Thursday, September 25, 2008

Bebel si isteri

Ari ni Jumaat. Malam nanti dah nak balik Kuantan. Dah taker mood nak kerja dah. Walaupun kat ofis ni tak nampak suasana raya, takder sorang pun staff yang pasang lagu raya or gantung ketupat plastik, aku still bersemangat nak raya.

Pagi ni jari2 ni gatal meng'google' berkenaan politik. Terjumpa satu blog anak seorang pejuang politik yang amat dihormati, baik pembangkang atau di pihak pemerintah. Aku tertarik dengan beberapa baris ayat di blog beliau yang mana mampu menyindir sambil menasihati isterinya.

".....Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya...." - blog link-

Kadang2 terfikir juga, bila si isteri membebel tu, terselit juga perasaan marah, tapi dalam marah tuh terdapat perasaan sayang, harap2 si suami fahamilah isi hati isteri yang mmg kuat bebel ini...

Sayang, mohon maaf Zahir & Batin dari Ayang... (takyah tunggu pagi 1 Syawal baru nak mintak maaf...)

No comments:

Post a Comment