Monday, May 24, 2010

nasib-cerek

Pagi ni sarapan, brunch, lunch & tea-time kami se-ofis bedal juadah pot-luck unit kami. Semua makanan sedap2. Terutama sira labu (masuk bakul lagik!).. Aiseh.. lupa amek gambar sira labu yg aku masak.

Kiranya cubaan pertama memasak sira labu tu menjadi jugaklah walaupun nervers. Walaupun labu tak cukup keras sebab rendam kapur sekejap sangat.

Idea nak wat sira labu ni tercetus (aiseh.. word bombastik la plak) masa layan fb kuih-muih/makanan kelantan. Lagipun dah lama tak merasa sira labu yang selalunya hanya boleh didapati di majlis bekwoh saja.

Antara juadah lain yang 'kami-kami' bawak utk pot-luck... ada spageti bolognese, karemel telur, nasi himpit kuah lodeh, mi sengapore, kek batik, bubur jagung, ayam panggang, nasik goreng kampung... err .. ape lagi eh? banyak gak la. & tak lupa jugak keropok segera buah tangan tangan dari geng opis yg baru balik o.s di pantai timur.

'kami-kami' jugak menjemput beberapa sahabat unit datang menjamu selera & mana2 staff/boss yang wat pusingan U kat tiang unit kami jugak 'kami-kami' sekat suh brenti makan dulu.

Alhamdulillah... rezeki hari ni, kenyang sampai ke petang.

2 comments:

  1. bistu ape cerita nasib cerek?

    ReplyDelete
  2. nasib cerek.....
    akhirnya cerek tak dapat digunakan kerana menyebabkan fius letrik di pentry terbakar...

    ReplyDelete