Tuesday, July 22, 2014

Apa itu Kolesterol ?

KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.


Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya. Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen yang menyeimbangkan LDL:HDL (kolestrol ‘jahat’: kolestrol ‘baik’) dalam tubuh menerusi sterol tumbuhan. Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan. Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol. Selain itu, ketika proses pencernaan, sterol bersaing dengan kolestrol dalam proses penyerapan. Dengan itu, kolestrol lebih sedikit diserap dan lebih banyak dikeluarkan.
DIET SIHAT
Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.
Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging.
Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.
GAYA HIDUP SIHAT
Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.
Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Sumber : FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Shaklee Phytocol_ST™

phytocol st
Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).
Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.
Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
10390175_653060218113535_7721559761230014912_n
Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, July 17, 2014

Cara Mudah Dapat Facebook Like Percuma dan Berkualiti

Bagi orang yang ada facebook page, satu perkara yang paling memeningkan kepala ialah mendapatkan like untuk facebook page kita. Malah ada yang sanggup membeli like, mengupah orang untuk mendapatkan like, membuat aplikasi untuk menambah like dan macam-macam lagi. Banyak duit dan masa terbuang macam tu je… hanya untuk mendapatkan like…
Kali ni aku nak kongsi cara mudah dan percuma untuk mendapatkan like di facebook. Sebenarnya bukan like fan page facebook sahaja, kita juga boleh menambah subcriber, tambah share di facebook, tambah follower instagram, tambah like untuk post di facebook dan banyak lagi. Bukan untuk facebook sahaja, malah youtube, pinterest, twitter dan lain-lain… 

Yang penting kalau kita menggunakan web ini, kita tidak melakukan spam atau pun menyebarkan virus. Caranya senang sahaja:
1. Daftar percuma DISINI.
2. Sahkan emel dengan mengelik link yang dihantar ke emel korang tadi.
3. Add Site (letakkan link facebook page / youtube / twitter) yang ingin diproses.
4. Klik Page orang lain untuk mendapatkan “point”.
5. Selepas beberapa minit, lihat balik facebook/ youtube/ twitter tadi. Kalau takde perubahan maknanya ada tersilap setting di mana-mana.
Tak perlu risau.. saya baru je guna kaedah ni, dalam sehari dapat minimum 30 like. Kalau hari hari ? hehehehe.....
Selamat mencuba

Wednesday, July 9, 2014

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 4 (Pengurangan Pengumpulan Protein AGE ) - Anti Penuaan

Jadi apakah sebenarnya Protein AGE ?  Dan mengapa pengumpulannya akan memudaratkan kesihatan ?

AGE = Advanced Glycation End Product
Merupakan protein atau lipid (lemak) yang terikat pada molekul gula tanpa bantuan  enzim untuk mengawal tindakbalas. Dalam ilmu kimia, tindakbalas gula tanpa bantuan enzim dikenali sebagai glycation. Jadi AGE ini adalah "Produk Akhir" (end product) hasil dari  glycation.


AGE dan penyakit
Walaupun masih banyak persoalan tentang protein AGE ini, satu perkara yang kita ketahui ialah pembentukannya akan menjadi lebih ketara apabila terdedah kepada gula. Kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lebih lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat. Protein yang mempunyai jangka hayat lebih lama contohnya protein kolagen pada kulit, myelin pada saraf, otak, mata dan sel-sel telinga tidak begitu bernasib baik. Protein-protein ini akan berinteraksi  dengan lebih banyak gula untuk jangkamasa yang lama dan akan lebih cenderung untuk mengalami proses glycation.

Beirkut adalah beberapa contoh tindakbalas AGE dan komplikasi penyakit yang dikaitkan:
  • Diabetes Tahap II - kerosakan sel beta pada pankreas. Kadar gula dalam darah pesakit diabetes akan menyebabkan proses glycation terjadi.
  • Kerosakan pada kolagen kulit - sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menjurus kepada kedutan.
  • Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.
  • Penyakit kardiovaskular - AGE membuatkan permukaan LDL (kolesterol jahat) lebih kasar dan lebih cenderung melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen pada dinding saluran darah akan mengakibatkan tekanan darah tinggi atau melemahkan  dinding saluran darah dan menyebabkan aneurisms.
  • Protein Amyloid, yang menyebabkan Alzheimer, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.
  • Sistem Saraf - Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sell (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).
Adakah Vivix mampu mengatasi semua masalah ini. Tidak semestinya. Tetapi kandungan polyphenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. 

Rujukan :
1.  Shen K. Advances in Advanced Glycation Endproducts (AGE’s) Yale Scien Mag. May 1, 2010.

2.  Ramasamy R, Vannucci S, Shi Du Yan S, Herold K, Yan S, Schmidt A.  Advanced glycation end products and RAGE: a common thread in aging, diabetes, neurodegeneration, and inflammation.  Glycobiology 2005;15(7):16-28.



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 3 (Penghasilan Tenaga Selular)



Bagi seorang atlit, latihan fizikal sangat penting bagi meningkatkan kapasiti sel-sel otot. Aktiviti aerobik adalah untuk meningkatkan jisim mitokondria dalam  sel-sel otot. Secara ringkasnya, LEBIH MITOKNDRIA pada sel-sel otot, output tenaga akan lebih banyak dihasilkan dan menjadikan otot mampu bekerja dengan usaha yang kurang.

Pada asasnya, mengamalkan Vivix juga sama efeknya ke atas mitokndria seperti mereka yang menjalani latihan fizikal. Tapi saya tidak mencadangkan Vivix menggantikan senaman Fizikal kerana dengan senaman fizikal, pelbagai faedah fisiologi mampu diperolehi oleh badan. Tapi gambar ini menunjukkan bahawa hasil dari Vivix, otot-otot lebih ketara dari segi pengeluaran tenaga dari mitokondria berbanding yang lain. Ini mampu menggalakkan kesihatan dan kelangsungan hidup sel yang lebih panjang serta meningkatkan fungsi sel.

Mitokondria berfungsi untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi sel pada tahap terbaik. Dengan keadaan mitokondria yang lebih bertenaga (dengan Vivix), bukan sahaja sel-sel hidup lebih lama, malah anda juga akan mendapat lebih banyak tenaga sepanjang hari dengan keadaan mental yang lebih baik, lebih fokus dan lebih berstamina sepanjang hari.


Rujukan:

1.  Lagouge M, Argmann C, Gerhart-Hines Z, Meziane H, et al.  Resveratrol Improves Mitochondrial Function and Protects against Metabolic Disease by Activating SIRT1 and PGC-1α Cell 2006 Dec;127:1109-22

2.  St-Pierre J, Drori  S, Uldry M, Silvaggi J, Rhee J, Jäger S, Handschin C, et al.,  Suppression of Reactive Oxygen Species and Neurodegeneration by the PGC-1 Transcriptional Coactivators.  Cell 2006 Oct;127:397-408

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 1 (Mengatasi kerosakan DNA)
Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 2 (Genetic Regulator - Melambatkan Penuaan)
Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 3 (Penghasilan Tenaga Selular)

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 4 (Pengurangan Pengumpulan Protein AGE ) - Anti Penuaan





Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, July 8, 2014

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 2 (Genetic Regulator - Melambatkan Penuaan)


Satu kajian terkini menunjukkan bahawa kandungan bahan-bahan di dalam Vivix mampu mengaktifkan genetic regulator yang membantu melambatkan proses penuaan sel.

Jadi.. apakah kunci utama genetic regulator dan apa kepentingannya ?
Genetic regulator utama dikenali sebagai Nrf2 dan penting dalam tindakbalas antioksidan. Nrf2 mampu menghasilkan gen penting untuk memerangi oksidatif dan keradangan dengan cara mengaktifkan tindak balas dari badan sebagai perlindungna. Nrf2 mampu melindungi kita dari pelbagai komplikasi berkaitan oksidatif walaupun dalam keadaan di mana antioksidan dari pemakanan (sumber vit C dan Vit E )telah gagal.

Semasa muda, tekanan dari alam sekitar (contoh dari makanan berlemak) akan mencetuskan tindakan dari Nrf2 yang mana akan mengaktifkan pertahanan antioksidan dan menyebabkan tindak balas imun. Semakin berusia, Nrf2 penghasilan Nrf2 akan berkurang dan mekanisma perlindungan badan akan semakin perlahan.

Kajian klinikal rawak telah dijalankan di State University of New York, Buffalo dengan menggunakan Vivix. Hasilnya menunjukkan bahawa Nrf2 meningkat secara mendadak dalam masa 3 jam pertama selepas mengambil makanan yang berlemak tinggi Dalam kajian yang sama, didapati juga kadar keradangan didapati hampir tidak meningkat.

Ini menunjukkan bahawa Vivix mengaktifkan gen Nrf2 yang mana akan mengaktifkan mekanisma antioksidan dan pertahanan badan, mekanisma detoksifikasi, mekanisma sistem imun, mekanisma anti-tekanan (anti-depression) dengan tindakan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak. Mekanisma yang diaktifkan juga adalah mekanisma yang sama yang mampu melambatkan penuaan sel dan mengurangkan risiko penyakit degeneratif.

Jika Vivix mampu melindungi kita dari kerosakan akibat pemakanan yang tinggi kandungan lemak, fikirkan... bagaimana ia mampu memberi kesan dalam melambatkan proses penuaan dengan hanya menggabungkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. :-)


Rujukan:

1.  Li W, Kong AN.  Molecular mechanisms of Nrf2-mediated antioxidant responses. Mol Carcinog 2009;48(2):91-104.

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 1 (Mengatasi kerosakan DNA)
Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 2 (Genetic Regulator - Melambatkan Penuaan)
Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 3 (Penghasilan Tenaga Selular)

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 4 (Pengurangan Pengumpulan Protein AGE ) - Anti Penuaan



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 1 (Mengatasi kerosakan DNA)



Setiap hari, setiap sel dalam badan kita sentiasa diserang sehingga satu juta serangan yang mampu merosakkan DNA. Banyak kajian menunjukkan bahawa serangan ini akan merosakkan DNA di sekitar otak, hati, buah pinggang dan organ-organ lain. Kemampuan badan untuk membaiki DNA yang rosak menurun dengan peningkatan jangka hayat.



APAKAH PUNCA yang merosakkan DNA ? = ROS (Reactive Oxygen Species)
Salah satu punca utama ROS adalah dari radikal bebas (free radicals).

Jika kita boleh menutralkan redikal bebas ini, maka kita akan mampu melindungi dan memperbaiki kerosakan selular pada DNA. Adalah panting untuk mengawal kadar penghasilan ROS dari badan kita.

VIVIX
Polifenol yang tedapat dalam Vivix bertindak seiring untuk mengawal proses penghasilan ROS. Ini membolehkan penghasilan cukup ROS untuk memberi manfaat kepada badan, tetapi tidak cukup banyak untuk menyebabkan kerosakan sel.

Kajian dalam makmal telah membuktikan bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix membantu melindungi dan membaiki selular DNA.

Apabila badan telah menerima tahap polyphenol yang secukupnya hasil dari kegunaan harian, proses penuaan keseluruhan sel didapati menjadi perlahan.

References:

1.  Chakraborty S, Roy M, Bhattacharya RK,  Prevention and repair of DNA damage by selected phytochemicals as measured by single cell gel electrophoresis.  Environmental Pathology, Toxicology, and Oncology 2004; 23(3): 215-26

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171