Monday, January 26, 2015

Murah Rezeki Percutian Kami. Lexus PD

Penutup cuti sekolah lepas, tak sangka rezeki kami sekeluarga.

Asalnya hanya borak kosong whatsApp dengan suami. Kata kalau ada time nak bawak anak-anak tido hotel. Nak bagi Kakak feel cuti sekolah dia je.

Entah macam mana, tangan ni gatal nak google resort hotel berdekatan. Masuk Agoda, terjumpa Lexis PD yang masa tu tengah bagi diskaun. Harga asal sebuah bilik RM450++, tapi kalau booking dengan Agoda, harga 1 malam jadi rm327 sahaja. Huuu.. oklah tu. Dah agak murah la.. sambil-sambil berangan Ibu ngan Babah lepak tepi pantai sementara anak-anak main pasir. (tapi anak-anak terpaksa pasrah pasal PD pasirnya agak so..so.. saja. Big NO NO untuk buat main).

Kami gerak dari Putrajaya awal pagi. Taklah awal sangat sebab biasa hujung minggu kami bagi lebih masa sket untuk anak-anak tido lebih. Kami gerak dari Putrajaya jam 10.30 pagi. Tanpa sarapan, perut masing-masing dah berkeroncong. Alang-alang Babahnya lalu jalan belakang ke PD. Kami singgah makan Nasi Kandar Kelate kat Lawood Nilai. Oklah... sedap gak. Kami berjaya mengenyangkan anak-anak yang dah takde selera nak makan. Asyik la borak pasal pasir pantai je.

Kami sampai Lexis PD jam 2 petang. Sedang molek time untuk check in.

Reception tanya berapa orang akan stay sebilik ? Muka saya dah cuak, Takut la nak kena bayar extra untuk penginapan anak-anak. Jawab jujur je la.. ada 2 children n 2 adult. Haa... memang cuak la... kawan tu senyum je. Pastu cakap pelan-pelan kata nak bagi room upgrade. Mulanya rasa macam pelik. Pastu tanya la nak kena bayar apa lagi ke tambahan. Katanya free saja. Bilik yang akan kami dapat ni harga hari tu RM670 1 malam. So kami dengan hanya RM327 dapat tido bilik mahal tu.

Dah setel semua urusan check in, Ibu jalan ke kereta dengan hati bunga-bunga. Alhamdulillah... rezeki anak-anak...

Concierge follow saya ke kereta n angkut semua beg naik kereta buggy. Husband konfius apsal la bini dia ni happy sangat. Anak-anak blur sbb pelik kenapa kena naik kereta buggy. Hahaha...

Sepanjang perjalanan ke water chalet, Kakak dan Irfan diam je. Takut kot kena jalan atas air. Hihihi....
Dah sampai bilik...apa lagi... 2 ketul tu pakat ligan atas katil. Tak sampai 5 minit dah sibuk nak main bath tub yang agak besar tu. Dah la semua gayat bila tengok lantai cermin tembus nampak air laut. Alhamdulillah.... anak-anak suka, Ibu dan Babah pun suka!!

Bilik Kami. Lexis PD Premium Water Chalet. Nampak ada lantai cermin tu nampak air laut.

Ruang toilet. Bath tub tempat anak-anak berkubang

Huhu... nanti later letak gambar kami sekeluarga kat sini. HP takmau upload plak dah. Maap yer...

Anyway... kami memang enjoy stay sini. Keadaan tenang & staff yang bertugas pun sangat friendly and helpful. Tak macam kat tempat lain. Atau mungkin sebab perbezaan Bintang kot. Hotel biasa kami pegi kami biasa pili 3 bintang je. Yang ni hotel 4 bintang. Mungkin layana dia lebih baik





Hubungi saya segera : Fb : Marsyithah Khidzir Email : foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment