Tuesday, February 23, 2016

Jom kita buat Outbound Marketing

Salaam Sayang.

Entah mengapa tahun 2016 rasa berkobar kobar nak all out berniaga. Bukan stakat business online je, rasa nak sangat jual secara offline, bukak gerai, bukak booth. Belajar approach customer. Belajar terima rejection.

Saya sekarang tengah implement Outbound Marketing. Apa tu ?

OUTBOUND MARKETING : Walaupun kita ada kedai jual tudung, kita fokus untuk menjual produk dengan kadar yang cepat. Kita buka booth kat mana-mana strategik, kita buat sales promotion, kita sponsor event (belum sampai tahap ni lagi. hehe). Semuanya untuk push produk kita supaya jalan laju.

Haaa... faham kan ?

Dah ada OUT mestilah kena ada IN kan ?

INBOUND MARKETING : Kita buka kedai, kita maklumkan yang kita adalah PENGEDAR DAN PEMBORONG semua jenis tudung (contoh je). Dalam website kita pula, kita share cara nak kenal kualiti kain dan perincian tudung. Bagi yang berminat, mereka boleh datang CARI KITA dan dapatkan servis/produk dari kita.

---- Yang inbound dah lama saya buat. Ya memang ada orang yang mencari, orang yang baca tips tips produk. Yang membeli pun tak kurang.


So sebab dah lama sangat rasa duk buat Inbound Marketing nih, saya nak buat Outbound pulak. Lebih all out dan orang lebih nampak. Jangan tunggu orang cari. Kita kena standout bagi orang nampak kita. hahaha....

In sya Allah, selagi kita usaha, rezeki takkan salah alamat.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment