Thursday, March 29, 2012

lamaaaaa sangat tak post di blog.

latest news, skarang ni diri ini tgh sarat n tunggu hari nak bersalin je. ni dah end of 38 minggu. perut pun dah kejang kejang dah ni bila bertekak ngan Tasneem.

Harap cepatlah bersalin, penat dah layan false alarm neh. rasa malas nak menunggu di dewan bersalin semata-mata kalau false alarm.

Thursday, January 12, 2012

Dalam Kenangan....

Pengakhiran 2011, berbagai peristiwa berlaku. Yang paling tidak dilupa adalah pemergian Abah tercinta Haji Khaidir/Khidzir Bin Othman pada 15 Disember 2011, jam 7.53 petang bersamaan 20 Muharram 1433 dalam keadaan yang amat tenang dan melegakan kami sekeluarga. Tiada kata dapat digambarkan. Hanya doa mampu diiringkan.

Amat sedih bila cuba diingat kembali saat-sata menjaga arwah di hospital. Tidak perlu di catit di blog atau di mana-mana diari. Biarlah menjadi kenangan dan pengalaman peribadi. Syahdu dan pilu bila cuba diingat kembali.

Walau kenangan itu lambat laun akan pudar bersama umur yang semakin senja nanti, biarlah ianya satu titik kesedaran pada diri sendiri.

Hanya sebagai ingatan pada diri, iman seseorang ayah atau ibu tidak dapat diwarisi oleh anak-anak.

Monday, November 14, 2011

Iklan kesedaran Denggi

PLEPAP!!! - bunyi tangan ibu tepuk belakang kakak.

Tasneem cam terkejut... " kenapa Ibu pukul kakak ?"
Ibu : Ibu pukul nyamuk tadi.... dia hisap darah kakak kat belakang...
Tasneem: oo.. ok... Ibu kalau nyamuk giget kakak nanti kakak jadi macam abang. sakit demam, pastu pengsan. kan ibu kan ?
Ibu: Yer lah... Tanak la kakak jadi macam abang nanti kan....

Itu perbualan kami pada satu petang.

Cepat betul kakak ni tangkap ape-ape. walhal iklan kesedaran Denggi tu baru sekali dia tengok. Dah boleh faham kalau nyamuk giget nanti sakit n masuk hospital.

Haaa.. tu lah, sape suruh memandai tanak pakai baju. Kang dah kena giget nyamuk. Tapi tau pulak takut ngan nyamuk. Haish....