Thursday, December 9, 2010

Bekwoh Padang Fasir

Tiba-tiba masa tgh drive ntahkemana-mana sambil dengar lagu maherZain, got this idea of doing bekwoh anum nanti masukkan elemen-elemen fadang fasir. Siap pengantin pakai ala2 Agnes Monica MV tuhan seksis tue (lupa tajuk) tapi takdelah nampak pusat segala. & the groom plak pakai jubah & tarbus beraksesorikan pedang sabit di pinggang. kalau ada prop unta pun bagus gak.

The flower girls plak pakai mcm penari gelek yang chommel (err.. tasneem pun tidak terkecuali). Tuan umah (mama & abah) pakai jubah a'arab & abah ngan tarbus merah atau headgear gelang kepala arab & kain petak2 tu. Hidangan lauk pengantin lak lamb kabshah ker... tetamu khas makan kambing golek. & tetamu2 lain makan briyani arab atau masakan ala tajheen. Buah tangan atau barkat lak, kita bungkus ajelah buah kurma cantik2.

Apa macam? best tak idea ni ? Hanum? WHAT SAY YOU ?



Agak2 mcm ni larr.. tapi bila tgk muka si johan raja lawak tu, rasa geli plak. Sila abaikan si johan tu

 

Tuesday, November 16, 2010

Saja mau kasi panas

Pernah satu ketika terdengar org merungut.. "kedekut nak balas sms, simpan duit nak gi Haji ke?! "

haha.. betul la. lagi bagus simpan duit pegi haji dari duk layan sms ko yang ntahape-hape tuh.

Oleh yang demikian, jom baca artikel di bawah.

__________________________________________________________

Jimatkan Kos Haji Dgn Dinar Emas

Setiap tahun kos menunaikan haji menggunakan Dinar Emas akan lebih menjimatkan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa meningkat. Jika diperhatikan, secara purata harga emas meningkat sekurang-kurangnya antara 20% hingga 30% setiap tahun.



Sila rujuk contoh pengiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar emas seperti berikut:

Tahun 2002:
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.



Ney harga dinar mase bulan ogos hari tu..

*Skarang ney (NOV) 1 Dinar dah dlm lingkungan RM 650

Tahun 2010:
1 Dinar = RM596 (Harga Semasa) 19 Ogos 2010
Kos Haji = 17 keping (Rujuk ilustrasi Harga Public Dinar) x RM596
Jumlah = RM10,132.00 (Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Sumber Kos Haji 2010
Petikan dari Berita Harian:-

2010/08/03,KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kesimpulan:

• Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!

• Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal sekitar RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.

Berdasarkan trend dan contoh pengiraan ini, disertakan permulaan meyimpan DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, maka pada tahun 2015, insyaAllah anda akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar sahaja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca yang budiman, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita sebagai umat Islam.


public gold

haha.. nampak sangat dah lama tak update blog. Id & password pun dah sampai 3 kali key in. Adoyai.....

Amacam? Rindu gua tak ? Kehkehkeh.... buat apa rindu gua, hari2 bleh tgk muka gua kat opis (bagi blogger2 lain yg kerja sabumbung ngan gua je laa...)

Ok, gua mau update, smalam gua baru terdetik hati mau invest dalm Public Gold (PG) punya jongkong mas & dinar. Mcm mana bleh terdetik tu ? sbenarnya dah lama dah gua perati promo2 dari kawan si suami kat fb dia pasal harga mas nih. Spanjang pemerhatian gua, ada jugak gua sound en suami berkenaan hasrat gua mau beli emas tak kira la emas bling2 yang pakai kat badan tu kaa.... atau keping2 dinar. tapibiasalah, en suami mungkin dah tau gua ni jenis hangat2 taik ayam, so bila wa senyap, dia pun takde nak tanya. Tapi tiap kali wa berangan cakap2 kat en suami yg wa niat nak beli emas, sure dia akan cakap.."ok nanti dia tanya ajis". Hoh.. siapak ajis?

Rupanya si ajis tu lah yg wa duk tengok2 iklan emas kat fb tuh. kawan en suami rupanya.

So smalam, time wa tgh lepak2 layan fb kat tepon, si ajis ni sudah paste status dia ngan ayat " harga emas tgh turun mendadak, sesape nak beli emas baguslah" lebih kurang la ayat dia (wa tak ingat ayat betul dia). so time tu, memandangkan wa ada sikit reserve hasil pinjam along berlesen ari tu, wa branikan diri tanya si ajis. Pastu ngan sepantasnya wa sms en suami yg mana dlm perjalanan pulang dari kerja, nak mintak kebenaran utk beli emas dari si ajis ni. huhu... en suami dah bagi greenlite, so ape lagi, wa gigih wat kalikesyen & terus sms si ajis utk lock harga emas.

Malam tu, wa gigih ajak en suami pi bayar 50% harga emas ke mebeng en ajis. Hasil persetujuan ngn en ajis, wa akan setel bayarkan belen 50% persen lagi bila wa balik kelate nanti & pastu merasalah wa pegang maskeping nipis. jadilar dari takde kan ?

So, nanti tercapailah hajat gua. Mintak2 air lir gua tak leleh lagi bila tgk emas kat kedai poh kong.

Ni wa kongsi graf harga emas yang membuatkan wa excited nak beli emas. harga emas ni akan dihapdet setiap 20 minit berdasarkan harga emas antarabangsa. So kalau nampak graf menjunam turun 89 darjah tu, maknanya harga emas murah lah sket, mungin beza rm10 utk 20gram.



Gua saran, kepada sesapa yg nak kawen, beli lar emas. Nilai tak susut mcm wang kertas. Nak tau lanjut, sila klik sini (page ajis)

 

Wassalam.....