Thursday, December 9, 2010

Bekwoh Padang Fasir

Tiba-tiba masa tgh drive ntahkemana-mana sambil dengar lagu maherZain, got this idea of doing bekwoh anum nanti masukkan elemen-elemen fadang fasir. Siap pengantin pakai ala2 Agnes Monica MV tuhan seksis tue (lupa tajuk) tapi takdelah nampak pusat segala. & the groom plak pakai jubah & tarbus beraksesorikan pedang sabit di pinggang. kalau ada prop unta pun bagus gak.

The flower girls plak pakai mcm penari gelek yang chommel (err.. tasneem pun tidak terkecuali). Tuan umah (mama & abah) pakai jubah a'arab & abah ngan tarbus merah atau headgear gelang kepala arab & kain petak2 tu. Hidangan lauk pengantin lak lamb kabshah ker... tetamu khas makan kambing golek. & tetamu2 lain makan briyani arab atau masakan ala tajheen. Buah tangan atau barkat lak, kita bungkus ajelah buah kurma cantik2.

Apa macam? best tak idea ni ? Hanum? WHAT SAY YOU ?



Agak2 mcm ni larr.. tapi bila tgk muka si johan raja lawak tu, rasa geli plak. Sila abaikan si johan tu

 

Tuesday, November 16, 2010

Saja mau kasi panas

Pernah satu ketika terdengar org merungut.. "kedekut nak balas sms, simpan duit nak gi Haji ke?! "

haha.. betul la. lagi bagus simpan duit pegi haji dari duk layan sms ko yang ntahape-hape tuh.

Oleh yang demikian, jom baca artikel di bawah.

__________________________________________________________

Jimatkan Kos Haji Dgn Dinar Emas

Setiap tahun kos menunaikan haji menggunakan Dinar Emas akan lebih menjimatkan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa meningkat. Jika diperhatikan, secara purata harga emas meningkat sekurang-kurangnya antara 20% hingga 30% setiap tahun.



Sila rujuk contoh pengiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar emas seperti berikut:

Tahun 2002:
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.



Ney harga dinar mase bulan ogos hari tu..

*Skarang ney (NOV) 1 Dinar dah dlm lingkungan RM 650

Tahun 2010:
1 Dinar = RM596 (Harga Semasa) 19 Ogos 2010
Kos Haji = 17 keping (Rujuk ilustrasi Harga Public Dinar) x RM596
Jumlah = RM10,132.00 (Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Sumber Kos Haji 2010
Petikan dari Berita Harian:-

2010/08/03,KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kesimpulan:

• Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!

• Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal sekitar RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.

Berdasarkan trend dan contoh pengiraan ini, disertakan permulaan meyimpan DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, maka pada tahun 2015, insyaAllah anda akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar sahaja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca yang budiman, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita sebagai umat Islam.


public gold

haha.. nampak sangat dah lama tak update blog. Id & password pun dah sampai 3 kali key in. Adoyai.....

Amacam? Rindu gua tak ? Kehkehkeh.... buat apa rindu gua, hari2 bleh tgk muka gua kat opis (bagi blogger2 lain yg kerja sabumbung ngan gua je laa...)

Ok, gua mau update, smalam gua baru terdetik hati mau invest dalm Public Gold (PG) punya jongkong mas & dinar. Mcm mana bleh terdetik tu ? sbenarnya dah lama dah gua perati promo2 dari kawan si suami kat fb dia pasal harga mas nih. Spanjang pemerhatian gua, ada jugak gua sound en suami berkenaan hasrat gua mau beli emas tak kira la emas bling2 yang pakai kat badan tu kaa.... atau keping2 dinar. tapibiasalah, en suami mungkin dah tau gua ni jenis hangat2 taik ayam, so bila wa senyap, dia pun takde nak tanya. Tapi tiap kali wa berangan cakap2 kat en suami yg wa niat nak beli emas, sure dia akan cakap.."ok nanti dia tanya ajis". Hoh.. siapak ajis?

Rupanya si ajis tu lah yg wa duk tengok2 iklan emas kat fb tuh. kawan en suami rupanya.

So smalam, time wa tgh lepak2 layan fb kat tepon, si ajis ni sudah paste status dia ngan ayat " harga emas tgh turun mendadak, sesape nak beli emas baguslah" lebih kurang la ayat dia (wa tak ingat ayat betul dia). so time tu, memandangkan wa ada sikit reserve hasil pinjam along berlesen ari tu, wa branikan diri tanya si ajis. Pastu ngan sepantasnya wa sms en suami yg mana dlm perjalanan pulang dari kerja, nak mintak kebenaran utk beli emas dari si ajis ni. huhu... en suami dah bagi greenlite, so ape lagi, wa gigih wat kalikesyen & terus sms si ajis utk lock harga emas.

Malam tu, wa gigih ajak en suami pi bayar 50% harga emas ke mebeng en ajis. Hasil persetujuan ngn en ajis, wa akan setel bayarkan belen 50% persen lagi bila wa balik kelate nanti & pastu merasalah wa pegang maskeping nipis. jadilar dari takde kan ?

So, nanti tercapailah hajat gua. Mintak2 air lir gua tak leleh lagi bila tgk emas kat kedai poh kong.

Ni wa kongsi graf harga emas yang membuatkan wa excited nak beli emas. harga emas ni akan dihapdet setiap 20 minit berdasarkan harga emas antarabangsa. So kalau nampak graf menjunam turun 89 darjah tu, maknanya harga emas murah lah sket, mungin beza rm10 utk 20gram.



Gua saran, kepada sesapa yg nak kawen, beli lar emas. Nilai tak susut mcm wang kertas. Nak tau lanjut, sila klik sini (page ajis)

 

Wassalam.....

Wednesday, August 11, 2010

wat tajuk sendiri yer

Smalam Tasneem wa cuti. Nak bawak Tasneem pi check-up kat kkpj.
Macam biasa Tasneem membuas. Lari situ sini, makan biskut tak abes, minum milo percik-percik bikin tumpah (hari pertama puasa plak tu). Check kali ni sbb berat Tasneem dah masuk area kuning dlm growth chart dia. Untuk kesekian kalinya berat Tasneem tak naik-naik gak. Aiseh... Dah abes jenis makanan dicuba suap ke Tasneem, ada yang dimakan, ada yang dibaling. Nak wat camana? Huhuhu.. skali dah kena ceramah sama misi. Adeh la... trasa cam wa ni ibu yang tak tau jaga anak. Rasa sangat down tatkala melangkah keluar dari bilik misi tu. Tambah plak, bekal nugget ayam yang dibawak Tasneem makan suku ketul je out of 4 ketul. Camana nak buat tu ?

Tengahari tu kami2 gerak gi jemput Ateh Tasneem kat KLIA. Tunggu2 Ateh sampai Tasneem keborocan pampers sbb minum air banyak.

Pendekkan cerita (malas dah!),
Malam tadi Ates hadiahkan spasang baju Buzz Lightyear yang glow in the dark. Sangat excited Chomm tu sambil bebel2 & tunjuk2 baju baru dia. Kehkehkeh...

Nah.. layan je la gambar ni.

[caption id="attachment_714" align="aligncenter" width="243" caption="made in china, sold in Germany"][/caption]

Thursday, August 5, 2010

Lenguh cam baru pas wrestling

Spanjang hari ni badan wa rasa sengal2, from head to toe (bunyik cam iklan shower gell plak).
2hari lepas masa baru sampai umah, bawak masuk tasneem (dukung), pastu nak amek sesuatu dari dalam beg, kena lar bongkok badan. Huh... tiba2 badan bleh tunduk sekerat je, sakit tang pinggang. So, bermula dari situ, sakit2 badan berterusan sampai la ker skarang.

Terpikir nak gi berurut. No tepon Kak Azah tukang urut dah save dlm henpon dah ni. tapi segan lak nak tepon. Ishk...

ps: 2 hari ni emosi aku tak stabil sebab ada gangguan dari anasir luar yang umpama kodok naik junjung. Walau pun aku tak kisah (tulis kat sini jer), tapi benda mcm tu makes my blood goes upstairs you know!

Tuesday, July 13, 2010

Pemanduan Berhemah Gaya Tasneem (Siri 2)

weekend lepas. Buat julung kalinya, Tasneem TEGUR kesalahan Babah dia.

Masa tgh nak mula drive keluar dr Giant, kereta kuarkan bunyi warning teettt...teett...teettt..........
Tasneem terus sebut "Babbaaaahhhh.....!! nlsheleilialu...shia..." " Babbaaahhh.......!"

Nak tau nape? Sebab babah dia tak pasang seat belt & kete akan keluarkan bunyi warning after 3 seconds seatbelt tak dipasang pemandu.

Mungkin Tasneem tiru gaya ibu menegur/mengingatkan babah pakai seatbelt stiap kali warning signal tu berbunyik.

Comel aje bunyi Tasneem tegur Babah dia. Kami try experimen seat belt 3 kali. & 3 kali tu jugak lah Tasneem TEGUR Babah. Hehehe..

Haish.. dah pandai dah anak dara sorang ni.

JahaNey....

Lagu ni ada pengajaran. Kalau tak paham, sori lah yer




Monday, June 28, 2010

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2

Opis ni dah jadik cam bar karaoke jepun dah. lagu Wali Band dah 3 kali duk ulang suara. Ramai gak backup singer yang join nyanyi. Harus pasni family day bebudak unit ni nak kena buat kat pusat karaoke. Tapi yang kecoh2 nyanyi ni pun budak2 unit ni je... budak2 unit sebelah senyap ajo layan muvi kat pc masing2.

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2:

Sabtu nya, pagi2 aku dah pening pikirkan apa aku nak masak pagi ni memandangkan mertua ada kat umah ni. Haish.. tak gunanya kejut Babah selagi tak jam 9. Memang kalau makin di cuit suruh bangun, makin rapat dipeluknya si Tasneem. Sabar je lah.

Hah.. turun aje bawah, ternampak sebungkus kueyteow kat atas oven. Apo lagi, gigih lah makcik ni kletang..kletung menggoreng kueyteow tersebut. Sib baik ada perencah segera mi goreng yang jadi penyelamat. 10 min siap!

Dalm kul 11, kami semua keluar jalan menuju ke Pasar Borong Selangor. Apekah ??!! Ape kelas menantu Putrajaya bawak mertua jalan2 ker pasar lak ?? hahaha.. dah tu permintaan nya. Kami bawak je lah. Lagi pulak MIL tu wat business makanan (Nasik Dagang Pok Mang-NDPM), so derang nak survey2 harga barangan mentah kat sini plak berbanding kat kuantan. memang harga kat sini murah sikit berbanding sana. So konklusinya, kalau bukak branch Nasik Dagang Pok Mang kat sini, pada firasat tok dukun, sure akan memulangkan ROI (return of investment) yang tinggi. Faktor makanan gerai2 kat sini yang bagaikan "masak ngan kaki" juga turut akan menjadi penyumbang pada ramalan kejayaan pembukaan NDPM di putrajaya nanti. Janji kerat carrot punya.  Sambil2 survey tu, sempat lagi MIL beli sikit sayur2 yang nampaknya harga lebih rendah untuk dibawa pulang.

Dah abes jalan2 ke pasar, kami teruskan perjalanan ke My dear Warehouse sale. Dah memang tau apa yg nak dibeli, terus je kami serbu barangan tersebut. Takde pikir2 dah. Kami berjaya merembat baby safety gate & jugak tricycle untuk Tasneem pada jumlah harga yang lebih dari separuh harga asal di atas rak kedai ber'aircond'.

[caption id="attachment_703" align="aligncenter" width="300" caption="Ada gaya cam Super Bike tak ?"][/caption]

Balik umah, semua tidur penat kecuali si Tasneem, Ibu & Babah. Ibu kena layan Tasneem naik beskal baru dia. And Babah plak berpeluh2 mengerjakan safety gate nak dipasang kat tangga. Pastu Babah plak tido. & Tinggal la Ibu melayan Tasneem yang tak jadi ngantuk sbb dapat beskal baru.


Petang tu, Aki Tasneem dah nak balik. Lepas kami say babai. Masuk umah, lagi  layan Tasneem main beskal (haih..! tak letih ker Naak ooii....). Layan sampai ke petang. Sib baik ada citer 3 idiots (ya.. layan hindustan lagik), tapi still tak dapat nak tengok sampai habis (part yg camana derang crash wedding si KareenaCooper) sebab kena masuk dapur masak plak.

Sambil2 Ibu masak, Babah plak amek alih layan Tasneem naik beskal. Dah sampai tersengguk2 Tasneem naik beskal. Last2, bila letak aje atas tilam bantal, bagi Cat sbijik, terus lelap. hahaha...

Tapi Ibu frust sebab Tasneem tak sempat nak makan malam. tapi tadi petang sambil main2 beskal, ibu dah suap dalam stengah mangkuk nasik sup. Kira oklah kot. tapi Ibu buat jugak susu campur nestum takut Tasneem lapar malam nanti. Hmm.. petang tadi jugak, Tasneem sudah pulun 3 ulas durian  (habes hendal beskal bau durian).

kul 10 tu plak, layan WC, German vs. England. Dalam ati memang doa kalau bleh tanak England menang sebab aku tengok bebudak player england ni lebih glamer sebab terlebih publisiti, bukan sebab tarer sangat pun. Lagi pulak, stock2 player MU (control jambu) aku tak suka. Dah si German rembat 3 gol, aku dengan senang hati pi lelap mata sbelah bantal Tasneem. sedar2 dah kul 12, & the game ended with German menang 4-1. Tu lah. Aku dah bleh agak. Sambil aku tido pun German bleh menang (eh.. ada kaitan kah ?)

Sunday, June 27, 2010

Aki datang dgn durian

Hari minggu lepas, macam2 kisah, macam2 cerita. Dari cerita tak bayar utang, <terpaksa di deletkan> Haish....

Ni bukan nak cerita kisah tak bayar utang (cepat la korang bayar utang...nak beli susu anak) atau <terpaksa di deletekan> . Ni nak cerita kisah keluarga.
Weekend lepas (sabtu), pagi...Babahnya kerja halfday. Dah balik agak lewat dlm kul 2 gitu, semedang(ayat kakJem) tetiba perut berdangdut lapor. Dah sampai umah, Tasneem plak tido. Alasan tunggu Tasneem bangun la baru kuar makan (walhal nak tengok citer hindustan --3 Idiots). Kami couple2 layan citer hindustan, tapi tak sampai habis. Tasneem dah bangun & Babah terus ajak kuar (ishk... Aamir Khas sgt cute). Tak sempat tgk citer tu sampai habes.

Kami kuar gi opis Ibu dulu sbb nak kena amek simpanan stok ubat susuk. Supaya tiada pertambahan umat berlaku pada mana2 hari kejadian. Dah tu, kami terus terjah ker jualan gudang barang2 baby kat Puchong. Reiki-reiki harga pagar baby & beskal Tasneem. Memandangkan babah tak cucuk pitih, kami postponed pembelian untuk keesokan harinya & jugak dgn alasan nak gi cari kat Tesco, kot lebih murah kat sana.

Kami lajak drive sampai ke Tasco Kajang, alasan pas gi Tesco, mau pekena sate samuri kat sana. Tengah duk tengok2 kat Tasco (barang yg dicari takde lak), Aki Tasneem call cakap dah sampai Gombak. Humang aih... sib baik kami tak meronggeng sampai ke Seremban. Kalau tak jenuh Aki, Wan & Acik Tasneem nunggu depan pintu umah. Hahaha...

Untuk kill the time tunggu kami anak beranak sampai putrajaya, Wan cakap kami jumpa mereka semua kat umah Pak Amir (pak sdare Babah dia) kat p9. Kami sampai sana selang 15min arrival Wan Tasneem kat sana. Lepak2 sana sambil Tasneem layan 'tissshhh...' kat akuarium & kacau2 anak2 Pak Amir main Uno. Terlajak sampai ker isyak kat sana sbb Wan & Acik Tasneem layan citer indon. Mati kutu kami nunggu. Perut plak asyik berdangdut lapo (tak makan since tghari kan...)

argh... malasnye nulis. layan fb jap.....

On the way balik, kami singgah dinner kat Sri Teja. Cam biasa kami laki bini makan nasik kukus (yg dulunya agak sedap, tapi skang dah hampeh sket). Kami gilir2 makan sebab take turns shift nak kejar2 Tasneem di sekitar foodcourt tu.

Pas makan, balik umah, satu kete Aki bau durian. Heheh... Rezeki kami dapat durian kampung banyak bila spatutnya guni yang kecik bahagian kami dah tertukar diberi kat Pok Amir tadi. huhu...pada malam tersebut, Babah mononton bola bertemankan sbijik durian yg sangat best seorang diri.

Thursday, June 10, 2010

DeBiK ku diEksidenKan

11 June 2010, 7.45 AM, Simpang HP, Cyberjaya.

Makluman: Persona DeBiK sudah kena langgar oleh MyVi Putih.

Still shaken of the accident. Will write something bila dah lega nanti. Alhamdulillah pemandunya selamat.



ps: awek sbelah tu bukan aku yer..

Wednesday, May 26, 2010

hari ini dalam sejarah (kerjaya blogger aku)

http://undermousearrest.wordpress.com/2004/05/27/461/ (27 May 2004)
2005.... aku tak tulis ape2
2006.... aku tak tulis ape2
2007.... aku tak tulis ape2
2008.... aku tak tulis ape2 (dlm blog lain mungkin ada)
2009.... aku tak tulis ape2

mode: malas nulis

Monday, May 24, 2010

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Siapa-siapa itu ? Memandang pada aku... ?

Opppp....!! Sape skodeng sembuyik2 tu ??

Aiseh... masuk umah org tak bagi salam yer? Ker demo nok korek aktiviti rahsia kawe ? OOooo.. tak malu......

nasib-cerek

Pagi ni sarapan, brunch, lunch & tea-time kami se-ofis bedal juadah pot-luck unit kami. Semua makanan sedap2. Terutama sira labu (masuk bakul lagik!).. Aiseh.. lupa amek gambar sira labu yg aku masak.

Kiranya cubaan pertama memasak sira labu tu menjadi jugaklah walaupun nervers. Walaupun labu tak cukup keras sebab rendam kapur sekejap sangat.

Idea nak wat sira labu ni tercetus (aiseh.. word bombastik la plak) masa layan fb kuih-muih/makanan kelantan. Lagipun dah lama tak merasa sira labu yang selalunya hanya boleh didapati di majlis bekwoh saja.

Antara juadah lain yang 'kami-kami' bawak utk pot-luck... ada spageti bolognese, karemel telur, nasi himpit kuah lodeh, mi sengapore, kek batik, bubur jagung, ayam panggang, nasik goreng kampung... err .. ape lagi eh? banyak gak la. & tak lupa jugak keropok segera buah tangan tangan dari geng opis yg baru balik o.s di pantai timur.

'kami-kami' jugak menjemput beberapa sahabat unit datang menjamu selera & mana2 staff/boss yang wat pusingan U kat tiang unit kami jugak 'kami-kami' sekat suh brenti makan dulu.

Alhamdulillah... rezeki hari ni, kenyang sampai ke petang.

Etika kenaikeay lift

Apa reaksi korang bila masuk lift?

Kalau masuk dalam lift awam tu, aku wat tak tau pandang nombor lift aje. Tapi kalau kat dalam lift awam tu ada baby chommel & Tasneem plak ala2 peramah gitu, at least aku senyum & kalau panjang lagi perjalanan liftnya, aku wat-wat la tanyer brape bulan dah budak tu. Kalau budak tu chommel, aku puji lah sikit2.

Kalau dalam lift kat apartment kediaman plak, biasenye aku akan tegur la 'jiran' aku tu. Tanye la duk tingkat brape. Dari situ boleh la borak benda kecik2 atau berita persekitaran. Contoh kul brape derang nak wat fogging denggue nanti ker...

Kalau lift kat opis plak, kalau kebetulan 2 org je dlm lift, aku akan senyum kalau nampak orang tu dalam mood tenang atau dia dulu yg  mula senyum. (ingatan: senyum itu sedekah). Kalau masuk lift ramai2, aku akan layan mana2 lawak atau teguran mesra yang berbunyik dari warga lift.

Tapi ada satu situasi yang aku tak tau nak wat apa. Aku masuk lift ofis. Masuk 2/3 org je termasuk aku. Sorang ni je... kalau masuk lift sama2, bleh je dia wat2 tak nampak. Kang kalau aku sengih2, dikatanya terhegeh-hegeh plak. Ishk... tak tau la apa issue dia ngan aku. Tapi yang pasti, bila ada benda nak tanya, boleh je mai jumpa bercakap elok. Tapi bila takde ape2 hal, nak tentang mata senyum pun takde. Masalah emosi kah individu tersebut ?

Korang2 yg baca blog ni, kalau tau ape2, wat2 tak tau je lah yerk. Malas nak kecoh2. Marilah kita sama2 naik lift dengan gumbira. Sekian.

Sunday, May 23, 2010

ex-man 2

Minggu ni minggu hibernasi kami sekeluarga. Tak keluar ke mana2 sangat.Sarapan & lunch kat umah aje. Petang baru keluar jalan2 tengok orang. heee... best.

Tadi jalan2 cari minum petang kat Sri Teja. Biasa pas makan2, kami jalan2 ke pasar minggu (ala2 uptown kecik) kat depan Sri Teja tu. Sambil jalan2, tengok2 ape barang menarik kat situ. Sambil2 tu kejar Tasneem yang sibuk berlari sana-sini kan cuit segala barang jualan kat situ, terutama meinan (Tasneem berjaya mengepau Babah utk beli meinan RM5).

Dah nak balik dah, kami jalan beriringan sambil Babah dukung Tasneem. Sambil lalu di sebuah gerai yang menjual tudung2 ekin, terdengar suara garau menyebut... "Hai.. nasib baik laki orang.....". Ayat tersebut disedari En. Suami dan terus tersengih2 akibat statement berkenaan.

Amboi... sukati lar tu. Rasa2 diri tu masih lagi high value in market. Hmm.. cubit kang....!

Tapi aku tak kisah. Lagi bangga duk ada, punyai suami yang ala-ala shommel (masuk bakul sendirik!). TAPI........ayat berkenaan dilafazkan oleh makhluk gini, rasa nak gelak guling2 pun ada gak.

.


.


...


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




... adeh laaaa... ada ati jugak org gini kat asben aku. Kesian btol.....

Saturday, May 15, 2010

1989


Gambar ni dicilok dari fesbuk ex-classmate (En. Wan Wira). Gambar ni diambil pada tahun 1989. Masa tu akubaru Standard 1 di SRK Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab,KB. Kebanyakan  bebudak sini aku masih boleh ingat rupa mereka, tapi nama2 mereka aku memang dah lupa disebabkan aku hanya bersekolah kat skolah tu sampa std 2 je. Utk std 3, aku pindah ke skolah yg lebih dekat ngan umah aku sbb Aboh Tok aku akan bersara dari tugasnya sebagai guru besar di sekolah berkenaan.

Sekeping gambar ni rasanya masih lagi ada dalam simpanan di celah2 buku di bilik ku. harap tidak dimakan anai2 laa...

Gambar ni nampak sangat klasik sebab student pompuannye masih mengenakan pinafore over white shirt.Nampaknye gambar ni dah berumur  22 tahun. Gila ah lama. Bucu gambar ni pun dah carik kena kerik (gigit) ko tikus. Terima kasih En W ira sbb upload gambar ni.

Kalau korang tarer,cuba cari aku dlm pict berkenaan. :D

Thursday, May 13, 2010

Mengapa Memilih Untuk Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?



3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Tuesday, May 11, 2010

Cuti 3 bulan buat anak

ni nak kongsi cerita dari satu blog hr manager sebuah kilang. Perbualan antara dia ngan bangla (pekerja kilang). Berkongsi Cerita & Rasa

pekerja : assalamualaikum boss.
aku : waalaikumsalam. ya sumon, ada apa?
pekerja : boss, buleh saye cakap sikit?
aku : boleh. apa?
pekerja : saya mau mintak cuti balik bangladesh.
aku : isi borang cuti dulu. kasi you punya manager approve baru boleh cuti.
pekerja : saya tau boss. tapi saya mintak sikit boss tolong. saya mau cuti 3 bulan. saya punya manager musti tadak kasi, boss satu orang boleh tolong.
aku : 3 bulan? apa bikin cuti lama.
pekerja : boss, dulu saya mari kerja sini, saya baru 2 minggu kawin. saya belum ada anak.
aku : so?
pekerja : boss kan sudah kawin, tentu ada tau. saya susah hati bulum ada waris.
aku : apa kena mengena dengan cuti 3 bulan?
pekerja : (dalam malu2) saya mau buat anak boss.
aku : buat anak sampai 3 bulan?
pekerja : boss sudah kawin musti tau, mau buat anak bukan sinang. kalau 3 bulan, saya gurenti ada jadi anak.
aku : satu bulan cuti cukup!
pekerja : tara cukup boss. saya takut tara jadi anak boss. kalau tara jadi, saya lagi 2-3 tahun lagi baru boleh balik bangla boss.
aku : last. saya kasi 2 bulan! belum beli tiket, you call dulu wife sudah habis darah (haid) belum. sampai sana dia sudah bersih darah, you jangan keluar bilik itu 2 bulan. kasi buat anak sampai jadi. kalau boleh terus kasi buat anak kumbar (kembar)terus.
pekerja : wokey boss. saya musti hari2 kasi buat anak boss. saya punya parents sudah bising anak bulum jadi.
aku : sekarang, you balik tempat kerja, kasi isi itu form cuti. cakap saya sudah approved cuti 2 bulan.
pekerja : banyak terima kasih boss.

Wednesday, May 5, 2010

Ini baru food review

Smalam beriya ajak Babah gi trymakan kat Y_at_i ay_am Per_ciks kat Bangi yang baru bukak tu. Cuma try sedap ker tidak ayam percik dia.

Kami order 2 set nasik kerabu + ayam panggang (yer.. dia tak tulis ayam percik). Harga each RM8.00, pesan telur rebus utk Tasneem mamam as side dish & appetizernya adalah 1 set sata ikan.

Sambil2 nunggu makanan kami sampai, sempat gak snap2 gambar Tasneem ngan logo kedai kat blakang. Nak posing depan kedai takut nampak beriya sangat plak.

[caption id="attachment_648" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem & Babah tgh tunggu hidangan sampai"][/caption]

Beberapa minit nunggu (tak lama mana pun...) hidangan nasik kerabu pun sampai. Nasiknya dalam bentuk semangkuk kecik (mcm mangkuk untk nasik ayam), perencahnya ok lar... cuma takde lada hitam je & ayam panggang (bhg dada) kuah percik sket. ps: tambahan kuah percik dikira side orders yer puan-puan.


Kendian tibalah pesanan yang lain ngan air (air agak lambat jika dibandingkan dengan kedai mamak).


Kami sgt terkesima bila sata ikan yang dipesan sampai ke meja. Dalam pinggan putih panjang cuma ada 2 ketul satar jer yg disusuk buluh. Owh...! How come like that ? Ingat2 balik harga kat menu tadi tertulis RM2.50. Ishk.. kalau kat kg dah bleh dapat paling tak 4 bijik. (pernah dpt beli satar singgit satu cucuk, 3 ketul). Urgh.. lagi satu satanye tak rasa ikan. Lebih rasa santan aje. kelapa je lebih. Rasa manis.




[caption id="attachment_649" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem tak puas hati sata tak sedap"][/caption]

Aku makan aje lah ngan tak berapa ceria. Tapi Babah saje nak menyejukkan bininya, katanya nasik kerabu dia boleh lah tahan. Eatable lah bagi kami.



Note: ishk.. takleh konsentrate tulis dah. Aku riki-riki, dia duk mengata lak ngan bdk lain pasal tadi. Aishk.. depan2 nampak baik, blakang takleh kira sangat! Office politics!

Facebook oh facebook

Hari ni aktiviti mengomen facebook akan dikurangkan seketika (boleh kah?). Rasa nak delete jer certain ppl from my facebook. Sebabnya..:

  1. Ada a few yang saya tak kenal atau tak ingat langsung.

  2. Selalu sangat kena tag produk2 jualan mereka.

  3. Rakan sekerja yg mana tak pernah bertegur sapa pun ada. So bila kita kuarkan ayat yang for me & me frens rasa biasa je, tapi bila org lain baca derang perperasaan plak (kecik ati laa.. ingat kita ni menunjuk2 la.. & banyak lagi tanggapan -ve lain). heee... ni hari ni punya kes.

  4. Orang yang tak dikenali jadi spy nak intip info kita utk 3rd party.


Hari ni aku nak layan Omegle je lah. Chat ngan sex maniac kat sana (untuk menghibur hati yg laraaa.......) :D

Ini bukan review makanan

Semalam kami pi diner kat Hassan's Bistro Bangi Seksyen 3.

Kami pilih meja yang ada seat kusyen melekat ker dinding tepi corner. Bertujuan supaya senang nak kepung Tasneem dari melasakkan dengan berlari-lari di sekitar restoran. Kami order 2 nasi beriani ayam & 1 banana wafer.

Makanan Ibu sampai dulu, then diikuti ngan nasik babah. Bila sampai aje nasik Ibu, Tasneem biasanya akan lebih tertarik kepada kelengkapan (cutleries..betulkah eja ni?) hidangan tersebut. Sudu, garfu, pisau, napkin tu lah. So kami bagilah Tasneem main ngan sudu & Tasneem pun konon2 makan la nasik beriani Ibu ngan sudu tu (takde butir nasik pun masuk mulut). Bila sampai aje wafer pisang, memang langsung tak masuk mulut wafer tuh. Tapi tangan sibuk duk tenyeh sudu kat wafer plak. Habis dah melekit2 tangan & tudung ibu jadik mangsa jugak.

Sementara Ibu berperang ngan Tasneem, menjadi kewajipan Babah untuk makan secepat mungkin (ala-ala flashman) so that Ibu akan dapat makan pulak (secepat mungkin juga) nanti.

Bila dah rasa surrender berperang ngan Tasneem  nak suh makan & stop playing with the food, Ibu dah tak larat. Saje bagi Tasneem turun kerusi & jalan2 sekitar restoran.

Tengah2 folow Tasneem menjelajah kedai, tiba2 terpandang satu kesukaan Tasneem. Huhuhu.. bleh wat umpan kasi senang control. :D

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Hoho... TISSSHHHH...!!!!!

Tasneem ni, kalau nampak ikan ker penyu ker.. gerenti duk diam konsentret tengok. Memang excited punya la.

Kat restoran tu ada mcm poster hidupan laun lengkap ngan segala ikan2, penyu, tapak sleman segala.

Bila dah nampak segala hidupan laut tu, melekat la Tasneem kat poster tu. Duk tunjuk Tish.. Tetes. Seronok sangat dah. Ala2 jumpa kawan lama dah lagaknye.

Bila Babah dah abes makan, Babah plak ganti temankan Tasneem tengok Tisshh. Ibu kendian bleh la makan lak.

Tu jer nak citer. Sekian

Keadilan layanan untuk anak-anak

Since sekarang ramai kawan2 yang pegnen. Terfikir jugak bila Allah takdirkan aku pegnen lagi.

Tak tau nak kata apa. Yang pasti kesyukuran perlu diucapkan kepada Nya.

Tapi kalau boleh, harap2 penambahan penduduk tidak terjadi dalam masa terdekat sebab tak sanggup tengok Tasneem mcm tak dapat cukup perhatian nanti. Even ada Tasneem sorang pun Ibu dia ada jugak kenkadang berperasaan emo & ada tertinggi suara kat Tasneem, sikap tak sabar..etc..( mintak dijauhkan. Nauzubillah...)

Bila baca artikel pasal Middle Child Syndrome.. lagi lah aku jadik risau nak tambah penduduk lagi. Haish.... (korang gugel je lah. malas nak tepek sini)

Tapi aku yakin, Allah tu maha adil. Mana2 anak yang dilahirkan ada rezeki & keperibadian masing2. Also aku harap kalaulah dikurniakan rezeki sorang lagi dalam masa yang tidak dijangkakan ni, sebolehnya aku nak layan sepertimana aku layan anak pertama juga.

PS: aku pun anak kedua jugak. Yup, gambar abang masa kecik lagi banyak dari aku. even adik2 aku pun takde banyak koleksi gambar masa kecik.

Monday, May 3, 2010

My blog ada product sendirik



Jumpa product ni that have the same name as my blog. http://shop.cafepress.co.uk/under-mouse-arrest

2 Tahun ?

Smalam time jemput Tasneem dari taska, nampak Chomm berlari-lari ker pintu bila nampak Ibu sampai kat porch taska. Huhu.. nampak badan berpeluh2 & mascham walaupun baru je tadi dimandikan. Hmm.. skang ni musim panas, budak2 yang aktif sememangnya cepat berpeluh.

Bila nampak ibu, terus lambai2 & angkat tangan mintak dokong, walaupun time tu cikgu blom buka pintu grill lagi. Ni mesti Chomm tak sabar2 nak balik & peluk cat & nyot2 puting. Yerr.. benda pertama yang dicari bila sampai umah adalah cat & puting. Pastu lepak2 tengok Play House Disney.

Smalam cikgu Taska  tanyer samada Tasneem dah pandai cakap ker belum? & the next Qs is... "Akak, Tasneem ni dah umur dua tahun brape bulan kak?". Huh ? Adik.. Tasneem baru 1 tahun 4 bulan. Sebab tu belum pandai cakap. Stakat simple words aje yg dia boleh sebut.

Haih! Adakah Tasneem nampak macam dah 2 tahun ? Ok, sememangnya Tasneem nampak agak 'panjang' badannya tapi tak berisi (alangkah bagusnya kalau badan Tasneem agak berisi..barulah nurse tak bebel time checkup nanti).

Friday, April 30, 2010

Search Engine Blocked

Taukah anda bahawa blog ini tidak boleh diGoogle ?

Cuba try. hehe..

ps: saya enjoy baca blog cikidong . Sangat direkomen kepada bapak/bakal bapak.

Milestone Tasneem

Tasneem dah 1 year 4 months 1 week 3 days.

Tasneem dah....:

Pandai 'mechock' when she didnt get whatever she wants. Siap lari sikit menjauhi kita dan nangis frust. Dan juga akan nangis meniarap bila Ibu say NO pada kehendak dia.

Sudah pandai tekan suis lampu & wat muka excited bila berjaya bukak-tutup-bukak-tutup-bukak lampu (saaaaammpai ibu say NO, & of course tasneem akan nangi takde air mata merajuk)

Boleh mengenali apa2 sahaja bentuk fish (tasneem sebut Tisshh...). Samada dlm bentuk lukisan kartun, dlm akuariun, dalam tv, fish kaler pelik, fish jual kat pasar dan fish fish yg digoreng. Kalau bagi Chomm tengok akuaraium, memang excited abes arr...

Kalau dinner sama Babah & Ibu, selalunya nak makan sendiri. Tanak disuapkan. Alahai.. brape biji je la nasik masuk mulut kecik tu agaknye..

Sangat enjoy main ball ngan Babah. Yerr.. babah memang suka main sepak2 bola dlm umah. Sib baik kami takde koleksi hiasan kaca.

Tasneem sedang belajar untuk sarung kasut sendiri. Selalu kalau tak berjaya sikecit tu akan mengamok.

Pantang dengan perkataan MANDI. Sure excited kalut suh bukak baju dia & ajak ke arah bilik mandi.

Sekarang selera Tasneem dah naik. Si Chomm tu mampu habiskan 2 botol susu sebelum tido dlm satu malam. Selera makan pun dah agak ok. Tapi still makanan nye sangat memilih (laik Babah laik Anak).

Pantang dengar perkatan "Jom nak giiee..". Even sedang tidur pun boleh celik mata & terus bangun & get ready nak ikut sama.

Sudah pandai nyanyi2 ikut nursery rhymes yang Ibu ajar. Kalau Babah nyanyi tak sama, Tasneem akan merajok. Pantang nampak buku nursery rhymes, akan diminta ibu nyanyikan sambil duduk di riba.

Suka tengok katun tak bercakap like Pocoyo, Mr Bean, Tom & Jerry, Danny & Daddy. Tapi kenkadang layan gak Thomas Train & Bob The Builder (yg ni memang aired dekat tgh2 malam. Saje je tasneem wat alasan nk tgk katun ni sbb tanak tido lagi).

Mampu habiskan hirisan tomato 1 biji (bukan sos tomato yer) on her own. Tak tau la kenapa. Pantang tengok hirisan tomato, sure pastu tanak makan makanan lain dah. Sampaikan abang kedai tomyam Riang-riang pun dah tau kegemaran Tasneem nih.

ChuTaChuu'

Tasneem: ChuTaChuu'...... ChuTaChuu'....

Ape sebenarnya yg Chomm duk sebut tu eh? Dah banyak kali dah duk dengar. Sangat jelas & ada makna bagi Chomm. Siap pandang muka kita bila sebut "ChuTaChuu' ".

Adakah Chomm cuba sebut Chupa Chups ?

Wednesday, April 28, 2010

Last weekend, Acik Nisah (kak ipar/mak menakan Tasneem) datang berkunjung ker Putrajaya.

[caption id="attachment_615" align="aligncenter" width="300" caption="Jom Babah, kita gi taman nak ?"][/caption]

Sementara menunggu ketibaan bas dari kuantan ker kajang, kami lepak2 dulu kat Taman dekat Istana Melawati Putrajaya..

[caption id="attachment_611" align="aligncenter" width="300" caption="Cubaan Babah & Ibu utk capture gambar Chomm berlatarbelakang opis Pak Najib"][/caption]

[caption id="attachment_612" align="aligncenter" width="300" caption="Si kecik yang berlari kesana-sini. Takleh duk diam"][/caption]




[caption id="attachment_613" align="aligncenter" width="300" caption="Amboi.. seronoknya dia..!"][/caption]

Acik Nisah sampai ker stesen bas Kajang kul 7.30++. Then kitaorang pi makan jap & terus balik umah.


Spanjang Acik datang, kami tak banyak keluar jalan2 disebabkan pada minggu tu Babah ada exam. Takpe ah Acik, mungkin next time pulak kami bawa Acik jalan2 Putrajaya.

Jom gi playground

Dalam bulan lepas kot...

Kami pegi jalan2 kat Taman (ape nama ntah.. alaa... yg kat Tugu Negara tu...).

Kami sampai sana dlam agak2 lepas  asar gitu. Keadaan masih panas lagi. So sementara nak tunggu cuaca redup sebelum bawa Tasneem ker playground, kami lepak2 minum bawah pokok dulu.

Memandangkan Tasneem sejak dah dapat kaki ni, suka sgt naik turun kerusi, kami terpaksa mengumpan si comel dengan memberinya minum ribena sejuk yang best.









Dah abes minum2.. kami bawak Chomm gi playground plak.



[caption id="attachment_606" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem berpeluh2 main kat playground"][/caption]

[caption id="attachment_607" align="aligncenter" width="300" caption="Babah layan Tasneem naik buai. (rambut gaya AF babah...ntahape2 la tukang gunting tu)"][/caption]

Bersalin kulit

Pagi tadi tringat nak tukar theme subject blog. ingat nak kasi lupus aje blog ni n create blog baru with new name dan terus nak jadi enonomos blogger. Tapi tak jadi. Sbb saya dah tau saya memang takleh jadi enonomos blogger. Saya sangat tak tahan, gatai tangan nak sangat paste gambar2 peribadi.

Then tetiba datang idea nak cari blogskin baru. Tapi disebabkan kemudahan menukar blogskin di wordpress sangat terhad, tak dapat lah nak tukar ker skin2 yang fancy atau canggih. Nasib baik terjumpa skin/template ni. Boleh tambah pages tambahan, & skali gus boleh la saya asingkan blog update mengikut genre yang sepatutnya.

Mari kita tengok sampai tahun bila blog ni bleh bertahan.

Tuesday, April 27, 2010

Ni gambar Chomm 3 bulan lepas (kot?).

Asalnya bakul tu diguna untuk dirty laundries, tapi atas ke-kretifan Tasneem Zulaikah, jadi barang mainan plak. Yang tak tahan tu, siap suruh Ibu join skali main serkup-serkup. Heheeee....





Wednesday, April 21, 2010

Update sasau

Baca-baca balik entry blog lama. Dah banyak gak aku nulis dari 2003 sampai skarang. Pejam celik dah 7 tahun aku berblog.

Bila baca balik, terkenang citer lama.
So, korang layan je lah update lamaku yg agak sasau segala nih.

Thursday, April 8, 2010

Ader aku kesah?

Lapar gila skang. Tapi badan memang dah tahap atromen lampu mreh berkelip. Selsema dah seminggu. Ilang kejap, pastu datang balik pagi esoknya. Konklusinya aku tak larat nak bawak keter keluar beli lunch. Tambahan plak arini kubawa sang kenari. Manual. Tak larat nak tekan clutch gear. (bukan merungut, aku syg kenari ku. more than persona).

Tak tergamak plak nak pesan kawan lain yg kuar utk belikan tapau. Tanak ganggu aktiviti derang.

Tasi rasa nak pesan jer Nandos Delivery. Tapi tak sampai ati sbb min order rm25. walhal aku sorang je yg makan. Baik duit tu wat beli barang anak.

Konklusinya tghari ni aku tak dapek nak lunch walaupun sekrang ni aku memang lapar gila2. fyi: pagi ni sarapan tau fu fa smalam aje.

other ppl will say...: Ader aku kesah ?

Monday, April 5, 2010

THE GIRL FROM TOMORROW. (in the making)

[caption id="attachment_105" align="aligncenter" width="751" caption="girlfromTomorrow"][/caption]

Sunday, April 4, 2010

Social Networks

Hari ni, thru a social networkk, saya jumpa kembali kawan lama yang dah lama tak dengar berita. Kawan sekolah zaman kecik2 dulu. 2 orang. Kalau dulu zaman sekolah kami tak senang bertegur sapa. Tapi melalui facebook, kata-kata yang terpapar di comment box menggambarkan seperti kami adalah sahabat akrab. Pelik kan ?

Sehingga kini, dah ramai rakan-rakan yang lost contact berjaya dijejaki melalui social network. Ada yang dah anak 3, ada yang kawen lagi, ada yang dah jadi selebriti, ada dah jadi pelukis terkenal, dan banyak lagi (hanya sebutkan perkara2 positif saja).

*** apsal ayat penyudah post blog ni rasa cam tergantung ?** mwhahaha... takde idea dah tu agaknye

Lapar perut

Blog mode: LAPAR

Minggu ni pembekal tetap sarapan berkursus pula. Secara langsung bekalan untuk sarapan & lunch takde.

Bila mode lapar ni, mulalah takleh concentrate kerja. Macam-macam jenis makanan terlintas kat kepala ni. Antaranya:

  • Nasi berlauk Ayam (kelate style)

  • Kek resepi rahahasia... (with fresh cream... lazatss!)

  • Satay haji samuri (yang dulunya agak sedap tapi kini hampeh)

  • Nasi ulam budu & sayur lemak

  • Eskrem cornetto

  • Chollek mallah (spesifik kelantan style)

  • kropok lekor/losong (ni kalau balik pantai timur aje)

  • Gulai kari telur ikan & nasi hangat (kecik2 dulu ni lah menu hidangan stiap tghari jumaat kat kampung)


haaa... laparnyer...!!

*ingat nak tepek gambar untuk entry di atas. Tapi tak jadi. Kang kalau disertai dengan gambar2 hidangan yang lazat berkenaan, lagi I takleh concentrate kerja.

Thursday, March 25, 2010

Dolu2 dlm sejarah

Bos 1:
Chinese lady. A lawyer sharing her office in her interior design company. I'm just daily basis contract worker yang hanya berkerja 2 minggu. So go figure.

Bos 2:
A lady. Aku tak banyak cakap ngan dia. mungkin sebab age gap yang agak jauh. Lagipun derang semua oversea grads. So aku rasa mcm tak brape boleh nak bermesra ngan derang. Lagipun dia suka sgt shopping even dalam waktu pejabat.

Bos 3: Ada 4 orang
Suspek 1:Seorang lelaki yang sangat berkaliber. Memegang jawatan tetap (heirer) dlm satu company yang agak well-known kat Malaysia nan indah ini. Kalau aku sebut bangunannya..sure korang tau saper. Soft spoken but stern.

Suspek 2:Seorang lelaki sejati (sbb kawen lebih dari sekali). Perut boroi & bersuara lantang. Perkataan makian & cacian tu adalah hidangan hari-hari walaupun sekadar gurauan. Pernah gaduh2 hempas pintu kat dia sbb sakit hati kena wat balik kerja yang spatutnya dia review 2 minggu sebelumnya sbb dia MIA (salah siapa tu ?!!). Suka masuk opis pakai sluar pendek (sampaikan ditegur oleh suspek 1). banyak memberi tunjuk ajar & pengalaman meng'handle' dunia corporat yang mencabar.

Suspek 3: One word saja untuk dia.. gentleman. Sangat charming. Kerja ada sedikit gelabah. Tapi baik hati. Anak2 dia ramai (sbb dia suka budak2).

Suspek 4: Soft spoken. Penyabar & baik hati. Tapi selalu kena buli ngan suspek 2.

Bos 4:
Tanak citer sini. Nanti aku dah pindah jabatan baru kita bukak citer dia. hahahaha....

Tuesday, March 23, 2010

Wawan rindu sama cucunya

last week, tak ingat hari apa, jam 11.45pm.

henpon berdering (dering ke hp?). kuar no henpon mama. hati dah berdebar, kot dpt berita tak best. Terus touch butang answer.

Mama: Hello,  assalamualaikum. Tasneem tido doh ko ?

Me: oo...w'salam. Tasneem tido doh ni. Ni duk tepek celoh tiok nih.

Mama: Ooo.. takpolah tido doh gak. Sajo jah talipong. Tanyo kabar cucu.

Me: (dlm ati...: tanyo kabar cucu jah ko ?) hmmm.. lamo doh tido. letih prektis jaley kat taska bokalih. Abah sehak ?

Mama: Abah sehak... ooo... takpo lah gitu gak. Nie.. cuti 1 Mei ni maghi ah Penang. Mama gi sano. Bulih tengok Tasneem.

Anum: (nyampuk dari jauh)..Tasneem bulih jaley doh kow?

Me: Tasneem bulih jaley gedek-gedek gitu ah. Tok stabil lagi. Tapi bulih laa tok jatuh doh.

Mama: Bowok lah maghi Penang. Bulih mandi kolam sano. Paka pelapong.

Me: Bulih ah. Tapi keno tanyo Usop dulu. Kot kalu dio takdok exam, bulih la. Muga time2 tu rasonyo musim perikso doh tu.

Mama: Takpo lah. Kalu Babah dio free gak, maghi lah. Mama Stiap awal buley gi Penang.

Me: Ok lah. Tengok ah guano. Meme nok gi pong sano. Tapi tok brapo nok dey maso nga pitih (sengih2..). Hmm.. dok pun, tunggu abih sem ni lah. Usop cuti akhir sem. Sene sket nok cuti gi sano.

Mama: Ok lah kalu gitu gak. Tasneem tido doh pun. Nati kirim saley lah ko Abey Usop tu. Assalamualaikum..

Me: Walaikumussalam..

Nampaknya Wawan Tasneem rindu sama cucu dia laa...
Tadi dah tulis kat notepad. Ada lar dlm 4 paragraphs. Tapi tak jadi paste sbb rasanya isu tu sensitip & melibatkan keselamatan beberapa pihak.

Nantilah ptg2 sket baru tulis lagi. Rasanya mood menulis telah kembali

Monday, March 22, 2010

hello blog.

sandar badan ker kerusi.. tangan kat blakang kepala... "hmm... ape nak tulis yer??"

taip...taip....delete..delete..delete....

sigh..... hmm.. kenapa takde idea nie...?

dulu cam sronok je stiap minggu update blog. tapi skarang ni rasa cam tak tau nak tulis ape. Life is still interesting. Tapi hmm... entah lah. Bukan malas nak tulis. tapi rasanya idea tak mencurah.

Sabar je lah.

Dah naik bosan tengok blog dgn isinya yang sama aje

Thursday, March 18, 2010

Milestone 15 months

Esok 19 Mac 2010, genap usia Tasneem 15 bulan (1 thn 3 bln).

Apa pencapaian terkini Tasneem?. Jom kita list:

  1. Sudah pandai berjalan (walaupun terkedek-kedek) tanpa perlu Ibu/Babah risau jatuh telentang.

  2. Dah pandai panjat cabinet TV

  3. Tarer turun katil kaki dahulu. Tapi tak larat angkat badan untuk naik katil sendiri.

  4. Sudah kenal lagu Lady Gaga. sambil turut menyanyi pelan2

  5. Pandai tekan/pulas segala butang/suis/dial yang dijumpai. Slalu switch off radio kereta bilamana lagu feveret Babah dia berkumandang.

  6. Pandai guna smartphone touchscreen

  7. Vocab setakat ini: Thanthik (cantik), Cat (kucing), Tish (fish), thudhuk (duduk), chuz (shoes), eat (makan), nak?nak? (offer makan kat Babah dia), bing (tido), sit (duduk), Tetoink (Ben10),  ajii (nak gi),

  8. Pantang sebut perkataan mandi. Terus wat aksi nak bukak butang baju & tolak2 pampers sambil menuju ke pintu bilik mandi.

  9. Pandai tunjuk reaksi bila menonton Pocoyo atau HiglyTown Heroes (tepuk tangan/wat muka suspen)

  10. Gigih berlatih melompat setempat

  11. Suka makan sendiri. Dengan pinggan sudu cawan sendiri punya. Takmau share

  12. Pandai korek hidung (dapat hasil plak tu)

  13. Dah training gosok gigi (tanpa ubat gigi)

  14. Pandai sebut "Dah" bila nak keluar dari tub mandi.

  15. Gigih prektis pakai seluar sendiri.

  16. Tak suka pakai kasut/selipar bila berjalan di luar rumah. Tapi kalau berjalan dlm umah, sebok plak nak pakai "chuzz" dia.

  17. Dah pandai tiru gaya babah sapu gell rambut.

  18. Suka makan tomato & buah plum atau epal masam


uh... banyak lagi. tapi tak ingat. nanti ingat daya sambung lagi.

Sunday, February 21, 2010

Cuti CNY

Kami bercuti seminggu. Macam2 terjadi sepanjang percutian seminggu kami yang memang tak dapat dilupakan..

Berikut adalah route perjalanan kami dari encil gugel:
perjalanan kami

Putrajaya - Beserah : 295 km

Beserah - Kota Bharu : 368 km

Kota Bharu - Seberang Jaya : 329 km

Seberang Jaya - Pantai Merdeka : 31.3 km

Pantai Merdeka - Seberang Jaya : 31.3 km

Seberang Jaya - Putrajaya : 371 km

Total Mileage: 1,425.6 km

Thursday, February 11, 2010

Aku rase cam nak bersukan balik. Ni mungkin sebab join aktiviti senam-senam budak2 opis. Bila dah kuar peluh, rasa cam semangat nak teruskan lagi. Tapi rasa cam segan lak sbb rasa badan cam dah tua. (hahaha...).

ishk... tringin nak amek balik TKD. sambung 1st Dan. Boleh kah ? Hmm... takleh bayang mak budak terkinje-kinje sparing ngan budak skolah.

Owh.. nak war-war kan, kami sekeluarga akan kelik kapong seminggu sempena cuti CNY. Dah lama tak kelik kapong. Tapi apsal dah rasa tak teruja seperti dulu yer?

Tadi dlm bilik miting, aku duduk sbelah bos. Tgh2 bosan2 pandang siling & meja, ternampak henpon bos. Wallauweh.. dah nak tercabut keypadnya tapi masih boleh berbakti kepada ownernya. Hmm... bayangkanlah kalau aku 9atau org lain) camana rasa. Sure dah mula meroyan-royan ngan laki/mak/tukang cop duit mintak beli enset baru.

bos punya

Wednesday, February 10, 2010

Mata yang memandang

Rasa nak luahkan sesuatu.

Tapi rasanya kalau luah kat sini pun, buang karan jer. Benda tu takde efek pun kat diri ni. Hahaha...

Tapi kan, hanya untuk peringatan diri sendiri...

Mata itu anugerah tuhan, ia bergantung pada kita untuk mentadbirnya dengan bijak.

Menjeling-menjeling... mata naik julin....

Tuesday, January 12, 2010

Banyak benda yang jadi since the last day saya post ker blog ni. Tapi rasa macam malas nak tulis panjang-panjang. Otak dah mula terasa penat walaupun spanjang hari tak banyak sangat kerja. Mungkin sebab urat putus bersalin kot. Haha..

Aku summerized aje lah yer...

  • Sistem di opis ni ada sudah bengong sikit sehingga menyebabkan ada kuar cerita kat paper.

  • Kisah kena hentam ngan users tu dah jadi biasa. Tapi kami nak wat camana... bukan boleh baiki sekelip mata. Sabar je lah

  • Unit kami dah ada tempat lepak/gossip cik kiah

  • Babah dah start kelas

  • Kami sekeluarga tak sihat. Si suami demam selsema, suaraku bertukar serak, tasneem diserang gatal-gatal. Aiseh..

  • Tasneem dah pandai nyanyi

  • Operasi mencari kediaman sendiri masih diteruskan secara perlahan-lahan

  • Subscribed to P1W1max. Tapi selepas seminggu, terus menda tu buat hal. Takde connection pulak. Sangat marah sekarang ni!

  • Tasneem menambah koleksi Zoonya...

  • Tasneem buat pertama kali mengamuk di Hypermarket. Kes nak bawak balik tricycle.


Bila baca balik, semua yg listed di atas nampaknya tak menarik. Rasa macam idup aku ni mendem jer. Owh.. tak kaisah lah!