Thursday, March 18, 2010

Milestone 15 months

Esok 19 Mac 2010, genap usia Tasneem 15 bulan (1 thn 3 bln).

Apa pencapaian terkini Tasneem?. Jom kita list:

  1. Sudah pandai berjalan (walaupun terkedek-kedek) tanpa perlu Ibu/Babah risau jatuh telentang.

  2. Dah pandai panjat cabinet TV

  3. Tarer turun katil kaki dahulu. Tapi tak larat angkat badan untuk naik katil sendiri.

  4. Sudah kenal lagu Lady Gaga. sambil turut menyanyi pelan2

  5. Pandai tekan/pulas segala butang/suis/dial yang dijumpai. Slalu switch off radio kereta bilamana lagu feveret Babah dia berkumandang.

  6. Pandai guna smartphone touchscreen

  7. Vocab setakat ini: Thanthik (cantik), Cat (kucing), Tish (fish), thudhuk (duduk), chuz (shoes), eat (makan), nak?nak? (offer makan kat Babah dia), bing (tido), sit (duduk), Tetoink (Ben10),  ajii (nak gi),

  8. Pantang sebut perkataan mandi. Terus wat aksi nak bukak butang baju & tolak2 pampers sambil menuju ke pintu bilik mandi.

  9. Pandai tunjuk reaksi bila menonton Pocoyo atau HiglyTown Heroes (tepuk tangan/wat muka suspen)

  10. Gigih berlatih melompat setempat

  11. Suka makan sendiri. Dengan pinggan sudu cawan sendiri punya. Takmau share

  12. Pandai korek hidung (dapat hasil plak tu)

  13. Dah training gosok gigi (tanpa ubat gigi)

  14. Pandai sebut "Dah" bila nak keluar dari tub mandi.

  15. Gigih prektis pakai seluar sendiri.

  16. Tak suka pakai kasut/selipar bila berjalan di luar rumah. Tapi kalau berjalan dlm umah, sebok plak nak pakai "chuzz" dia.

  17. Dah pandai tiru gaya babah sapu gell rambut.

  18. Suka makan tomato & buah plum atau epal masam


uh... banyak lagi. tapi tak ingat. nanti ingat daya sambung lagi.

No comments:

Post a Comment