Tuesday, December 29, 2009

Berurusey nga TM

Post kali ini akan ditulis dalam loghat kelate & inggeris sahaja.

Payoh la nok beruruse denga TM. Banyok krenoh!

Gini la nok cerito.. ambo key baru jah  pindoh rumoh. So hajat di hati nok mitok la line streamyx huk baghu memandangkan streamyx lonih cukup doh kontrek 2 tahun & didaftarkan bawoh namo bonda ambo.

Mulo2 ambo gi streamyx Cyberjaya. Nok gi terminate/daftar nombor tepon baru & terminate/daftar streamyx baru. Gi la ambo ni panah cheng..cheng tengoh hari buto. Nunggu que nok dekat 1jam jugok. Bilo turn ambo.. ore kat kaunter tu kato nok keno ore huk namo berdaftar untuk streamyx tu sendiri huk keno maghi terminate ngan bui salinan ic dio skali. Sak goba la ambo.. mugo mok ambo duk kapong kelate nuh!

Pah gak, keno la ambo talipong nga explen sgalo kisoh cerito berkenae mugo nok terminate streamyx tuh. buih mulut ambo duk eksplen nok bui mok ambo pehe, nok mitok tolong gi TM KB isi borey terminate akaun streamyx. Pah sudoh mok ambo pehe ala kadar, esoknyo gi la mok ambo ko streamyx KB nok isi borey terminate. Pahnyo skali lagi ambo keno eksplen ko ore telekom tu kut talipon pasal bakpo mok ambo gi sano. (eeeiii.. payoh pehe la ore Tm tuh!!).

Sudoh mok ambo isi borey, ore kaunter tu kato tokleh terminate slaluh sebab tarikh tamat kontrek 2 tahun adalah pado 27 /12. Ore kaunter tu kato .. "Takpolah, ambo KIV dulu borey kak nih. Nati 27 hari buley ambo submit la ko sistem". Pahtu mok ambo kiro abih doh la tugas dio. Mok suruh ambo follow up sendiri ngan TM Kb. Takpolah... ambo tunggu lah.

27/12... ambo talipong TM, nok cek streamyx tu idup lagi ko dop. Kejut la ambo... mugo streamyx tuh idup lagi. Haish... masuk daley bill la ni nanti. Bengong laaa....!!

Ambo mitok mok ambo cek nga TM. Rupo2nyo.. bore terminate tu tok submit lagi. Pegawai tu pulok cuti. Ore situ kato.. takpo. Nanti ore tu masuk esok, dio submitlah bore tu.

28/12.. ambo tepon lagi cek. Streamyx tu hidup lagi. Ambo pikir.. tkapolah.. mungkin ambik maso sikit kot nok terminate.

30/12.. ambo tepon lagi cek. Akaun streamyx tu idup lagi !! Ishkk.. ambo gerey... pahgak terus cari nombor telepon TMKB.

No huk TM Call Center bui : 7415958 .............. takdop ore jawak

Ambo gugel nombor pulok. bulih huk ni: 7449191 ....... ado ore jawak. Tapi dio suruh talipon kedai telekom pulok.

7415958 .......... tok jawak. dail kali keduo... lasung enggaged.

Ambo talipong balik 7449191... 2 kali dail nombor baru buleh. Ambo mitok nombor lain.

Dio bui huk nih pulok: 7415960 ... huk ni baru jawak.

Dey bulih kecek, ambo keno eksplen smula segalo kejadiey dari A sapa Z. Sero srupo nok buih mulut ambo. Letih toksoh katolah. Letih kecek.

Ore tu kato, nati dio uruskey. Dalam 24 jam tindakan akan diambil. Ambo mitok dio buak cepat sikit mugo ambo kato ambo nok ambik package promosi combo streamyx huk akan berakhir hari ni. Dio mitok nombor mok ambo pulok sebab nok confirm smula ngan mok ambo sbagai penamo akaun. Ambo bui la nombor mok ambo. Ikut dio lah nok wak guano. Tapi kalu petey kakre line streamyx tu idup lagi, ambo tok tahu la nok wak guano doh. Buak abih tey doh nih!

Monday, December 28, 2009

Semangat kejiranan ?

dah lebih 2 minggu kami duk kuarters baru. Tapi sorang jiran pun takde yang sempat kami tegur lagi. yang sebok menegur kami hanyalah bibik-bibik yang sebok melepak dikala petang atau awal pagi selepas majikan keluar bekerja.

Hairan yer... hmm.. tapi entah lah. Mungkin kami masih baru dan tak sempat nak tunggu jiran-jiran di depan porch umah semata-mata untuk berkenalan dengan jiran-jiran sekitar. Even sehingga kini kami masih lagi tak tahu nama jiran umah sebelah kami. Yang kami tau mereka punya anak 3 orang & salah sorangnnya perempuan yang on the very first day nampak saya berbual dengan maid dia... tiba-tibe disebutnya perkataan "ROGOL" di depan saya. Astaga... (tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak).

Mungkin budaya sekarang yang mana komunikasi antara jiran tetangga semakin berkurangan dan takut pula dikatakan menjaga tepi kain orang pulak. Tak kuasa saya nak jaga tepi kain sesiapa, tapi at least kita kena tau jugak nama jiran2 sekeliling. Mungkin ada kecemasan yang memerlukan bantuan jiran suatu hari nanti.

Masa duduk apartment tu macam tu jugak, Jiran sebelah menyebelah tak kenal pun nama. Kami hanya senyum bila dalam keadaan terpaksa seperti bila bertembung di dalam lift atau kebetulan sama-sama di depan pintu rumah. tapi at least kami masih senyum sesama jiran. Tapi bila stay teres ni, batang hidung tuan rumah pun susah nak nampak.

Sunday, December 27, 2009

Trilogy sengkuang kuning

Sendiri buat, sendiri tanggung, sendiri mau ingat !

Dah tau takleh makan jeruk kuning, pi makan jugak pasai pa ?! Kan dah semput !

Tapi sebab benda tu sedap la takleh tahan. Nak jugak merasa walau sekeping. Masa mula-mula giget tu memang kecur air liur. Bila dah masuk 3rd bite, kerongkong mula rasa nak berdehem. Esofagus rasa seakan menyempit.

Rasa panik seketika. Risau takut kena pi klinik. Tak nak tragedi kurma kotak berulang.

Air diminum hampir stengah tupperware. Tekak rasa sedikit lega & sejurusnya rasa tekak mula berkahak.

Lega....... no need for immediate medication. Lagipun stok ubat dah lama takder.

TAPI .... sengkuang tu memang sedap ! hehehe...

Monday, December 21, 2009

Pupus

Sejak dua menjak ni, level ke-stress-an aku boleh dikira zero. Takde stress langsung. (kecuali time malam tu sayang lambat bukak pintu umah tgh malam buta). Tau nape?.................. Sebab spanjang 2 minggu, makhluk yang suka stress-kan saya takder.

Walaupun banyak kerja/tugasan yang diterima sepanjang peralihanSystem, ia langsung takde buat saya stress.

Sib baik macam tu. Kalau dia ada, maunya tunggang tebalik dibuatnya dek orang tu semua staff unit ni.

Saya malas nak sebut or ngungkit siapakah gerangan orang tu dalam blog ni. nanti kang dia google nama, terus jumpa. Habes mampos. Mwahahahaha.... tapi kalau dia tau pun... ADA AKU KESAH ???

Sepposedly orang tu masuk kerja minggu ni. Tapi tak masuk-masuk gak. Dah pupus kah ?

Sunday, December 20, 2009

Finale pindah opis

Spatut on Awal Muharam adalah public holiday. Tapi Ibu kerna bekerja demi agama banglasa dan negara. Opis Ibu tengah wat perpindahan sistem. Ibu kena kerja malam saaaaammmpai ke pagi. Terpaksalah tinggalkan Chomm ngan Babah kat umah. Sian dua-dua...

Meh Ibu share gambar-gambar kat server room vendor pada pukul 11 malam & gambar kat data centre opis Ibu pada jam 6.30pagi:

[gallery link="file" columns="4"]

Tapi Ibu tidak le kerja non-stop sampai ke pagi. Sempat gak balik umah untuk tido skejap.

Ps: Babah lambat bukak pintu menyebabkan ibu takleh masuk umah pada jam 12.45tgh malam. Seriuos takot!!

Happy Birthday Chomm..!!

19 Disember 2009, hari lahir Chomm. Chomm genap 1 tahun. Alhamdulillah....

Plan awal nak wat sedikit sambutan dgn jemputan kawan rapat Babah. Tapi dikansel sebab semua ada hal & Ibu & Babah rasa macam penat lagi dari peristiwa pindah umah.

Ibu & Babah tak beli pun kek b'day untuk Chomm. Tapi angah chomm suh beli gak utk tangkap gambar saje2. Smalam(20 Dis 09), Babah gigih drive dari satu bakery..ker satu bakery untj cari kek b'day Chomm. Tapi to malangnye, Babah tak jumpa kek yang menepati citarasa Babah (kek perisa vanilla, kecil & nampak sedap). Huish.. susah btul org cerewet makanan nih. Perangai ni menurun sikit-sikit kat Chomm dah. Haha..silnya, takder lah kek b'day utk Chomm.

Takpe lah, walaupun takder kek b'day utk chomm kali ni, harapnye tahun depan boleh la Ibu & Babah wat party b;day Chomm besar-besaran sikit. Lagipun pada pendapat Ibu, kalau beli kek besar & tak menepati citarasa Babah, at the end, Ibu jugak yg nak kena perabes. Tambah lagi lemak kat bontot Ibu yang dah sedia berlemak tepu nih. Ngehehe...

Bersempena Chomm hit the BIG 1, meh kita jamu mata gambar Chomm bershopping ngan Babah kat Giant. :D

[gallery link="file" columns="4"]

Peristiwa pindah opis

Bilik bersepah


Belum sempat bercerita kejadian pindah opis. Malas nak cerita sbb mmg takde ape yg menarik untuk dikongsi. Cuma saja nak paste gambar opis lama buat kenang-kenangan.
Dapat call dari bank. Nak offer personal loan.

Maaflah, buat masa skarang tak minat nak tambah utang. Utang yg ada skarang pun tak cukup pitih nak bayo.

Lainlah kalau korang offer pitih 20-30K for FREEEEEEE... mwahahah...

Tuesday, December 15, 2009

TakdeTajuk

Kami (sekeluarga/seofis) sudah officially pindah ke tempat baru.

Office sudah pindah saiber. Umah sudah pindah ker teres.

Tapi umah baru masih belum dibuka kepada kengkawan untuk datang melawat. Still masih keadaan macam kapal pecah. But.... malam sabtu ni a few people will be invited for chicken wings bbQ sempena b'day Tasneem. Huaaa.. berpeluh ketiak la pakcik2 Tasneem bakar ayam blakang umah nanti sambil ditemani nyamuk sawit. ngehehe...

Lagi 3 hari Tasneem nak masuk 1 tahun. Uish.. cepatnya chomm membesar :D

Macam best

Please la korang. Aku malas nak dengar korang membanding-bandingkan macam2 benda as if korang tu best sangat. Ada aku kesah ? Malas nak cakap banyak dah.

Peringatan ini ditujukan kepada 1Malaysia dan kepada diri sendiri

Monday, November 30, 2009

Attitude pekerja gomen. Dari kaca mata pekerja gomen jugak

Dear PTD di BPH, JPM. Hari ini, 1 December 2009, Staff anda enggan angkat tepon. Saya telah di put on-hold for hampir 15 minit & finally kena cut off.

When called again, terus mesin jawab katanya masuk time lunch, so takde orang available untuk jawab tepon. Tapi jam baru kul 12.10 tghari.

Saya sangat kecewa dengan attitude kamu semua.

Ni la penyebab public duk kata staff gomen SEMUA PEMALAS. Tapi saya pun gomen gak. Camano tu ?

P/s: smalam (30 Nov 09)  saya called BPH spanjang hari pun takde orang angkat jugak. Adoyaii..

 



_________________________________________________

Pas lunch, saya call lagi BPH. Call disambut oleh sorang staff pompuan & kemudian disuruh plak call en xxxx untuk terus tanyer dairek.

Setelah borak beberapa saat, en xxxx membenarkan saya amek kunci umah petang ini. En xxxx telah meminta maap kerana tepon sebelum ini tiada jawapan kerana pada hari ini BPH kekurangan staff.

Oklah... at least kunci umah den dah boleh pi amek hari ni jugak.

Tuesday, November 24, 2009

BELIAU SUDAH PINDAH blog

PENULIS BLOG INI SUDAH TAMAU NULIS KAT BLOGSPOT. BELIAU SUDAH PINDAH KER WORDPRESS.

URL BLOG BELIAU MASIH LAGI SAMA TETAPI VERSIONING SUDAH TUKAR.

SILA KLIK SINI UNTUK KE BLOG BARU BELIAU

Bergalok vs Anak

Rasa jeles bila tengok gambar kawan-kawan sebaya masih lagi sempat bergalok tat kala umur dah masuk anak dua. Tapi depa yang bergalok ni adalah masih single atau tadak rezeki anak lagi. Bila tengok gambar2 berikut, timbul rasa jeles. Tapi for sure walau di ajak untuk join sama bergalok, harus pelawaan ditolak dengan baik & sambil beralasan anak kat umah susah nak tinggal.

After a few jemputan bergalok from frens ditolak beberapa kali, agaknya the bergalok frens dah malas nak ajak & terus be out of thier list of invitation.

Saya rasa tak kisah. Tak rasa terkilan sangat. Tapi bukan 'tak heran'. Memang masih lagi ada rasa nak hangout sama kawan-kawan & sama-sama bergalok. Tapi tanggungjawab kepada anak kecil amanah Allah lebih berat berbanding yang lain. Lagipun, rasa gembira bila bersama anak sendiri walaupun memenatkan bila si anak buat pe'el. Bila end of the day, si anak dah sound asleep, baru boleh rebahkan badan & tidur ayam.

So kepada kawan-kawan yang masih lagi mampu bergalok. Teruskan bergalok. Dah ada anak nanti, silalah kurangkan aktiviti berkenaan kerana anak lebih penting dari bergalok. Melainkan kprang nak wat aktiviti bergalok ala family day. Time tu jangan lupa jemput kami yang dah ada anak2 ni yer...

GPs sampai ke reban

Note to myself.... Jangan sekali-kali berpandu arah menggunakan GPS semata-mata.

Memanglah benda alah tu boleh tolong kita sampai ke destinasi yang di ingini. Tapi masalahnya, jarak perjalanan atau route yang GPS ni suggest tu yang dipertikaikan.

Tadi nak gi Salak Tinggi. OK lah, GPS ni tunjuk jalan guna highway. ..

Dah selesai urusan kat sana, kita pun nak balik lah. Tapi tangna ni gatai gak gi ON kan GPS tuh. Nak kuar commercial centre tu pun pakai GPS. Sangat la poyo nye...

Confident elephant je duk follow route GPS nih.

Dah tu, sedar2.. dah masuk kampung orang dah. Kampung Jenderam, dengkil, blakang umah orang, tepi kandang/reban etc... Nguaaaaaaa.... tadi mana ada lalu sini!!

Jalan plak berbukit-bukit, sempit, simpang-siur. Adeh laa... dah la drive sensorang. Sib baik siang hari. Kalau malam, harus nangis tepon laki suh datang escort balik sama-sama.

Lama gak drive ikut route GPS nih. Spanjang perjalanan duk menyumpah benda alah GPS nih. Hantu betul!

Kuar dari kampung, bleh plak salah simpang (salah sendiri tamau ikut GPS dah) pi masuk pinggiran putra. Tambah lagi 10km kena drive. Lagi sumpah2 maki dlm hati !

[gallery link="file"]

Pusing2 last2 jumpa gak jalan balik opis. Fuh.. lega.Dah tu terus off benda GPS tu. Dah tamau dah dgr route  instruction dia. Rasa sangat siot.

Sblm gi balik opis, singgah b.p.hesh. Submit borang umah & berharap bleh dpt kunci. Tapi frust sbb kunci takleh amek lagi sbb umah masih dalam pembaikan. Dah dikatanya saya tak baca surat offer bebetul. Nanti org opis tu sendiri akan tepon utk serah kunci. Hm... tunggu lagik. Nampaknya harapan nak wat 1st Birthday Bash Tasneem kat umah baru tak kesampaian kot. Ai sey mennn.....

Friday, November 20, 2009

I'm really mooving out

Ive made up my mind. I will moooooving out. Both off my current flat and off my current blog to both a new and better place(s).

I will not point out my newblog in the old blog. But... i've left a simple clue in there so that they can do the search on their own free time (if they still interested to read my 'bebel').

Errmm...i'm still new to this wordpress environment. Need to do some trial n arror first. Sabar yer....

Thursday, November 19, 2009

A new space for me to bebel

Since maybe by December, we are moving out to a new home. Why not i move my blog too ?

Have already 'chop!' a new space in the cyber world. Ada letak poll kat sana for my readers to vote.

Kalau tuan bijak bestasri,
Silalah cari tapak baru blog ini.

hehe...

Wednesday, November 18, 2009

Booking nama di wordpress

Perasaan rasa nak pindah blog. Tapi malas nak start tulis lagi. Masih selesa dengan blogspot. huhu..

Hmm.. pening ah dashboard wordpress ni.

OK. Jom vote. (sape nak vote ?)

[polldaddy poll=2278321]

Tuesday, November 17, 2009

We are moooooooving soooonnnnn....!

Smalam org bph called. Derang offer nak bagi duk kuarters teres plak.

Huhu.. tgh smangat2 nak cari kediaman milik sendiri, offer gini plak mai. So, mission mencari kediaman milik sendiri kena slow down sket.

Kami berkeputusan nak pindah ker teres tu dulu. & untuk sementara, buat saving kat bank sama anggapan seperti kami bayar loan umah bulan-bulan. nak tengok dulu camana tahap kesabaran kami. Yes, abah sblm ni ada ckp kalau anak2 dia perlu bantuan kewangan sprti pasal nak beli umah ker keter ker.. boleh je nak tolong. tapi biarlah dulu. kalau boleh kami nak dari usaha kami sendiri. Just nanti, when the time comes bila perlu pertolongan abah, at least kami dah ada sedikit modal & abah just top-up sikit je.. hehehe.... (ada hati nak jugak tu....!!)

Tadi gi tengok umah. Kat presint 11. Keadaan umah mmg dah diduga. Agak tak terurus dan kotor. Tapi kami dah nampak tong2 cat. tu tandanya umah tu contractor dah masuk utk proses pembaik pulih. So oklah... at least pasni Tasneem dah tak kena ujan masa nak masuk keter pegi & balik taska.

Pikir2 pasal pindah ni,... ada banyak la benda nak kena setelkan dulu. Huhu.. kalau boleh malas nak pikir sbb tau nanti sure penat gilo. Huhuhuhu.... kan best kalau ada doremon. Nak pinjam pintu suka hati. nanti pindah takyah sewa lori dah. Mwahahahaha.....

Perlu ker tambah loan asb ?

Tadi mama bagitau my sis buat loan asb 100K. Payment bulan2 utk 1st year kena rm600 ( 600 x 12 = 7200) . After that, utk 2nd year, dah takyah bayor sbb guna untung dividen tu wat pusing bayar bulan2 balik. Stiap tahun divident dianggar boleh dpt rm17K. Hmm.... $$$$ kaaaching!!

Ingat nak la tambah loan asb yang dah ada ni. Skang dah tahun ke 5, kalau tambah lagi loan..mungkin amek lagi 30K. agak2 bape yer divident sbulan ?

Tapi tadi, belek2 info kat tenet pasal ni, sbenarnya my sis kerugian rm70K. sbb.... pinjaman balik kpd bank nanti akan berjumlah 170k. Banyak tu..!!
please refer here (blog pakDi)

Tapi stiap bulan, my sis akan punyai duit lebih kalau memerlukan duit kot nak wat ape2 yg penting.

Huhuhu.. nak tambah loan ker tak eh ? hati ni berbelah bagi....
hmm... memang best kalau boleh nampak duit masyuk stiap tahun. tapi kot nanti nak wat loan umah ker hape.. kena cek kat CITOS, takut tak lepas plak loan umah tu...

Tapi.. kalau nak harapkan disiplin simpanan rm600 sbulan. Sure takkan boleh disiplin punyer...

Sunday, November 15, 2009

Mana mau duduk nanti ?

last two weeks. Kami sekeluarga jalan2 ke Jusco Equine. Rewang2 tanpa arah tuju. Saja cuci-cuci mata tengok lenglui & lengchai. Masuk pi tengok model rumah kat Saujana Impian Kajang. Promoter tu beria cerita keluasan rumah, brape bilik bla..bla.. lastly, kami bincang harga rumah. Gedebuk-gedebak, nilainya rm400K plus..plussss.....

Kami terfikir. Sampai bila nak duduk kuarters? Sampai pencen & then gomen akan kicked us out & its for balik kampung. Nak tumpang rumah saudara ke? Duit pencen cukup ke nak beli rumah ? Padan ke dgn baki umur yg masih bersisa? Kami fikir hingga ke malam... so the next day, kami google a few housing project. Targetting around shah alam & putra heights. Hmm.. harga boleh tahan mahal. Hadoyai...

Smalam kami jalan2 ke Shah Alam U12. Ada unit 2storey teres yang developernya offer 30K rebate. Kami sangat berminat, tapi promosinya sebulan je & akan berakhir jam 6 petang hari ni (ahad) !! Hmm.. mana dan nak cekau pitih down payment ? Kami rasa sangat frust.

Ahad pagi2, saya dah google a few sites around Bangi. Ada yang kami mampu, tapi sayang fikir agak jauh sebab letaknya hampir dengan Nilai. Agak jauh bagi sayang la, tapi bagi saya, ok je. Tapi takpe, kami pi jalan2 lagi. On theway kami nak pi Shah Alam (scouting rumah lagi), kami jumpa satu simpang di celah2 kampung area dengkil. Hmm.. jom ah Babah. Kami reverse keta sikit (sbb agak terlepas simpangnya at that time), then kami without hassitation, follow je jalan yang berdebu tu (cheh..mcm lirik lagu plak). Pastu sampai la kami ke Nusaputra.

Kami pi masuk showroom nya. Kawasannya luas tapi hanya baru ada 2 fasa. lebihnya adalah future plan. The salesguy there bawa kami pi tengok rumah contoh (tapi dah ada owner). Very the spaciouse I tell you. Saya sangat2 teruja. 4 bilik tidur yg sangat luas. Kitchen pun boleh letak meja makan 6 orang. Hall yang memang luas giler. Gate boleh masuk 2 keter skali gus. Sliding door pun ada 4 pintu. Bestnye !! Ehem... harga pun best gak. huhu...

Tapi skrang ni, semua unit yang siap dah sold out. So the sales guy cakap kami kena tunggu lagi 3 row nak launch ujung tahun ni. Hmm.. time ni saya dah angan2 dah nak beli umah kat sini. (Nanti lagi 3 bulan kita tengok saya beli ker tak ? haha...). Babah dah register nama kat site officenye. So that nanti derang boleh call aje bila nak bukak untuk jualan.

Pas kuar dari situ, kami stret pi BUkit Rimau (mcm citer kungfu - Tiger Mountain). Sana semua rumah besar2. Ambo tak mampu lagik. Begitu juga dengan Kota Kemuning (which is terlalu jauh for me).

Sebelum balik putrajyaa, kami singgah Pok Li (rutin biasa bila pi Shah Alam). Lepas lunch, kami pi PKNS, tgk pameran hartanah PKNS. Hmm.. harga perumahan Shah Alam ni mahal2 jugak yer..

Hasil ? Hmm... a few housing pamplets untuk Tasneem 'study'.

Kita tengoklah macam mana kesudahan pencarian kediaman kami ni nanti...

Monday, November 2, 2009

Kelate Animal Planet

Tadi baca forum (haa..kantoi tak wat keje!)

Kawe suko ko'o (gelak terkekek-kekek) bila baca satu thread ni yang membincangkan nama binatang di kelantan. Contohnya...

Bokbong
Pok Ko Angguk = Sesumpah
Ghiyyeay = Biawak yang besar giler
Rriey = reriang
Tuyup = pepatung
Pighah = kutu yg isap darah
Mmugo
Bendo
Kessing
Keluluk

dan banyak lagi aku tak ingat (nanti ingat update lagi)

Biasenya ayat yang biasa digunapakai untuk natey2 di atas seperti berikut:
Bokbong : Weih... tido la cepak, bokbong ambik keay.. (diucapkan untuk takut2kan budak2 kecik)
Pok Ko Angguk : "Mung ni duk anggguk jah yak takdih. srupo pokko angguk doh aku tengok" .
Mmugo : "Gi lah mek jaley2 daley gelap tuh, ambik mmugo baru tahu! " (makhluk yang tidak diketahui)
Bendo : "Pisey ambo tok jadi la tahun ni. Banyok keno kekoh ko mugo" (binatang yang tidak dapat dikenalpasti)

Huhu... nanti nak ajar Tasneem nama binatang dlm bahasa kelate lah. Biar multilingual. :D

Thursday, October 29, 2009

Latest pix Tasneem 10Bulan

Dah lama tak tepek gambar chummil.

Nah..!! Amek...!!

Ni Tasneem pakai shell turtle puzzel yg Ibu beli kat kedai 2 ringgit. Nampak macam pakai safety helmet jer. Huhu.. ada tanda-tanda nak jadik engineer ni agaknye. Amin.....

Tuesday, October 27, 2009

Shaklee Nutriferon Granule. Tasneem sihat sentiasa

Baca blog kawan. Anok jatey (bukan bahasa kasar yer.. lorat kelate..) dia asyik batuk2 & selsema sampai lendir dah masuk paru2. Hmm.. tetiba teringat Tasneem 3 bulan lepas. Macam tu jugak keadaannye, tapi paru2 takde kena efek ape-ape. Alhamdulillah, berkat usaha Aki dia, Tasneem sihat dah selama 2 bulan. Takder demam, takder batuk, takder selsema. Cuma pagi kalau baru bangun tu jer bersin sikit2 ala2 manja, tapi takder hingus.

Nak tau aper Aki Tasneem dah buat ?

Aki Tasneem ni adalah pengguna tegar produk Shaklee. Yup, tau.. produk Shaklee agak mahal kalau nak banding ngan produk2 di local farmasi. Tapi memang nampak keberkesanan segala supplement dia. Dulu aku tak percaya sgt ngan Shaklee nieh, walaupun bukti dah nyata depan mata... kedua mertua aku masih lagi bertenaga berniaga makanan walaupun dah masuk golden age.

Masa Ibu Tasneem gi kerja itu hari, kebetulan Aki Tasneem ada kat Putrajaya. Aki Tasneem sudah taruk Shaklee Nutriferon dalam susu Tasneem, pasal time tu Tasneem selsema teruk. Lepas aje minum susu ade Nutriferon tu, habis la segala lendir hingus keluar dari hidung (tu yg Aki Tasneem citer la.. Ibu Tasneem gi keje time tu).

Lepas Tasneem bangun dari tido, tanda2 selsema (hingus, bersin) terus takder. Langsung takder dah. Saaaaammmpaaaiii la ker hari ni, Tasneem belum demam, tiada batuk & tiada selesema.

Tiba-tiba rasa benda alah Shaklee ni macam magic plak. Huhu...nak kena beli buat stok ni. Tapi benda tu mahal laa....

ps: Aku pernah (dipaksa) makan susu protein shaklee masa ngandung. Rasa mcm kacang tumbuk campur air. Hmm... camana ni ? Tu pun dah pelik, mcm mana nak amalkan supplement shaklee stiap hari. Tinggi betul angan2 aku.

Monday, October 26, 2009

Ampun

Skali lagi penulisan saya diblog ni dah buat orang lain makan hati.

Haiyyooo.. ammaa....appaaa..... ape ni ? Jangan lah gitu. Itu cuma pendapat saya je. Saya tak aim sesape pun. Saya suka blog hopping. Baca kisah hidup, pengalaman, ilmu dll dari org lain (blogger). Banyak cara org nulis blog ni. So tak perlu la beremosi.

Kalau kerana ini membuat seseorang terasa, saya mintak maaf la. Saya takde niat nak kutuk sesiapa.

Ishk... susah la nak layan angin semua orang ni. Kalau gitu, baik saya duduk diam2 & takyah bersuara.

Ampun dan maaf dipinta......

Ni kali yang ke-berapantahtaktahu dah seseorang terasa dgn penulisan saya. Kalau la saya ni blogger yg ala2 RPK tu, mampos dah kena ISA. Hahaha...

Sunday, October 25, 2009

Apartment for Rent at Tropicana, Petaling Jaya

BAYU PUTERI APARTMENT, TROPICANA

Availability: Can move in starting 1st Dec 2009
Property Type: Apartment
Built-Up: 850 Square Feet
Rental Price: RM900
Bedrooms: 3
Bathrooms: 2
Situated: Intermediate Unit
Furnishing: Wet Kitchen & Aircond in main hall

Facilities: Barbecue Area, Cafeteria, Covered Parking, Gymnasium, Mini Market, Nursery, Playground, Salon, Sauna, Swimming Pool, Wading Pool, Tennis Court, 24hr Security, Laundry Service, Mamak Restaurant, Hair Salon
- Clean and quiet environment.

Location: Near to Menara Luxor, Aman Suria, SunwayMas, Dataran Prima, Kota Damansara, One Utama, The Curve, Ikea, Ikano Power Centre, Tesco, Kelana Jaya LRT, SS2, Uptown, etc. Easy access to LDP & NKVE.
- Easy transportation, bus & taxis available in front of guard house at all times

Please email to : foxnike@gmail.com

Saturday, October 24, 2009

29 Sept 2003. Tarikh tak berapa keramat

Duk belek2 blog lama, tetiba nampak tarikh kali pertama aku post blog aku. 29 Sept 2003. Pergh... dah nak masuk 6 tahun (lagi 5 hari) aku bergelar blogger. Kalau budak skolah, dah nak grad tadika/taski/pasti.

Hanya gambar hiasan. Gambar konvo Taski diri sendiri kat kampung

Kiranya dlm 6 tahun blog aku wujud, dah banyak cerita kisah hidup aku yang terkumpul. Bila dibaca balik, kadang2 aku pun tak berapa nak faham. Hahaha....

Kenapa saya tak upade blog setiap hari


Perlu ke saya post blog setiap hari. Perluker saya post blog semata-mata nak cerita pasal saya baru beli itu, saya baru shopping kat sinun ? Jawapannye... TIDAK.

Saya post blog ikut mood. Kalau ada mood tapi takde crite, saya tepeklah gambar2. A simple picture boleh cerita banyak story.
Setakat ni saya dah rasa macam malas nak post blog. Lagi pun kalau ada sesiapa (ada ke?) yang nak sgt baca blog saya, boleh belek2 cerita-cerita lama saya kat belakang-belakang tu. Atau kalau rajin lagi, boleh try tengok kat 2 lagi blog lama saya. Saya dah berblog sejak 2003 kalau tak silap, so kira agak banyak jugaklah cerita2 karut yg boleh dibaca. So jangan bising la kalau saya dah lama tak update blog.

Tujuan daya create blog hanyalah sebagai tempat untuk saya luahkan ape2 aje yg ada dlm kepala otak atau ape yang terbuku di hati aje(ni kes makan hati laa..). Saya tak suka post blog setiap hari. Sebabnya setiap hari, rutin saya sama je, pegi keje balik keje, jaga anak. So tak perlu lah saya nak cerita benda yang sama setiap hari. Saya hanya akan post blog bila ada sesuatu kisah atau issue yang saya rasa saya nak share dgn other ppl aje. Tapi bukan nak share ape yang saya beli masa shopping pagi tadi (haa.. dah start mengarut dah...).

Dulu2 ada gak niat nak buat aktiviti tulis blog ni macam tulis diari tetiap hari. Tapi pada pendapat saya diari hanyalah untuk tatapan personal sahaja. So saya rasa baik tak payah. Takkan nak cerita semua benda kat orang kan ?

Thursday, October 15, 2009

PAPADOMing with pink eyes

Skarang ni, sesi menaip blog sedang dilakukan dengan mata kiri yang tertutup rapat & mata kanan yang bukak sikit2 untuk intai2 huruf2 kat keyboard je. Jarang2 jeling ke skrin & takleh lama2 sbb terlampau silau.

Tadi lepas balik dari hospital, Babah ambil peluang gi tgk wayang memandangkan Tasneem dah dihantar ke taska. Kalau diikutkan hati, memang aku tanak sbb mata perit tgk skrin. Tapi sbb Sayang insist jugak alasannya dah lama tak tgk wayang, so ikut aje lah. Berbekalkan spek itam yang baru dibeli di giant kota damansara (spek itam rm19.90), ikut jugakla bini yang sakit mata kronik ni masuk panggung. At first tengok citer ni pakai spek itam, tapi lama2 rasa sakit kat telinga sbb spek murah ni punya batang menekan-nekan blakang telinga ku. So, extra half of the movie, tgk without spek itam. Mata ni terit-perit menahan silau. Bila tak tahan, tengok ngan sebelah mata jelah. Walau pun tak selesa, jalan cerita tu yang best buat rasa enjoy & kadang kala tergelak sampai terlupa yang kami ni sakit mata (ya.. Babah juga dijangkiti pink eye, tapi tak kroni, so dia pun MC seminggu, tu pasal bleh gi tgk wayang berdating)

We watched PAPADOM. Its a great story which is sangat sesuai untuk bapak-bapak di luar sana. Memaparkan bagaimana sorang bapak sanggup buat apa saja untuk melindungi anaknya yang innocent & nieve.

Malas nak tulis review lebih2 pasal citer nih, better you guys gi tengok sendiri citer ni lagi bagus. Lagi ada untuk bagi itu Afdlin Shauki & geng. Hahaha....

My Pink Eye + 2 weeks MC

Conjunctivitis is an inflammation or infection of the conjunctiva, the thin transparent layer of tissue that lines the inner surface of the eyelid and covers the white part of the eye. Conjunctivitis, often called “pink eye,” is a common eye disease, especially in children. It may affect one or both eyes. Some forms of conjunctivitis can be highly contagious and easily spread in schools and at home. While conjunctivitis is usually a minor eye infection, sometimes it can develop into a more serious problem.

Conjunctivitis may be caused by a viral or bacterial infection. It can also occur due to an allergic reaction to irritants in the air like pollen and smoke, chlorine in swimming pools, and ingredients in cosmetics or other products that come in contact with the eyes. Sexually transmitted diseases like Chlamydia and gonorrhea are less common causes of conjunctivitis.

People with conjunctivitis may experience the following symptoms:

  • A gritty feeling in one or both eyes
  • Itching or burning sensation in one or both eyes
  • Excessive tearing
  • Discharge coming from one or both eyes
  • Swollen eyelids
  • Pink discoloration to the whites of one or both eyes
  • Increased sensitivity to light
What causes conjunctivitis?

Allergic Conjunctivitis

  • Allergic Conjunctivitis occurs more commonly among people who already have seasonal allergies. At some point they come into contact with a substance that triggers an allergic reaction in their eyes.

  • Giant Papillary Conjunctivitis is a type of allergic conjunctivitis caused by the chronic presence of a foreign body in the eye. This condition occurs predominantly with people who wear hard or rigid contact lenses, wear soft contact lenses that are not replaced frequently, have an exposed suture on the surface or the eye, or have a glass eye.

Infectious Conjunctivitis

  • Bacterial Conjunctivitis is an infection most often caused by staphylococcal or streptococcal bacteria from your own skin or respiratory system. Infection can also occur by transmittal from insects, physical contact with other people, poor hygiene (touching the eye with unclean hands), or by use of contaminated eye makeup and facial lotions.

  • Viral Conjunctivitis is most commonly caused by contagious viruses associated with the common cold. The primary means of contracting this is through exposure to coughing or sneezing by persons with upper respiratory tract infections. It can also occur as the virus spreads along the body’s own mucous membranes connecting lungs, throat, nose, tear ducts, and conjunctiva.

  • Ophthalmia Neonatorum is a severe form of bacterial conjunctivitis that occurs in newborn babies. This is a serious condition that could lead to permanent eye damage unless it is treated immediately. Ophthalmia neonatorum occurs when an infant is exposed to Chlamydia or gonorrhea while passing through the birth canal.

Chemical Conjunctivitis

Chemical Conjunctivitis can be caused by irritants like air pollution, chlorine in swimming pools, and exposure to noxious chemicals.

How is it treated?

The appropriate treatment for conjunctivitis depends on its cause:

  • Allergic conjunctivitis – The first step should be to remove or avoid the irritant, if possible. Cool compresses and artificial tears sometimes relieve discomfort in mild cases. In more severe cases, non-steroidal anti-inflammatory medications and antihistamines may be prescribed. Cases of persistent allergic conjunctivitis may also require topical steroid eye drops.

  • Bacterial conjunctivitis – This type of conjunctivitis is usually treated with antibiotic eye drops or ointments. Improvement can occur after three or four days of treatment, but the entire course of antibiotics needs to be used to prevent recurrence.

  • Viral Conjunctivitis – There are no available drops or ointments to eradicate the virus for this type of conjunctivitis. Antibiotics will not cure a viral infection. Like a common cold, the virus just has to run its course, which may take up to two or three weeks in some cases. The symptoms can often be relieved with cool compresses and artificial tear solutions. For the worst cases, topical steroid drops may be prescribed to reduce the discomfort from inflammation, but do not shorten the course of the infection. Some doctors may perform an ophthalmic iodine eye wash in the office in hopes of shortening the course of the infection. This newer treatment has not been well studied yet, therefore no conclusive evidence of the success exists.

  • Chemical Conjunctivitis – Treatment for chemical conjunctivitis requires careful flushing of the eyes with saline and may require topical steroids. The more acute chemical injuries are medical emergencies, particularly alkali burns, which can lead to severe scarring, intraocular damage or even loss of the eye.
Ni lah dipanggil rezeki anak. Dapat rezeki penyakit ni with 2 weeks continouse Medical Leave by Putrajaya Hospital .
Mula-mula rasa seronok dapat bercuti untuk 2 hari pertama, then mata tak hilang jugak merahnya, pegi balik klinik. Then the doctor there refer me to Putrajaya Hospital sbb dah nampak ada selaput on my left eyelid. Kat hospital, doc buat ophtalmic iodine eye wash yang sememangnya sangat memedihkan. stengah jam afte the procedure, mata jadi bengkak & seterusnya tidak membernarkan aku drive or even memandang persekitaran. Mata bengkak plus silau yang amat. Have to mintak favor pak abu (kawan sayang) jemput ku dari hospital then terus jemput Tasneem kat taska (waited for him from 3.30 till 6pm).
Nasib baik bila di rumah, Tasneem tak meragam. Lepas minum susu, terus si kecik tu mengantuk dan tidur tanpa banyak soal. Alhamdulillah.... 8.30 PM that night, mata makin bengkak & semakin berdenyut selepas letak artificial eyedrop & a drop of mild acid (untuk gugurkan lebihan selaput). Sakit tu, rasa biji mata mcm digigt semut2 kecil. Dah tak daya nak nangis. Hanya mampu tunggu sayang pulang jam 11 malam nanti. Sambil menunggu, tv sentiasa terpasang, tapi mata terlalu sakit untuk memandang cahaya apa lagi nak pusing biji mata untuk tinjau keadaan sekitar. Semua lampu utama ditutup & hanya buka lampu dapur sahaja sebagai peneman malam.
Tidur malam pun tak selesa. Tak mampu nak tengok Tasneem bila sikecik tu merengek tengah2 malam. Terpaksalah tugas tu Sayang ambik alih. Kelopak mata tak boleh dibuka sebab dua-dua belah melekat dek penangan eye discharge yang melekit.

------tak mampu nak terus menulis. Mata rasa perit memandang skrin komputer lama-lama. ---

Monday, October 5, 2009

IBU ! I'M HAPPY !!


Walaupun gambar ni blur & takde pakai editor mahupun dslr camera. Tetap suka pada gambar ni. Bukan senang nak capture sweet moment macam ni. Dah besar nanti, tak tau la bleh dapat lagi ker tak gelak tawa ikhlas macam ni.

Tasneem hari ni dah 9 bulan, 17 hari. Dah besar dah anak Ibu & Babah. We love you so much !

Thursday, October 1, 2009

False alarm

Huhu.. nasib baik...

Nampaknye Tasneem Chummil blom mau ada adek lagi. huhu...

Jangan sangka lain yer... cuma saya belum bersedia utk sorang lagi. Tapi kalau tuhan murahkan rezeki, saya terima dengan hati terbuka.

Tapi cuak jugak piyed lambat ni. Pastu ditambah pulak rasa loya-loya ngan angin kuskus. Pastu perut plak selalu je lapar. Seakan nak dapat sorang lagi jerk.

Bila ingatkan balik, rasa kelakar plak sbb dua2 rasa cuak tak tentu pasal. Akekeke....

Monday, September 28, 2009

Raya pertama Tasneem

Hidangan raya pertama Tasneem: Nasi tomato


Duit raya pertama Tasneem: RM50 dari Tok Chek


Gambar Raya pertama Tasneem: Tasneem ngan Tok Chek


Kami sungguh bersemangat patriotik di pagi 1 Syawal (ayat macam tak kena jer..)



Tasneem tengah tunggu untuk beratur collect duit raya. Tapi yang paling kacik ler yang paling last in queue.

En. Turtle & Tasneem

Sejak balik dari kampung, skarang ni Tasneem dah mula tunjuk perangai. Kalau tak kena sikit aje, terus menjerit2. Tak sabar-sabar. Huhu..dah nampak pe'el dah anak Ibu nih.ishk....ishk..ishk..

Skarang ni kalau Tasneem nak tido, wajib nak kena pelok En. Turtle. Kalu tak, alamatnye meraung-raung lah dia spanjang malam. Kalau tersedar En. Turtle terlepas dari pelukan pun, sure ngamuk2 dalam tido. Kira dah jadik macam bestfren lah skarang ni. Tapi En. Turtle ni diperlukan time tido je. Time main, terus lupa.

Time ni Tasneem tak sedar En. Turtle cuba melarikan diri

Ksrang ni tgh plan nak dapatkan sparepart En. Turtle dari Wawan dia kat kampung. Mintak poskan cepat-cepat. Takut la nanti En. Turtle hilang ke haper kat taska. Mau haru stiap malam!

Sampaikan Salam Raya 2009

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin dari KAMI Sekeluarga !!


Thursday, September 17, 2009

Rindu kapong...

Post ni takder kaitan dgn Hari Raya. Cuma aku rindu kampung halaman jer....


Sunday, September 13, 2009

Pitih ghayour

Anak-anak...
Raya tahun ni, budget agak ketat. So nanti, kalau pagi raya dapat singgit sorang tu, korang jgn kutuk plak. Bersyukurlah dengan rezeki kurniaan tuhan.
Ni lah saje acik mampu untuk tahun ni memandangkan acik tak dapek bonos.

Salam ikhlas,
Acik umah alik jatuh.
....ni baru dapat duit tukar utk duit raya anak2 buah.
Huhu... tak sabar nak raya

Tuesday, September 8, 2009

Ni lah jadinye bila Tasneem isap buh sendiri puting kat mulot. Setiap kali memang senget.

09.09.09

09.09.09
haha.. saje save space tarikh ni

Sunday, September 6, 2009

Teringat zaman dulu-dulu

Duk layan blog-hopping, banyak gak bloggers yang tulis kenangan masa skolah dulu-dulu. Tetiba teringat plak zaman sekolah dulu-dulu. Memori aku masa skolah dulu-dulu takde la best sangat. Tapi aku selalu teringat masa zaman-zaman aku skolah rendah dulu.

Darjah 1 – Darjah 3 (awal tahun je) : Gi skolah kat SRKTIP. Gi skolah sana walaupun agak jauh dari rumah. Sebabnya senang nak gi skolah, sbb atok aku Cikgu Besar kat skolah tu. Kami dua beradik (ngan abeJue) memang dikenali ramai sbb jadi cucu cikgu besar. Setiap pagi akan tumpang kete mini Aboh Tok untuk ke sekolah. Ingat lagi stiap pagi, bila bukak je pintu kete mini tu, maka keluar lah beberapa ekor nyamuk dari seat belakang. Best jugak skolah kat sana. Sana aku berkawan ngan budak-budak area kampong wakaf mek zainab. Derang memang friendly. Stiap petang lepas time skolah, aku tunggu atok aku abes miting ( ker haper tah). Aku tahap 1, so kelas aku abes dulu, bila kuar je kelas, terus aku gi tunggu kat kelas abeJue. Duk bertempek kat muka pintu. Hehe.. sampai skarang aku glemer sbb semua kawan skolah AbeJue kenal aku. Dah abes kelas, sementara tunggu our ride home, aku suka gi beli gulalaey stail nikam (tak tau bahasa standet). Kita masuk duit 20sen kat kotak, nanti ada jarum pusing. Nanti kita dpt la brape gulung gulaleay yang kita dapat nanti. Gulaleay ni makan ngan lempeng je. Sedap you! Lagi satu aku suka beli keropok getey, panjang sejengkal (bukan mcm sekarang) 10sen satu & diiringi dgn air soda dari pakcik jual air pepsi campur. 10sen je segelas kecik. Aku pun selalu gak gi beli nikam kat kedai runcit kat celah perumahan depan skolah tu.Ishk.. tetiba teringat meehun goreng dalam plastik 20sen. Sedap…
Lagi satu aku ingat pasal skolah ni, skolah ni sesi petang dia adalah sekolah pendidikan khas kanak-kanak pekak (bisu). Budak2 pekak ni kebanyakkannya cun-cun belaka. Huahuahua… (PS: aku pernah kena kejar budak bisu..tapi tak ingat kenape).
Kat sekolah ni ada satu pokok yang akar dia ala-ala berjuntai2 ke bawah (tak tau nak explain camana). Aku suka-suka je main ‘nondeng’ (gayut) ala tarzan ngan akar pokok tu. Ada jugak satu pokok yang ada kelopak bunga merah2. Aku suka amek kelopak bunga tu, kikis bahagian dalam dia & lepas tu sambung kat kuku. Jadi la mcm kuku hantu. Ngehehe…
Kawan aku masa skolah ni ramai tapi aku lupa plak nama derang.. meh sini aku try listkan:
Suzailifah (ngat sbb orgnye cut), zainab, Hazwani, nur mas era (ingat sbb nama cam glamer) , fadil (ni ada kat fesbuk aku, kebetulan matrik sama skejap), tuying (ni jiran duk dekat rumah), wan wira ubaidillah (ingat sbb dia anak cikgu jugak kot)… err.. yg lain2 aku lupa. Sorry aaa.. tapi ramai gak la kawan aku kat sana.

Darjah 3-6 : Aku tukar skolah gi SRK Islah. Singkatan time tu SERKIS (bunyik cam sarkas). Sini hari pertama tak bape seronok sbb cikgu kelas yang aku dimasukkan tu mcm query kenapa aku tukar sekolah. Awat ?? Tak suka ker aku masuk skolah ni ? Sukati aku lah. Cikgu ni jugak lar yang mengamalkan pilih kasih antara murid-muridnya. Aku tanak sebot nama kot2 la dah arwah, tak pasal wat dosa jer.
Kat skolah ni aku kenal ramai kawan best yang mana sampai sekarang pun still contact2 lagik. Hanya beberapa je takleh dihubungi. Wallahualam apa dah jadi kat derang. Meh naklist bebudak yang aku kenal: Nurul Hidayah, Rosam faltizulti, Wahayu, Naz Yuliati, Aidawati anis, Norliza, Sufian, Norhayati, Suzie, Nik Mazrina, rahayu, khairuddin, shahrul faiz, norhasnita, nik sayyidah (yup, mek salam pantai timur tu ler..), kimi, fairuz, pigi, err.. ramai lagi. Tapi aku tak hengat nama. Sori eh.
Kat skolah ni aku aktif berkurikulum. Aku join tarian, gendering, sukan (selalu je jadi reserve, hampeh!). Kat sini la aku belajar bersosial sekitar kampong dengan menunggang basikal. Hikhikhik…

Huhu.. penat otak nak ingat balik citer masa skolah dulu-dulu. So utk citer skolah menengah plak, lain kali lah aku citer. Otak dah berasap dah ni.

Friday, September 4, 2009

Berumahtangga depan tv

Sejak awal minggu ni, kami 3 beranak dah mula tido depan tivi secara berjemaah. Senang sket nak bangun sahur & nanti tak perlu kejar2 gi jenguk tasneem kat bilik takut jatuh katil.

Gambar ni diambil masa time Ibu tengah masak sahur. Gaya Tasneem tido ala-ala nak terbang je. hehehe.. saje amek gambar ni kot2 besar nanti Tasneem nak tengok.
Tak pun, kot ada main "mentadak mentadu, macam mana Tasneem tido ?". Hehehe.. senang le Tasneem jawab Tasneem tido mcm kapal terbang

Thursday, September 3, 2009

Milestone chart: 7 to 12 months


Tasneem dah 8 bulan. Skarang Tasneem dah pandai....
Sits without support - kadang-kadang tumbang jugak
Drags objects toward herself - ni selalu je. Tepon atas meja tu asyik jatuh aje.. pastu berebut nak minum air dari cawan
starts crawling - ni dah lama dah
Jabbers or combines syllables - tetete... lalalalala.....phe..phe..phe... blarghhh....
• Starts to experience stranger anxiety - yup. pernah
Stands while holding onto something - ni selalu aje, lebih2 llagi kat kabinet tv
• Bangs objects together - yang ni baru pandai. pastu selamba je baling barang tu.
• Says "mama" and "dada" to both parents (isn't specific) - err.. blom lagi kot. mungkin susah nak sebut IBU & BABAH
• Passes objects from hand to hand - yg ni selalu aje
Stands while holding onto something - selalu eksyen berdiri pegang kepala katil ngan sebelah tangan, sbelah tangan lagi pegang puting. hek eleh..
Crawls - dah. dengan lajunyer
• Searches for hidden objects - yang ni kalau dia cari puting laa.. atau pun kalau dgr bunyi henpon
• Pulls self to standing, cruises - sokmo doh
• Picks things up with thumb-finger pincer grasp - selalu main ngan kunci
Stands while holding onto something - yup. seperti yang telah dinyatakan di atas
Cruises while holding onto furniture - sama seperti di atas
• Drinks from a sippy cup - ni baru nak belajar
Eats with fingers - yup. makan biskut ngan tangan kiri
• Bangs objects together - yes

Wednesday, September 2, 2009

Argghhhh.....!!!
Payoh baso kalu bos koya tarer, tapi kenyataannya totally ZERO.

I hate my bos !

It really is sad and most unfortunate, but millions of people simple hate the job they have and even hate their boss. Each and everyday these millions of people wake up just to go to a job they hate and work for a boss that they cannot stand.. are you one of them?
How to tell you hate your job:
Do you have to convince yourself to go to work each day? NO
Do you look for reasons not to go to work? NO
Does your energy level drop simply by entering the work place? NO
How to tell if you hate your boss:
Do you avoid your boss at all costs? YES
Do you tell your boss off in your head? YES
When you make eye contact with your boss from across the room, do you think to yourself “Ah crap!” YES
How to tell it’s time to look for a new job:
Do you come home in a bad mood from work 2 or more times a week? NO
Do you find you are lacking energy and the desire to socialize? NO
Do you feel physically ill when thinking about going to work? NO


pbruthhff....


Tasneem buat latihan bibir. Main sembur-sembur buih.

Huarghh... lagi 5 minit nak balik. Lambatnyerrr.....



Tuesday, September 1, 2009

Kelibat

Sejak akhir-akhir ni, selalu je nampak kelibat budak kecik duk panjat kabinet tv...
eeeee.....takut laaaa budak kecit ni jatuh kang. Sure meraung-raung...

Kelibat Tasneem di tepi tv

Monday, August 31, 2009

Teman sekolah ku kembali ke Rahmatullah

Walaupun kami tak berkawan rapat, tapi pernah juga menyapa sesama sendiri tike berselisih bahu.
________________________________________________________


Ucapan terakhir
Laporan dan foto KAMAL RASHID
am@hmetro.com.my






JELI: “Selamat hari jadi ayah!” Itulah ucapan terakhir diterima Mohd Noor Mohamed, 50, daripada anak sulungnya sebelum penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu maut dalam kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kereta Myvi dinaiki Norazlina Mohd Noor, 27, bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.Kejadian itu mengakibatkan Norazlina yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan dan paha kiri.Kemalangan itu turut menyebabkan Hafeez yang memandu kereta cedera ringan di tangan kiri manakala Noraina cedera di muka. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jeli.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Amirul Suzilawati Mohd Arifin, 22, yang cedera parah akibat terjerut tali pinggang keledar dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kelmarin untuk rawatan lanjut.

Menceritakan detik terakhir berbual dengan Norazlina, Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka ucapan hari jadi yang disebut anaknya membawa petanda buruk sebelum terbabit dalam kemalangan maut.

“Sebelum bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 11 malam, arwah menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari jadi.

“Hari itu (hari kejadian), kami berbual seperti biasa dan tidak ada apa yang pelik dalam perbualannya, selain ucap selamat sempena hari jadi saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Katanya, dia sedih kerana hasrat anak sulungnya untuk pulang bercuti selama tiga hari dan menyambut Ramadan bersama keluarga di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok tidak kesampaian akibat kemalangan itu.

“Saya memang sedih kerana ini kali pertama arwah pulang ke kampung sejak melanjutkan pengajian di UPSI Julai lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, Hafeez yang memandu kereta mendakwa ternampak objek melintasi jalan, menyebabkan dia panik dan cuba mengelak melanggar objek misteri itu.

Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hilang kawalan dan kereta dipandunya terbabas ke kanan dan melanggar pokok.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan saya panik. Arwah yang duduk di sebelah saya cedera teruk dan gagal diselamatkan. Saya terkilan kerana arwah kakak sangat mengambil berat mengenai adiknya,” katanya.

Thursday, August 27, 2009

Kiasan dari Tuan Guru untuk renungan

While bloghopping, rasa tertarik dengan rangkap-rangkap pantun T.G Nik Aziz (blogTGNA). Untuk renungan kita bersama....

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HJ. NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al A’Raaf : Ayat 31).

Mari kita mengucapkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah S.W.T. diatas setiap nikmat yang telah Dia sediakan kepada kita selama ini. Di antara banyak-banyak nikmat, satu daripada nikmat ialah nikmat menghargai pelbagai keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap benda yang dicipta oleh Allah penuh dengan keindahan.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.

Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumahS
aya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Dengan sehimpun pantun berkias yang enak dikunyah sebentar tadi, saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian untuk terus berfikir mengenai diri kita, keluarga dan negara kita; bagaimana untuk bahagia di dunia dan selamat terus menerus dari azab Allah di akhirat kelak.

Mari kita sama-sama rasmikan Konsert Nasyid Antara Dunia pada malam ini dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Kota Bharu.Tanggal : 7 Syaaban 1430 / 29 Julai 2009

SuperPower

Aku boleh tau memana driver keta yang pedajal keta aku atas highway, block keta aku kat parking, drive cam sial depan aku atau ape2 aje yang yang attract aku utk amek tau sape pemilik kenderaan berkenaan.

Dengan satu panggilan je, aku bleh tau siapa mereka. haha..segala rekod & rekod jenayah (lalulintas) boleh aku korek.

Wohoho.. korang jangan main-main ngan aku...

------"Hek eleh... mcm la aku bleh buat apa2 kat derang nih". hahaha...-----

ps: korang takyah mintak aku cover saman korang time nak renew roadtax. Memang aku takkan buat & takleh buat. Apa bodo punya permintaan.

Thursday, August 20, 2009

Permata Hati Hamba

Nur Tasneem Zulaikha Mohd Yusof

Sayang melebihi segalanya...

Tasneem sedang busy kemas beg....

"Rajin betul la anak Ibu nieh. Tasneem kemas beg nak gi mana ? Balik umah TokChek kah ?"
"Tak laa...ape la Ibu ni... takkan Tasneem nak bawak beg kecit balik umah TokChek. "
"Abeh tu Tasneem nape Tasneem kemas beg ni ?"





"Tasneen kemas bes skolah la Ibu. Kan pagi esok nak gi Taska."
"Owh... yer ker.. hehe.. ingat kan esok ari Ahad, taska cuti. Ngehehe... "


Beg dah siap kemas. Jom gi skolah !


Wednesday, August 19, 2009

Sireh Pulang ke Gagang .. or izzit ganggang ?

Tahniah kepada Mak Ude Tasneem kerana telah berjaya menjadi pendidik. Lebih bangga lagi bila dapat tahu Cek Mek Molek tu dapat ngajar anak negeri kelate. Keno pulok bulih posting ke skolah lama. Umpama sireh pulang ke gagang. Kelik ngajar smula ke skoloh Maher. Semoga anda menjadi cikgu fizik yang sporting dan berdedikasi. Hmm... tetiba teringat kat Cikgu Eyu, cikgu fizik ambo dulu. Chaiyyok lah Cikgu Marjan!

Tapi bagi pendapat aku, adalah lebih baik guru2 yang lepasan oberTheSae nih dihantar ngajar ker sekolah di pedalaman. Supaya anak2 sekolah di sana menjadi lebih bersemangat sebab dapat cikgu yang bagus-bagus. Budak2 skolah kat bandar takpe lah, walau pun dapat cikgu2 biase2 je, tapi mereka ada lebih banyak peluang utk gi ke pusat-pusat tusyen yang bagus2.

Tapi apa2 pun, diharapkan Cikgu Marjan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Nanti dapat gaji bleh la blanje yer.. memandangkan awak dapat elaun full & tak perlu bayar sewa umah. hehe...