Tuesday, June 30, 2009

Berkorban apa saja

Sejak seminggu ni Tasneem chumil dah semakin sihat (walaupun ada hingus siket2 kadang2). Kini Tasneem dah kembali ceria. Dah pandai dah buat lawak & tunjuk muka jakun dia bila nampak something new. hehe....

Babah Tasneem skarang ni dah makin bz. Dah kurang masa berharga bersama Tasneem. Skarang ni time Babah gi kerja, Tasneem still tido lagi. Time balik keje je bleh main2 ngan Tasneem. Then next week, kelas Babah dah start dah. So Babah hanya dapat main ngan Tasneem weekend je. Sbb pagi2 buta Babah dah gerak gi keje, malam plak Babah sambung gi kelas. Babah balik dlm kul 11 or 12 mlm, Tasneem dah tido ngan Ibu.

Smalam Babah mengeluh, katanya sehari tak main ngan Tasneem, rasa rindu kat anak yang sorang tu. Sian Babah. Takpe lah Babah, keadaan gini harap akan berlalu dengan cepat. Nak buat macam mana, bersabar aje lah. Terpaksalah berkorban buat sementara.

Love You Sayang, always...

Thursday, June 18, 2009

Citer 2 hari lepas

Ni citer 2 hari lepas.

Tadi antar Tasneem gi Taska. Pesan macam-macam kat Cikgu Tasneem. Bagitau kaki Tasneem gatal-gatal and sangat terlupa nak letak ubat sapu dalam beg skolah Tasneem. So Tasneem kena pakai 'shoes' spanjang hari untuk ngelak kaki digaru-garu. & memandangkan Tasneem demam smalam, dah mintak KakPah (cikguBesar) bagi Tasneem makan ubat 2 kali hari ni, terutama ubat batuk.

Sampai aje kat ofis, macam biasa, aku sampai awal (8am). Naik opis, punch card dulu then turun bawah gi beli sarapan. Duk pikir nak makan nasik kerabu. Korang jangan pikir aku ngular eh... aku masuk opis kerja jam 8.30 laa...

Dah lepas beli nasik kerabu, naik opis & tengok email. Nampak bos duk melilau cari 'mangsa'. Hehe..memang aku ler mangsanya. Huuu....bos suh ganti dia gi PICC, ada forum pcn katanya. Start kul 8 pagi nih. Hoho... aku ok je... lagipun aku attend forum bukan kena wat apa pun. Dengar2 & catit je apa patut.

Sampai sana, pas daftar, inatkan nak la minum skejapkat luar dewan tu. Tapi biasalah aku, kalau dah ditugaskan tu, makan minum semua tinggal. Dedikasi betul la aku nih.

(selepas seketika...di dalam dewan...)

Arghhh......forumni much talking about networks. Huargh... bosan betul laa... Subjek network la aku tak brape nak ikut. Pasal tu time aku blajar aku tak option major network. Takpe laa.... nanti ape aje aku dapat dari forum ni, aku bagi je kat unit network nanti. Tau lah derang nak wat camana

errgghhh.....sejuknye dewan ni. Hidung duk asyik tersumbat je nih. Dah berkeping-keping tisu habes.

ALERT!! Aku nampak asben anis, en_kudus. Mungkin dia bertugas as AJK forum ni kot. Wallawei... lalu sbelah dia pun dia tak kenal aku. Takpelah, lagipun dia bukan kenal aku sangat pun... haha...

Thursday, June 4, 2009

Nasik ayam

Kepada pengusaha nasik ayam atau ayam golek, mintak perhatian!

Sila jangan sertakan sekalik serpihan tulang ayam yang hancur setelah dipotong-potong ke dalam hidangan pelanggan anda. Dikhuatiri akan membahayakan kesihatan pelanggan anda.

Aku cakap gini pasal tadi masa tengah makan nasik ayam kat cafe ofis nih, aku dah tergiget tulang ayam kecik. Rasa ngilu tiba-tiba, nak nanges pun ada. Namun berjaya dikontrol jugak muka supaya control hensem semasa makan dikhalayak ramai.

Sakrang ni gigi geraham bawah kiri aku sangat lah sengal. Ingat nak kuar gi kinik gigi je ptg nanti, tapi tak jadi sbb perkhidmatan rawatan pergigian walk-in dewasa hanya disediakan di sebelah pagi sahaja. Adoi laaa.....

So, terpaksalah aku menahan rasa sengal kat gigi nih. Harap-harap rasa sakitnya hilang by esok. Boleh lah aku cuti2 melaya dengan senang. Tapi kalau duk sakit/sengal jugak, terpaksalah aku gi klinik malam nanti atau pagi-pagi buta esok sebelum bertolak ker utara. Huhuhu....

Rasanya gigi geraham aku ni dah ter'chiped sikit. Bleh rasa gigi ni jadi kasar bila lalu dengan lidah. Ni...tergigit bijik lada pun rasa sangat sengal. (adeh...)

Wednesday, June 3, 2009

Terkucil

Masuk kali ni dah 3 kali aku ke jamban. Ni pun rasa nak terkucil ku tahan kan aje....

Sejuk giler ah opis ni !!

Posting ke-4 untuk hari ini

Aku tringin nak makan kek. Rasa nak sangat2 makan kek yang ada hiasan icing yang cantik-cantik, tambah plak kalau icing tuh kaler putih. Rasa mcm nak sedut aje krim icing atas kek tu. Aku selalu bayangkan rasa kek yang ada icing putih tu rasa sedap sangat-sangat....(walaupun hakikatnya tak sedap sangat)

Rupa kek idaman



Wah.... best nye kalau ade sesape yang sudi belanja kek time-time teringin ni. Dah lama ajak Sayang gi cari kek, tapi sampai laaa ni tak beli pun kek. Bukan sebab Sayang tanak belikan. Tapi sebab bila dah nampak kek, mula2 rasa terliur nak makan, tapi bila fikir plak, nanti sure tak habis makan sorang kek ni (walaupun beli sekeping je) & Sayang memang tak berehi sangat makan kek-kek nih (maknanya aku kena habiskan sorang2). Eerrkkk... tak sanggup nak bazirkan makanan sbb tak habis kek nanti. Sebab tu lah selalu aje batalkan hasrat nak beli kek, walaupun kek dah ada kat depat mata.

Teringin nak bersukan balik

Aku rasa macam nak mula bersukan balik. Tapi apa sukan yg bleh aku join ? Kena plak masa terluang yang agak minima, & anak yang masih kecil. Hurm......

Futsal ? ..... tadak team yg nak amek aku sbb aku kaki bangku
Swimming? .... badan tak cantik nak ber'swim' suite & tambah perutku yang tak berapa kempis
Berbasikal ? .... tadak beskal. (boleh dibeli)
Jogging ? ... bila nak jogging? nak jogging kat mana? ..... sukar nak kluar ke taman2 awam kalau tak berteman suami tercinta. Sangat susah nak ajak Sayang gi taman2 awam
Main congkak ? .... bahaya!! takut Tasneem eat biji guli. Tambahan, takde mengeluarkan peluh
Taekwondo ? .... dah tak kuasa nak join kelab. Uniform lama pun ntah mana aku campak.

hmm... nampaknya satu2nya cara aku bleh ber'eksersaiz' adalah dengan jalan2 round shopping kat hypermarket sambil beli barang dapur je laa...

Tunggulah Tasneem umur 3 tahun ker... maybe dah bleh mula join sukan secara berjadual. Munkin i'll take up swimming again. Kasi asah skill kuak kupu-kupu. haha..
Bosan hari ni. Tadak kijer kat opis. Tenet plak slow cam labi-labi. Facebook lambat ya amat nak load abes. Nyesal plak tukar waktu kije balik 5.30.

Since Sayang kije ni, asyik bz aje. hmm... takpelah.. nak wat camana, dah mmg kena kije. Walau ape pun, aku tetap bagi full support for Sayang.

Kan best kalau dlm dunia nih, kita takyah kije & tapi RM sentiasa masuk poket. Hahaha... sangat lah mimpi nyer...!

Esok kena pakai batik plak. Hurm.. malas btul nak iron baju batik sutera. Ade sape2 bleh suggest baju batik yang takyah iron ? Mana nak cari eh ?

Cepat lah esok (Khamis) berakhir.. aku mau cuti

Tuesday, June 2, 2009

Suasana di opis baru

New office, new enviro. Walaupun ofis baru nih dekat sangat ngan rumah, tapi untuk 3 hari ni, rasa macam pelik. Banyak benda baru yang aku jumpa. Suasana ofis yang baru dalam bangunan yang cantik, ahli ofis yang kadang-kadang buat aku terasa pelik, harga makanan yang agak mahal, kakcik Kaklong kakNgah yang pakai baju raya stiap hari ke pajabat....

Suasana ofis baru yang DALAM BANGUNAN CANTIK. Haha.. it doesnt mean ofis sini cantik. Ofis sini biase2 je... standet la.. walaupun office dept IT, tapi kertas bersepah-sepah. Nguahaha...

Ahli ofis yang kadang2 buat aku rasa pelik.. Sini ramai golongan akak2. Ada yang sama baya aku, ada yg lagi senior. Bos plak kepala rilek, bleh ajak borak2 bodo. Stakat ni bos baru nieh ok, senang wat kije ngan dia. Takde rasa segan ngan bos baru nieh. Pastu cara keja sini plak mcm terbalik sket. Bos plak yang nak kena dengar kata staff bawahan. huish.... tau la ada yang dah lama berpengalaman, tapi jgn la buat mcm tu... (aku ada gak TER... time tu, aku yang bercakap, bos plak yang menaip. huuu....).
P/s: Sesape budak ofis yang terbaca apa yang aku tulis nih, korang jangan marah aku arr... ini apa yang aku bleh nampak on 1st 3 days kat opis. Dah lama2 kang, maybe tanggapan aku berubah.

Harga makanan yang agak mahal. Senang citer.. nilah harga makanan yang aku telah dipaksa bayar:
Popia goreng yang agak kurus 2 batang = RM1.00 (RM0.50 sbatang tu !!)
Nasi dagang gulai ayam = RM6.00 (alasan dia... tu ayam kampung. Woi cik kak, ko tadak tulis pun situ ayam kampung ! )

kakcik Kaklong kakNgah yang pakai baju raya stiap hari ke pajabat.... yang ni memang banyak. Dalam 5 orang, 3 akan pakai baju raya. Maksud baju raya nih adalah baju yang aku rasa lebih sesuai dipakai pada pagi raya atau ke majlis-majlis kenduri sahaja...ala..... ala yang jenis liplap-liplap gitu laa.... Hmm.. agaknya banyak mana masa diaorang nak spend masa meng'iron' baju-baju raya ni setiap pagi eh ?