Monday, August 31, 2009

Teman sekolah ku kembali ke Rahmatullah

Walaupun kami tak berkawan rapat, tapi pernah juga menyapa sesama sendiri tike berselisih bahu.
________________________________________________________


Ucapan terakhir
Laporan dan foto KAMAL RASHID
am@hmetro.com.my






JELI: “Selamat hari jadi ayah!” Itulah ucapan terakhir diterima Mohd Noor Mohamed, 50, daripada anak sulungnya sebelum penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu maut dalam kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kereta Myvi dinaiki Norazlina Mohd Noor, 27, bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.Kejadian itu mengakibatkan Norazlina yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan dan paha kiri.Kemalangan itu turut menyebabkan Hafeez yang memandu kereta cedera ringan di tangan kiri manakala Noraina cedera di muka. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jeli.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Amirul Suzilawati Mohd Arifin, 22, yang cedera parah akibat terjerut tali pinggang keledar dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kelmarin untuk rawatan lanjut.

Menceritakan detik terakhir berbual dengan Norazlina, Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka ucapan hari jadi yang disebut anaknya membawa petanda buruk sebelum terbabit dalam kemalangan maut.

“Sebelum bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 11 malam, arwah menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari jadi.

“Hari itu (hari kejadian), kami berbual seperti biasa dan tidak ada apa yang pelik dalam perbualannya, selain ucap selamat sempena hari jadi saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Katanya, dia sedih kerana hasrat anak sulungnya untuk pulang bercuti selama tiga hari dan menyambut Ramadan bersama keluarga di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok tidak kesampaian akibat kemalangan itu.

“Saya memang sedih kerana ini kali pertama arwah pulang ke kampung sejak melanjutkan pengajian di UPSI Julai lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, Hafeez yang memandu kereta mendakwa ternampak objek melintasi jalan, menyebabkan dia panik dan cuba mengelak melanggar objek misteri itu.

Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hilang kawalan dan kereta dipandunya terbabas ke kanan dan melanggar pokok.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan saya panik. Arwah yang duduk di sebelah saya cedera teruk dan gagal diselamatkan. Saya terkilan kerana arwah kakak sangat mengambil berat mengenai adiknya,” katanya.

2 comments:

  1. innalillah. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

    tu kereta ape ye?

    ReplyDelete
  2. Sedih nyer..baru baca dis berita in ur blog...semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete