Tuesday, January 8, 2013

Hilang Pin tudung nak wardrobe change ?

Beli 3 hilang 2, tinggal satu.
Beli 5 hilang 3.
Beli Hak pink pakai kat kain hijau.
Beli 10, hilang 10!

Argh... pagini gi kerja pakai pin peniti aje buat semat tudung. Nasib baik brooch emas kali ni tak hilang. Kalau tak, mau nangis sebab rugi emas mahal dan nangis kegatalan bawah dagu pasal pakai brooch besi biasa.

Rasa sangat makci-makcik harini. Tudung pun tak pin sampai habis sebab hanya jumpa 1 aje pin peniti kebetulan melekat kat sofa. Pin kat tengah tengah aje. Atas silap hari nampak leher pulak dah. sabar je lah.

Sure ada cakap, apsal  tak pakai tudung express je ? Tak pakai sebab takde kaler yg sesuai ngan baju & sama sekali dah naik bosan dengan koleksi tudung & baju kurung pegi kerja yang dah 5 tahun duk recycle aja.

Oh... I need wardrobe change (keluhan kali ke brepa ntah). Berangan nak beli tudung baru (tapi tak semahal fareeda ker hapa, biasa-biasa aje).



Monday, January 7, 2013

Shaklee: Penyelesaian kepada Derita Sakit Sendi

ARKIB Utusan 08/01/2012 :Derita selepas berusia 35

KES 1
Semasa usia mudanya Rosli (bukan nama sebenar) 45, amat aktif bermain bola sepak malah kecederaan yang berlaku tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus aktif. Alasan yang diberikan, ‘sakit sikit je dan tak lama lagi baiklah tu’ menyebabkan Rosli tetap meneruskan aktivitinya. Sakit yang berpanjangan menyebabkan Rosli mendapatkan rawatan berurut dan sakit hilang sekejap dan timbul semula selepas beberapa minggu.
Degil untuk terus bermain walaupun lututnya sakit sehingga suatu hari kakinya terpelecok dan berbunyi ‘pop’ ketika beliau hendak menendang bola. Rosli rebah kesakitan dan beliau terus dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pada kecederaan kali ini, Rosli dirujuk ke pakar bedah Ortopedik untuk rawatan lanjut untuk X-Ray dan MRI. Rupa-rupanya Rosli mengalami kecederaan anterior crucriate ligamen atau ligamen krusiat hadapan (ACL). Jika tidak dirawat dan lututnya kerap terkehel dan kemungkinan akan terkunci jika meniskus terkoyak akibat tersangkut di celah sendi dan tidak dapat diluruskan


KES 2
Laili (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun sering merungut lututnya mengilu sakit ketika memanjat dan menuruni tangga. Beliau terpaksa menuruni tangga perlahan-lahan dengan meletakkan sebelah kaki penuh hati-hati kerana kesakitan apabila lututnya dibengkokkan. 
Laili juga sering mengeluh lututnya sakit semasa duduk tahiyat ketika solat dan susah hendak bangun jika mencangkung terlalu lama.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami menyebabkan Laili mendapatkan rawatan di hospital. 
 
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor Dr. Ezlan Merican berkata terdapat dua jenis sakit lutut yang biasa dihadapi oleh masyarakat.
“Jenis pertama sakit lutut akibat kemalangan dan kedua sakit lutut yang biasa dihidapi oleh wanita berusia 35 tahun ke atas,” katanya. 

Dr. Ezlan berkata, Rosli menghidapi sakit lutut jenis pertama akibat kemalangan semasa bermain bola sepak.
“Biasanya wanita jarang menghadapi masalah ini kecuali mereka yang biasa menjalankan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak, futsal atau ski.

Tanda-tanda kecederaan lutut ACL:
  • bengkak dan sakit setelah terpelecok atau dikasari
  • kesakitan dan bengkak tetapi akan reda setelah beberapa minggu
  • fungsi lutut tidak normal dan mudah terkehel
  • setelah beberapa tahun, lutut akan merasa sakit dan bengkak akibat kehausan tulang rawan dan lutut bertambah longgar
Dr. Ezlan berkata, biasanya pemain bola sepak menghadapi masalah berkenaan dan kecederaan serius akan berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Kecederaan semakin serius selepas lima hingga 10 tahun di mana lutut akan haus, bengkak dan kesakitan atau osteoarthritis.

Kecederaan ACL boleh apabila kaki terpelecok semasa
  • terpijak lopak yang dalam atau longkang
  • melakukan larian pintasan dengan berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba-tiba
  • semasa hendak menendang bola dengan memusingkan badan sambil kaki terpacak di tanah
  • melompat dan mendarat menggunakan lutut
  • dikasari dan dijatuhkan dengan rempuhan
Menurut Dr. Ezlan, kes kedua lebih ramai melibatkan wanita dalam usia 35 tahun ke atas biasanya disebabkan duduk terlalu lama, banyak naik tangga, terlalu aktif, berat badan berlebihan, mengangkat barang berat dan tidak cukup rehat.

Struktur badan wanita seperti pinggang yang besar, berat badan dan otot yang tidak kuat memudahkan mereka diserang sakit lutut.

“Biasanya mereka yang menghidapi sakit lutut akan merungut susah untuk membengkokkan lutut semasa naik turun tangga, duduk tahiyat dalam solat, bangun selepas duduk bersila dan keluar daripada kereta,” katanya.
Sakit lutut jenis kedua lebih mudah diubati dengan senaman ringan, kurangkan berat badan, fisioterapi dan makan ubat mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun kedua-dua jenis sakit lutut perlu segera diubati sebelum parah.

“Sakit lutut yang parah seperti Rosli perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi. “Dan jika kecederaan semakin parah, pembedahan merupakan langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut,” katanya. Ini bertujuan mengurangkan kesakitan dan memudahkan pesakit berjalan.

 SHAKLEE TERBAIK UNTUK KEKUATAN SENDI & TULANG

Dengan Shaklee, anda mampu mengatasi masalah ketidakselesaan sendi (sakit, lenguh, sukar membengkokkan sendi) dengan berkesan.

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET + OMEGA GUARD + OSTEMATRIX


Juga jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Advanced Joint Health tablet pada HARGA PROMOSI hanya sepanjang Januari 2013 sahaja.


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Friday, January 4, 2013

PROMOSI JANUARI 2013: Advanced Joint Health Tablet

Sepanjang Januari 2013, Shaklee menawarkan promosi Buy 6 Free 1 untuk produk Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Dengan belian Buy 6 Free 1, anda mampu jimat sehingga 20% dari harga pasaran.

Jom jimat. Hadiahkannya kepada diri sendiri, hadiahkannya kepada ibu bapa, hadiahkannya kepada saudara mara. In Sya Allah, AJHT amat membantu mengurangkan masalah ketidak selesaan sendi terutamanya kepada mereka yang berumur 40 an ke atas, warga emas dan mereka yang kerap menjalankan aktiviti fizikal.



Selain itu, AJHT juga boleh disertakan dengan tambahan Omega Guard serta pil kalsium Ostematrix bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum.



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir