Tuesday, November 16, 2010

Saja mau kasi panas

Pernah satu ketika terdengar org merungut.. "kedekut nak balas sms, simpan duit nak gi Haji ke?! "

haha.. betul la. lagi bagus simpan duit pegi haji dari duk layan sms ko yang ntahape-hape tuh.

Oleh yang demikian, jom baca artikel di bawah.

__________________________________________________________

Jimatkan Kos Haji Dgn Dinar Emas

Setiap tahun kos menunaikan haji menggunakan Dinar Emas akan lebih menjimatkan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa meningkat. Jika diperhatikan, secara purata harga emas meningkat sekurang-kurangnya antara 20% hingga 30% setiap tahun.



Sila rujuk contoh pengiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar emas seperti berikut:

Tahun 2002:
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (rujuk ilustrasi graf di atas) X RM502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.



Ney harga dinar mase bulan ogos hari tu..

*Skarang ney (NOV) 1 Dinar dah dlm lingkungan RM 650

Tahun 2010:
1 Dinar = RM596 (Harga Semasa) 19 Ogos 2010
Kos Haji = 17 keping (Rujuk ilustrasi Harga Public Dinar) x RM596
Jumlah = RM10,132.00 (Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)

Sumber Kos Haji 2010
Petikan dari Berita Harian:-

2010/08/03,KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan kos menunaikan haji untuk tahun ini kekal pada RM9,980 seorang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kesimpulan:

• Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!

• Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal sekitar RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.

Berdasarkan trend dan contoh pengiraan ini, disertakan permulaan meyimpan DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, maka pada tahun 2015, insyaAllah anda akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar sahaja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca yang budiman, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita sebagai umat Islam.


1 comment: