Friday, March 13, 2009

Tasneem Demam

Last 2 weeks, Tasneem demam.

Ibu sampai kat umah, bukak aje pintu, nampak Tasneem duduk atas riba babah. Babah cakap Tasneem tak active mcm biase & badan cam suam-suam kuku. Huhu.. cian Tasneem... badan dah cam terlentok jer atas riba babah.

Ibu suh Babah gi siap cepat-cepat pasal nak bawak Tasneem gi klinik. Nak gi klinik gomen, time ni dah tutup. So, Ibu Babah decided nak ke kinik prebet ajo...

Sampai kat presint 8, ada satu kinik tu, bukak, tapi doktor plak takder. Hallamakkk... !
Pastu, Babah gigih drive ke flet ijau plak. Situ ada 2 kinik. So Ibu pilih kinik yg nama cam comel. Kinik An-Nisa.

Lepas Babah daftarkan Tasneem, kami tunggu nak jumpa doc ada lar dlm 15min. Masa tu badan Tasneem dah makin panas. & Tasneem plak dah mula buat bunyi pelan-pelan. Cian Tasneem... Ibu tau, Tasneem bunyi cenggitu sebab Tasneem rasa tak selesa & tak larat. Tasneem macam cuba ngadu kat Ibu je, kan ?

Bila masuk bilik doc. Alhamdulillah... doc pompuan. Muka doc ni iras2 kawan ibu masa matric dulu. Masa cek Tasneem, doc cakap Tasneem memang demam panas. Suhu badan Tasneem dah naik 38 oc. Alaaa.... lagi buat ibu nak nanges...
Doc suh baringkan Tasneem kat katil. Doc cek perut Tasneem, mata Tasneem, mulut Tasneem. Doc cakap Tasneem kene jangkitan virus. Pastu doc suh bukak pampers Tasneem sebab dia nak masukkan ubat kat bontot Tasneem. Masa ni Tasneem dah ala2 ngamuk dah. Badan Tasneem dah merah2.
Lepas masuk ubat, doc cakap Tasneem tak apa2. Just mintak Ibu Babah monitor ajer malam ni, takut melarat. Kalau badan still panas, kul 11 mlm ni bagi Tasneem makan ubat & antibiotik.

Balik umah, ibu lapkan badan Tasneem & letak cooling pad kat dahi Tasneem. Panas badan dah menurun. Malam tu, sblm tido, Babah suap ubat kat Tasneem. Tasneem eat ubat sikit jer pasal banyak yang Tasneem sembur keluar. Ishk.. anak ibu....


Malam tu, Ibu Babah tak lena tido. Stiap 1 jam ibu sentuh kepala Tasneem. Suhu badan Tasneem naik balik. Time tu Ibu rasa nak bawak Tasneem gi ER aje.. tapi bila tengok Babah ngantuk, ibu sabarkan aje. Malam tu Ibu lap kepala Tasneem ngan air setiap selang stengah jam. Alhamdulillah... suhu badan turun balik ker suam-suam kuku.

Esoknyer, Ibu amek EL sebab nak jaga Tasneem. Lepas Babah balik dari solat Jumaat, Ibu ajak babah gi Klinik Putrajaya. Ni kes tak puas hati & risau. So kalau bleh nak jumpa doc gomen lak & mintak ubat selsema/batuk. Dah jumpa doc kat sana, dia cakap Tasneem mmg demam, tapi skang dah beransur ok. Doc tanak bagi Tasneem ubat batuk/selsema sebab doc cakap baby bawah 6 bulan tak digalakkan ubat2 cenggitu.

Balik umah, Tasneem makin baik. Dah mula senyum2 & panggil2 Babah & Ibu dia. Dah mula ajak Babah 'go' (suh dukung & jalan2 dlm umah). huhu.. lega rasanya bila Tasneem dah baik. Len kali jangan buat Ibu risau lagi yer Sayang.....

3 comments:

  1. weh, baby ko demam pun doc kasi ubt antibiotik? betul ke ni? n betul apa nurse tu ckp, budak2 below 6 months tak digalakkan sgt bg ubt selesema, especially batuk... not good for health... :)

    ReplyDelete
  2. aku bagi makan 3 kali jer.. pastu dah tak bagi. sib baik aku ada baca blog ko

    ReplyDelete
  3. salam..jumpa your blog kat mombloggersplanet.. risau kan kalau anak kecik demam? izzah baru je baik deman seminggu..suhu sampai 40'c..melompat kitaorang.. lepas demam kena ruam satu badan.

    ReplyDelete