Saturday, June 9, 2012

Assalamualaikum mengenal bicara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya menyatakan di sini bahawa blog ini telah diwujudkan  bagi tujuan memperkenalkan produk keluaran Shaklee dan berkongsi testimoni pengalaman pengguna Shaklee.

Kedua... blog ini wujud setelah saya sendiri merasai perubahan setelah menggunakan produk Shaklee dan merasai perubahan dalam badan.

Ketiga... tahap keyakinan saya terhadap produk Shaklee kukuh kerana ada dikalangan ahli keluarga sendiri yang menggunakan produk Shaklee lebih 10 tahun dan mengakui kebaikannya.

Dan keempat.... mewujudkan blog ini bagi memberi peluang kepada pembaca di luar sana unruk merasai kelebihan produk Shaklee dan sama-sama berkongsi kebaikannya.

Bagi mengakhiri catitan pertama saya ini, izinkan saya sudahi dengan BismillahirRahmannirRahim. Semoga segala perkongsian ini nanti dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

-Sekian....

Thursday, March 29, 2012

lamaaaaa sangat tak post di blog.

latest news, skarang ni diri ini tgh sarat n tunggu hari nak bersalin je. ni dah end of 38 minggu. perut pun dah kejang kejang dah ni bila bertekak ngan Tasneem.

Harap cepatlah bersalin, penat dah layan false alarm neh. rasa malas nak menunggu di dewan bersalin semata-mata kalau false alarm.

Thursday, January 12, 2012

Dalam Kenangan....

Pengakhiran 2011, berbagai peristiwa berlaku. Yang paling tidak dilupa adalah pemergian Abah tercinta Haji Khaidir/Khidzir Bin Othman pada 15 Disember 2011, jam 7.53 petang bersamaan 20 Muharram 1433 dalam keadaan yang amat tenang dan melegakan kami sekeluarga. Tiada kata dapat digambarkan. Hanya doa mampu diiringkan.

Amat sedih bila cuba diingat kembali saat-sata menjaga arwah di hospital. Tidak perlu di catit di blog atau di mana-mana diari. Biarlah menjadi kenangan dan pengalaman peribadi. Syahdu dan pilu bila cuba diingat kembali.

Walau kenangan itu lambat laun akan pudar bersama umur yang semakin senja nanti, biarlah ianya satu titik kesedaran pada diri sendiri.

Hanya sebagai ingatan pada diri, iman seseorang ayah atau ibu tidak dapat diwarisi oleh anak-anak.