Monday, February 3, 2014

Ok.. ape ni ?
Beriya karang 2 post Shaklee.. tapi browser tak update n tak SAVE ??
Buang masanya rasa... baik la tido dulu kan ... adoi..

Tengah-tengah malam meroyan. kwang...kwang...kwang...

4 hari cuti.. takde stress, ok je. Ye lah.. mana nak rasa stress dah telan B Complex kan (Kalau stress jugak mau kena saman Shaklee ni. hahahaha.....).. alih-alih... jam terakhir cuti.. masalah update blog pulak. Hangin je rasa... komputer ni nampak kecik besar..kecik je!

Walau apa pun, cuti 4 hari yang tenang. Kami tak ke mana. Hanya berlegar sekitar Putrajaya n Dengkil saja. Opss... terlepas jugak ke Shah Alam. Semata untuk lunch. Yup.. kami memang jenis suka drive jauh jauh semata untuk makan.

Petang tadi duk lepak-lepak.. Babah bagitau dia dapat offer Master in Water Engineering. Alhamdulillah.... really happy for him. Dan ini buat saya lebih lagi mahu berusaha untuk berjaya business Shaklee. Tak kisah lah apa orang nak kata. Yup.. kat fb mmg ramai kutuk company MLM n ramai yang menyampah dengan pengedar Shaklee. So hanrapnya saya lebih sabar. Yup.. saya bukan taksub business Shaklee. Tapi saya suka Shaklee. Ia mampu milik dan antara jenama supplement terbaik pernah saya guna dan saya suka berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua terutama kepada yang memerlukan.

Ada juga terbaca di fb  kawan sendiri menyindir produk Shaklee atau MLM. Tapi kalau difikirkan balik, takpelah. Some people have their own stand against MLM business. Yang penting saya hanya nak bantu. Taknak beli dari saya atau produk saya pun tak tak kisah. At least saya dah sampaikan apa yang saya tahu.

Dah tulis sampai sini, mood meroyan saya dah hilang agaknya. Sekejap je pun. Alhamdulillah...

Opss.. juga Alhamdulillah n syukur kepada Allah. Saya berjaya naik rank lagi untuk Sale Januari 2014. Sudah Coordinator pun. Nampaknya tanggungjawab makin banyak. Tanggungjawab membimbing rakan-rakan lain untuk berjaya juga bersama saya. Ya Allah.. semoga kami semua berjaya.

Mesti korang bosan baca blog ni kan. Sejak-sejak join business Shaklee.. asyik cerita Shaklee je. hahaha...

Sijil Halal Shaklee 2014


Tahun berganti. Alhamdulillah, syukur kita berpeluang bertemu di awal tahun 2014.

Kini sangat hebat orang mempekatakan status halal produk pemakanan kesihatan. Sehingga terdapat pertikaian tentang status halal produk supplement kesihatan termasuk produk Shaklee.

Setiap tahun pihak Shaklee akan memperbaharui sijil status halal yang dikeluarkan oleh ISA (Islamic Service Of America).

Dibawah adalah sijil terbaru yang dikeluarkan oleh ISA untuk tahun 2014.

Page 1 of 1
Displaying Image184445451-1.pdf.
Untuk bacaan lanjut, boleh klik disini.




Displaying Image184445451-1.Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Friday, January 24, 2014

Harap yang terbaik untuk 2014!

Assalamualaikum..

Tadi nak update blog ni, terbukak blog Shaklee saya pulak. hahaha... Nasib baik tak terbebel kat sana.

Lamanya tak cerita kat sini. Sepanjang 2013.. banyak perubahan. Dan 2014 juga akan lebih banyak perubahan In Sya Allah ke arah kebaikan. Business Shaklee semakin baik. Masih dalam usaha mendaki dan harap hanya terbaik dariNya. Alhamdulillah...Sekarang ni sedang berusaha ke arah Car Bonus. Nanti dah layak, harap boleh kumpul cash untuk umrah secepat mungkin. Yup.. since business ni, keadan kewangan dah sedikit lega. Dah mampu bayar loan rumah Bayu Puteri lebih awal dan terlebih bayar. Dah takde lagi adegan malas nak angkat telefon bila keluar nombor disyaki no ofis bank. (hahahaha....). Sunyi aje telefon ni.. org bank dah tak call, kecuali telemarketer bank yg call promote suruh buat loan lagi. Huhuhu... dah tak daya nak buat loan dah. Tapi kalau suruh  invest, mungkin akan dipertimbangkan.

Awal Januari bertambah lagi anak menakan. Maksu derang bersalin anak sulong. Irfan panggil Baby Piya. Comel je.. rasa geram nak baby lagi. hehehe... (ops.. blom masanya, czer scar pun masih berdenyut). Dedi Piya pun dapat offer kijer gomen. Rezeki anak agaknya... :-D

Mak Uda dia pun tahun 2014 akan berhijrah. Mengikut suami ke Malaysia Timur. Yess...!! Akhirnya ada rumah kami boleh tumpang bila ke sana nanti. Dah lama rasa nak holiday ke sana. In Sya Allah cuti sekolah tahun ni kami plan ke sana ya.

Abah Jue dia pulak... rezeki bertambah sejak dah tamat Phd dia. Alhamdulillah.. berjaya capai cita-cita dan impian arwah Abah nak tengok anak dia ada Phd. Mama cakap Abe Jua dapat offer dari UMK. Alhamdulillah... dapat balik kampung. Taklah mama kesunyian. Berita yang ni paling best!

Apa pun.. berharap sangat 2014 memberi lebih banyak peluang kepada kita semua. Lebih sihat, lebih rezeki, lebih iman di dada dan lebih tenang menghadapi cereka dunia. Chaiyok!!