Monday, December 28, 2009

Semangat kejiranan ?

dah lebih 2 minggu kami duk kuarters baru. Tapi sorang jiran pun takde yang sempat kami tegur lagi. yang sebok menegur kami hanyalah bibik-bibik yang sebok melepak dikala petang atau awal pagi selepas majikan keluar bekerja.

Hairan yer... hmm.. tapi entah lah. Mungkin kami masih baru dan tak sempat nak tunggu jiran-jiran di depan porch umah semata-mata untuk berkenalan dengan jiran-jiran sekitar. Even sehingga kini kami masih lagi tak tahu nama jiran umah sebelah kami. Yang kami tau mereka punya anak 3 orang & salah sorangnnya perempuan yang on the very first day nampak saya berbual dengan maid dia... tiba-tibe disebutnya perkataan "ROGOL" di depan saya. Astaga... (tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak).

Mungkin budaya sekarang yang mana komunikasi antara jiran tetangga semakin berkurangan dan takut pula dikatakan menjaga tepi kain orang pulak. Tak kuasa saya nak jaga tepi kain sesiapa, tapi at least kita kena tau jugak nama jiran2 sekeliling. Mungkin ada kecemasan yang memerlukan bantuan jiran suatu hari nanti.

Masa duduk apartment tu macam tu jugak, Jiran sebelah menyebelah tak kenal pun nama. Kami hanya senyum bila dalam keadaan terpaksa seperti bila bertembung di dalam lift atau kebetulan sama-sama di depan pintu rumah. tapi at least kami masih senyum sesama jiran. Tapi bila stay teres ni, batang hidung tuan rumah pun susah nak nampak.

No comments:

Post a Comment