Sunday, August 31, 2014

Tersalah Petik Nama

Harini join rombongan Memetik Bunga di Taman Larangan di pekan Banting.

7 buah kereta konvoi dari Putrajaya ke Banting.

Gedebak gedebuk... berbalas pantun 10 minit... tengah tengah tu tetiba terdengar..
"...pertunangan antara si Bunga dengan Yusof.." ---- APAKAH !!!??

Ape ke hei nya tukang pantun sebun nama En. Suami pulak dah. Hahaha...

Ketersasulan wakil kami. Nak pinang untuk si Adik... tersalah sebut nama si Abang pulak dah.

Bini si Abang dah cuak muka hijau dah ni ooii!!

Dah dua-dua nama mula hurufnya sama. Tershasul la pulak dah.....sabar aje lah.


Thursday, August 28, 2014

Lara-lara kita Kari!! GLA Shaklee Buy 6 Free 1 (Ogos 2014)

Salaam Jumaat.

Selepas rasa frust pagi ni... ku bawa diri yang lara ke opis.
Nasib baik mood lara ni sekejap je. Tak boleh lama-lama lyan mood lara ni. Setan banyak duk hasad hati buat dosa.

Dapat gambar wasap...Mama ke penang.  Haih.. lama tak balik Penang. Tiba-tiba teringat kari la pulaaakk....

Esok family dari Kuantan nak datang Putrajaya. Ateh dia nak gi minang anak dara orang di Banting sana. Kira ramai la nanti kat rumah. Tapi bukan semua tidur rumah kami. Ada yg tido hotel, ada yg tido homestay. Mak ngan Ayah ajelah tido rumah kami.

Sementelah nanti ramai nak datang, plan ingat nak masak sikit untuk jamu tengahari esok. Terus dapat idea masak kari kepala ikan. Resepi dah siap di google. First time tengok resepi masak kari kepala ikan pakai beras sangai. Ni nak kena cuba nih! Harap2 jadi laaa... kalau tak malu kat tokey nasik dagang lak. kikiki....

Harini ni Abahnya cuti. So bila beliau bercuti, secara automatis dia jadi COO company Shaklee saya. Tugas harini beliau nak kena hadirkan diri ke Home Office Shaklee baru kat Sunway sana... pickup set GLA Complex Buy 6 Free 1 n cuba nasib dapatkan 5 ketul Herbal Blebd Cream (yg sangat kritkal stocknya seluruh Malaysia). Saya doakan berjayalah hendaknya misi beliau.

Friday, August 22, 2014

Salam Takziah Buat Keluarga dan Penumpang #MH17


Kepulangan yang dinanti. Walaupun hanya jasad yang tiba tetap memberi satu kesyukuran buat keluarga kumpulan pertama 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia MH17. Mereka antara 43 rakyat Malaysia yang terbabit dalam tragedi yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Jumaat 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Malaysia sempena menyambut pulang jenazah mangsa-mangsa nahas ‪#‎MH17‬. Jalur Gemilang akan dikibar separuh tiang dan rakyat Malaysia disarankan memakai pakaian dengan warna suram. Kegiatan dan rancangan berunsur hiburan juga akan digantikan dengan program-program keagamaan.
 
Seluruh rakyat juga diminta bersama-sama bertafakur serentak selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi MH17.
 
Al-Fatihah dan takziah.