Thursday, March 25, 2010

Dolu2 dlm sejarah

Bos 1:
Chinese lady. A lawyer sharing her office in her interior design company. I'm just daily basis contract worker yang hanya berkerja 2 minggu. So go figure.

Bos 2:
A lady. Aku tak banyak cakap ngan dia. mungkin sebab age gap yang agak jauh. Lagipun derang semua oversea grads. So aku rasa mcm tak brape boleh nak bermesra ngan derang. Lagipun dia suka sgt shopping even dalam waktu pejabat.

Bos 3: Ada 4 orang
Suspek 1:Seorang lelaki yang sangat berkaliber. Memegang jawatan tetap (heirer) dlm satu company yang agak well-known kat Malaysia nan indah ini. Kalau aku sebut bangunannya..sure korang tau saper. Soft spoken but stern.

Suspek 2:Seorang lelaki sejati (sbb kawen lebih dari sekali). Perut boroi & bersuara lantang. Perkataan makian & cacian tu adalah hidangan hari-hari walaupun sekadar gurauan. Pernah gaduh2 hempas pintu kat dia sbb sakit hati kena wat balik kerja yang spatutnya dia review 2 minggu sebelumnya sbb dia MIA (salah siapa tu ?!!). Suka masuk opis pakai sluar pendek (sampaikan ditegur oleh suspek 1). banyak memberi tunjuk ajar & pengalaman meng'handle' dunia corporat yang mencabar.

Suspek 3: One word saja untuk dia.. gentleman. Sangat charming. Kerja ada sedikit gelabah. Tapi baik hati. Anak2 dia ramai (sbb dia suka budak2).

Suspek 4: Soft spoken. Penyabar & baik hati. Tapi selalu kena buli ngan suspek 2.

Bos 4:
Tanak citer sini. Nanti aku dah pindah jabatan baru kita bukak citer dia. hahahaha....

Tuesday, March 23, 2010

Wawan rindu sama cucunya

last week, tak ingat hari apa, jam 11.45pm.

henpon berdering (dering ke hp?). kuar no henpon mama. hati dah berdebar, kot dpt berita tak best. Terus touch butang answer.

Mama: Hello,  assalamualaikum. Tasneem tido doh ko ?

Me: oo...w'salam. Tasneem tido doh ni. Ni duk tepek celoh tiok nih.

Mama: Ooo.. takpolah tido doh gak. Sajo jah talipong. Tanyo kabar cucu.

Me: (dlm ati...: tanyo kabar cucu jah ko ?) hmmm.. lamo doh tido. letih prektis jaley kat taska bokalih. Abah sehak ?

Mama: Abah sehak... ooo... takpo lah gitu gak. Nie.. cuti 1 Mei ni maghi ah Penang. Mama gi sano. Bulih tengok Tasneem.

Anum: (nyampuk dari jauh)..Tasneem bulih jaley doh kow?

Me: Tasneem bulih jaley gedek-gedek gitu ah. Tok stabil lagi. Tapi bulih laa tok jatuh doh.

Mama: Bowok lah maghi Penang. Bulih mandi kolam sano. Paka pelapong.

Me: Bulih ah. Tapi keno tanyo Usop dulu. Kot kalu dio takdok exam, bulih la. Muga time2 tu rasonyo musim perikso doh tu.

Mama: Takpo lah. Kalu Babah dio free gak, maghi lah. Mama Stiap awal buley gi Penang.

Me: Ok lah. Tengok ah guano. Meme nok gi pong sano. Tapi tok brapo nok dey maso nga pitih (sengih2..). Hmm.. dok pun, tunggu abih sem ni lah. Usop cuti akhir sem. Sene sket nok cuti gi sano.

Mama: Ok lah kalu gitu gak. Tasneem tido doh pun. Nati kirim saley lah ko Abey Usop tu. Assalamualaikum..

Me: Walaikumussalam..

Nampaknya Wawan Tasneem rindu sama cucu dia laa...
Tadi dah tulis kat notepad. Ada lar dlm 4 paragraphs. Tapi tak jadi paste sbb rasanya isu tu sensitip & melibatkan keselamatan beberapa pihak.

Nantilah ptg2 sket baru tulis lagi. Rasanya mood menulis telah kembali

Monday, March 22, 2010

hello blog.

sandar badan ker kerusi.. tangan kat blakang kepala... "hmm... ape nak tulis yer??"

taip...taip....delete..delete..delete....

sigh..... hmm.. kenapa takde idea nie...?

dulu cam sronok je stiap minggu update blog. tapi skarang ni rasa cam tak tau nak tulis ape. Life is still interesting. Tapi hmm... entah lah. Bukan malas nak tulis. tapi rasanya idea tak mencurah.

Sabar je lah.

Dah naik bosan tengok blog dgn isinya yang sama aje

Thursday, March 18, 2010

Milestone 15 months

Esok 19 Mac 2010, genap usia Tasneem 15 bulan (1 thn 3 bln).

Apa pencapaian terkini Tasneem?. Jom kita list:

  1. Sudah pandai berjalan (walaupun terkedek-kedek) tanpa perlu Ibu/Babah risau jatuh telentang.

  2. Dah pandai panjat cabinet TV

  3. Tarer turun katil kaki dahulu. Tapi tak larat angkat badan untuk naik katil sendiri.

  4. Sudah kenal lagu Lady Gaga. sambil turut menyanyi pelan2

  5. Pandai tekan/pulas segala butang/suis/dial yang dijumpai. Slalu switch off radio kereta bilamana lagu feveret Babah dia berkumandang.

  6. Pandai guna smartphone touchscreen

  7. Vocab setakat ini: Thanthik (cantik), Cat (kucing), Tish (fish), thudhuk (duduk), chuz (shoes), eat (makan), nak?nak? (offer makan kat Babah dia), bing (tido), sit (duduk), Tetoink (Ben10),  ajii (nak gi),

  8. Pantang sebut perkataan mandi. Terus wat aksi nak bukak butang baju & tolak2 pampers sambil menuju ke pintu bilik mandi.

  9. Pandai tunjuk reaksi bila menonton Pocoyo atau HiglyTown Heroes (tepuk tangan/wat muka suspen)

  10. Gigih berlatih melompat setempat

  11. Suka makan sendiri. Dengan pinggan sudu cawan sendiri punya. Takmau share

  12. Pandai korek hidung (dapat hasil plak tu)

  13. Dah training gosok gigi (tanpa ubat gigi)

  14. Pandai sebut "Dah" bila nak keluar dari tub mandi.

  15. Gigih prektis pakai seluar sendiri.

  16. Tak suka pakai kasut/selipar bila berjalan di luar rumah. Tapi kalau berjalan dlm umah, sebok plak nak pakai "chuzz" dia.

  17. Dah pandai tiru gaya babah sapu gell rambut.

  18. Suka makan tomato & buah plum atau epal masam


uh... banyak lagi. tapi tak ingat. nanti ingat daya sambung lagi.