Saturday, September 20, 2014

Cross Coaching di Faizland, Atmosphere Sri Kembangan

20 Sept 2014. Dah siap-siap block date kat kalendar. Hari untuk refresh semangat business.

Seawal pagi dah siap bagi, nak aim sampai ke Faizland sebelum jam 9 pagi. Macam biasa akan dijemput untuk join potluck. Tapi dek sebab takdan nak plan apa mau masak untuk potluck,  dengan pantas singgah Petronas Presint 9 dulu beli bekal apa yang patut. Tak tau dah apa nak bawak, ku capai aje 2 ikat air mineral ngan sebekas muffin coklat. At least ada something untuk dibawa. Yup... dah tau dah, apa yang dibawa tu tak sehebat apa yg orang lain bawa nanti. Takpe..yang penting ikhlas.

Sampai Faizland jam 9.15 am la gitu. Tak sure sangat memandangkan aku jenis tak pakai jam sejak-sejak kawen ni. Pintu opis belum bukak rupanya. So kita tunggulah kejap lepak atas tangga sambil layan FB.

Kali ni punya class dibuat style cross coaching. Leader dari group lain datang join coaching dan share ilmu kepada anak cucu dari susur galur berlainan. Kira takde konsep kedekut ilmu lah yer.. Best jugak cross coaching macam ni, kita boleh belajar dan share ilmu dan dengan lebih ramai orang. Takdelah kita hadap mak (upline) kita aje kan ? Sekali sekala mau jugak bertukar angin.

Kelas kali ni berpeluang belajar tentang target, peluang pendapatan RM5k, cara kickstart business, sharing pengalaman amalan rohani, ilmu pasal internet marketing dan juga tips-tips copywriting. Walaupun ada yang dah sedia tahu, tapi best jugak dapat penyampaian yang berbeza.

Pemberian dari Leaders
Di akhir kelas, ada la buat sikit kuiz & edaran goodie bags. Part ni yang paling best. Bukan setakat dapat buku nota ngan pen je, kali ni Master bagi botol brand tupperware, Leaders bagi hadiah kuiz GLA Complex (frust tak menang Vivix), and Mak saya bagi ole-ole dari trip US Long Beach yang dia join last month..dapat purse Coach. Part Coach tu rasa ralat sangat sebab tak biasa la nak guna barang-barang jenama nih. Mau agaknya purse tu disimpan je dalam gerobok buat perhiasan. kikiki...

Sebagai penutup kisah... ni ada sekeping gambar bukti kelas yang telah dihadiri.
Kami selesai kelas. Feeling refreshed!!

No comments:

Post a Comment