lapar malam nanti. Hmm.. petang tadi jugak, Tasneem sudah pulun 3 ulas durian  (habes hendal beskal bau durian).

kul 10 tu plak, layan WC, German vs. England. Dalam ati memang doa kalau bleh tanak England menang sebab aku tengok bebudak player england ni lebih glamer sebab terlebih publisiti, bukan sebab tarer sangat pun. Lagi pulak, stock2 player MU (control jambu) aku tak suka. Dah si German rembat 3 gol, aku dengan senang hati pi lelap mata sbelah bantal Tasneem. sedar2 dah kul 12, & the game ended with German menang 4-1. Tu lah. Aku dah bleh agak. Sambil aku tido pun German bleh menang (eh.. ada kaitan kah ?)