Wednesday, December 31, 2014

Promo Tahun Baru 2015. Berpinau bijik mata!

Selamat Tahun Baru. Hari ini secara rasminya kita telah melangkah ke tahun 2015. Sekejap je setahun berlalu kan ? Tup tap..tup tap... nanti nak cuti raya cina pulak.

Sempena Januari 2015, Shaklee dah announce beberapa promosi khas untuk peminat-peminat di luar sana.
Sini saya ringkaskan dulu ye.. (takdan nak godek poster lagi pagi2 ni )
  1. Buy 3 Free 1 Shaklee for Children (Chewables)
  2. Buy 6 Free 1 Vivix + Free Membership
  3. Buy 6 Free 1 Alfalfa Complex (S/L)
  4. Twin Pack Promo Vivix and Get 5% Discount + Free Membership
  5. Twin Pack Promo Alfalfa (S/L) and Get 5% Discount
Selain promo-promo yang menyelerakan di atas, Shaklee Malaysia juga dah announce kembalinya produk teh kurus kegemaran ramai dan menjadi buruan lelaki mahupun wanita. Yes Correct!! Shaklee Cinch Tea sudah kembali available untuk belian !!
Waaa... nanti mana-mana korang yang mata mudah layu mengantuk kemalasan tu boleh la amalkan Cinch Tea ni. Gerenti korang melompat with energy selain bantu juga anda kurus dan halang selera gajah. Kikiki.....

Semua sedia maklum, harga yang dipaparkan adalah harga retail, meaning bukan harga ahli. So agak2 rasa nak murah atau nak mintak diskaun ker apa, jangan malu segan nak kontek saya.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Monday, December 22, 2014

Sakit otot, lenguh lenguh. Mungkin muscle spasm.

Hari ni.. tak tahu kenapa.
Balik rumah lepas masak belakang ni rasa lenguh sengat sangat. Mintak husband picit picit sikit. Sendawa dia!

Walaupun dah picit, belakang masih lagi tak selesa, nak solat pun hold dulu. Lagaknya nak baring dulu sekejap. Heh! Sekejap la sangat.. terlajak sampai subuh baru nyesal.

Turun bawah, buka botol baru Ostematrix. Selang 1 jam lebih kurang baring tidurkan anak sekejap, kembali bangun untuk solat Isha'.

Badan rasa lebih ringan Alhamdulillah. Rukuk, iktidal, sujud takde masalah. Bahu terasa ringan, umpama beban berat dah takde di bahu. Syukur badan dah kurang sakit sakit dah.

Hasil bacaan terjumpa artikel di Livingstrong.com. Katanya magnesium.membantu proses pengecutan dan pengembangan otot dengan lebih sempurna. Ia membuatkan otot lebih relax dan lenguh lenguh otot berkurangan.

Ostematrix Shaklee selain mengandungi Kalsium, ia juga digabubgkan dengan Magnesium. Seban itu sangat berkesan bagi mereka yang sering lenguh dan sakit sakit otot selepas seharian bekerja dan juga selepas senaman berat.
Badan sihat membantu anda beribadah dengan lebih baik

Kelemumur ? Rambut sering gugur dan menipis ?

Rambut semakin menipis ? Kulit kepala gatal dan dipenuhi kelemumur ?
Setiap kali rambut disikat, banyak rambut tersangkut ?

Rambut gugur ganggu emosi (sumber Harian Metro)


Ramai diantara kita mengalami masalah keguguran rambut dan kelemumur. Setiap kali berkunjung ke salun, towkey salun akan cuba promote produk mereka untuk atasi masalah rambut yang gugur. Promoter dari Yun Nam pun tak kalah. Cuba pancing kita dengan berbagai 'Promosi Percuma' (tapi kena bayar jugak sebenarnya)

Tau tak ? Selain supplement, Shaklee juga ada set penjagaan rambut dan kulit kepala ye.
Kombinasi shampoo dan supplement mampu membantu anda memiliki rambut yang lebat dan kulit kepala yang sihat.



Set ini sesuai untuk masalah seperti RAMBUT GUGUR, GATAL KULIT KEPALA dan KELEMUMUR.

  • Revitalizing Shampoo
  • Revitalizing Shampoo
    • Mengandungi sistem pembersihan rambut yang 'patent pending'. Diformulasi dengan humectants dan protein dari asas sayuran untuk memberikan kutikel rambut yang licin. 
    • Mengandungi Scalp Health Complex yang memberi kesihatan kepada kulit kepala untuk pertumbuhan rambut, bantu elak rambut kusut dan memberi kelembapan dan kilauan pada rambut.
    • Membersih, menguat dan menyegarkan rambut.
  • Lightweight Conditioner
  • Lightweight Conditioner
    • Sumber dari tumbuhan. 
    • Memberikan volume pada rambut (menebalkan rambut) dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut membuat rambut kelihatan lebih segar, ringan dan mudah diurus.
  • Vita-C
  • Sustained Release Vita C
    • Membantu penghasilan kolagen dibawah permukaan kulit.
    • Membantu aliran darah dibawah kulit kepala.
    • Meningkatkan sistem imune badan melawan penyakit.
  • Zinc-Complex
    Zinc Complex
    • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dan lebih kukuh.
    • Menguatkan liang roma rambut elak keguguran rambut melampau.
    • ZInc membantu mengaktifkan 200 enzim dalam badan yang mana membantu meningkatkan imune badan dan membuatkan badan lebih berupaya menghasilkan pertumbuhan rambut baru menggantikan rambut yang gugur.
    • Membantu mempercepatkan pemulihan radang kulit terutama kulit kepala yang sering luka akibat digaru.
  • B-Complex
    B Complex
    • Memberikan kesihatan bawah kulit  kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut.
    • Anti-Stress. Tahukan anda STRESS juga salah satu punca keguguran rambut ?
    • Memberikan nutrisi lengkap kepada rambut baru dan lama.
    • Menjadikan rambut lebih mudah dilentur dan bersinar.
    • Kandungan Vitamin B6 membantu elak masalah kelemumur.
    • Kandungan B12 membantu atasi masalah keguguran rambut.
  • ESP
    Energized Soy Protein ESP
    • Membantu pembentukan rambut yang sempurna dan sihat.
    • Baik untuk membekalkan tenaga kepada badan bagi pembentukan rambut.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Sunday, December 21, 2014

Jimat Set Cantik Shaklee. 35% lebih JIMAT

Anda nak JIMAT ?

Offer ini hanya sehingga 31 Disember 2014 sahaja.

Pakej 3 produk dengan penjimatan sehingga 35% dari harga pasaran.

Pakej Cantik Shaklee :
1 Kotak Shaklee Collagen Powder (15 sachet)
1 Botol Sustained Release Vitamin C (180 biji)
1 Botol Vita E Complex (120 biji)

Harga pasaran : RM539.50
Anda mampu memilikinya dengan harga 35% lebih murah.

Diskaun 35% Set Cantik Shaklee.


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, December 16, 2014

CekMek..resepi terbaik dari saya

Dah kul 1.30pm. Haih.. meeting sampai lupa lunch break nampaknya. Dah la spatutnya harini lunchbreak ada plan lain. Nak ke pos office, nak hantor coklat, nak ambik flyers... alahai.... saya hanya staff bawahan. Menurut saja perintah.
Masuk meeting jadi pemerhati saja. Tapi isu berkaitan tak rasa terbabit sangat. Jom lah... saya share resripi kuih CekMek Molek aauumm...aauumm...!!
Resepi CekMek :
7 ketul ubi keledek jepun(ore kelate panggil ubi stelor)(saiz kecik2 panjang tapak tangan).
2 sudu tepung gandum
Gula
Cara cara:
Steam atau rebus ubi keledek yang telah dikupas sehingga lembut.
Mash/tumbuk halus ubi ubi berkenaan.
Bila ubi cukup halus, tambah 2 sudu tepung gandum.
Uli sehingga adunan tidak melekat di jari. *tepung jgn banyask sangat, nanti cekmek keras
Gentel dan leperka adunan di tapak tangan.
Isikan inti tengah dengan stengah sudu teh gula.
Tutup doh membentuk bujur (sila google gambar cekmek)
Goreng dengan minyak secara deep fried sehingga keperangan.
Tunggu sejuk sket n sedia untuk dimakan.
Amaran : elak lidah melecur jika dimakan semasa panas kerana ini gula yg mencair di dalam kuih.
Alahai.... sedap makan ni pagi pagi hari minggu. Kena pulak ada air kopi panas...
Ubi Keledek Jepun sedia untuk di kukus
Hasil CekMek yang telah digoreng

CekMek Sedap

Clear Stock Promosi

Saya masih ada beberapa botol GLA Complex  promosi lepas untuk clear stock. Orang booking tapi tak jadi ambik.

So sape nak boleh whatsApp 012-3252171.

Sape cepat dia dapat!!

Monday, December 15, 2014

Sama ker Vit c ngan Vit E ?

Harini nak belanja sket petikan perbualan saya dengan sorang customer.
Beliau nampaknya sedikit keliru untuk bezakan kenapa kena ambil vit c kenapa kena ambil vit e. Ingat sama je ?

Vitamin C fungsi dia untuk kulit adalah mencerah dan menegangkan mana yang kendur. Bantu hasilkan collagen di bawah kulit.

Manakala Vitamin E pula memastikan bekalan darah sampai ke stiap inci tubuh termasuk di bawah kulit. Bila cukup bekalan darah pada kulit, kulit akan mempu berfungsi dalam keadaan terbaik dan secara langsung juga melembabkan kulit.
Sebab tu kalau sesiapa yang amalkan Vitamin E Shaklee, muka dia senang nampak kemerah merahan hasil aliran darah yang sempurna. Dah takyah blusher lagi dah la kiranya. Sihat dalaman dan juga sihat luaran.

Testimoni Beza Vitamin C dan Vitamin E.

Bila anak malas jalan

Lately Adek Irfan nampaknya makin malas khalan sendiri. Ke mana saja sibuk nak suruh dukung.
Semalam gi festival LAMPU kat Presint 3 tu kan... da satu hal pulak kami nak kena gilir gilir dukung Adek. Walaupun bagus utk kesihayan sbb xtra berpeluh, sudahnya esok pagi pinggang Babahnya mogok. Tak pasal pasal EL pulak dah.
Terpandang ssc yang tersadai lama, belek belek balik, nampak buckle ada yg tanggal sbb stitches tercabut. Yup... kami awal2 dulu agak lasak guna. Berbaloi beli.
Cari caru buckle dlm kotak brooch, Alhamdulillah masih tersimpan. Belek belek... nampaknya masalah boleh selesai dengan hantar ke tukang jahit je..takyah hantar ke Neeza kut. Kang lambat pulak nak dapat balik. Dah tak sabor k guna balik nih. Hohoho...
Ssc dah basuh. Jemur dlm rumah je. In sya Allah takde bau hapa sbb guna sabun basuh cap Shaklee. Haaaa...haaaa...
Dah kering kang mau hantar utk sedikit maintenance sok lusa.
Jemur SSC NeezaNeedles Merah

Sunday, December 14, 2014

Selangor Cuti. Kita punggah SCP

Semalam Selangor bercuti.
Kami suami isteri walaupun menetap dalan Wilayah, tapi ofis kami di Selangor. Hehehe...
Sempena cuti, kami ambil peluang untuk jalan jalan santai ke Shaklee KL di Sri Rampai. Ini kali kedua kami ke sana. Kami lebih senang ke sana sebab kat Sri Rampai, ofis Shaklee tak ler besar sangat tapi senang nak parking kereta. Walaupun tak canggih mana, dalamannya cukup selesa dan servis yang cepat. 

Lagi satu tarikan di Sri Rampai ni kami baru jumpa ialah kedai Cendol Pak Wahab.
Oklah cendolnya. Boleh tahan.... selain cendol, ada juga nasi lemak, rojak, mi rebus... sedap sedap jugaklah. Servis pun laju. Kaedah order di kaunter n ambil nombor. Xsampai 5 min order dah siap. Pantas gitu. Anak2 pun suka.

Tengahari tu kami sampai kat sana, siap order dah, tapi tak boleh pickup lagi sbb masa tu Shaklee Collagen Powder dah out of stock di branch. Kalau takmau Shaklee pos ,katanya boleh tunggu pick up jam 5 petang nanti lori stock sampai.

Dah alang alang alang kami dari Putrajaya dah sampai Sri Rampai, tunggu ajelah. Tu pun atas persetujuan suami.

Bila dah lama duk tunggu, sambil jalan2 sekitar tulah kami jumpa Cendol Pak Wahab nak di jadikan cerita.....Selama ni si Kakak kalau pedas sikir atau masin terlebih mulalah komplen pastu duk cakap pedas..pedas..!! Tapi harini punya penangan cendol pak wahab dengan mi rebus, makan bersuap habis setengah pinggan. Sangat tidak percaya. Ni sebab lapar ker sebab sedap ni ?

Kami sengaja lengah-lengah untuk kembali ke Shaklee Sri Rampai. Sampai balik sana dalam jam 6.30 petang. Saja je kasi chan lori tu kot kot jem tengah jalan ker... takdelah kami menunggu lama.

Nah.. hasil menunggu kami berbaloi. Order 2 promo set Buy 3 Free 1 Shaklee Collagen Powder. 
Penuh kota Shaklee Collagen Powder

Apa ada kat dalam kota Shaklee Collagen Powder

Tarikh Luput set Promo Shaklee Collagen Powder May 2016



Jadinya dapat 8 kotak. kalau kira ni sorang makan sah sah gebu gebas free wrinkle punya dijamin!! 

(Shaklee memberi jaminan hasil ujian klinikal, Shaklee Collagen Powder akan memberi kesan terbaik selepas penggunaan 8 minggu). 
Jaminan keberkesanan hasil ujian klinikal
Ala... saya makan 7 sachet je pun dah feeling2 mulus gebu dah. Apa lagi kalau makan 8 minggu. hehehe...





Sape nak cantik, nak sihat ...
WhatsApp 012-3252171
#HayneemLegacy

Wednesday, December 10, 2014

Promosi Akhir Tahun. Year End Sale!!

Sempena akhir tahun Shaklee menawarkan Year End Sale pulak dah. Bukan 1 bukan 2 malah 3 produk akan diberikan tawaran terbaik!

Year End Sale, Disember 2014.
Promosi Collagen, Vita C & Vita E
Set Kulit Canik

  1. Beli 3 Percuma 1 Shaklee Collagen Powder 
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  2. Beli 6 Percuma 1 Sustained Release Vita C
  3. Beli Twinpack Sustained Release Vita C dapat 5% Diskaun
  4. Beli 6 Percuma 1 Vita E Complex
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  5. Beli Twinpack Vita E Complex dapat 5% Diskaun
Nah!! Ada 5 pilihan pakej belian. Boleh pilih berkenan mana satu. Lepastu sila kontek kami segera. Pasti harga terbaik saya berikan.

Hubungi Hayneem Legacy :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Hayneem Home. Impian Kami.

Alhamdulillah.... baru terima S&P untuk belian Hayneem Home. Harta kami di kampung, untuk kami bersara nanti.

Dah lama tunggu, sejak booking bulan Mei 2014 lagi. Akirnya permit developer dah perolehi, kini kita sign la aggrement apa patut untuk proceed loan rumah.

Walaupun dah punyai 1 unit apartment di PJ, tapi dah nama pun apartment. Tanah takde, rumah atas angin, parking kereta pun susah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk cari property lain yang lebih sesuai. Nak landed dan kalau boleh Semi-D.

Rezeki kami agaknya, hasil carian google, kami jumpa rumah idaman. Berdekatan dengan kampung suami dan yang penting harga mampu milik. Kena pulak kami dapat harga promosi terhad untuk 5 unit sahaja. Dan kami sempat dapat 1 unit dari 2 unit promosi terakhir. Harga asal RM322k. Tapi bila dah diskaun promosi kami dapat dengan harga RM288k. Rezeki betul!!

Rumah terletak di kawasan perkambungan Pantai Balok, to be axact perumahan Balok Pine. Tapi bukan betul-betul tepi pantai. Kawasan rumah kami seberang jalan. Takut jugak kalau rumah betul-betul dekat pantai. Kang jadi apa-apa, tak pasal. hehehe...

Jom layan layout rumah kecil kami.

Pandangan Depan/Belakang

Pandangan Sisi

Layout

Oklahtu... tak besar sangat. 1 tingkat saja. Bukan takmau teres bertingkat tingkat, tapi fikirkan dah tua tua nanti, takkan larat dah nak panjat tangga. Baiklah beli rumah setingkat je. Agak-agak nak lagi luas, kita renovate sampai bucu pagar. hahaha.... yang best pasal rumah ni ialah tanah lebih tepi dan belakang dapur. So bolehlah agak-agak nak tanam cili ker..bunga ker... atau anak cucu main kejar kejar nanti. Haih... tak sabar nak tunggu derang pacak tiang. kikiki....

Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki kepada kami. Memang azam nak bayar installment rumah ni dengan duit Shakle saja jika diizinkan. Harap ini menjadi semangat untuk saya lebih berusaha. Amin!

Tuesday, November 25, 2014

Sayang suami..

Kata orang dulu dulu... sayang isteri tinggal tinggalkan, sayang anak tangan tangankan. Sayang suami ?

Haa..sayang suami sihat sihatkanlah dia. Sure..why not ? Dia suami kita. Dia yang bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Dia jugalah nakhoda kita, harapan tempat kita bergantung. Bila sakit siapa susah ? Kita sebagai isteri jugak akan susah nanti.

Suami saya sering bertugas di luar. Amat jarang dia hanya lepak lepak di ofis dan buat kerja di meja. Oklah...mungkin seminggu sekali ada juga hanya untuk siapkab laporan. Tapu most of the time memang bekerja di luar. Kerja yang memerlukan tenaga dan masa yang panjang. Long distance driving, panjat bukit, menyelit celah2 bangunan. Itu cara kerja dia. Kalau nasib xbaik berkejaran dengan anjing liar. Ya Allah.. selamatkanlah suamiku... hehehe...

Dia sejak kecil telah lama diperkenalkan dengan produk Shaklee. Malah kedua mertua saya dahulu juga pengedar produk Shaklee. Tapi disebabkan kurang berminat dengan pill atau makanan kesihatan, jarang jarang diambil Shaklee. Kalau ambil pun sebab kena paksa time tak sihat.

Sekarang dah berumahtangga. Isteri dia ni pulak dah terjebak dalam business Shaklee. Kencang meniaga. So tak adillah jika suami tak support business isteri kan.. hahaha...

Setiap pagi saya akan 'paksa' suami ambil supplement Shaklee. Sambil isikan tablet ke dalam pillbox, sambil membebel. Reminds 2,3 kali suruh makan selepas sarapan pagi kat luar tu.

Mula mula memang liat. Nak suruh telan pun muka dah lain macam. Tapi sekarang tidak lagi. Setiap pagi tanpa dibebel isteri, pandai pulak bukak petiais dan telan a few pills. Kalau.xsempat, pill box sentiasa terisi sedia dimakan di dalam pouch kerja suami.

Camana boleh ada kesedaran tu ?
Hmm... mungkin kerana cara kerja seharian yang memenatkan memaksa suami faham keperluan badan. Kalau penat sangat pun xelok. Nak nak bila anak anak meminta layanan si ayah bila balik kerja nanti. So ayah perlu bertenaga, sihat dan ceria walaupun selepas seharian bekerja di luar.

Jom tengok apa bekal yang ada dalam pillbox suami saya :

Vitalea untuk tenaga sehingga ke petang.
B Complex untuk anti stress dan mengekalkan kehenseman.
Zinc untuk  penghasilan enzim penting badan, penyembuhan luka dengan cepat (if any), atasi masalah keguguran rambut, bantu kekal slim, dan kesihatan dalam lelaki. (Kecik kecik cili padi betul zink ni).

Orang kita ramai kencing manis

Maaf, lama sket tak bersiaran. Biasalah.. musimg cuti sekolah ni banyak jemputan kenduri kawen. Last week saja ada 2 saudara kawen. Tapi 1 je saya sempat hadir. Anyway... Selamat Pengantin Baru Syed Azhar.

Last weekend kami balik kampung suami di Beserah Kuantan. Jumaat tu kami ambil cuti tujuan nak gerak awal. Tapi sekolah Kakak pula ada rehersal persembahan akhir tahun. So kami lewatkan perjalanan.

Bertolak dalam lepas Zohor gitu. Sampai di Kuantan dah masuk Maghrib. Lepas solat terus gerak ke Indera Mahkota, rumah mak pengantin kerana malamnya ada doa selamat.

Bila dah berkumpum, macam2 cerita kita boleh dengar. Yang menarik perhatian saya pasal sakit 3 serangkai. Yup..mejoriti yang dah berusia ada sakit ni.

Dalam duk bercerita kisah pasal kencing manis, pasal kaki gangren kena potong, efek buah pinggang sampai ke rabun dan buta. Berbagi bagai petua dan ubat ubat disyor dan dibincangkan. Ad yang berkesan, ada yang biasa biasa je. Tapi kalau makan ubat saja dan makan tak kawal, susah jugak kan ?

Dalam dengar pakcik pakcik duk borak tu (kami org muda tak berani menjampuk hehe..), saya bisik kat suami... allangkah bagus kalau mereka semua Vivix Shaklee. Dia senyum je.. yelah tu... nampak benar bini dia ni asyik fikir  pasal Shaklee je.

Tapi bukan niat nak ambil kesempatan nak menjual..tapi apa salah kalau produk tu bagus kita share kebaikan kepada semya kan ?

Saya dah nampak keberkesanan Vivix ke atas bapa rakan. Dari tapak kaki berlubang, sekarang nak tumbuh isi. Dari paras gula tinggi tak tarkawal, sekarang dah stabil. Even mak mertua saya sendiri amalkan Vivix selepas kena strok, sudah nampak kesan positifnya.  Alhamdulillah... :-)

Thursday, November 20, 2014

Oh coklat!!

Lunch tadi... bila time lapar, macam macam terbayang rasa nak makan. Buka peti ais... voila! Nampak susunan coklat yang org bagi hadiah kat anak-anak.
Ambik n letak tepi tv...

Layan tv, tengok Masterchef US. Sudahnya lupa lak nak makan coklat tu. Boleh pulak yer...? Kuasa minda..!!

Alang alang dah bukak cerita coklat, jom kita tengok apa kebaikab coklat utk kita kita nie terutama ladies.

JANTUNG YANG LEBIH SIHAT
Coklat bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Kajian jangka panjang yang trlah dijalankan di Jerman mendapati coklat mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko seranhan jantung sehingga 39%.
Ia kerana kandunn flavanoids sebagai antioksidan yang meningkatkan keanjalan salur darah dan arteri.
Fakta: 1 bar coklat mengandungi 5 kali flavonoid berbanding sebiji epal.

PENURUNAN BERAT BADAN
Kajian dari University of Copenhagen mendapati dark chocolate lebih mengenyangkan berbanding coklat yang dicampur susu iaitu dengan kemampuannya mengurangkan keinginan makanan manis, masin dan berlemak. So jika anda selalu craving makanan makanan berlemak, manis dan sebagainya, pasti coklat dapat membantu!

ANAK ANAK LEBIH GEMBIRA
Apabila seorang ibu hamil mengambil sedikit coklat sepanjang kehamilan, kajian mendapati bayi yang dilahirkan lebih ceria dan lebih banyak tersenyum. Hmmm...interesting..

ELAK KENCING MANIS ?
Betul ke ni ?
Kajian di Itali mendapati mereka yang mengambil dark chocolate sehari sekali dalam 15 hari berturut turut, tahap insulin resistance jatuh hampir 50%.
Flavanoids meningkatkan penghasilan nitric oxide. --sumber ketua penyelidik Cloudio Ferri, M.D, Professor dari University of L'Aquilla, Italy.

KURANGKAN STRESS
Bukan lagi mitos apabila seseorang yang sedang stress atau kesedihan akan tiba tiba mencari coklat.
Makan secara emosi begini sebenarnya.bukan perkara yang buruk. Ahli sains dari Swiss (negara yang popular denn coklat) mendapati mereka yang stress dan mengambil 1 ounce dark chocolate setiap 2 hari, kadar hormoN stress mereka lebih rendah.
So ladies... kot kot korang frust berchinta ker apa, its ok to have dark chocolate rather than a pint of ice cream.

PERLINDUNGAN DARI SINARAN MATAHARI
Para pengkaji dari London baru baru ini menemui fungsi coklat dalam perlindungan dai sinar matahari. Selepas 3 bulan mengamalkan coklat yang kandungan flavanols yang tinggi, kulit akan mengambil masa agak lama untuk menjadi gelap apa ila berada di bawah sinaran matahari.
Hmm... mana kat Malaysia ni nak cari coklat banyak flavanol  eh ? So takdelah sunburn bila kena panas matahari.

LEBIH CERDIK
Waaaa.. makan coklat tingkat brain power!!
Kajian di University of Nottingham mendapati flavanols dari coklat meningkatkan aliran darah ke bahagian bahagian otak lebib lama (2-3jam), yang mana akan meningkatkan prestasi dan alertness otak kita dalam masa singkat.

COKLAT SEBAGAI UBAT BATUK ?
Kandungan theobromine dalam coklat megmbantu melegakan batuk.

PELEGA CIRIT BIRIT
Merupakan ramua perubatan tradisi masyarakat Amerika Selatan dan Eropah sejak abad ke 16.
Ok.. ni boleh bagi kat anak anak yang cirit birit. Good info!

So.. kesimpulannya, coklat ini bukanlah menggemukkan semata mata. Faktor coklat ke arah kegemukan bila kita makan coklat susu yang extra manis dan dallam.kuantiti yang banyak.
Amalkan dark chocolate. Lebih tinggi flavonoids dan flavanols..dan kurang gula.

Ok... jom lah makan coklat. :-)

Tuesday, November 18, 2014

Kenapa perlu selalu MC ?

"Ya En. Y, boleh saya bantu ?"

"Entahlah doktor, pagi ni tiba-tiba saya rasa pening-pening.."

Tekanan darah diambil.

"Tekanan darah encik sedikit tinggi, nanti saya bagi ubat."

Selepas beberapa saat...

"Boleh doc bagi saya mc ? Badan masih rasa tak sedap."

"Masih rasa pening ye ? So saya bagi encik MC untuk berehat."

Selepas En. Y mengambil ubat dan terus keluar dari klinik swasta berkenaan. Langkah ke kereta semakin laju.

��������������������������

Anda biasa dengan situasi ini ?

CUEPACS ada melaporkan berkenaan 45 ribu penjawat awam memalsukan sijil cuti sakit.
Walaupaun ianya kes terpencil, perbuatan begini akan membawa kepada kerugian majikan dan juga diri sendiri. Kerana ia mengurangn produktiviti pekerja (dah asyik mc je kan... mana kerja nak siap ?). Nilai kepercayaan majikan kepada anda  menurun. Dan jug@ kredibiliti institusi perubatan yang mengeluarkan sijil sakit berkenaan akan terjejas dan di chop klinik menjual mc.

Jom tengok sebab sebab biasa orang suka tipu mc nih :
1. Nak buat kerja lain.
2. Bangun lambat.
3. Tiada keseronokan dalam bekerja
4. Ada yang lebih utama. Contoh seperti ahli keluarga tiba tiba sakit.
5. Sengaja dan tiada alasan kukuh.

Walau apa juga alasan, tanpa disedari kita sedang cuba menipu diri kita sendiri.

Kenapa harini saya membebel pasal mc ?
Sebab saya dah agak tertekan dengan golongan yang kerap sangat MC. Ya awak tau siapa awak. Hahaha...

Agak2 dah selalu sangat MC, apa kata cuba amalkan makanan kesihatan. Shaklee pun boleh.

Minimum try sebotol Vitalea saja. In sya Allah, masalah MC awak mungkin akan berkurangan. 

Thursday, November 13, 2014

Syukur gaji kedua

Awal bulan. Gaji baru masuk. Sakan bayar hutang.
Tengah bulan, Gaji Shaklee masuk, sakan belanja diri, family dan sedekah. So nikmat mana yang amu dustakan ?

Sejak join Shakle, setiap tengah bulan saya tak missed dapat extra gaji. Kalau tak masuk 15hb, mungkin masak awal like 13 atau 14hb. Takkan lebih dari tu. Pendapatan pulak kalau nak dikira, saya sangat bersyukur. Cukupla untuk sebahagiannya sebagai simpanan, dan selebihnya rolling modal dan belanja dan sedekah mana yang patut.

Fasa paling kritikal biasanya akhir tahun. Bulan Nov hingga Januari. Time ni memang nak pakai duit banyak. Hasil simpanan dari business Shaklee saya dan suami mampu bertahan. Yelah hujunghujung nilah macam-macam nak kena bayar dan belanja. Insurans dan roadtex kereta, persediaan sekolah anak, belanja cuti sekolah (entertain anak-anak), balik kampung...

Alhamdulillah... kami tidak merungut. Masih mampu hasil dari usaha kami business dan menyimpan.

Maaflah jika ada kawan2 di FB yang kurang senang dengan status rimau mengaum setiap tengah bulan. Sebenarnya saya seronok bila dapat extra money. Meaning boleh la tambah duit dapur, anak-anak nak enjoy atau tengok wayang pun boleh je nak bawak, boleh shopping masa tak ramai orang. Kan ker seronok tu. :-)

Hubungi saya segera : Fb : Marsyithah Khidzir Email : foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Nasi Kari Peria

Semalam dah makan peria..hari ni makan peria lagi. Feveret nih. Pahit-pahit pun kalau kena gaya masaknya... haih.. sedap sedap sedap !!

Semalam beli nasi kandar, nasi separuh, kuah kari ikan ngan peria goreng crispy. Harini pun sama gak. Nasi separuh, kuah kari ikan, peria goreng crispy, tapi ada tambahan gulai telur ikan (protein yang sangat sedap!).
Nasi Kari Peria Goreng

Dari kecik duk makan kari. Arwah Abah suka kari. Bak kata adik beradik kami dulu-dulu... "kari hari hari...hari-hari kari". Sehari takde kari tak sah!! Kuah sup atau singgang hanya bila Abah outstation sahaja. Biasalah... Abah orang utara. Harus la kari feveretnya.
Kadang-kadang bila Mama dah bosan masak kari hari-hari, Abah akan beli kuah kari siap-siap dari kedai. Beli banyak n simpan dalam freezer. Bila nak makan je, senang. Panaskan kuah, masukkan isi ikan. Nak lagi kick, taruk bendi n tomato. Anak-anak tak komplen. Asal sedap je kami telan. hehehe...

Meh nak kongsi 1 resepi kari sedap simple.
1 ekor ikan kembung saiz sederhana dipotong 2 (buat syarat je nak rasa ikan)
1 tangkai daun kari
2 bungkus serbuk kari ikan
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (kecil) (dimayang)
1 sudu bedar asam jawa (dilarutkan dengan 1 cawan air, buang biji)
1 biji tomato (dipotong)
3 biji bendi (ikut suka, tanak letak pun ok)
2 camca minyak masak untuk menumis

Cara masak :
Tumis semua bawang (putih & merah) dengan daun kari sampai wangi.
Larutkan serbuk kari menjadi paste n masukkan bersama bahan tumis. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato. Tumis bersama seketika.
Masukkan air asam jawa.
Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan sudah masak, masukkan bendi.

Tu saja caranya. Masak kari orang malas. Tapi serius la.. walaupun masak macam ni je, kami adik beradik makan bertambah tambah. Kena pulak kalau ikan diganti telur ikan n sambal cili special Mama. Hohohoho.....

Untuk makluman, dapur Mama dulu jarang guna rempah ratus macam kulit kayu manis, bunga lawang etc.. hanya ada yang basic saja. Tu pasal la resepinya mudah sangat. Tapi selagi dimasak oleh ibu kita sendiri, selera tu takyah heran. Habis aje nasi seperiuk. Lagipun kari yang macam ni tahan lama dan tak mudah basi. Yelah kan.. mana ada guna santan.

Cubaan Meroti Roti Sarang Lebah

Cita-cita dah lama nak beli breadmaker. Tapi sampai skarang masih blom beli-beli. Hahaha....

Ahad macam biasa, adalah hari malas kami sekeluarga. Time ni lah kami nak lepak duduk rumah je. Layan tv, layan anak anak.

Entah kenapa tiba-tiba Tasneem bising. Komplen kata boring. Duk lah sibuk ajak keluar petang nanti.
Oklah.. petang kang kita keluar jap jalan jalan.

Jadi kisahnya, Irfan dah terlelap menunggu petang, dah tak boleh nak keluar pulak dah. Untuk elak Tasneem bising komplen, muncullah idea nak meroti. Semua bahan dah ada kecuali yogurt. Hahaha... takpe. Blasah je...

Sambil2 slongkar dapur cari barang, panggil Kakak join sama meroti. Part menapis, sukat, uli semua Ibu yang buat. Tasneem hanya tunggu tepung kembang n uli kecil kecil susun dalam bekas. Ala2 Kidzania la ni kut.

Jenuh Tasneem bukak tutup besen nak tengok doh dah kembang belum. Hehehe...
Dah susun bulat2, time utk bakar. Yeah... guna aja oven hadiah kawen 6 tahun lepas. Walaupun api dia dah senget sebelah (selalu kek hitam separuh dibuatnya), tetap mampu berbakti di kala perlu.

Menjelang Maghrib, maka siaplah roti sarang lebah ni. Tapi tanpa sos Butterscotch. Sebab salah resepi, last2 kuahnya da macam gula tarik. Haih.... takpe... ada kaya dalam petiais buat penyelamat. Encik Suami makan aje 3-4 ketul tanpa komplen. Waaaa......

Nah gambar buat pelengkap entry ni.
Siap Roti Sarang Lebah, bula nak makan, tak jumpa dinding sarang, terus koyak. Hahaha...

Sunday, November 2, 2014

Omegaguard bagus untuk anak-anak asthma

Assalamualaikum...
Setiap kali anak-anak deman atau hidung melelh, mula timbul risau di hati. Takut selsema melarat teruk menjadi asthma. Anak sukar bernafas, cepat penat dan yang paling tak tahan, rasa sedih bila anak sendiri meraung menangis tak nak neb di klinik/hospital. Sedih tengok anak menangis minta dilepaskan, tapi kalau tak neb, macam mana nak cepat lega ?

Bagi OmegaGuard untuk anak yang selalu batuk-batuk, selsema dan asthma. Terutama yg jenis selalu sangat neb. Cuba dulu 1 botol. Ada 90 biji. Tahan la 3 bulan utk 1 anak.

In sya Allah, pasti ada improvement.


Saya sendiri asthma n alergik macam macam. 
Anak saya juga pernah neb. Sedih sangat....

Setelah saya mencuba Omegaguard untuk anak-anak saya, hati rasa sedikit lega.

Skarang lebih banyak improvement. Walau demam atau selsema, cepat pulih and at least kahak tak masuk hingga ke paru paru.

Mak ayah... tolonglah anak anda ya. 
Bulan ni sepanjang November 2014 OmegaGuard promosi. Dah murah dah kalau nak cuba sebotol.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, October 30, 2014

Sarapan Segera untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Shaklee Mealshake


Biasa tak... setiap pagi kita sangat sibuk sehingga lupa sarapan..terutama sarapan untuk anak-anak kita ? Sudahnya anak ke sekolah, tadika, taska tak sempat sarapan atau hanya makan bijirin saja dalam kereta... berkhasiatkan ? Cukupkah tenaga bertahan sehingga tengahari ?

Sejak saya terlibat dengan produk Shaklee ni, berbagai-bagai masalah kesihatan saya dengar. Bukan saja masalah kesihatan, masalah kurang fokus anak-anak, anak-anak selalu letih,  dan macam-macam lagi.  Bagaimana ya ?

Anak-anak kurang sihat dan hilang daya tumpuan berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang.

Shaklee Mealshake adalah salah satu produk Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak. Dengan 100% kandungan bahan semulajadi dan organik. Diyakini dan 100% dijamin selamat. Tiada salah untuk kita mencubanya untuk kesihatan anak-anak kita.

Apa rasanya ? Hmm.. pernah makan aiskrim Vanilla ? Yup... itulah rasanya. Sebiji sbijan..manis-manis wangi Vanilla. Sedap.... tambah lagi kalau dicampur dengan susu segar atau buat fruit smooties. Ohsem!! In sya Allah anak-anak pasti menggemarinya.



Shaklee Mealshake sangat sesuai untuk dijadikan sarapan segera anak-anak setiap hari. Terutama hari-hari persekolahan yang mana kita mungkin tak sempat untuk menyediakan sarapan lengkap untuk mereka. Dengan Shaklee Mealshake, hanya segelas penuh, mampu memberikan vitamin, nutrient dan protein untuk bekalan tenaga mereka siang hari untuk beraktiviti di luar rumah.



Kelebihan Shaklee Mealshake:

  • Tinggi Kandungan Protein Tenusu. Bancuhan 1 hidangan makan Mealshake bersama dengan susu segar mampu membekalkan kira-kira 15 gram protein. Kandungan protein dalam Mealshake juga bersumber dari susu rendah lemak. SO.... tak perlu risau kandungan lemak yang berlebihan.
  • 100% Bahan Semulajadi. Keseluruhan produk  Shaklee adalah dari sumber semulajadi, termasuk juga Mealshake. Bahan semula jadi yang digunakan oleh Shaklee adalah yang terbaik dan organik. Setiap bahan yang akan digunakan dalam penghasilan produk perlu menepati piawaian yang telah ditentukan oleh Shaklee. Setiap vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Mealshake adalah semulajadi dan bukan vitamin sintetik! 


WAJIB CUBA Shaklee Mealshake! 
Kenapa ?

  • Kerana ia adalah pilihan bagi ibu bapa yang bijak. 
  • Sarapan segera anak-anak di awal pagi. Tingkatkan kecergasan dan fokus anak-anak setiap mula hari persekolahan.
  • Lebih bekalan protein untuk tumbesaran badan.
  • Meningkatkan immuniti badan dari jangkitan penyakit atau bantu badan sembuh lebih cepat dari sebarang jangkitan penyakit.



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Nutrisi Alfalfa

Kabaikan tumbuhan Alfalfa telah lama diketahui umum. Telah lama digunakan dalam ilmu perubatan Cina seawal kurun ke enam.

Alfalfa terbukti mampu meningkatkan kesihatan saluran kencing, detoks badan dengan membantu mengeluarkan bahan-bahan merbahaya dan toksik, juga bagu bagi wanita yang mengalami masalah sindrom pra-haid.

Supplement/pill Alfalfa sering diletakkan sebaris dengan produk-produk diet dan pengawalan berat badan kerana sejak dulu lagi Alfalfa sering digunakan untuk mengawal selera makan.

Fakta Nutrisi Alfalfa :

  • Tinggi kandungan protein (sehingga 20%)
  • Kalsium 
  • Zat Besi
  • Magnesium
  • Potasium
  • Karotin
  • Vitamin A
  • Vitamin C 
  • Vitamin D 
  • Vitamin E 
  • Vitamin K
Kebaikan Alfalfa:
  • Alfalfa sering digunakan dalam ramuan herba oleh pakar perubatan holistik.
  • Membantu kesihatan jantung
  • Bagus untuk sistem pencernaan (memperbaiki masalah penghadaman)
  • Bagus untuk mengawal kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.
  • Menggalakkan pengeluaran susu badan ibu menyusu.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Alfalfa memiliki cir-ciri antibiotik dan juga anti-fungal. Ia juga digunakan untuk perubatan anti-tumor dan juga kesihatan otot bagi meringan kesakitan otot-otot yang tegang.
20 Kabaikan Alfalfa


Alfalfa adalah salah satu tumbuhan ajaib dan bermanfaat kepada manusia. Ia membantu dengan memberikan nutrient, protein dan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Adalah digalakkan supaya herba Alfalfa diambil secara berterusan. Setelah beberapa lama, anda pasti merasi perubahan positif pada badan dan kualiti kesihatan yang lebih baik. Tiada sebab untuk kita terus hidup dalam ketidakselesaan dan kesakitan sedangkan Allah telah mengurniakan sejenis tumbuhan Alfalfa yang sangat bermanfaat pada kesihatan kita.

Alfalfa: The Father of All Foods



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, October 28, 2014

Testimoni Kawal Gula dalam darah dengan Shaklee

Suka saya berkongsi kebaikan produk Shaklee ke atas ahli keluarga saya sendiri. Anak mana yang tidak lega bila mama sendiri whatsApp kat anaknya bagitau bacaan gula dalam darah turun selepas mengamalkan Shaklee.



30 Jun 2014 : Bacaan gula 9.2
2 Julai 2014 : Bacaan gula 5.4
Mama saya gembira dan lebih sihat, doktor pun puas hati.
WhatsApp 012-3252171 untuk maklumat lanjut.
Tak boleh nak bayang rasa gembira bila dapat tahu produk yang selama ni orang duk cemuh kata MLM, mahal, Yahudi ker hapa tu...mampu memberi lebih kesihatan kepada mama tersayang.

Masa ni bila fikir-fikir balik, alangkah bagusnya jika masa arwah Abah ada dulu duk sakit-sakit, saya mampu berikan kebaikan Shaklee kepada dia. Apa pun ajal di tangan Tuhan, siapa kita untuk menghalang.

Sementara masih punyai Ibu, saya harap saya mempu memberikan kebaikan kebaikan Mama saya.

Allah... posting sentimental pulak petang-petang dingin ni. Kat luar hujan renyai-renyai. Al-Fatihah kepada Abah tersayang...


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, October 9, 2014

Quick Post : 1 biji carotomax khasiat 5 biji betik

Harini lunch mi sup dengan betik lagi...
1 biji Carotomax Shaklee bersamaan dengan 5 biji betik. Wow! Jimat duit beli betik. Biasa sebiji betik dah RM 2.50/kg.

Walaupun hari2 amalkan Carotomax, saya masih makan betik segar. Pill saja tak kenyang. Hehehe....

#sayajualshaklee #shakleeupm #shakleecyberjaya #shakleePutrajaya

WhatsApp saya : 012-3252171

Tuesday, September 30, 2014

Oktober Bulan Promosi Enegized Soy Protein (ESP)

Promosi ESP Buy 6 Free 1 Kembali lagi. Ramai penggemar ESP ni. Saya punya stock pun dah habis kat dapur. Nampaknya sesuai sangat timing dpat ESP harga murah. hehehe....

Retail Price : RM150
Buy 6 Free 1 Price : RM 726 
(Layak harga Ahli + With Free Membership + Cash Back Bonus RM36 bulan berikutnya)

Kalau nak beli 1 je : 30% LEBIH MURAH! (exclude delivery)

Mana yang nak order 1,2,3 or less than 7, boleh PM atau WhatsApp saya 012-3252171 ye.

Kena cepat-cepat sbb biasa promosi ESP, stock kat HQ akan cepat HABIS!!



Promosi ESP Buy 6 Free 1


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, September 25, 2014

Bagaimana Lemon membantu anda turun berat badan ?

Trend terkini penurunan berat badan sedang hebat melanda negara. Banyak yang tidak munasabah dan ada juga kaedah yang mungkin membahayakan kesihatan tubuh.
Menambah sedikit perahan lemon ke dalam air minuman adalah satu idea yang baik untuk membantu menurunkan berat badan. Kajian yang dilakukan di Sugiyama Jogakuen University, Jepun mennyarankan kandungan polyphenol dalam lemon sangat membantu dalam penurunan berat badan. Selain itu, dengan kerap meminum air (dengan sedikit perahan lemon atau tidak) adalah cara yang bagus untuk mengekalkan kandungan air dalam tubuh badan.

LANGKAH 1:
Perahan lemon segar
Penuhkan cawan atau mug/kole dengan air panas.
Tambahkan 1 sudu besar jus lemon segar.
Amalkan meminumnya setiap awal pagi dan juga sebelum tidur.
Jus lemon memliki sifat diuretik , jadi ini akan membantu menjaga hati dan buah pinggang anda berfungsi dengan lancar .


LANGKAH 2:
How to Drink Lemon Water to Lose Weight
Air soda mengandungi sodium yang tinggi
Gantikan minuman berkalori tinggi dan manis atau berkafein kepada air lemon sejuk (iced lemon water). Ini akan membantu anda mengurangkan pengambilan kalori dan juga bahan sampingan lain seperti kafein, bahan perasa tambahan dan pengawet.



LANGKAH 3:
Infused water. Isikan sebotol air penuh, tambah beberapa hirisan lemon, pudina segar dan sedikit potongan buahan segar (strawberi). Biarkan ia semalaman dalam peti sejuk. Boleh diminum keesokan harinya sepanjang hari.


LANGKAH 4:
Minum selegas air campuran perahan lemon 15-20 minit sebelum makan (terutama makanan berat). Ini akan membuatkan anda lebih kenyang dan membantu anda mengawal pengambilan makanan.

Tips
Bekukan perahan lemon menjadi kiub ais kecil-kecil. Memudahkan anda menambahnya ke dalam minuman seharian anda.




Hubungi saya segera : 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, September 23, 2014

Gemuk..kurus... berat naik turun. Makan makan makan... eh.. senangnya kurus !?

Susahnya nak kekal berat badan....

Tau tak ? Dulu masa form 5 (oh... Ahmad Maher di hati...), saya sangat obes. Rasanya dulu tak pernah nak timbang badan..tau tau badan gemuk bila tengok gambar. Seluar jeans pun pakai saiz 38.

Bila masuk matrik, saya buat kali pertama kembali kurus. Tak sure pulak berapa berat, tapi hasil duduk hostel, naik turun bas, makan pun berjadual, badan dah kecik balik. Fikirkan zaman matrik dulu dulu memang seksa. Ye lah... kita ni jenis tak pernah duduk hostel. Bila dah duduk hostel, semua benda kena buat sendiri. Basuh kain, kemas-kemas dorm, jadual study yang padat dan sesi berkejar kejar dengan warden. Haih... bila ingat-ingat balik, lepas habis matrik, sebanarnya ia banyak mengajar saya hidup berdikari. Pusat Matrikulasi Kolej Negri, Bukit Chedang....... oh.. tak lupa juga Astel Mambau yang menyeramkan. kikiki....

Selepas berhempas pulas cukup 1 tahun di Seremban, saya melangkah ke alam universiti pulak. Yang ni sedikit lega n sangat enjoy. Badan pun maintain je tak naik sangat. Ngam ngam je body. Tapi bab selera makan tak kalah. Pagi sarapan dah nasi lemak lepas kelas, tengahari bungkus nasi lauk sadin, petang minum petang berjemaah dengan adik-adik hostel (biskut cream crackers je pun..), malam plak lepak foodcourt ngan geng meraban blasah char koy tiow. 2 kali seminggu bawak rombongan beli nasi tomato ngan murtabak kedekut kat pasar malam. Kena pulak dapat geng Tini yang memang suka makan. Memang jaranng perut lapar la kiranya.
Tapi Alhamdulillah... masih mampu kekal dengan berat yang munasabah sebagai mahasiswi. Ye lah.. walaupun makan banyak, dah counter dengan aktiviti harian di fakulti dan kolej. Bilik hostel di tingkat 3, kurang tidur siang sebab ada kelas, petang pulak beriadah dengan geng (sambil pungut buah kat dusun Bukit Expo UPM). So makanan yang banyak-banyak dimakan seharian memang digunakan sepenuhnya.

Dah grad 2004, mula la menambah berat. Tapi masih dalam kadar yang sederhana. 1st time dapat kerja sementara sebagai temp staff kat Damansara. Kerja dengan lawyer ni hanya bertahan 1 minggu je. Tukar kerja... dapat offer dari company IT di Cyberjaya, Sapura Nokia. Bila start kerja sini, makan memang mewah, kena pula kerja ni under program internship MDec, so gaji pun sedap (time tulah) dan geng makan opis hampir setiap hari ajak sarapan n lunch. Belanja makan tak ingat dunia dah. Ye lah.. orang baru merasa gaji dan hidup sendiri kan... gedebak-gedebuk.... lompat kerja masuk company IT lain on 2006. Sini dah dah mula membina badan. Ye lah... dah bos pun gemok. Asyik aje ajak makan. Masalahnya saya yang kena bayarkan kalau kami outing makan kat tempat mahal. Tapi lepas tu dia suruh claim ngan company. Konon nak ajar saya cara org korporat berbusiness. Hohoho.... yo lah sangat.... Seksaan dihadapi sehingga 2008, saya kawen n dapat offer gomen. Alhamdulillah... time ni badan dah ala-ala comel dah, tapi tak kisah la kan dah ada yang sayang. mwahahaha.....

Hamil anak pertama, berat naik dari 60kg ke 76kg (kalau tak silap laa). Tak kisah lah dah kita mengandung kan... lepas bersalin czer, tak kisah sangat pasal berat. Perut menggeleber. Orang lain berpantang dengan maajun n rempah ratus, saya pantang makan ubat hospital je. Kena bentan sampai demam menggigil. Ngeri bila kenangkan balik. Badan masih sedap-sedap walaupun anak dah 2 tahun umurnya.

Hamil anak kedua, berat naik turun. Sebab masa 5 bulan, seminggu berendam air mata sbb arwah abah sakit. Alfatihah untuk Haji Khaidir. Check up lepas tu berat turun 5kg. Sedih sangat time tu, kesian baby sebab makan terabai. Kemudian saya gigih ambil lebih makanan, dah pulak kena kencing manis. Ni sebab selera dah berubah asyik la makan ngan minum milo setiap hari. Kan dah masalah dah. Berat naik ke 78kg...last nak bersalin menghampiri 80kg.
Lepas bersalin, berat susah nak turun. Kita stressed susu tak banyak nak menyusu baby, makan dah macam macam, badan bagai di pam-pam.
Seorang kawan kenalkan porduk Shaklee, saya cuba dan Alhamdulillah ada hasil dan rezeki untuk baby. Bila menyusu, pelik pulak sebab badan bagai di pam pam. Dah makan Shaklee dah.
Bila cek cek balik, baca n cari ilmu, rupanya sebab ambil ESP sebelum tidur. Haa.. patut laa....

Bila dah tau macam mana nak gunakan produk Shaklee dengan betul, saya disiplin amalkannya mengikut jadual. Time ni saya dah mula nampak kebaikan produk dan potensi membantu saya menambah pendapatan. Tapi saya tak terus promote set kurus, sebab saya nak produk ni terbukti ke atas saya terlebih dahulu. Alhmadulillah... ternyata berkesan. Dari badan gebu bam-bam, tahun berikutnya berat kembali menyusut dan sehingga 54kg. Time ni ramai yang tegur bila balik beraya di kampung. Semua duk sebut dah kurus dah sekarang ni berbanding dulu. Yeah.. senyum sampai telinga!!

Saya amalkan produk Shaklee bukan hanya makan produk saja. Masa saya betul-betul gigih nak turunkan berat pada mulanya, setiap hari saya naik tangga dari Ground Floor ke tingkat 2. Mula-mula memang mengah, lama-lama dah jadi kebiasaan. Cabar diri. Kalau penat brenti jap buat-buat jenguk tingkap. hahaha....

Apa yang penting kat sini, dalam uasah nak menurunkan berat badan, tak semestinya makan supplement, catu makanan tolak segala nasi roti, seminggu badan dah kurus. Hoo... tidak. Tu memang la kurus, lepastu risiko naik berat lagi hebat sangat tinggi.
Tips terbaik untuk kurus, makan pada waktunya. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Pengambilan supplement membantu melengkapkan nutrisi badan. Bila badan cukup nutrisi, segala fungsi dalam badan akan lebih seimbang. Operasi badan dan enzim akan lebih lancar. Dari situ badan akan kurang stressed dan kekal punyai stamina untuk terus membakar kalori dan memberi tenaga kepada badan. Metabolisma akan meningkat dan in sya Allah kekal stabil. Bila metabolisma dah stabil, akan lebih mudah untuk kekalkan berat badan ideal.

Penulisan ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sharing is caring.





--- Saya tahu ada yang pernah ambil produk Shaklee tapi berat tak turun-turun. Sila cek balik cara hidup dan cara makan ya ---


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Saturday, September 20, 2014

Dulu gemuk 3 kali ganda

Last week, Mak saya dari Kelantan datang menjenguk cucu.
Dia tenung gambar di dinding... tiba-tiba kata..
"Dulu saiz badan macam 3 kali ganda sekarang".

#ShakleeEffect. Berjaya kembali ke berat asal tanpa diet steroid.


Waa.... betul la tue....

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Kerek tul muka Adek ni. Hohoho...Review Mealshake

MAMA KORANG DAH BAGI MEALSHAKE HARI NI ?

MAMA SAYA DAH. 

SEDAP..............


Haih.... comel sangat anak yang sorang ni. Suka sangat dia minum susu campur Mealshake.
Dulu mula-mula campurkan Mealshake dalam susu, Adek macam tak berapa suka & kalau minum pun sure ada baki lagi. Tapi sekarang ni... licin sebotol dihabiskan tanpa bunyi. Waaa.....

Saya mula memberikan minuman Mealshake kepada kedua anak-anak saya kerana...

  1. Saya memberikan susu formula seawal mereka 1 setengah tahun. Bagi melengkapkan keperluan nutrient mereka yang mana sukar diperolehi melainkan dari susu Ibu, saya berusaha memberikan lebih nutrient dan vitamin selengkapnya melalui pemakanan tambahan Shaklee Mealshake.
  2. Berat badan kedua-dua anak saya memang selalu berada di paras garisan kuning. Bukan lah kurus kering, tapi sedikit underweight tapi masih tetap aktif. Dengan bekalan protein dari Mealshake, kedua mereka mampu meningkatkan berat badan walaupun secara sedikit-sedikit. 
  3. Bukan saja berat badan meningkat, ketinggian juga meningkat!
  4. Masalah kurang makan atau malas makan. Lebih rela bermain dan makan Jajan. So saya memilih Mealshake untuk membantu meningkatkan selera makan mereka. Dah jadinya sekarang ni hari-hari dah mintak dimasak nasi seawal pagi sebaik bukak mata. Pening dah Ibu derang. hehehe...
  5. Melawaskan pembuangan air besar. Tiada lagi sembelit. Yup.. seriusly betul. Tak tipu. Asal lepas makan je si Adek berak, si Kakak lak sibuk ke tandas. Tu pasal perut derang kempis walaupun makan banyak. Hmm... teori tu boleh pakai lah kan . ;-p
Dan... hasilnya kini... Si Kakak yang dulu sangat kurus sehingga boleh nampak tulang belakang berbonjol kini dah tambah berisi. Muka pun dah bulat. Bab makan, tolak batu, kayu atau pedas aje. Si Adek pulak dah mula dagu bertindih. Haa...lega dah nampak anak-anak semakin sihat kan ?

Mealshake Shaklee terbaik buat mereka setakat ini. Alhamdulillah...


Hubungi saya :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Cross Coaching di Faizland, Atmosphere Sri Kembangan

20 Sept 2014. Dah siap-siap block date kat kalendar. Hari untuk refresh semangat business.

Seawal pagi dah siap bagi, nak aim sampai ke Faizland sebelum jam 9 pagi. Macam biasa akan dijemput untuk join potluck. Tapi dek sebab takdan nak plan apa mau masak untuk potluck,  dengan pantas singgah Petronas Presint 9 dulu beli bekal apa yang patut. Tak tau dah apa nak bawak, ku capai aje 2 ikat air mineral ngan sebekas muffin coklat. At least ada something untuk dibawa. Yup... dah tau dah, apa yang dibawa tu tak sehebat apa yg orang lain bawa nanti. Takpe..yang penting ikhlas.

Sampai Faizland jam 9.15 am la gitu. Tak sure sangat memandangkan aku jenis tak pakai jam sejak-sejak kawen ni. Pintu opis belum bukak rupanya. So kita tunggulah kejap lepak atas tangga sambil layan FB.

Kali ni punya class dibuat style cross coaching. Leader dari group lain datang join coaching dan share ilmu kepada anak cucu dari susur galur berlainan. Kira takde konsep kedekut ilmu lah yer.. Best jugak cross coaching macam ni, kita boleh belajar dan share ilmu dan dengan lebih ramai orang. Takdelah kita hadap mak (upline) kita aje kan ? Sekali sekala mau jugak bertukar angin.

Kelas kali ni berpeluang belajar tentang target, peluang pendapatan RM5k, cara kickstart business, sharing pengalaman amalan rohani, ilmu pasal internet marketing dan juga tips-tips copywriting. Walaupun ada yang dah sedia tahu, tapi best jugak dapat penyampaian yang berbeza.

Pemberian dari Leaders
Di akhir kelas, ada la buat sikit kuiz & edaran goodie bags. Part ni yang paling best. Bukan setakat dapat buku nota ngan pen je, kali ni Master bagi botol brand tupperware, Leaders bagi hadiah kuiz GLA Complex (frust tak menang Vivix), and Mak saya bagi ole-ole dari trip US Long Beach yang dia join last month..dapat purse Coach. Part Coach tu rasa ralat sangat sebab tak biasa la nak guna barang-barang jenama nih. Mau agaknya purse tu disimpan je dalam gerobok buat perhiasan. kikiki...

Sebagai penutup kisah... ni ada sekeping gambar bukti kelas yang telah dihadiri.
Kami selesai kelas. Feeling refreshed!!