Sunday, December 14, 2014

Selangor Cuti. Kita punggah SCP

Semalam Selangor bercuti.
Kami suami isteri walaupun menetap dalan Wilayah, tapi ofis kami di Selangor. Hehehe...
Sempena cuti, kami ambil peluang untuk jalan jalan santai ke Shaklee KL di Sri Rampai. Ini kali kedua kami ke sana. Kami lebih senang ke sana sebab kat Sri Rampai, ofis Shaklee tak ler besar sangat tapi senang nak parking kereta. Walaupun tak canggih mana, dalamannya cukup selesa dan servis yang cepat. 

Lagi satu tarikan di Sri Rampai ni kami baru jumpa ialah kedai Cendol Pak Wahab.
Oklah cendolnya. Boleh tahan.... selain cendol, ada juga nasi lemak, rojak, mi rebus... sedap sedap jugaklah. Servis pun laju. Kaedah order di kaunter n ambil nombor. Xsampai 5 min order dah siap. Pantas gitu. Anak2 pun suka.

Tengahari tu kami sampai kat sana, siap order dah, tapi tak boleh pickup lagi sbb masa tu Shaklee Collagen Powder dah out of stock di branch. Kalau takmau Shaklee pos ,katanya boleh tunggu pick up jam 5 petang nanti lori stock sampai.

Dah alang alang alang kami dari Putrajaya dah sampai Sri Rampai, tunggu ajelah. Tu pun atas persetujuan suami.

Bila dah lama duk tunggu, sambil jalan2 sekitar tulah kami jumpa Cendol Pak Wahab nak di jadikan cerita.....Selama ni si Kakak kalau pedas sikir atau masin terlebih mulalah komplen pastu duk cakap pedas..pedas..!! Tapi harini punya penangan cendol pak wahab dengan mi rebus, makan bersuap habis setengah pinggan. Sangat tidak percaya. Ni sebab lapar ker sebab sedap ni ?

Kami sengaja lengah-lengah untuk kembali ke Shaklee Sri Rampai. Sampai balik sana dalam jam 6.30 petang. Saja je kasi chan lori tu kot kot jem tengah jalan ker... takdelah kami menunggu lama.

Nah.. hasil menunggu kami berbaloi. Order 2 promo set Buy 3 Free 1 Shaklee Collagen Powder. 
Penuh kota Shaklee Collagen Powder

Apa ada kat dalam kota Shaklee Collagen Powder

Tarikh Luput set Promo Shaklee Collagen Powder May 2016



Jadinya dapat 8 kotak. kalau kira ni sorang makan sah sah gebu gebas free wrinkle punya dijamin!! 

(Shaklee memberi jaminan hasil ujian klinikal, Shaklee Collagen Powder akan memberi kesan terbaik selepas penggunaan 8 minggu). 
Jaminan keberkesanan hasil ujian klinikal
Ala... saya makan 7 sachet je pun dah feeling2 mulus gebu dah. Apa lagi kalau makan 8 minggu. hehehe...





Sape nak cantik, nak sihat ...
WhatsApp 012-3252171
#HayneemLegacy

Wednesday, December 10, 2014

Promosi Akhir Tahun. Year End Sale!!

Sempena akhir tahun Shaklee menawarkan Year End Sale pulak dah. Bukan 1 bukan 2 malah 3 produk akan diberikan tawaran terbaik!

Year End Sale, Disember 2014.
Promosi Collagen, Vita C & Vita E
Set Kulit Canik

  1. Beli 3 Percuma 1 Shaklee Collagen Powder 
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  2. Beli 6 Percuma 1 Sustained Release Vita C
  3. Beli Twinpack Sustained Release Vita C dapat 5% Diskaun
  4. Beli 6 Percuma 1 Vita E Complex
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  5. Beli Twinpack Vita E Complex dapat 5% Diskaun
Nah!! Ada 5 pilihan pakej belian. Boleh pilih berkenan mana satu. Lepastu sila kontek kami segera. Pasti harga terbaik saya berikan.

Hubungi Hayneem Legacy :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Hayneem Home. Impian Kami.

Alhamdulillah.... baru terima S&P untuk belian Hayneem Home. Harta kami di kampung, untuk kami bersara nanti.

Dah lama tunggu, sejak booking bulan Mei 2014 lagi. Akirnya permit developer dah perolehi, kini kita sign la aggrement apa patut untuk proceed loan rumah.

Walaupun dah punyai 1 unit apartment di PJ, tapi dah nama pun apartment. Tanah takde, rumah atas angin, parking kereta pun susah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk cari property lain yang lebih sesuai. Nak landed dan kalau boleh Semi-D.

Rezeki kami agaknya, hasil carian google, kami jumpa rumah idaman. Berdekatan dengan kampung suami dan yang penting harga mampu milik. Kena pulak kami dapat harga promosi terhad untuk 5 unit sahaja. Dan kami sempat dapat 1 unit dari 2 unit promosi terakhir. Harga asal RM322k. Tapi bila dah diskaun promosi kami dapat dengan harga RM288k. Rezeki betul!!

Rumah terletak di kawasan perkambungan Pantai Balok, to be axact perumahan Balok Pine. Tapi bukan betul-betul tepi pantai. Kawasan rumah kami seberang jalan. Takut jugak kalau rumah betul-betul dekat pantai. Kang jadi apa-apa, tak pasal. hehehe...

Jom layan layout rumah kecil kami.

Pandangan Depan/Belakang

Pandangan Sisi

Layout

Oklahtu... tak besar sangat. 1 tingkat saja. Bukan takmau teres bertingkat tingkat, tapi fikirkan dah tua tua nanti, takkan larat dah nak panjat tangga. Baiklah beli rumah setingkat je. Agak-agak nak lagi luas, kita renovate sampai bucu pagar. hahaha.... yang best pasal rumah ni ialah tanah lebih tepi dan belakang dapur. So bolehlah agak-agak nak tanam cili ker..bunga ker... atau anak cucu main kejar kejar nanti. Haih... tak sabar nak tunggu derang pacak tiang. kikiki....

Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki kepada kami. Memang azam nak bayar installment rumah ni dengan duit Shakle saja jika diizinkan. Harap ini menjadi semangat untuk saya lebih berusaha. Amin!