Monday, February 3, 2014

Ok.. ape ni ?
Beriya karang 2 post Shaklee.. tapi browser tak update n tak SAVE ??
Buang masanya rasa... baik la tido dulu kan ... adoi..

Tengah-tengah malam meroyan. kwang...kwang...kwang...

4 hari cuti.. takde stress, ok je. Ye lah.. mana nak rasa stress dah telan B Complex kan (Kalau stress jugak mau kena saman Shaklee ni. hahahaha.....).. alih-alih... jam terakhir cuti.. masalah update blog pulak. Hangin je rasa... komputer ni nampak kecik besar..kecik je!

Walau apa pun, cuti 4 hari yang tenang. Kami tak ke mana. Hanya berlegar sekitar Putrajaya n Dengkil saja. Opss... terlepas jugak ke Shah Alam. Semata untuk lunch. Yup.. kami memang jenis suka drive jauh jauh semata untuk makan.

Petang tadi duk lepak-lepak.. Babah bagitau dia dapat offer Master in Water Engineering. Alhamdulillah.... really happy for him. Dan ini buat saya lebih lagi mahu berusaha untuk berjaya business Shaklee. Tak kisah lah apa orang nak kata. Yup.. kat fb mmg ramai kutuk company MLM n ramai yang menyampah dengan pengedar Shaklee. So hanrapnya saya lebih sabar. Yup.. saya bukan taksub business Shaklee. Tapi saya suka Shaklee. Ia mampu milik dan antara jenama supplement terbaik pernah saya guna dan saya suka berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua terutama kepada yang memerlukan.

Ada juga terbaca di fb  kawan sendiri menyindir produk Shaklee atau MLM. Tapi kalau difikirkan balik, takpelah. Some people have their own stand against MLM business. Yang penting saya hanya nak bantu. Taknak beli dari saya atau produk saya pun tak tak kisah. At least saya dah sampaikan apa yang saya tahu.

Dah tulis sampai sini, mood meroyan saya dah hilang agaknya. Sekejap je pun. Alhamdulillah...

Opss.. juga Alhamdulillah n syukur kepada Allah. Saya berjaya naik rank lagi untuk Sale Januari 2014. Sudah Coordinator pun. Nampaknya tanggungjawab makin banyak. Tanggungjawab membimbing rakan-rakan lain untuk berjaya juga bersama saya. Ya Allah.. semoga kami semua berjaya.

Mesti korang bosan baca blog ni kan. Sejak-sejak join business Shaklee.. asyik cerita Shaklee je. hahaha...

No comments:

Post a Comment