Thursday, June 4, 2009

Nasik ayam

Kepada pengusaha nasik ayam atau ayam golek, mintak perhatian!

Sila jangan sertakan sekalik serpihan tulang ayam yang hancur setelah dipotong-potong ke dalam hidangan pelanggan anda. Dikhuatiri akan membahayakan kesihatan pelanggan anda.

Aku cakap gini pasal tadi masa tengah makan nasik ayam kat cafe ofis nih, aku dah tergiget tulang ayam kecik. Rasa ngilu tiba-tiba, nak nanges pun ada. Namun berjaya dikontrol jugak muka supaya control hensem semasa makan dikhalayak ramai.

Sakrang ni gigi geraham bawah kiri aku sangat lah sengal. Ingat nak kuar gi kinik gigi je ptg nanti, tapi tak jadi sbb perkhidmatan rawatan pergigian walk-in dewasa hanya disediakan di sebelah pagi sahaja. Adoi laaa.....

So, terpaksalah aku menahan rasa sengal kat gigi nih. Harap-harap rasa sakitnya hilang by esok. Boleh lah aku cuti2 melaya dengan senang. Tapi kalau duk sakit/sengal jugak, terpaksalah aku gi klinik malam nanti atau pagi-pagi buta esok sebelum bertolak ker utara. Huhuhu....

Rasanya gigi geraham aku ni dah ter'chiped sikit. Bleh rasa gigi ni jadi kasar bila lalu dengan lidah. Ni...tergigit bijik lada pun rasa sangat sengal. (adeh...)

No comments:

Post a Comment