Tuesday, November 25, 2014

Sayang suami..

Kata orang dulu dulu... sayang isteri tinggal tinggalkan, sayang anak tangan tangankan. Sayang suami ?

Haa..sayang suami sihat sihatkanlah dia. Sure..why not ? Dia suami kita. Dia yang bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Dia jugalah nakhoda kita, harapan tempat kita bergantung. Bila sakit siapa susah ? Kita sebagai isteri jugak akan susah nanti.

Suami saya sering bertugas di luar. Amat jarang dia hanya lepak lepak di ofis dan buat kerja di meja. Oklah...mungkin seminggu sekali ada juga hanya untuk siapkab laporan. Tapu most of the time memang bekerja di luar. Kerja yang memerlukan tenaga dan masa yang panjang. Long distance driving, panjat bukit, menyelit celah2 bangunan. Itu cara kerja dia. Kalau nasib xbaik berkejaran dengan anjing liar. Ya Allah.. selamatkanlah suamiku... hehehe...

Dia sejak kecil telah lama diperkenalkan dengan produk Shaklee. Malah kedua mertua saya dahulu juga pengedar produk Shaklee. Tapi disebabkan kurang berminat dengan pill atau makanan kesihatan, jarang jarang diambil Shaklee. Kalau ambil pun sebab kena paksa time tak sihat.

Sekarang dah berumahtangga. Isteri dia ni pulak dah terjebak dalam business Shaklee. Kencang meniaga. So tak adillah jika suami tak support business isteri kan.. hahaha...

Setiap pagi saya akan 'paksa' suami ambil supplement Shaklee. Sambil isikan tablet ke dalam pillbox, sambil membebel. Reminds 2,3 kali suruh makan selepas sarapan pagi kat luar tu.

Mula mula memang liat. Nak suruh telan pun muka dah lain macam. Tapi sekarang tidak lagi. Setiap pagi tanpa dibebel isteri, pandai pulak bukak petiais dan telan a few pills. Kalau.xsempat, pill box sentiasa terisi sedia dimakan di dalam pouch kerja suami.

Camana boleh ada kesedaran tu ?
Hmm... mungkin kerana cara kerja seharian yang memenatkan memaksa suami faham keperluan badan. Kalau penat sangat pun xelok. Nak nak bila anak anak meminta layanan si ayah bila balik kerja nanti. So ayah perlu bertenaga, sihat dan ceria walaupun selepas seharian bekerja di luar.

Jom tengok apa bekal yang ada dalam pillbox suami saya :

Vitalea untuk tenaga sehingga ke petang.
B Complex untuk anti stress dan mengekalkan kehenseman.
Zinc untuk  penghasilan enzim penting badan, penyembuhan luka dengan cepat (if any), atasi masalah keguguran rambut, bantu kekal slim, dan kesihatan dalam lelaki. (Kecik kecik cili padi betul zink ni).

No comments:

Post a Comment