Thursday, April 2, 2009

Macam-macam alasan

Dah kul 12.15tgh malam. Huargh...ngantuknyer... tapi nak kene taip minit mesyuarat pagi tadi. haru kalau dah angin malas datang bertandang. Saje jer cari alasan tanak buat.

Alasan petang tadi....
  • "....alah... baru kul 2... banyak masa lagi. bleh wat ptg kang. "
  • "aish... dah kul 3!... huhuhu.. takpe, layan lar forum jap."
  • "laaaa.... dah kul 4 ker... ok.. start nulis..." (taip senarai kehadiran jer)
  • "4.15 dah... haish... nak ujan ker? hmm.. kene cepat siap barang nak balik, takut ujan lebat, takleh gi kat kete"

Alasan malam lak...
  • Layan Tasneem main. Tapi sbenarnya babah dia yg duk layan main. Ibu dia duk tengok aje.
  • Tengok berita terkini, hiburan sensasi kat TB3suku
  • Tasneem nak minum susu.
  • Dodoikan Tasneem tido
  • "Tasneem tido dah... alah...rasa malas la plak. Kacau2 Babah Tasneem ler..."
  • "Nguahhh... Jom babah, angkat Tasneem masuk bilik. Mint tu bleh wat esok pagi kul 7.30"

Pastu... asalnya nak tido trus, tapi esok takut tak sempat siap, then skang ni tgh ngadap komputer taip minit. Errrrkkk.... ker aku taip blog ? Nampak gaya sambung taip minit nih pagi esok la agaknye.... ihik !!

No comments:

Post a Comment