Saturday, November 30, 2013

MLM JUAL HARAPAN ?

Syukur... lega rasanya bulan November saya berjaya lahirkan Leader yang sudah mampu membimbing group kecilnya sendiri. Sudah mampu bergerak sendiri dan lebih maju. Seronoknya rasa macam anak kecil dah mula pandai berjalan!

Ramai ingat MLM Shaklee ni hanya goyang kaki saja. Kumpul seramai ahli, dan tunggu duit masuk berguling guling. Tapi tanggapan sebenarnya sangat silap.

Setiap ahli yang berdaftar diberikan pilihan sama ada ingin menjadi ahli biasa dan hanya gunakan keahlian untuk harga jimat, atau menjadi ahli untuk business.
Bagi yang serius ingin business, bimbingan, tips dan sokongan akan diberikan. Proses mendidik hati juga sangat ditekankan. Heee.. biasalah, bila disebut MLM, ramai yang mencemuh. Dari situ ramai beginner yang give up. Sudahnya malu untuk memulakan langkah permulaan dan akhirnya terkubur begitu saja.
Kerana itu, saya sangat tekankan proses mendidik hati. Katakan pada mereka MLM Shaklee hanya jual barang penjagaan kesihatan. BUKAN JUAL HARAPAN. Bagaimana boleh maju dengan hanya menjual produk kesihatan ? Dengan sharing maklumat produk dengan niat untuk memberikan kesihatan lebih baik kepada semua golongan. Dan juga lain lain tips  dan bimbingan istimewa dari group tertutup kami.

Kami tidak janjikan income puluhan ribu dalam sebulan. Tapi jika anda sabar dan cekal berusaha, sudah pasti lebih dari itu anda mampu dapat. Itulah pengalam saya, dan saya tidak segan ingin berkongsinya dengan mereka yang berminat. Yang nyata, tiada paksaan  untuk berniaga dalam Shaklee. Semuanya atas kerelaan dan kehendak diri sendiri.

Salam Ahad (1 Disember 2013)

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

#kttShaklee #kelabBloggerJutawan #shaklee

Wednesday, November 20, 2013

Shaklee Ready Stock (1 Disember 2013)

Update Ready Stock (1 Disember 2013).
Available for COD sekitar Putrajaya dan Penghantaran ke seluruh Malaysia.
(caj Pos RM10 atau lebih mengikut berat)
  • 1 ESP 
  • 1 MealShake 
  • 2 Alfalfa 
  • 2 Lecithin
  • 1 GLA Complex 
  • 1 Vitalea 
  • 2 Vita C 
  • 1 Omega Guard 
  • 1 Coq Health 
  • 2 B Complex 
  • 2 Peppermint Ginger 

WhatsApp 012-3252171 untuk mendapatkan senarai harga. Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, November 18, 2013

Ringkasan 2 weekends

Dah 2 weekend kami agak sibuk.
Weekend pertama sibuk dengan aktiviti Graduasi Tadika Kakak. Petangnya pula kami berkunjung ke rumah AbeJu, meraikan  dia grad Phd. Alhamdulillah....
Keesokannya, tuan rumah suruh tunggu dulu sampai petang. Nak bawa semua termasuk Mama dari KB santai makan makan di Kuala Selangor, Aroma Ikan Bakar. Jauh jugak perjalanan kami. Dari Putrajaya - Sg Buloh - Kuala Selangor - Putrajaya.

Weekend kedua, kami ambil keputusan nak bawa Kakak enjoy ke Genting Highlands. Alang-alang bonus Shaklee bulan ni rezekinya lebih. Lepas tolak insurans kereta dan roadtax, masih ada baki untuk reward diri dan keluarga. Inilah masanya bawa anak-anak enjoy. Walaupun Genting je, at least anak-anak dah happy.
Tapi Genting agak bosan (bagi Ibu n Babah) memandangkan kami hanya boleh ke Indoor ThemePark sahaja. Pusing-pusing, mainan yang sama je. Nasib baik tak ramai sangat orang time tengah tengah bulan ni. Tapi penat nya tetap sama. Menginap 1 malam di First World Hotel je. Cukuplah ada katil dan keperluan membersihkan diri untuk satu malam. Tak perlu lebih-lebih.
Esoknya, on the way balik, kami singgah ke Strawberry Park. Bagi can Kakak feeling kutip buah strawberry. Si Adek sibuk nak  turun dari SSC. Nak petik sama ngan Kakak n terus makan. Haih... terpaksa keluarkan Adek dari kawasan pokok strawberry, kang tak pasal semua buah di petik makan kat situ jugak.

Minggu ni harapnya boleh duduk rumah sepuasnya... nak uruskan kain baju, kucing, cuci kereta, mop lantai segala. Rumah dah gaya cam rumah tinggal dah ni. Huihh..!!