Monday, August 31, 2009

Teman sekolah ku kembali ke Rahmatullah

Walaupun kami tak berkawan rapat, tapi pernah juga menyapa sesama sendiri tike berselisih bahu.
________________________________________________________


Ucapan terakhir
Laporan dan foto KAMAL RASHID
am@hmetro.com.my






JELI: “Selamat hari jadi ayah!” Itulah ucapan terakhir diterima Mohd Noor Mohamed, 50, daripada anak sulungnya sebelum penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu maut dalam kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kereta Myvi dinaiki Norazlina Mohd Noor, 27, bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.Kejadian itu mengakibatkan Norazlina yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan dan paha kiri.Kemalangan itu turut menyebabkan Hafeez yang memandu kereta cedera ringan di tangan kiri manakala Noraina cedera di muka. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jeli.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Amirul Suzilawati Mohd Arifin, 22, yang cedera parah akibat terjerut tali pinggang keledar dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kelmarin untuk rawatan lanjut.

Menceritakan detik terakhir berbual dengan Norazlina, Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka ucapan hari jadi yang disebut anaknya membawa petanda buruk sebelum terbabit dalam kemalangan maut.

“Sebelum bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 11 malam, arwah menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari jadi.

“Hari itu (hari kejadian), kami berbual seperti biasa dan tidak ada apa yang pelik dalam perbualannya, selain ucap selamat sempena hari jadi saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Katanya, dia sedih kerana hasrat anak sulungnya untuk pulang bercuti selama tiga hari dan menyambut Ramadan bersama keluarga di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok tidak kesampaian akibat kemalangan itu.

“Saya memang sedih kerana ini kali pertama arwah pulang ke kampung sejak melanjutkan pengajian di UPSI Julai lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, Hafeez yang memandu kereta mendakwa ternampak objek melintasi jalan, menyebabkan dia panik dan cuba mengelak melanggar objek misteri itu.

Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hilang kawalan dan kereta dipandunya terbabas ke kanan dan melanggar pokok.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan saya panik. Arwah yang duduk di sebelah saya cedera teruk dan gagal diselamatkan. Saya terkilan kerana arwah kakak sangat mengambil berat mengenai adiknya,” katanya.

Thursday, August 27, 2009

Kiasan dari Tuan Guru untuk renungan

While bloghopping, rasa tertarik dengan rangkap-rangkap pantun T.G Nik Aziz (blogTGNA). Untuk renungan kita bersama....

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HJ. NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al A’Raaf : Ayat 31).

Mari kita mengucapkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah S.W.T. diatas setiap nikmat yang telah Dia sediakan kepada kita selama ini. Di antara banyak-banyak nikmat, satu daripada nikmat ialah nikmat menghargai pelbagai keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap benda yang dicipta oleh Allah penuh dengan keindahan.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.

Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumahS
aya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Dengan sehimpun pantun berkias yang enak dikunyah sebentar tadi, saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian untuk terus berfikir mengenai diri kita, keluarga dan negara kita; bagaimana untuk bahagia di dunia dan selamat terus menerus dari azab Allah di akhirat kelak.

Mari kita sama-sama rasmikan Konsert Nasyid Antara Dunia pada malam ini dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Kota Bharu.Tanggal : 7 Syaaban 1430 / 29 Julai 2009

SuperPower

Aku boleh tau memana driver keta yang pedajal keta aku atas highway, block keta aku kat parking, drive cam sial depan aku atau ape2 aje yang yang attract aku utk amek tau sape pemilik kenderaan berkenaan.

Dengan satu panggilan je, aku bleh tau siapa mereka. haha..segala rekod & rekod jenayah (lalulintas) boleh aku korek.

Wohoho.. korang jangan main-main ngan aku...

------"Hek eleh... mcm la aku bleh buat apa2 kat derang nih". hahaha...-----

ps: korang takyah mintak aku cover saman korang time nak renew roadtax. Memang aku takkan buat & takleh buat. Apa bodo punya permintaan.

Thursday, August 20, 2009

Permata Hati Hamba

Nur Tasneem Zulaikha Mohd Yusof

Sayang melebihi segalanya...

Tasneem sedang busy kemas beg....

"Rajin betul la anak Ibu nieh. Tasneem kemas beg nak gi mana ? Balik umah TokChek kah ?"
"Tak laa...ape la Ibu ni... takkan Tasneem nak bawak beg kecit balik umah TokChek. "
"Abeh tu Tasneem nape Tasneem kemas beg ni ?"





"Tasneen kemas bes skolah la Ibu. Kan pagi esok nak gi Taska."
"Owh... yer ker.. hehe.. ingat kan esok ari Ahad, taska cuti. Ngehehe... "


Beg dah siap kemas. Jom gi skolah !


Wednesday, August 19, 2009

Sireh Pulang ke Gagang .. or izzit ganggang ?

Tahniah kepada Mak Ude Tasneem kerana telah berjaya menjadi pendidik. Lebih bangga lagi bila dapat tahu Cek Mek Molek tu dapat ngajar anak negeri kelate. Keno pulok bulih posting ke skolah lama. Umpama sireh pulang ke gagang. Kelik ngajar smula ke skoloh Maher. Semoga anda menjadi cikgu fizik yang sporting dan berdedikasi. Hmm... tetiba teringat kat Cikgu Eyu, cikgu fizik ambo dulu. Chaiyyok lah Cikgu Marjan!

Tapi bagi pendapat aku, adalah lebih baik guru2 yang lepasan oberTheSae nih dihantar ngajar ker sekolah di pedalaman. Supaya anak2 sekolah di sana menjadi lebih bersemangat sebab dapat cikgu yang bagus-bagus. Budak2 skolah kat bandar takpe lah, walau pun dapat cikgu2 biase2 je, tapi mereka ada lebih banyak peluang utk gi ke pusat-pusat tusyen yang bagus2.

Tapi apa2 pun, diharapkan Cikgu Marjan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Nanti dapat gaji bleh la blanje yer.. memandangkan awak dapat elaun full & tak perlu bayar sewa umah. hehe...

Tuesday, August 18, 2009

Lucky Number Eight

HAPPY 8 MONTHS OLD CHUMMIL !!

Setiap 19hb, akan genap bertambah 1 bulan umur Tasneem. As the date today, Tasneem dah officially masuk 8 bulan. Hmm.. lagi 4 bulan nak menapak ke umur 1 tahun. Terasa cepat masa berlalu...
Tasneem skarang dah tak kurus dah. Badan dah berisi hasil dari pembajaan Ibu, Babah dan cikgu taska. Setiap hari Tasneem kena makan bubur nasi & kentang lecek. So next check up nanti, takde la nurse tu nak bising2 kat ibu lagi pasal berat badan Tasneem.

Tasneem yang dah chubby. Bibir pun dah tambah cekci. hehe..

Makan ati makan nasi lemak

Smalam beli nasi lemak bungkus kat dapurMas, presint 9. Hampeh tak sedap, dah tu telur goreng empat segi saiz pemadam pensil jerk. sambal plak macam buh pakai hujung sudu je. Ikan bilis 3 ekor, timun skeping. Putus selera aku!!

Ni bukan fitnah, tengok la gambo ni kalau tak caya. Aku tak suka fitnah, tapi kalau hati dah marah, kena la jawabnya...!


Wednesday, August 5, 2009

Tasneem demam lagi

Weekend lepas, petang Ahad, lepas jalan2 Care4 & selepas Tasneem wat stunt nerap dlm stroller (rujuk entry sebelum), Tasneem tiba-tiba je demam. Badan tiba-tiba panas. Malam tu Ibu bagi Tasneem paracetemol (utk baby) & tempek koyok (kulfiver) atas dahi Tasneem.

Demam pun active

Hari isnin, Ibu hantar gak Tasneem gi Taska. Petang tu ibu 'cabut' lari dari opis secepat mungkin untuk jemput Tasneem. Tapi petang tu Tasneem masih lagi demam. Pas maghrib, ibu bagi lagi ubat demam. Astaga..susah nye nak suap ubat kat Tasneem tanpa bantuan Babah. Tasneem asyik kemam mulut je bila nampak shringe. Sabo je lah. Tapi ibu berjaya jugak injek ubat ke mulut Tasneem walau pun Tasneem dah sembur 1/4 dari ubat tu. Abih melekit2 & kaler2 merah t-shirt ibu. Pas makan ubat, Tasneem tido.
Selang 1 jam kemudian, Tasneem bangun sbb bunyik Babah bukak pintu (Babah ni tak reti masuk pelan2 ke ? .. hehe.. gurau je Sayang). Dah bukak je mata, terus nak merangkak. Pastu tetiba excited melompat-lompat nampak Babah. 1 jam kemudian, lepas lompat2 & golek2 dengan cargasnye, secara mendadak suhu badan Tasneem dah kembali normal. Whahaha.. bagusnya anak Ibu nieh!


Tasneem yang telah kembali sihat. Alhamdulillah...

As of today, Tasneem dah 7 months, 18 days.

Sunday, August 2, 2009

Stunt

Tasneem ada skill baru yang boleh dimasukkan sebagai salah satu X-treme Sport.




Stunt Meniarap dalam stroller.

Hehe.. nampak tak kaki terjulur keluar stroller tu ? Haha.... Babah cakap, biarkan aje. Asal jangan tertonggeng terkeluar/jatuh stroller atau mengakibatkan kecederaan diri sudah...

Hohoho.. macam-macam la Tasneem skarang nieh.