Tuesday, December 29, 2009

Berurusey nga TM

Post kali ini akan ditulis dalam loghat kelate & inggeris sahaja.

Payoh la nok beruruse denga TM. Banyok krenoh!

Gini la nok cerito.. ambo key baru jah  pindoh rumoh. So hajat di hati nok mitok la line streamyx huk baghu memandangkan streamyx lonih cukup doh kontrek 2 tahun & didaftarkan bawoh namo bonda ambo.

Mulo2 ambo gi streamyx Cyberjaya. Nok gi terminate/daftar nombor tepon baru & terminate/daftar streamyx baru. Gi la ambo ni panah cheng..cheng tengoh hari buto. Nunggu que nok dekat 1jam jugok. Bilo turn ambo.. ore kat kaunter tu kato nok keno ore huk namo berdaftar untuk streamyx tu sendiri huk keno maghi terminate ngan bui salinan ic dio skali. Sak goba la ambo.. mugo mok ambo duk kapong kelate nuh!

Pah gak, keno la ambo talipong nga explen sgalo kisoh cerito berkenae mugo nok terminate streamyx tuh. buih mulut ambo duk eksplen nok bui mok ambo pehe, nok mitok tolong gi TM KB isi borey terminate akaun streamyx. Pah sudoh mok ambo pehe ala kadar, esoknyo gi la mok ambo ko streamyx KB nok isi borey terminate. Pahnyo skali lagi ambo keno eksplen ko ore telekom tu kut talipon pasal bakpo mok ambo gi sano. (eeeiii.. payoh pehe la ore Tm tuh!!).

Sudoh mok ambo isi borey, ore kaunter tu kato tokleh terminate slaluh sebab tarikh tamat kontrek 2 tahun adalah pado 27 /12. Ore kaunter tu kato .. "Takpolah, ambo KIV dulu borey kak nih. Nati 27 hari buley ambo submit la ko sistem". Pahtu mok ambo kiro abih doh la tugas dio. Mok suruh ambo follow up sendiri ngan TM Kb. Takpolah... ambo tunggu lah.

27/12... ambo talipong TM, nok cek streamyx tu idup lagi ko dop. Kejut la ambo... mugo streamyx tuh idup lagi. Haish... masuk daley bill la ni nanti. Bengong laaa....!!

Ambo mitok mok ambo cek nga TM. Rupo2nyo.. bore terminate tu tok submit lagi. Pegawai tu pulok cuti. Ore situ kato.. takpo. Nanti ore tu masuk esok, dio submitlah bore tu.

28/12.. ambo tepon lagi cek. Streamyx tu hidup lagi. Ambo pikir.. tkapolah.. mungkin ambik maso sikit kot nok terminate.

30/12.. ambo tepon lagi cek. Akaun streamyx tu idup lagi !! Ishkk.. ambo gerey... pahgak terus cari nombor telepon TMKB.

No huk TM Call Center bui : 7415958 .............. takdop ore jawak

Ambo gugel nombor pulok. bulih huk ni: 7449191 ....... ado ore jawak. Tapi dio suruh talipon kedai telekom pulok.

7415958 .......... tok jawak. dail kali keduo... lasung enggaged.

Ambo talipong balik 7449191... 2 kali dail nombor baru buleh. Ambo mitok nombor lain.

Dio bui huk nih pulok: 7415960 ... huk ni baru jawak.

Dey bulih kecek, ambo keno eksplen smula segalo kejadiey dari A sapa Z. Sero srupo nok buih mulut ambo. Letih toksoh katolah. Letih kecek.

Ore tu kato, nati dio uruskey. Dalam 24 jam tindakan akan diambil. Ambo mitok dio buak cepat sikit mugo ambo kato ambo nok ambik package promosi combo streamyx huk akan berakhir hari ni. Dio mitok nombor mok ambo pulok sebab nok confirm smula ngan mok ambo sbagai penamo akaun. Ambo bui la nombor mok ambo. Ikut dio lah nok wak guano. Tapi kalu petey kakre line streamyx tu idup lagi, ambo tok tahu la nok wak guano doh. Buak abih tey doh nih!

Monday, December 28, 2009

Semangat kejiranan ?

dah lebih 2 minggu kami duk kuarters baru. Tapi sorang jiran pun takde yang sempat kami tegur lagi. yang sebok menegur kami hanyalah bibik-bibik yang sebok melepak dikala petang atau awal pagi selepas majikan keluar bekerja.

Hairan yer... hmm.. tapi entah lah. Mungkin kami masih baru dan tak sempat nak tunggu jiran-jiran di depan porch umah semata-mata untuk berkenalan dengan jiran-jiran sekitar. Even sehingga kini kami masih lagi tak tahu nama jiran umah sebelah kami. Yang kami tau mereka punya anak 3 orang & salah sorangnnya perempuan yang on the very first day nampak saya berbual dengan maid dia... tiba-tibe disebutnya perkataan "ROGOL" di depan saya. Astaga... (tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak).

Mungkin budaya sekarang yang mana komunikasi antara jiran tetangga semakin berkurangan dan takut pula dikatakan menjaga tepi kain orang pulak. Tak kuasa saya nak jaga tepi kain sesiapa, tapi at least kita kena tau jugak nama jiran2 sekeliling. Mungkin ada kecemasan yang memerlukan bantuan jiran suatu hari nanti.

Masa duduk apartment tu macam tu jugak, Jiran sebelah menyebelah tak kenal pun nama. Kami hanya senyum bila dalam keadaan terpaksa seperti bila bertembung di dalam lift atau kebetulan sama-sama di depan pintu rumah. tapi at least kami masih senyum sesama jiran. Tapi bila stay teres ni, batang hidung tuan rumah pun susah nak nampak.

Sunday, December 27, 2009

Trilogy sengkuang kuning

Sendiri buat, sendiri tanggung, sendiri mau ingat !

Dah tau takleh makan jeruk kuning, pi makan jugak pasai pa ?! Kan dah semput !

Tapi sebab benda tu sedap la takleh tahan. Nak jugak merasa walau sekeping. Masa mula-mula giget tu memang kecur air liur. Bila dah masuk 3rd bite, kerongkong mula rasa nak berdehem. Esofagus rasa seakan menyempit.

Rasa panik seketika. Risau takut kena pi klinik. Tak nak tragedi kurma kotak berulang.

Air diminum hampir stengah tupperware. Tekak rasa sedikit lega & sejurusnya rasa tekak mula berkahak.

Lega....... no need for immediate medication. Lagipun stok ubat dah lama takder.

TAPI .... sengkuang tu memang sedap ! hehehe...