Wednesday, December 12, 2007

wedding planning nightmares

...pening....penat....risau.....

Pening memikirkan mcm2 masalah yg timbul spanjang nak buat preparation utk wedding. Barang2, persiapan, RM $$. Kami tak mcm org lain, mak ayah tak mampu nk sediakan semua benda secara mewah. apa yg ada, tu lah yg kami guna. kalau nak lebih, kene usaha dapatkan sendiri.
Penat shopping barang2 kawen. semua nak kene buat sendiri. ingat nk tempah ajer.. tp budget plak yg tidak mengizinkan. tak pikir pun nak beli barang2 branded or designers. kalau boleh biarlah ape yg kami mampu sediakan tu mampu buat kami hepi. lagipun barang2 tu utk kami jugak yg nak pakai/guna. so kenape nak kisah kata2 dr mulut2 (becok) org lain?

Risau macam2 dlm kepala otak ni. Takut ape yg diharapkan tu tak jadik.

hmm....

Sunday, November 25, 2007

Morning Temptation

8.30am, TTDI.
Have had a plate of roti canai, while waiting for ***Bank to start its business. Although am not really hungry, but for no reason at all, the urge to have that nice smelling scrumptious nasi lemak keeps making me wanting to eat more.


Gheeezzzzz.... i'm already full and now quietly sipping my teh tarik halia slowly... BUT still.... my eyes just keep staring at those bunch of nasi lemak in that nice smelling banana leaf. huhuhu....

Enuff la woi !!!

Wednesday, November 14, 2007

Trying my luck on AGLOCO

Ape bender AGLOCO tu?
Agloco™ adalah satu program paid-to-surf di mana anda akan dibayar untuk melayari internet. Perniagaan internet amat memerlukan jaringan yang kuat untuk berjaya. Sebagai contoh, myspace, facebook dan youtube telah bernilai berbilion dollar kerana jaringannya yang amat besar. Komuniti sosial sebegini amat memerlukan pengguna seperti kita untuk membina komunitinya sendiri.
Kami pengguna telah membentuk komuniti, apakah habuan kami?
Maka dengan itu di sinilah datangnya idea Agloco™ dalam membentuk jaringan ekonomi melalui jaringan sosial internet dengan memberi pulangan kepada ahli yang membantu membentuk komuniti ini.

Camana AGLOCO tu?
  • Agloco™ telah mencipta satu bentuk software Viewbar™. Program ini akan menyiarkan iklan ketika anda sedang surf internet selama tempoh maksimum 5 jam untuk setiap bulan.
  • Company perniagaan akan membayar Agloco™ untuk menyiarkan iklan di dalam Viewbar™
  • Agloco™ akan membayar anda untuk sign-up dan install Viewbar™
  • Agloco™ juga membayar anda untuk mencari rakan-rakan untuk turut serta dalam program ini
  • Agloco™ akan membayar anda mengikut jam anda menggunakan Viewbar™ setiap bulan (maksimum 5 jam)

Semakin banyak rakan anda yang turut serta maka akan bertambahlah jumlah jam untuk anda dan seterusnya bertambahlah jumlah bayaran Agloco™ kepada anda

Aper pekdah AGLOCO ni?

  • Agloco™ membayar anda untuk membuat sesuatu yang anda selalu lakukan, melayari internet
  • Ianya percuma, anda tidak perlu membeli apa-apa dari iklan, tapi kalu berminat belilah
  • Anda turut serta dalam generasi baru internet, “Jaringan Ekonomi”
  • Internet adalah untuk anda, gunakannya dengan bijak!
  • Tibalah giliran anda dibayar untuk melihat iklan, menonton astro pun ada iklan, dah la kena bayar

Ada untung ka?

Pernahkan anda mendengar AllAdvantage ? Sila baca artikel berkenaan AllAdvantage.Jika anda membaca artikel tersebut, Agloco™ terdiri daripada golongan yang sama mencipta

AllAdvantage dan kali ini mereka mengubah strategi perniagaan supaya lebih selamat, berkekalan dan tidak menerima nasib yang sama seperti AllAdvantage.

AllAdvantage telah membayar tunai kepada ahlinya bagi setiap jam penggunaan Viewbar™ dan ini adalah antara punca menyebabkan kejatuhan mendadak AllAdvantage pada pertengahan 2000, maka kali ini Agloco™ akan bertukar dengan memberi share (dan juga tunai) kepada ahlinya.

Katakan Agloco™ dibuka dengan nilai $0.50 seunit (jangkaan minima), dengan menggunakan calculator anggaran di sebelah, anda mungkin memasukkan

  • 10 orang rakan anda sebagai Direct referral
  • dan setiap rakan anda mampu menambah 15 orang
  • dan mereka dapat meluangkan masa 5 jam sebulan melayar internet

Setelah menekan butang anda akan mendapat 678017.5. Nilai ini bukanlah nilai matawang dolar atau ringgit, ia adalah jumlah share yang bakal anda perolehi. Jika setiap share bernilai $0.50, maka pendapatan anda adalah $339,008.75

Realitinya jika anda hanya mampu mendapatkan 2 orang rakan dan mereka pula mampu mencari 2 rakan dan mereka menggunakan internet 2 jam sebulan, maka jumlah share anda hanyalah 33 dan bernilai $16.50. Jumlah ini tidaklah segempak jumlah yang awal tadi tetapi ia tetap pendapatan tambahan tanpa anda mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana anda tetap menggunakan internet seperti biasa.

Kesimpulannya anda perlu berusaha mendapatkan jaringan rakan-rakan yang besar dan aktif berinternet.

  • More Referral = More Extended Referral= More Viewbar Hours = More Stock Share = More Money

Perhatian, nilai share yang diterangkan adalah anggaran sahaja untuk memberi gambaran perolehan anda.

Tuesday, October 23, 2007

1st Couple Anniversary

smalam Syg beria ajak keluar tgk wayang. katanya "dah lama kite tak dating". hahaha...

Then, lepas tgk movie (crite Otai), that ended on around minite, then he hold my hand and whispered to me .. "happy 1st anniversary baby.."

Hallamak..!! How come I can forget tha 'keramat' date?? huhuhu...
The he said "its OK lah sayang.. " and smiled....

Saturday, October 13, 2007

The proposal sms

Sayang first proposed to me to be his girl on 1 Syawal , 2006. Now, it has been a year (kalau ikut caleder Islam), and untuk memperingati that day, I have sent him back his last proposal sms [the modified version]..
"Sy sepenuh hati sy syg awk.di hari yg baik ni sy nk awk jd bf sy.wak sudi tx?".."Sy ikhlas ni wak, sy dh syg sgt2 kt awk. nk sgt awk jd bf sy".

His reply.....
":-). sy dh xjd bf awk, sy dh jd tunang awk dn xlm lg sy milik awk spnhny spbl sy jd suami awk".

his words made me smiled all nite long. Love Sayang sgt2...

Thursday, September 6, 2007

Rezeki kali ke-3

good things happen to me..finally. got listed as calon simpanan utk keje PSM dlm gomen. walaupun tak berjaya, tp cukup syukur walaupn dlm list simpanan. hoping by end of '07, bleh masuk gomen, berkhidmat untuk negara!!

tak sangka lulus temuduga, takder buat aper2 preparation pn, even takder baca newspaper, tak tgk berita, tak hafal nama menteri. just bertenang & zikir berterusan spanjang perjalanan ker putrajaya & teruskan zikir sampai ke ketukan pintu pertama di bilik temuduga. alhamdulillah...penemuduga tu kesian kat saya kot. dapat rezeki keje gomen utk cubaan interview yg ketiga nih. Alhamdulillah....

Tunggu aje lah nanti, mintak2 cepat dpt offer posting. tak tak larat keje swasta, 'have burnt out' kate org puteh. hehehe...

thnx to my baby sbb bagi semangat. tak rugi mencuba lagi walau kita pernah gagal a few times before. mungkin ni rezeki untuk kawen. allah berikan rezeki utk hambanya yg berusaha. will always remember that.

Wednesday, August 22, 2007

Peringatan untuk diri sendiri

Sorry kalau ader my postings yg menyinggung perasaan kengkawan. tp ni lah, ni lah aper yg aku rase. aku tak banyak luah kat org, tp once tak tahan., sinilah aku mencurah. Sorry sgt2 kalau terguris hati.

Marah, sedih, hepi, syukur, giler... semua aku tulis sini. blog dah mcm kawan setia, tak prejudis.

Ari ni kawan aku dah terase dgn one of my postings. Sorry, tp bila dah memuncak, aku tak sabar. Aper yg aku dah tulis, cara ayat, tonasi, tanda seru or muka sedih/hepi,... tu semua menggambarkan perasaan aku time tu. Maybe thats only my perception at that time. Semua hasil aper yg aku dgr, lihat, sentuh, rasa...

Hati rasa berat bila dpt tahu. tp dah terlambat. mcm pepatah melayu, mata pena lebih tajam dari mata pedang (keyboard ader tajam gak ker?).

Skang dah sure aku dah takder kawan lagi. Kalau betul aku dah takder kawan, aku mintak maaf kat ex-kawan aku. Moga tuhan ampun dosa aku. harap2 lps ni, kalau aku dpt kawan lain, or ex-kawan sudi kawan balik, nasihatilah aku. Tapi kalau benci, jgn benci sampai mati, tak berkat idup aku di dunia ni. Sekian........

ps: blog aku bukan tujuan utk melukakan sesiapa, stiap baris ayat adalah dr hati (ikhlas or tidak wallahualam)

Wednesday, August 8, 2007

Takde keje

.............."kosong"............

takder keje..... spanjang hari layan tenet....naik muak!!

pagi: baca email, reply email, forward email (bende2 mengarut banyak sgt)

tghari: survey felda holding, jenguk frendster, layan chat, semak status jawatan gomen

petang: layan game sampai pening

Hmm... ginilar keadaan kalau bos dah tak masuk 3 hari. banyak keje pending. Kene tunggu bos sblm proceed aper2. Bosan.....

Tuesday, August 7, 2007

SPA interview

17 July 07: lagi skali aku cuba nasib utk masuk gomen. kali ni try jawatan Pegawai Sistem Maklumat plak. Bertempat di Parcel C, Putrajaya.

This time tak prepare sgt. takder baca paper, tak tgk berita, takder hafal2 nama2 menteri. Just menonong ajer g interview.

Lucky me that the panels tak tanyer aper2 pasal gomen institution or politics tempatan. Phiew..!! Tp klakar bile ditanya mengenai BRIDGE (jambatan). ??? blur skejap. Tp tak kisah, just voice out my opinion jer lah (ikhlas dari pengetahuan ku yg tak seberapa ini).

Di akhir interview, sempat dpt nasehat from them to keep on trying. jgn putus asa kalau xdpt masuk gomen (aku dah sedih dah ni... mcm takder rezeki jer.... ). hmm.. harap2 sgt dpt. walaupun nanti gaji tak semewah skarang, at least hidup aku aman nanti. Baru 3 tahun keje, dah rase sangat2 burnt out skarang nih. Sigh....`~~

Not sure if number 3 (3rd time SPA interview) will be my lucky number. hmm....

Monday, July 30, 2007

keje sampai pagi

Sunday, 29 July 07. Hari yg gilo!!

930pm, tgh rilek lepak2 tgk Smallville, bos tepon, at first mls nak angkat (aper ke hei nye mlm2 ahad ni tepon, takleh tunggu esok ko?), tp angkat gak. GILO..!! Aku dikehendaki berada & bertugas di shah alam kul 12tghmlm nanti. huhuhu... hampeh..(nyesal angkat tepon). Atas dasar kesian kat kawan, aku stuju g sana, ngan syarat somebody have to pick me up at home (konon aku duk sg buloh...hoping that i dont have to go since sg buloh is such a terpencil area). tp ader gak yg sanggup dtg jemput.

kul 1130, my ride dah sedia menungggu dpn my aprtments' guard house. sian lak aku tgk kwn aku ni, so, aku amek aleh jd driver while he munched on his McD 1/4pounder.

Tgh2 drive, syg sms, tanyer tgh wat ape.. huhu.. terpakasa bgtau dia that i'm on my way to shah alam, kerja (aku susah nak ckp tipu). That's the 1st time syg marah... cedih sgt2. marah sbb xbgtau dia awal2 that i have to work tgh2 mlm bute.

Mulakan keje kul 1am. Stiap 2jam syg sms. ok.. i admit that i was wrong for not telling syg awal2, tapi kalau bleh takmo syg risau. stiap sms dia mmg ader bunyik mcm risau.. tp nak wat camana, dah terlewat dah... keje je lah sampai pagi... :(

kul 730am, monday, syg sms lagik, tanyerkan "keje lagi ke?". huhu... yup, still keje lagi, tp dah nak abes dah. kul 9 (kot), semua wrap-up. kat luar ujan renyai2, shejuuukkkk.....derang ajak minum dulu sblm balik.

kul 1030 gerak balik umah masing2. muka sekor2 dah mcm org tak betul, jalan lak jem gile. spanjang jalan aku tido dlm kete. kul 11 (kot), aku sampai umah. penat bdn tuhan saje yg tahu, raser mcm br lps triathlon. sampai ajer umah, trus pengsan & secara rasmi aku memulakan office hour aku kat umah dgn tido sampai ptg.

Wednesday, July 25, 2007

jumpe datin



Last weekend, jumpe CT kat Alam Sentral. Comel gak dia dr dekat. walaupun aku tak minat fanatik ngan CT nieh, tp dah alang2, amek je lar gambo ngan die...


Pastu MMs gambo ni kat kawan haku yg mmg fanatik giler minat CT. Hahaha... menjerit jerit dia tgk gambar2 nieh. huahuahua.....besht!!! aku berjaya wat somebody jaki kat haku. hahahahahahahaha.....................


Tuesday, July 10, 2007

My Football Love Affair

Before with him:
  • Only knew abt David Backham from entertainment megazines (coz of the weird haircuts & attached to posh spice)
  • The most interesting news in football world is when French botak player (Zidane) headed sombody on the field because of religious isssues.
  • Never watch a whole 90mins match.
  • Only counted how many goals scored. Dont care who or when the goal was scored.
  • EPL what ????!!!
  • Brazil=yellow, england=red, malaysia=err...kuning kot?
  • Didnt even watch the World Cup !!
  • MAMAK: megi goreng & teh'o'beng olny please...
  • 3 AM = SLEEP ZZZzzzzzz..........
  • 0% interest

After I met him:
  • Hate Man U. Supported Arsenal (knew some players name)
  • Still.....The most interesting news in football world is when French botak player (Zidane) headed sombody on the field because of religious isssues.
  • SOmetimes watched a whole 90mins match (if didnt fall asleep)
  • Still counting how many goals scored & who score, when & how.
  • EPL Arsenal, Man City, Liverpool, Chelsea. Carling Cup. Others...tak tau sgt.
  • "Fuyyooo.. lawa jersey baru team nih" "Syg..knape takder jersey size pompuan ?" "
  • World cup? hmm.... maybe tengok nanti.
  • MAMAK: megi goreng & teh'o'beng + big screen (football, not Akademi Fantasia)
  • 2 AM = Trying to be awake to watch the first half. 3 AM = Tidoooo... ZZZZzzzzz..... Count the goals tomorrow morning lah.
  • Knew where Kelana Jaya and Shah Alam stadium is.
  • TEXTing friends while watching Malaysia beaten by UAE. Borink.......
  • 32% interest

Do I love football? No... I still dont. hahahaha....!!!

Tuesday, July 3, 2007

Pre-birthday Gift



Thnx to anum, Syg has got his Pre-birthday gift direct from UK. hehehe.... mmuahh.... u make my day lar anum ;-)

Bought him Arsenal jersey at half the price here in Malaysia. wahahahaha......

and also along with that a keychain for his keys. hehehe....

Monday, June 18, 2007

Saving money tips

Gasoline - Get the lowest octane grade if it is allowed by your owner's manual
I'm using shell, sbb iklan ckp alien spaceship pun pakai minyak ni. MORE KILOMETRES lah katakan....

Inflate your car tires - Inflating your tires to the recommended tire pressure specified in your owners manual reduces friction when you drive & therefore saves on gas!
My sisters Savy mcm berat jer..walaupun dah isi angin tayar. camana eh?

Refinance your home - This can save you tens of thousands over the life of your home mortgage. Rates are still at historical lows.
My housing loan baru cecah 7 bulan, bleh refinancing ker?

Electricity - Turn off the lights when you leave the room. Purchase energy efficient appliances.
I'm trying to switch off every switches when not in use. The problem is that, other ppl turn it on balik & leaving all electrical apps on standby mood.

Heating - Turn the temperature down at night. Throw an extra blanket on the bed & save money!
I dont use heater or aircond. kipas kotak jer...

Water heater - If you have an electric heater, explore the option of adding a heat jacket, available at most hardware stores.
Kattle air panas jer..wat milo suam.

Seal your house - It has been said that all the cracks in your house add up to having an open window letting cold air in during the winter and hot air in during the summer!
Planning to seal the cracks that my last (perasan lawa) tanent made at at my sliding door. Gilo apo tarik sliding door sampai retak dinding. Bodo punya org!!

Groceries - Stay away from brand names. In most cases, the off-brands are just about the same and cost much less. Don't shop at convenience stores because their prices are higher.
Dah lamo dah tak beli branded names. Pakai bundle plak.

Use coupons - Also, shop on days when the grocery store doubles them!
Dont have coupons :-(

Use a discount card - At grocery stores, pharmacy's and more. Just make sure they don't have a yearly fee!
Tend not to use cards on unnecessary items. unless emergency.

Pharmacy - Ask for generic drugs instead of the brand names with your doctor's approval.
Claims medical bills from the company arrr..

Don't eat out as much - This can be a major area of savings in your family budget!
Yep, home cooked food is much better Make dinner at home - Save a ton here and enjoy the family time!
Again... home cooked food !!

Brown bag it - Pack your lunch. Think about it, ordering out for lunch every day ($6/day x 5 days a week, = $30/week. $30/week x 52 weeks = $1,560 a year!)
Spent time every morning to brunch at home before leaving for office.

Keep your car - If your car is older and you are not making car payments...keep it running!
Not planning to sell my 5yr old kenari. Abes byr next year. After that, no more monthly installment, less yearly roadtax & insurance payment.

Try to save every month - Set aside a fixed amount every month and save or invest it. This will add up over time!
RM100/month for ASB. Trying to save for MutualFund investment plak.

Don't drink soda - Drink water, it's practically free!
Plain water please...

Don't buy bottled water - Talk about expensive! Get a water filter if the taste of your tap water makes you shudder.
Takkan nak bawak botol air kot? Ishk...simpan dahaga minum kat umah ajer lar...

Examine your monthly expenses - Magazine subscriptions, cable tv, DSL, Netflix movie rentals...all of these combined may be a significant part of your budget that can be cut.
Astro ajer.... tenet, tepon, magz rental takder.

Shop at discount stores - Wal-Mart, Family Dollar, etc.
GIANT kelana jaya sentiasa di hati

Laundry - Air dry on the line, it's free!
Air dry

Make purchases online - Ebay is a great source for just about any item you can think of. Many of the products offered are new anyway, but MUCH cheaper!
Tried e-bay. unfortunately some guy from nigeria tried to use my e-bay account for fraud. terus tutup akaun!

Sunday, June 17, 2007

Kalender Kawen

tgh2 cuti skolah ni..ramai plak kawan2 aku yg mula naik atau nak naik pelamin. kawan skolah menengan ajer ade arr dekat 3 atau 4 org. Kawan U sorang (tini*burn), kawan kursus 2 org. Huhuhu.... banyak gile dapat kad jemputan kawen. Dah derang tgh hepi berisap utk majlis derang, sempat lagik nak tanyer aku ni bile plak? huhu... soklan cepu cemas btol !!

FYI: Aku tak tau lar biler kak....

Kalender kawen kawan2 aku:
T-nie: Ogos
Szie: Mei (dah lepas)
Mlissa: End of June
P3 Lydia: Middle June
N-Tan: December
Lisa: Tunang
Anes: Tunang dah.. kawen tahun ni kot
piz: December

AKU?? ... hahaha.. AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN

My Old Blog: Malu... ( 1 May '05)

Aku tak tau kenapa ngan diri aku. Sukar benar rasanya utk bertentang dengan lelaki, melainkan saudara sendiri. Mungkin perasaan rendah diri, menganggap diri serba kekurangan berbanding gadis2 lain. Memang betul, aku tak sama denga gadis2 lain, aku tak gemar berhias, cukuplah sekadar mempamerkan apa yang ada. Aku tak suka berlebih-lebih dalam menghias diri. Tiada make-up. Lebih gemar mengenakan jeans lusuh dengan t-shirt atau blause. Sukar sekali untuk mengenakan baju kurung. Seperti pernah teman-teman berkata, "Hai... baju kurung ari ni?" Biasanya disusuli gelak ketawa bersahaja, ada yang menyampuk, "Baju banyak tak basuh lagi, takder baju, so terpaksalah...". Aku tak kisah apa diorang nak kata...memang betul pun. Baju kurung adalah baju terakhir aku akan pakai. Tu pun kalau terpaksa.

Setiap kali apabila terserempak dengan teman lelaki sekuliah atau se'kolej', aku hanya mampu tunduk. Tak sanggup bertentangan mata atau bertegur sapa. Hanya kepada beberapa saja yang boleh, tu pun lelaki yang dah lama aku kenal. Kenapa ni?

Ramai kata aku sombong. Tapi hakikatnya aku tak. Aku kurang cakap kerana takut dikatakan menyampuk sesuka hati, lagi pun memang nature aku tak cakap banyak. Aku lebih suka mendengar dari bercakap.

Aku kurang senyum. Susah rasanya utk senyum tanpa sebab. Sebab tu ramai yang kata akau garang. Maybe aku sedikit garang, tetapi just for those who deserve it. Adakah hanya kerana kurang senyum mereka menganggap aku begitu. kalau macam tu takkan nak sengih2 kepada semua macam kerang busuk ?

My Old Blog: Why ah?? (4 May 05)

Why ah??? Are they anti-social or what?? Everytime when we asked to come and join any activity, they just cannot say YES or NO right at that time? Usually they need to ask other people first then after a few minutes of "meeting", then they finally say NO. I don't mind if they took time to think for the right answer, but why do they need other peoples' opinion? What's the hell with that?!! I mean.... don't they have their own brain to think on theirown? Do they really need to consult with other people just to make a very simple decision.

There are also some people that do can make decision quick. Usually the answer is YES. But later, they just hit you back with NO, and it's usually on the last minutes. It's just like "Bang!!" hit you right on your face. After all the planning, just because that last minute "NO", have to postpone or worst cancel it. I really hate that!

Monday, June 11, 2007

Summary of Balik Kampong

weekend kt kg best giler. Balik kg ngan sayang. bwk kenal ngan mama , abah. His parents pun datang menginggah. Minum teh & dinner samer2. He smiled a lot, so do I. hik..hik..hik... (gatal).

Cian dia, kene sorok2 isap dnhill, fyi: abah is a non-smoker. Sunggoh besopan santun dia kat kg. first time tgk dia pakai kain pelikat. comel!!

Took savy back to KL. Drove through Lojing-Cmrn Highland-Tapah for journey back to KL. Reached home by 8++pm.

Thursday, June 7, 2007

m_ak-kEt_am


Ari ni nak balik kampung..La..la..la..la...
Balikng ngan Sayang... la..la..la..
Balik naik bas.. la..laa..la...
Bos bagi halfday arini.. laa...la..laa....


Tapi tadi aku terkantoi ngan bos. At first, bos bagi halfday ari ni sbb dah ckp ngan bos flight balik KB kul 8. Awal2 mintak nak balik kul 4, pastu atas budi bicara bos, dia SURUH aku balik lps jumaat. Wahaha...sungguh gumbire.


Tapi tadi, bos ader bagi assignment untuk aku buat over the weekend, aku tibe2 jadi reluctant utk wat assignment tuh, so aku ckp arr, aku balik kg ni mana ader bwk balik notebook. Bos aku tanyer, "knape tak wat balik notebook?". aku ckp arr susah nak bwk NAIK BAS, nanti bersepah2 barang" OOPPSSS !! Terkantoi.... wahahahaha.... bos aku sengih ajer, ngan menyindir aku ngan name m_ak-kEt_am. Chesss !!

Sure lps nie nama m_ak-kEt_am jadi nama timangan aku kat opis ni nanti.
Uwwaaaa.....!! Tidaakkk....!!


Tuesday, June 5, 2007

Teka teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Wednesday, May 23, 2007

Being truely Cancerian

Already stated in any zodiac readings that cancerian are the type that easily lending their hands when FRIENDS in trouble, sensitive, determined, always being misunderstood, hardworking, easy to forgive but never forgets (luper ciri2 lain).

Just got a smack in life that friends are not truly a friend just because they talked to you, they smiled at you, they asked you for some help, ride with you to school. NO!! & also, they are not really a friend just because you've known them since schooldays.

Hanging with different crowd makes ppl looked at others differently. Most of the time a group of ppl will have same kind of perception, like... girly chicks will only think of their OUTlooks ("out"=luaran) and looking forward for future filthy rich husband, school jocks will always think that they will be so ever popular even after they left school (koya forever), and others will always think that the underdogs in school will always be a looser for the rest of their life. Need to avoid these groupie type ppl. They think they are better, they think they are more superior then others. Ppl like these are like hyenas, they hunt in packs. Hunting on single most vulnerable prey they can find.

Maybe you think that my writing is somewhat nonsense & takde makna. But it's my way of letting my heart out.

Now, I’m being truly cancerian.

  • I have been misjudged
  • They who called themselves as my friend have stabbed me on the back
  • I've cried...
  • I've vowed not to forget what they have done to me

Pengajaran: Tak ramai yang ihklas dalam persahabatan.

-OUT-

Wednesday, May 9, 2007

Re-introduction

Just wanna paste this. Currently i'm doing prepaid top-up cards business.

MyMode@Sefitrah Jana pendapatan tambahan dengan mudah !!



I'm deleting my old blogspot blog & migrating my friendster blog to UnderMouseArrest page.