Wednesday, December 19, 2012

Zaly Masih Hidup!

Alhamdulillah.

Hidup lagi nampaknya En. Razali Ramly.

Bila agaknya beliau nak bayar balik hutang rumah sewa 4 bulan yang tertunggak tu ye ? Tolonglah jangan lari dari bayar hutang. Tak tenteram hidup. Tapi kalau dia rasa tenteram hidup, tak taulah nak komen apa. Dah tak kuasa termenung dah pikirkan masalah dia. Cuma saya doakan beliau membayar hutang beliau dengan ikhlas. (tak ikhlas pun takpe). Takut nanti di akhirat jenuh dia nak cari kita balik semata-mata dia berhutang dengan kita.

Sampai sekarang ni pun, surat-surat tuntutan hutang dari bank kepada wife dia Badrina Zaky masih lagi memenuhi post box apartment Bayu Puteri yang mereka sewa dulu. Haish....

Please la yer, tolong bayar hutang ye.

Tuesday, December 18, 2012

03-26109200

Sejak terlambat sikit bayar utang bank, derang asyik call aje. saya tau saya lewat. bulan depan saya bayar skali dengan tunggakan la bang. Ape pasal nak kecoh ni ?

Semalam dah bayar, masih lagi kacau kacau orang call. TAPI..bila kita angkat fon nak jawab, belah sana senyap aje pulak. Benda ni berlaku 2-3 kali hari ni aje. Penat weh macam ni.

Memandangkan update yg lama dulu pasal nombor promoter citibank mencapai banyak kunjungan. Ni saya letak no bank RHB plak. hihi...

03-26109200 . gatal benor call customer. bila customer jawab fon, senyap plak dia. adoilaaa...

Monday, December 17, 2012

Shaklee untuk Ibu Bekerja




Working Mommies! Semua maklum jadual harian bekerja dan menguruskan rumah tangga amat padat. Seawal jam 4am sehingga 1am sentiasa penuh dengan tugasan. 

Rasa penat dan stress mudah sangat menyerang. Dan mungkin membawa kesan negatif kepada diri sendiri dan keluarga (moody, hangin dengan anak anak, merajuk dgn suami etc. .).


Selain kita saban hari beristighfar dan sabar, apa kata kita cuba amalkan cara pemakanan sihat bagi menyokong aktiviti dan emosi harian kita.



 





SHAKLEE MEMBANTU ANDA MENJADI GREAT SUPER MOMMIES!


Bagi saya, saya gemar amalkan produk Shaklee. Selain mampu membekalkan zat dan mineral yang terbaik, ia juga mampu mengekalkan kestabilan emosi pada tahap yang baik.



ESP : memberi saya tenaga di awal pagi menyediakan keperluan keluarga sementara masih tiada sarapan.
Vitalea : membantu memenuhi keperluan vitamin dan nutrien harian disamping boost tenaga di pejabat.

B Complex : memastikan otal dan sistem saraf yang cergas untuk menghadapi tugasan dan situasi emosi persekitaran. Menjadikan saya lebih tenang dan tidak mudab emosi. Anak anak pun happy ibunya dah kurang emo bila pulang petang dari pejabat.

Vitamin E : membantu saya menjaga penampilan dan membantu mengekalkan kegebuan kulit. 1 biji sebelum tidur setiap malam dan masker Vita E seminggu sekali sudah cukup. Vita E juga adalah antioksidan terbaik dan membantu saya terhindar dari kerosakan sel.

Huh. . Banyak lagi kebaikan Shaklee. Tak larat nak tulis dah. PM aje saya kalau nak tahu lebih lanjut. Hehe?



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Sunday, December 16, 2012

Shaklee B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Shaklee B Complex yang Lengkap dan Seimbang







B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, December 3, 2012

Bagaimana memilih produk kolagen terbaik ?



Bagaimana memilih produk kolagen terbaik ?


Kolagen adalah sejenis protein yang bertanggungjawab bagi memastikan kulit kelihatan tegang dan lembut dan ianya akan merosot bergantung pada usia. Dengan tambahan usia, kehilangan kolagen akan mengakibatkan kulit longgar dan berkedut.

Kini, terdapat banyak jenis dan jenama kolagen di pasaran bagi membantu masalah kehilangan kolagen dan boleh digunakan tidak kira usia. Namun, tidak semua produk kolagen adalah sama. Anda boleh mengenalpasti jenis kolagen terbaik untuk anda dengan mengkaji jenis, kandungan dan dari mana sumbernya diperolehi.

Terdapat banyak jenis kolagen berada di pasaran. Contohnya, ramai selebriti menggunakan kaedah suntikan kolagen di bawah kulit bagi mengisi kulit yang berkedut dan longgar. Kaedah suntikan ini biasanya mahal dan hanya mampu diperolehi oleh mereka yang berada sahaja. Alternatif kepada kaedah suntikan yang mahal, ramai pengguna beralih kepada kolagen berbentuk krim yang mana perlu di sapu secara urutan pada permukaan kulit. Biasanya kolagen krim adalah kolagen yang paling mudah boleh didapati dan paling murah. Tetapi..TIDAK SEMUA YANG MURAH DAPAT MEMBERIKAN HASIL.

Kebanyakan orang menganggap dengan membeli produk mengandungi kolagen sahaja pengguna akan mendapat khasiat kolagen sepenuhnya. Tapi kebenarannya adalah tidak sama sekali. Apabila membeli kolagen krim, tidak kesemua kolagen dapat diserap secara efektif dengan hanya menyapu secara urutan ke atas permukaan kulit. Bentuk protein kolagen yang terlalu besar tidak dapat diserap secara terus dengan urutan di kulit sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memilih untuk mendapatkan produk yang boleh mambantu badan menghasilkan kolagen nya sendiri seperti supplement Vitamin C yang mana memang terbukti mampu membantu badan menghasilkam kolagen secara semulajadi dari dalam badan.

Daripada anda terus ke kedai ubat atau farmasi untuk membeli produk kolagen yang paling murah, apa kata usaha sedikit dengan membuat kajian sebelum membeli. Jangan hanya bergantung pada harga sebagai penanda aras kualiti, tapi ketahui juga jenis krim atau supplement yang terbaik untuk diri anda. Silalah baca online review yang ada di internet. Kini maklumat senang diperolehi. Hanya di hujung jari sahaja. Apa salah usaha lebih untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kita kan ?

SHAKLEE COLLAGEN POWDER
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

PROMOSI DISEMBER : Shaklee Collagen Powder (harga huru hara)
TESTIMONI PENNGUNA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

 

 

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Sunday, December 2, 2012

JOM BELI COLLAGEN BERKUALITI PADA HARGA PROMOSI

Nak dapatkan Shaklee Collagen Powder dengan hanya RM90++/Sekotak ?

Klik sini FanPage ApeLagiBest .

Promosi hanya sah untuk Disember 2012 sahaja. Cepat cepat!!

Untuk baca lebih lanjut boleh ke sini : ApeLagiBest.blogspot.com

NO MORE COLLAGEN PASAR MALAM PLEASE.........

Saturday, December 1, 2012

PROMOSI HURU HARA SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Bulan Disember dibuka dangan Promosi Shaklee Collagen Powder. TERBAIK!

Jangan lepas peluang untuk mendapatkan produk kolagen terbaik ini dengan lebih murah berbanding retail price.
Retail Price :RM 298.00
Selepas harga promosi :RM 220.00/sekotak (penghantaran percuma)

WOW! JIMAT BANYAK TUUUU. . . .!!!

Lebih jimat lagi dengan  mengambil pakej PROMOSI HURU HARA iaitu:
BUY 6 FREE 1 !  Apa kelebihannya?


Dengan BUY 6 FREE 1 anda dapat:
LEBIH MURAH DARI HARGA HURU HARA! (sila contact saya kalau nak tahu)
Keahlian percuma(taknak jadi ahli pun boleh. . )
Dan cek bonus RM 100++



Jadi apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang di 0123252171 (sms/whatsApp) atau email ke foxnike@gmail.com. 

Thursday, November 29, 2012

Perbandingan Shaklee VIVIX dengan lain-lain produk MLM seumpamanya di pasaran.




Shaklee Vivix adalah supplement paling asli dan semulajdi dan terbaik di pasaran hari ini. Hasil kajian makmal, kandungan Vivix telah terbukti mampu memberi impak positif kepada masalah penuaan sel badan. 

Tetapi, dengan terdapat berbagai jenama dipasaran, kenapa anda perlu memilih Vivix berbanding yang lain ? 


KENAPA VIVIX LEBIH BAIK BERBANDING JENAMA LAIN ?

"...The answer to that question is really three-fold. In the first place, the resveratrol in Shaklee's Vivix a higher potency, higher purity preparation than many of the other resveratrol supplements products on the market." - Dr. Stephen Chaney, a professor of biochemistry and nutrition at University of North Carolina - Chapel Hill, has authored over 80 published studies in scientific and medical peer-reviewed journals, and he teaches nutrition to medical students.


KANDUNGAN UTAMA
  1. VIVIX : Mengandungi Resveratrol yang mana tinggi kandungannya dari Wine Merah (Red Wine). Resveratrol adalah sejenis antioksidan diperolehi dari sumber kulit anggur Muscadine yang mana digunakan dalam proses membuat wine. Vivix adalah cecair pekat (concentrated liquid) dan ianya bukan jus.
  2. MONAVIE : Kandungan utamanya adalah Jus Acai berry dan campuran lain-lain jus (Acerola Cherries, Apricot, Aronia Fruit, Bananas, Bilberry Fruit, Blueberry, Camu Camu Berry, Cranberry, Goji (Wolfberry), Kiwi, Lychee Fruit, Passion Fruit, Pear, Pomegranate, Purple and White Grapes, Prunes, Nashi Pears) 
  3. XANGO Juice: Kandungan utama adalah Jus buah Manggis (Mangosteen) dan juga terdapat campuran jus buah-buahan lain (Apple, Grape, Pear, Strawberry, Raspberry, Blueberry and Cranberry). 
  4. TAHITIAN NONI Juice : Kandungan Jus Buah Noni


PENERBITAN HASIL KAJIAN & PATEN
  • Dari segi penerbitan hasil kajian, Vivix mengatasi ketiga-tiga produk dengan 2,340 hasil penerbitan. 
  • Vivix dan Tahitian Noni Juice telah dipatenkan oleh syarikat pengeluar masing-masing.


ASLI & SEMULAJADI
  • Vivix dan Tahitian Noni Juice terbukti semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan lain. Manakala Monavie dan Xango mengandungi Sodium Benzoate sebagai bahan pengawet. 
  • Oleh kerana itu, cara terbaik untuk menyimpan Vivix yang telah dibuka adalah di dalam tempat dingin (peti ais) bagi mengekalkan kesegaran produk.


NILAI ORAC (Oxygen radical absorbance capacity )
  • ORAC adalah kaedah bagi mengukur kada antioksidan di dalam sesuatu bahan. Vivix menduduki tempat teratas dengan nilai ORAC 5,048 berbanding yang lain dimana nilai ORAC jauh lebih rendah.
  • Pengambilan Vivix selama 30 hari bersamaan dengan jumlah resveratrol di dalam 3,000 gelas red wine. 1 sudu teh Vivix bersamaan dengan jumlah resveratrol di dalam 100 gelas red wine!


Lain-lain kelebihan Vivix berbanding ketiga-tiga produk itu boleh dilihat di jadual berikut.
Kesimpulannya, Shaklee Vivix adalah minuman kesihatan yang terbaik berbanding jenama MLM lain di pasaran.
 

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Thursday, November 15, 2012

Alhamdulillah, Tasneem makin berselera

Assalamualaikum,
Hari ini saya rasa sangat happy. Baru tadi sempat snap gambar anak sulung, Tasneem tertidur dalam kereta. Ambil gambar pandangan sisi. Nampak pipi dan dagu sudah berisi.



Tak lekang lekang senyum saya sepanjang perjalanan dalam kereta hari ini. Ibu mana tak happy dapat tengok anak kesayangan sihat, ceria dan aktif kan?

Sebelum ini saya sangat risau bila bercakap soal makan si kakak ni. Makan hanya nasi putih dan kuah air sup sahaja. Kalau tambah lain sure terus tak mau makan. Lepas tu, makan pun tak sampai separuh. Boleh kata hanya makan paling banyak pun 5 suap saja. Teacher kat sekolah pun mengalah tak mampu pujuk si kakak ni habiskan makanan di tadika.

Pernah juga semasa saya dalam pantang di kampung beberapa bulan lepas, Tasneem langsung tak lalu makan sebab rindukan babahnya di putrajaya. Sayu melihat tubuh kecilnya yang kurus sehingga menampakkan tulang belakang.

Apabila saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya berserah sahaja mencuba beberapa produk untuk Tasneem dengan harapan dapat menaikkan selera kakak. Saya tak kisah berapa pun harganya, asalkan anak saya lebih sihat dan ceria. Saya pejamkan mata saja.

Untuk permulaan saya mencuba Mealshake. Tetapi kakak tak berapa nak minum susunya. Kemudian saya mencuba pula mencampurkan setengah scoop esp ke dalam susu botol kakak selang 2 hari sekali. Alhamdulillah, kakak minum juga walau separuh. Selanh sebulan selrpas itu, kakak dah mampu habiskan sebotol susu+esp.

Kemudian saya cuba pula berikan Chewable Vitalea dan Chewable Vita C. Seronok tidak terkata apabila semunya dikunyah dengan senang oleh kakak.

Selepas itu saya cuba pula berikan Omega Guard kepada kakak. Dengan senang hati dikunyah begitu sahaja tanpa minum air pun. Lagi pula diminta tambah sebab tak cukup 1 biji katanya. Amboi, sejak itu saya sudah mula menyorok botol Omega Guard dari pandangan kakak. Risau pulak dia overdosed.

Hasil dari kesemua supplements Shaklee yang diberi kepada kakak, kini badannya semakin berisi, selera makan semakin bertambah, dan kakak semakin aktif hari demi hari. Selsema juga sudah lama tak hinggap. Alhamdulillah, antibodi badan semakin kuat. Syukur. .

Kepada ibu bapa diluar sana yang menghadapi masalah dengan pemakanan anak anak, saya sangat sarankan supplements seperti yang telah saya berikan kepada anak perempuan saya, Tasneem.

MealShake/ESP+chewable Vitalea+Chewable Vita C+ Omega Guard.

Jangan segan segan untuk hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan. Email saja kepada foxnike@gmail.com.

Sekian, wassalam



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, November 12, 2012

Shaklee Collagen Powder TERBUKTI BERKESAN!

Shaklee Collagen Powder TERBUKTI BERKESAN!

Ini adalah testimoni pelanggan yang telah menggunakan Shaklee Collagen Powder secara berterusan selama 1 bulan setengah. Nama dan rupa penuh pelanggan telah diminta dirahsiakan sebab dia malu. (huhu.. malu apa lagi.. dah cantik pun nak malu..heheh)

Hasil penggunaan collagen secara berterusan, hasilnya tona kulit lebih sekata, kulit lebih cerah, tanda jeragat semakin pudar, kedutan mula berkurangan dan yang pastinya kulit akan merasa lebih lembut dan gebu.

Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Res Snapper Scale / Sisik Ikan Merah) yang berkualiti tinggi. Molekul kolgen yang sangat ringan (1,000 Dalton), mampu diserap dengan mudah oleh badan dan dengan pantas membantu penghasilan kolagen pada lapiran dermis dengan lebih berkesan

Faedah-faedah pengambilan collagen:
  • Anti Penuaan, mengurangkan liang pori-pori di wajah, menegangkan kedutan dan garis garis halus tanda penuaan.
  • Melembabkan kulit dan mengelakkan penggelupasan
  • Mengembalikan keanjalan kulit (dan payudara) dan lebih lembut dan gebu
  • Menyuburkan penghasilan sel pada kuku, serta rambut
  • Mencerahkan kulit. Menghilangkan jeragat, pigmentasi dan memberi tona warna kulit yang sekata.




Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Sunday, November 11, 2012

Mengatasi Masalah Bau Badan (Body Odor) Secara Semulajadi



Mengatasi Masalah Bau Badan (Body Odor) Secara Semulajadi

Setiap individu yang lahir mempunyai ciri-ciri bau pada badan yang tersendiri (denga cara itu juga bayi baru lahir dapat mengenali ibunya melalui bau badan). Punca utama terhasilnya bau badan in ialah dengan kehadiran bacteria pada badan yang mana akan meningkat dengan bantuan peluh. Apabila lebih banyak peluh dikeluarkan, masa pada masa itulah bau badan menjadi lebih kuat dan ada juga sesetengah individu yang menganggapnya sangat mengganggu. Kondisi bau badan sering bergantung pada beberapa factor seperti cara pemakanan, cuaca persekitaran, bidang pekerjaan, umur dan juga emosi.

Method perubatan Ayurveda percaya bahawa bau badan menandakan terdapat kahadiran toxin dalam badan. Toxin yang hadir berpunca dari sisa makanan yang tidak dicerna dengan sempurna yang mana perlu dikeluarkan dari badan melalui sistem badan (terutama kulit).

CARA-CARA SEMULAJADI UNTUK MENGURANGKAN MASALAH BAU BADAN

1.       MELALUI PEMAKANAN : DIsebabkan masalah bau badan berpunca dari sistem pencernaan yang tidak sempurna, oleh itu makanan yang perludiambil perlulah dari jenis yangs senang dihadam.
a.       Kurangkan pengambilan makanan seperti daging merah, aiskrim, pencuci mulut yang berlemak, makanan pedas dan jeruk.
b.      Jangan makan makanan yang terlampau panas atau terlalu sejuk (suhu)
c.       Lebihkan pemakanan sayuran hijau dalam diet harian. Ini supaya sistem pencernaan lebih lancar (lawas) dan tidak sembelit yang mana akan mengganggu sistem pencernaan.
d.      Elakkan pengambilan snack yang berminyak. Boleh digantikan dengan buah buahan sebagai kudapan (snack) ketika perlu.
e.      Masukkan sekali 1 hidangan sayuran hijau dalam setiap hidangan.
f.        Minum air dengan cukup. Disarankan 1 liter air untuk setiap 15kg berat badan.

2.       KEBERSIHAN BADAN: Amalkan kebersihan badan yang optima.
a.       Mandi sekerap yang mungkin terutama sekali selepas melakukan aktiviti yang menyebabkan kita berpeluh. Selepas mandi, badan perlu dikeringkan bersama sedikit gosokan pada kulit bagi menanggalkan sel badan yang mati.          
b.      Sarungkan pakaian yang bersih setiap kali selepas mandi.
c.       Kebanyakan bau badan sering dikaitkan dengan bau pada ketiak. Mencukur bulu ketiak juga amat membantu bagi mengurangkan bau badan.

3.       PERUBATAN HERBA
a.       Alfalfa (Medicago satina) : Mengandungi kadar klorofil yang sangat tinggi yang mana klorofil bertindak sebagai ajen antibakteria yang sangat berkesan. Dengan pengambilan alfalfa, ia mengurangkan bau badan dengan fungsinya yang membantu membunuh bacteria jahat pada badan punca bau badan.
b.      Parsley (Petroselinum cripsum) : Sama seperti Alfalfa, parsley juga tinggi kandungan klorofil. Ia juga membantu membunuh bacteria punca bau badan.
c.       Rosmary (Rosmarinus officinalis) : Merupakan herba antibakteria. Rosemary seing sering digunaakn dalam penghasilan deodorants untuk membunuh bacteria punca bau badan.

ALFALFA COMPLEX dari Shaklee sangat disarankan kepada mereka yang mengalami masalah bau badan. 

Alfalfa Complex mempunyai tinggi kandungan klorofil yang bertindak sebagai detox semulajadi, menghilangkan nafas berbau dan juga mengatasi masalah kaki berbau dan bau badan (bodu odor). Selain itu, Alfalfal Complex juga membekalkan hampir 300 nutrient kepada badan (Iron, magnesium, copper, zinc dan iodine, chromium, molybdenum, selenium, manganese, tin, nickel, and potassium ) Terdapat juga vitamin A, vitamin C, thiamine, riboflavin, biotin, pantothenic acid, folic acid, niacin dan vitamin B dalam setiap biji Alfalfa Complex Shaklee.



Selain itu, Alfalfa Complex Shaklee juga  membantu menurunkan kadar gula dalam darah, melegakan sakit sendi dan kekejangan otot, mengurangkan sindrom menopause, meningkat tahap tenaga dan juga mengelakkan kelesuan akibat kekurangan nutrient.

 


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Tuesday, November 6, 2012

BADAN SIHAT DENGAN OMEGA GUARD

Asid lemak Omega-3 (EPA & DHA) merupakan sejenis lemak yang penting dan diperlukan untuk kesihatan badan. Ianya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, oleh itu ia perlu diperolehi melalui diet pemakanan atau pengambilan supplement. ASI LEMAK onega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat dan juga untuk proses tumbesaran manusia. Ia juga menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
Pengambilan EPA dan DHA di dalam asik lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuj mengekalkan kolesterol baik dan memastikan tahap tekanan darah pada paras normal.

MENGGALAKKAN FUNGSI OTAK YANG SIHAT
DHA merupakab asas dalam asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi.
Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hububgkait dalam meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan daya tumpuan.

MENYOKONG FUNGSI SENDI SIHAT
Asid lemak Omega-3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sendi bergesel, lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu melancarkan pergerakan sendi.

Shaklee OmegaGuard merupakan suplement pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 twrmasuk DHA dan EPA.

Ultra pure &high quality
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laun. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plimbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.