Thursday, June 18, 2009

Citer 2 hari lepas

Ni citer 2 hari lepas.

Tadi antar Tasneem gi Taska. Pesan macam-macam kat Cikgu Tasneem. Bagitau kaki Tasneem gatal-gatal and sangat terlupa nak letak ubat sapu dalam beg skolah Tasneem. So Tasneem kena pakai 'shoes' spanjang hari untuk ngelak kaki digaru-garu. & memandangkan Tasneem demam smalam, dah mintak KakPah (cikguBesar) bagi Tasneem makan ubat 2 kali hari ni, terutama ubat batuk.

Sampai aje kat ofis, macam biasa, aku sampai awal (8am). Naik opis, punch card dulu then turun bawah gi beli sarapan. Duk pikir nak makan nasik kerabu. Korang jangan pikir aku ngular eh... aku masuk opis kerja jam 8.30 laa...

Dah lepas beli nasik kerabu, naik opis & tengok email. Nampak bos duk melilau cari 'mangsa'. Hehe..memang aku ler mangsanya. Huuu....bos suh ganti dia gi PICC, ada forum pcn katanya. Start kul 8 pagi nih. Hoho... aku ok je... lagipun aku attend forum bukan kena wat apa pun. Dengar2 & catit je apa patut.

Sampai sana, pas daftar, inatkan nak la minum skejapkat luar dewan tu. Tapi biasalah aku, kalau dah ditugaskan tu, makan minum semua tinggal. Dedikasi betul la aku nih.

(selepas seketika...di dalam dewan...)

Arghhh......forumni much talking about networks. Huargh... bosan betul laa... Subjek network la aku tak brape nak ikut. Pasal tu time aku blajar aku tak option major network. Takpe laa.... nanti ape aje aku dapat dari forum ni, aku bagi je kat unit network nanti. Tau lah derang nak wat camana

errgghhh.....sejuknye dewan ni. Hidung duk asyik tersumbat je nih. Dah berkeping-keping tisu habes.

ALERT!! Aku nampak asben anis, en_kudus. Mungkin dia bertugas as AJK forum ni kot. Wallawei... lalu sbelah dia pun dia tak kenal aku. Takpelah, lagipun dia bukan kenal aku sangat pun... haha...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete