Sunday, June 17, 2007

My Old Blog: Malu... ( 1 May '05)

Aku tak tau kenapa ngan diri aku. Sukar benar rasanya utk bertentang dengan lelaki, melainkan saudara sendiri. Mungkin perasaan rendah diri, menganggap diri serba kekurangan berbanding gadis2 lain. Memang betul, aku tak sama denga gadis2 lain, aku tak gemar berhias, cukuplah sekadar mempamerkan apa yang ada. Aku tak suka berlebih-lebih dalam menghias diri. Tiada make-up. Lebih gemar mengenakan jeans lusuh dengan t-shirt atau blause. Sukar sekali untuk mengenakan baju kurung. Seperti pernah teman-teman berkata, "Hai... baju kurung ari ni?" Biasanya disusuli gelak ketawa bersahaja, ada yang menyampuk, "Baju banyak tak basuh lagi, takder baju, so terpaksalah...". Aku tak kisah apa diorang nak kata...memang betul pun. Baju kurung adalah baju terakhir aku akan pakai. Tu pun kalau terpaksa.

Setiap kali apabila terserempak dengan teman lelaki sekuliah atau se'kolej', aku hanya mampu tunduk. Tak sanggup bertentangan mata atau bertegur sapa. Hanya kepada beberapa saja yang boleh, tu pun lelaki yang dah lama aku kenal. Kenapa ni?

Ramai kata aku sombong. Tapi hakikatnya aku tak. Aku kurang cakap kerana takut dikatakan menyampuk sesuka hati, lagi pun memang nature aku tak cakap banyak. Aku lebih suka mendengar dari bercakap.

Aku kurang senyum. Susah rasanya utk senyum tanpa sebab. Sebab tu ramai yang kata akau garang. Maybe aku sedikit garang, tetapi just for those who deserve it. Adakah hanya kerana kurang senyum mereka menganggap aku begitu. kalau macam tu takkan nak sengih2 kepada semua macam kerang busuk ?

No comments:

Post a Comment