Monday, June 28, 2010

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2

Opis ni dah jadik cam bar karaoke jepun dah. lagu Wali Band dah 3 kali duk ulang suara. Ramai gak backup singer yang join nyanyi. Harus pasni family day bebudak unit ni nak kena buat kat pusat karaoke. Tapi yang kecoh2 nyanyi ni pun budak2 unit ni je... budak2 unit sebelah senyap ajo layan muvi kat pc masing2.

Sambungan "Aki Datang dengan Durian"-Siri 2:

Sabtu nya, pagi2 aku dah pening pikirkan apa aku nak masak pagi ni memandangkan mertua ada kat umah ni. Haish.. tak gunanya kejut Babah selagi tak jam 9. Memang kalau makin di cuit suruh bangun, makin rapat dipeluknya si Tasneem. Sabar je lah.

Hah.. turun aje bawah, ternampak sebungkus kueyteow kat atas oven. Apo lagi, gigih lah makcik ni kletang..kletung menggoreng kueyteow tersebut. Sib baik ada perencah segera mi goreng yang jadi penyelamat. 10 min siap!

Dalm kul 11, kami semua keluar jalan menuju ke Pasar Borong Selangor. Apekah ??!! Ape kelas menantu Putrajaya bawak mertua jalan2 ker pasar lak ?? hahaha.. dah tu permintaan nya. Kami bawak je lah. Lagi pulak MIL tu wat business makanan (Nasik Dagang Pok Mang-NDPM), so derang nak survey2 harga barangan mentah kat sini plak berbanding kat kuantan. memang harga kat sini murah sikit berbanding sana. So konklusinya, kalau bukak branch Nasik Dagang Pok Mang kat sini, pada firasat tok dukun, sure akan memulangkan ROI (return of investment) yang tinggi. Faktor makanan gerai2 kat sini yang bagaikan "masak ngan kaki" juga turut akan menjadi penyumbang pada ramalan kejayaan pembukaan NDPM di putrajaya nanti. Janji kerat carrot punya.  Sambil2 survey tu, sempat lagi MIL beli sikit sayur2 yang nampaknya harga lebih rendah untuk dibawa pulang.

Dah abes jalan2 ke pasar, kami teruskan perjalanan ke My dear Warehouse sale. Dah memang tau apa yg nak dibeli, terus je kami serbu barangan tersebut. Takde pikir2 dah. Kami berjaya merembat baby safety gate & jugak tricycle untuk Tasneem pada jumlah harga yang lebih dari separuh harga asal di atas rak kedai ber'aircond'.

[caption id="attachment_703" align="aligncenter" width="300" caption="Ada gaya cam Super Bike tak ?"][/caption]

Balik umah, semua tidur penat kecuali si Tasneem, Ibu & Babah. Ibu kena layan Tasneem naik beskal baru dia. And Babah plak berpeluh2 mengerjakan safety gate nak dipasang kat tangga. Pastu Babah plak tido. & Tinggal la Ibu melayan Tasneem yang tak jadi ngantuk sbb dapat beskal baru.


Petang tu, Aki Tasneem dah nak balik. Lepas kami say babai. Masuk umah, lagi  layan Tasneem main beskal (haih..! tak letih ker Naak ooii....). Layan sampai ke petang. Sib baik ada citer 3 idiots (ya.. layan hindustan lagik), tapi still tak dapat nak tengok sampai habis (part yg camana derang crash wedding si KareenaCooper) sebab kena masuk dapur masak plak.

Sambil2 Ibu masak, Babah plak amek alih layan Tasneem naik beskal. Dah sampai tersengguk2 Tasneem naik beskal. Last2, bila letak aje atas tilam bantal, bagi Cat sbijik, terus lelap. hahaha...

Tapi Ibu frust sebab Tasneem tak sempat nak makan malam. tapi tadi petang sambil main2 beskal, ibu dah suap dalam stengah mangkuk nasik sup. Kira oklah kot. tapi Ibu buat jugak susu campur nestum takut Tasneem lapar malam nanti. Hmm.. petang tadi jugak, Tasneem sudah pulun 3 ulas durian  (habes hendal beskal bau durian).

kul 10 tu plak, layan WC, German vs. England. Dalam ati memang doa kalau bleh tanak England menang sebab aku tengok bebudak player england ni lebih glamer sebab terlebih publisiti, bukan sebab tarer sangat pun. Lagi pulak, stock2 player MU (control jambu) aku tak suka. Dah si German rembat 3 gol, aku dengan senang hati pi lelap mata sbelah bantal Tasneem. sedar2 dah kul 12, & the game ended with German menang 4-1. Tu lah. Aku dah bleh agak. Sambil aku tido pun German bleh menang (eh.. ada kaitan kah ?)

Sunday, June 27, 2010

Aki datang dgn durian

Hari minggu lepas, macam2 kisah, macam2 cerita. Dari cerita tak bayar utang, <terpaksa di deletkan> Haish....

Ni bukan nak cerita kisah tak bayar utang (cepat la korang bayar utang...nak beli susu anak) atau <terpaksa di deletekan> . Ni nak cerita kisah keluarga.
Weekend lepas (sabtu), pagi...Babahnya kerja halfday. Dah balik agak lewat dlm kul 2 gitu, semedang(ayat kakJem) tetiba perut berdangdut lapor. Dah sampai umah, Tasneem plak tido. Alasan tunggu Tasneem bangun la baru kuar makan (walhal nak tengok citer hindustan --3 Idiots). Kami couple2 layan citer hindustan, tapi tak sampai habis. Tasneem dah bangun & Babah terus ajak kuar (ishk... Aamir Khas sgt cute). Tak sempat tgk citer tu sampai habes.

Kami kuar gi opis Ibu dulu sbb nak kena amek simpanan stok ubat susuk. Supaya tiada pertambahan umat berlaku pada mana2 hari kejadian. Dah tu, kami terus terjah ker jualan gudang barang2 baby kat Puchong. Reiki-reiki harga pagar baby & beskal Tasneem. Memandangkan babah tak cucuk pitih, kami postponed pembelian untuk keesokan harinya & jugak dgn alasan nak gi cari kat Tesco, kot lebih murah kat sana.

Kami lajak drive sampai ke Tasco Kajang, alasan pas gi Tesco, mau pekena sate samuri kat sana. Tengah duk tengok2 kat Tasco (barang yg dicari takde lak), Aki Tasneem call cakap dah sampai Gombak. Humang aih... sib baik kami tak meronggeng sampai ke Seremban. Kalau tak jenuh Aki, Wan & Acik Tasneem nunggu depan pintu umah. Hahaha...

Untuk kill the time tunggu kami anak beranak sampai putrajaya, Wan cakap kami jumpa mereka semua kat umah Pak Amir (pak sdare Babah dia) kat p9. Kami sampai sana selang 15min arrival Wan Tasneem kat sana. Lepak2 sana sambil Tasneem layan 'tissshhh...' kat akuarium & kacau2 anak2 Pak Amir main Uno. Terlajak sampai ker isyak kat sana sbb Wan & Acik Tasneem layan citer indon. Mati kutu kami nunggu. Perut plak asyik berdangdut lapo (tak makan since tghari kan...)

argh... malasnye nulis. layan fb jap.....

On the way balik, kami singgah dinner kat Sri Teja. Cam biasa kami laki bini makan nasik kukus (yg dulunya agak sedap, tapi skang dah hampeh sket). Kami gilir2 makan sebab take turns shift nak kejar2 Tasneem di sekitar foodcourt tu.

Pas makan, balik umah, satu kete Aki bau durian. Heheh... Rezeki kami dapat durian kampung banyak bila spatutnya guni yang kecik bahagian kami dah tertukar diberi kat Pok Amir tadi. huhu...pada malam tersebut, Babah mononton bola bertemankan sbijik durian yg sangat best seorang diri.

Thursday, June 10, 2010

DeBiK ku diEksidenKan

11 June 2010, 7.45 AM, Simpang HP, Cyberjaya.

Makluman: Persona DeBiK sudah kena langgar oleh MyVi Putih.

Still shaken of the accident. Will write something bila dah lega nanti. Alhamdulillah pemandunya selamat.



ps: awek sbelah tu bukan aku yer..